Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Tubuh disandarkan di kepala katil. Lebam-lebam dibadan masih terasa sakit dek kerana pelanggaran meja semalam. Krim sudah disapu ubat juga sudah ditelan rasa mengantok mula menjengah.

Tak menyangka dia akan berjumpa dengan anak perempuan Khemil Akaratt yang dikatakan mati beberapa tahun lepas walapun wajahnya itu tidak kelihatan jelas, ada sesuatu aura yang melekat pada perempuan itu.

Srekk

"Hai, How are you today?" Madame Sii menyoal sebaik saja dia melangkah masuk.

Dulang ditangan yang dibawa diletakkan disebelah sisi katil lalu melabuhkan punggung disebelah Jasper.

"Better. Apa yang you bawakan tu?"

"Untuk you SPECIAL. Teh halia dan bubur nasi." Dia tekankan perkataan 'special' itu.

"Itu yang Madame kata Special?" Soal Jasper bersama kerutan didahi

"Yes. Untuk dala..."

"Dalaman." Pantas Jasper memotong.

"Good." Teh Halia dihulurkan dengan kening sengaja dia mainkan.

Secara terpaksa ditelan juga air yang tak berapa dia gemari selagi secawan itu masih belum dihabiskan selagi itu lah Madame Sii tetap tidak berganjak dari bilik ini. Pedas itu yang dia rasakan. Mimik muka dibuat seperti biasa seperti lelaki gagah sedangkan hati sudah nak meletup.

Secawan air halia itu licin dikerja Jasper. Terbeliak matanya tak percaya sepantas kilat dia boleh habiskan air itu. Madame Sii memandang lama wajah Jasper yang kemerahan itu. Kiri kanan dagu Jasper dikalihkan.

"Betul you ni Jasper?"

"What?"

"Nothing." Madame Sii bangkit dari situ. Kaki dihayun kemuka pintu dan kepalanya ditoleh sekali lagi untuk mengenal pasti itu ialah Jasper sebenarnya. Bila dia rasakan betul terus dia melangkah pergi.

Haaaaa....

Pedas Pedas.

Dari tadi dia menahan rasa dihadapan Madame Sii, sebaik dia keluar segalanya dia hembu keluar. Badan yang sengal-sengal terus elok dia rasakan. Bubur diambil sebagai ganti rasa dengan lidahnya.

Pintu diketuk dari luar, kali ni dia tidak pasti adakah orang yang sama datang kebiliknya. Telahannya salah bilik susuk tubuh lelaki disebalik pintu dengan senyuman lebarnya.

"Jasper, Apa sudah jadi bro?" Soal Ron sebaik di mendekati tempat dimana Jasper berada.

"Kecoh Peninsula Hotel sekarang ni. Pihak hotel tak bagi sesiapa pun masuk situ untuk bahan bukti."

"Siapa owner Hotel tu?" Soal Jasper

"Kau rasa?" 

Jasper menoleh kearah Ron dengan keningnya sengaja diangkatkan. Tak membalas. Hanya menuggu jawapan yang dinantikan itu.

"Rokey DE Avlis.. Ops. Lebih prefer....."

"Tanakorn Rokey."

Terus kepala berpusing kearah Ron yang sedang melahap buburnya. Macam sebulan tak makan bila dia tengok Ron begitu.

"Rumah kau dah habis ke beras?"

Tersembur makanan dari mulutnya bila perlian pedas itu seakan kena buatnya. Sisa yang terabur tadi dilap. Mangkuk diletakkan semula di sisi meja. Duduk dia betulkan.

"Aku tak pasti owner Hotel tu ada sekali join. Tapi yang lebih penting sekarang Khemil Akaratt ada anak perempuan."

"Kau lupa ingatan ke apa?" Soal Ron seperti ingin mencari gadoh.

"Memang Khemil Akaratt tu ada anak perempuan. Tapi dah lama mati. Kau tahu kan hal ni?"

Ketawa Jasper meletus apa yang dia sangkakan jawapan dari Ron itu tepat. Dia bangkit berdiri dan kakinya melangkah kearah tingkap kaca lalu menjadi penyadar tubuhnya sambil memeluk tubuh.

"Kita ditipu hidup-hidup." Ujarnya.

Ron tidak faham apa yabg dikaetawakan Jasper itu adakah lucu bagi dia. Sedamgkan dari tadi tiada lawak jenaka antara mereka. Malah dia semdiri hairan apa yang ditipu hidup-hidup tu.

"Apa maksud kau?"

"Kau rasa?" Soal berbalik soalan.

Bingkas Ron menapak kearah Jasper pula. Bengang bila soalan berbalik soalan buat dirinya semula.

"Thank you. Sebab kau datang sini."

Makin pelik Jasper hari ke hari. Bahunya pulak dipaut mesra oleh Jasper dengan tak berbajunya dia membuat dirinya rasa kegelian. Jangan buang tebiat sudah Jasper ni.

"Aku tak tahu. Boleh kau cerita cepat sikit. Jangan buat aku suspen lah." Berang Ron.

"She is still alive, Ron." Bahu yang dioaut itu ditepuk

Apa yang Jasper merepek ni. Siapa yang hidup sapa yang matim Rumit betul masalah Jasper ni. Pening kepala dia tang elok tak sakit nanti jadi sakit pula.

"Who?" Pantas Ron menyoal.

"Khemil Akaratt's daughter."

Tercengang Ron seketika berita yang disampaikan oelh Jasper sendiri. Tak akan Japee sendiri ingin mereka-reka cerita kalau mereka tahu sebenar hakikat yang terjadi. Melainkan yabg disampaikan oleh orang yang dipercai mereka juga.

"Mana kau tahu? Aku tak percaya lah." Ujarnya masih tidak pecaya.

"Sema......" Tak sempat ayat Jasper dihabiskan ketukkan pintu kedengeran. Masing-masing melihat kearah yang sama.

"Mel..." Melly melangkah kearah kami berdua.

"Are you ok, Jas?" Soal Melly lalu tubuh Jasper dibelek-belek bahagian lebam itu.

Ron hanya membisu dan mengerling melalui hujung matanya melihat tindak-tanduk Melly disitu. Pelahan dia mengukir senyuman membelakangi Jasper.

"Ronee pun ada?"

"Yes, mesti lah saya ada menemani orang yang lagi sakit."

Deheman Jasper mematikan soal jawab antara Melly dan Ron. Pelik dia dengan mereka berdua tiada segan silu. Bukan mudah buat Ron hendak bermesra dengan seseorang lagi perempuan pula. Nak dikata hubungan keluarga dia dan Ron memang la rapat sudah lama tapi tidak pernah pula mereka beramah dihadapannya.

"Mel bawakan you oren Jus." Gelas ditangan diangkat dan dihulurkan dihadapan muka Jasper.

"Oh! Mel... you sungguh memahami." Minuman diambil diteguk rakus.

"For me? Tak ada ke?" Ron mula bersuara.

"You buat la sendiri." Ucap Melly seraya gelas kosong diambil dari tangan Jasper.

"Thank you Mel."

Ron mencebik bila dibalas begitu. Suruh aku buat sendiri? Baru nak rasa air tangan dia. Potong stim betul. Kecik besar kecik besar dia pandang perempuan ini. Sabar Ron sabar. Dia memerbati saja langkah yang diatur Mel pintu.

"Most welcome, dear Brotber." Balasnya. Sebelum pintu ditutup sempat mereka berbalas pandang.

"Back to the topic." Lega sikit tekaknya kini.

"Semalam dengan tak sengaja terlanggar seorang perempuan high class Tak jelas sebab masa tu semua disitu diwajibkan pakai Half-mask."

"Jangan kau kata kau jatuh cinta." Tembak Ron dengan soalan tak dijangka.

Telunjuk jarinya kekiri dan kekanan menandakan tidak sama sekali yang dikatakan Ron itu. "No No No."

"Perempuan yang secara tak sengaja aku langgar tu anak Khemil Akaratt."

"Kau pasti?"

"Mesti lah! Satu-satunya perempuan berani yang pernah aku jumpa setakat ni. Macam aku cakap tadi. Anak Khemil Akaratt kan." Sahutnya dengan yakin. Dia seperti Ron juga dari awal. Tapi yang menyakinkannya itu sendiri dari Mulut J.Pathawee.

"Eh.. Tak mungkin lah." Bangkang Ron sambil menggelengkan kepala tidak percaya.

"Siapa bagi info?"

"J.Pathawee."

"What? So, dari awal dia dah tahu la kan?" Jasper mengangguk.

Ron mengusap janggut nipisnya. Dia tak percaya berita yang disampaikan Jasper sendiri. Tapi, disebabkan Jasper dan J.Pathawee tu bukan calang-calang dan buat apa mereka mengereka cerita tentang orang lain kan. Itu yang dia yakin dan terpaksa juga dia percaya akan kebenaran itu.

"Cantik tak?" Senggih Ron. Tak dapat bayangkan gadis itu macam mana. Apa yang dia dengar lima tahun lepas, gadis itu sungguh jelita kata orang ramai. Benar atau tidak, hanya matanya saja dapat membuktikan kebenaran itu.

"Sayangnya... Tak." Mengeluh perlahan.

Ron menjungkit kening. Berkerut dahinya. Jangan kata tak jelita yang macam dia dengar dari mulut orang.

"Kau pasti?" 

"Eh pasti lah. Perempuan tu macam aku, pakai half mask." 

Tercekik dia. Lah. Ingat kan tak cantik. Rupanya majlis tu menggenakan half mask. Garu kepala dia.

"Tapi.... dari sisi dia, aku yakin dia macam orang ramai kata kan tu." Jujurnya. Walaupun dari pandangan sisi dengan jarak begitu dia yakin kebenaran yang dihebohkan orang ramai ketika dulu satu kenyataan yang tak disangkal lagi.

Tegak berdiri Ron. Dia menghadap Jasper. Nak mendengarkan Jasper sendiri komen akan sesuatu bukan main payah, lagi melibatkan seorang wanita. 


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus