Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,986
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Jas!

“Kau gila ke? Dah lama sangat hidup?” Berang Ron menahan rasa geramnya. Cuak.

Dia bukan apa. Dia diberi tanggungjawab menjaga anak sulong keluarga berpengaruh itu. Macam-macam dirasakan semalam andai kata peluru milik lelaki yang tidak dia kenali menembus kulit Jasper. Sumpah dikatakan cuak seumur hidupnya. 

Jasper ketawa riang dengan wajah cuak dipamerkan Ron beberapa hari lepas. Bahkan sebentar tadi juga masih begitu riaknya. 

“Kau boleh lagi ketawa kan aku?” 

“Kalau tak bernasib baik......” Ujar Ron sambil mendekati Jas yang lagi sedang menghadap tingkap bilik kerjanya. 

“......rest in Peace, Bro.” Sambung dia lagi menhabiskan ayatnya.

Jasper membuat endah tak apa yang dikatakan Ron sebentar tadi itu boleh kemungkinan terjadi sekiranya bukan lelaki itu yang melepaskan tembakkan. Firasat dia menyatakan itu sejak beberapa hari selepas kejadian. 

“Ron!” Panggil Jasper.

Ron menoleh seketika dengan muka toyanya yang sudah berada dipintu keluar itu. 

“Sayang kau kat aku kan.” Soal Jasper tersenyum lebar. 

“Kunyit dengan Kunyit aku tak selera. Chow.” Balas Ron melangkah pergi. Dia tidak pasti hari yang akan datang bagaimana. 

Keluarnya Ron dari biliknya, meja kerja itu di dekati. Laci meja dibuka dan kotak didalam itu diambil. Peluru semalam di belek berulang kali. Setiap masa jam dan minat Jasper hanya tertumpu pada yang satu ini. Peluru itu dibawa berada kemas didalam poketnya kini. Dia sendiri tidak pasti apa yang harus dia lakukan pada benda ini.

Tiada sebarang petunjuk dipeluru ini melainkan diperbuat dari Itali. No siri pun tiada dinyatakan dusitu. Dia buntu saat ini apa yang dicari masih tidak dijumpai. 

White......White......White 

“White? peluru putih.”

Peluru berwarna putih itu ditilik semula. “Special.” Jasper bicara sendiri.

Peta yang masih terbengtang diatas mejanya diteliti seolah ada kaitan dengan semua ini. Peluru diletakkan diatas point peta yang telah dibulatkan itu. Dari satu point ke satu point masih dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Bengang! meja menjadi mangsa hentakkannya. Terabur semua barang-barang yang berada dimeja sudah mendarat dilantai. 

Saat itu matanya terkalih pada bunyi sesuatu yang jatuh bersama barang tadi. Dia mencari peluru itu sudah la kecil. Bunyi yang agak pelik tetapi dia pasti peluru itu yang keluarkan bunyi stersebut.

Dia mengambil dan dicampakkan semula peluru itu ternyata benar apa yang rasakan itu. Peluru ini lain dari yang lain. Seribu dalam satu yang berada diastas bumi ini kecuali orang yang berpengaruh dapat memilikinya.

Asap bagai dilepas memenuhi ruang biliknya ini. Kelam. Dengan pantas dia bergerak mendekati jendela lalu dibukanya kesemuanya biar asap beralih keluar. 

Tiba-Tiba pintu bilik ditolak dari luar terdapat Madame Sii berdiri tegak sebelum dia mulai langkah masuk.

“Jangan masuk!” Larang Jasper masih tidak mengetahui gelaran siapa yang masuk tidak mengetuk pintu dulu.

“What!? What are you doing Jas?” Soal Madame Sii terkejut dengan jerkahan Jasper yang membenarkan dia masuk.

Maka dia ketahui siapakah yang masuk tanpa diundang itu. 

“You merokok? dalam bilik kerja?” Melenting Madame Sii.

Wanita elegan walau dimamah usia masih tetap anggun dengan gaya tersediri. Darah keturunan kerabat itu masih kekal walaupun perkahwinannya ditentang hebat oleh kedua ibu bapanya sewaktu ketika dulu. 

“No! Madame.” 

Dia mendekati Jasper yang masih berada di tingkap itu dapat menyaksikan Kota Bangkok dari atas sini. 

“Then, asap ni datang dari mana? you bela jin ke?” Perli Madame sii. Dia kerling wajah Jasper yang dipenuhi lebam. 

“Jin?” Soal Jasper pelik. Dia menoleh Madame Sii yang berada disisi.

“Jin tu sampai tinggalkan love bite.”

“Hah?” Terkejut pelik.

“Thats why, you tak balik rumah beberapa hari ni kan.” Ujar Madame Sii lagi. Hampir meletus ketawanya ditahan. Muka Jasper sudah berkerut seribu.

“I realise... yang you simpan perempuan kan?” 

Dia tahu Jasper bukan seorang yang begitu. Setiap langkah Jasper dia tahu dari orang yang diupah seceara senyap-senyap. Kejadian beberapa hari lepas juga masih didalam poketnya.

“What!?” Melengking kuat suaranya. Sampai macam tu Madame Sii tuduh dia.

“Siapa cium you ni?” Soal Madame Sii sambil tangan nya dituju kearah wajah itu.

Melihat saja senyuman Madame Sii itu terus dia tahu motif sebenar diperlekehkan begitu sekali.

“Kalau you tengok macam mana rupa you tadi mesti tak boleh tahan tau.” Ujarnya. 

“Madame suka la ni?” Soal Jasper saja kening dimainkan.

“Of course.” 

“Saja buat lawatan sebelum naik tingkat atas pula.” Sebelum mata Madame Sii mengeliling setia ruang sudut. 

Mata terlekap pada barang yang bersepah dilantai. Segala Fail, peta, pasu bunga, bingkai gambar turut menjadi mangsa disitu. 

“You mengamuk ke? apa yang you cari tak dapat?” Soal Madame Sii dia tahu apa yabg berada didalam kepala Jasper ketika ini.

Tak dapat dinafikan seorang wanita dihadapannya dapat membaca didalam fikirannya. Malah dia lebih hebat mensaiko seseorang itu. Antaranya selalu menjadi mangsa adalah dirinya. Walauoun Madame Sii seorang wanita lembut dari luaran tetapi aura yang berada padanya berbeza dari luaran. 

Jasper menggaru kepala yang tidak gatal.”Nothing.” Balasnya.

“Oh! Alang Madame naik atas. Please pass to your Husband.” Fail yang berada ditangannya diserah kepada Madame sii.

Telefon yang berada di atas meja tekap ditelinga sebelum sambungan pada cik setiausah diluar. Senyuman diberikan buat Madame Sii yang masih disini. 

Hanis melangkah pada kedua susuk tubuh yang tidak jauh dari meja itu. Dia tidak pasti apa yang Tuan Muda Jasper ingin dilakukakan dengan penyapu dan menyedok. Bila mana sampai disitu baru dia ketahui apa fungsi sebenar yang dibawa tadi.

“I got to go. Macam busy pula.” Ujar Madame Sii.

Sebaik saja Madame Sii hilang dari pandangann, Jasper terus melabuhkan duduk dan kepala disandarkan dikepala kerusi. Mata dipejamkan seketika sambil dia mengarahkan cik setiausahanya mengemaskan.

“Tuan Jasper! Madame datang ada apa-apa ke?” Soal Duwan sambil tangannya ligat mengemas di lantai.

“Nothing. Spot check maybe.” Balas Jasper.

“I think so.” Duwan mengiyakan.

“Ya. She want to know sama ada setiausahanya lebihkan gosip dari buat kerja kot.” Wajah Hanis dijeling menahan senyum. 

Tangan terhenti dari terus mengemas. Apa yang dikatakan Tuan Jasper agak dengan dan tidak. Cuma rasanya dia terperasan seseuatu yang keluar dari mulut Tuan Jasper.

“Tuan Jasper maksudkan saya?” Padangan Hanis terarah tubuh yang sedang duduk itu. Masih begitu sedari dari tadi.

“You terasa ke?” Soal Jasper tersimpul senyum. “Tuan Jasper!” Geram. Alih-alih dia yang kena. Tak aci punya Tuan Boss dari situ dia dapat Tuan Jasper bergelak sakan kenakan dia tadi. 

Hanis berdiri bila kerja sudah diselesaikan. Segala fail disusun rapi dia atas meja semula. “Saya merajuk.” ujar Duwan bila dia mula angkat kaki. Tidak kurang dari dua tapak Tuan Jasper bersahut.

“Jangan lama sangat. Susah kerja saya nanti.” Sakat Jasper pada setiausahnya. Dijeling tajam. Sehingga hilang dari pandangannya.




Kepala dijuntaikan kedalam bilik. Mata mula mengesan sekelililng sudut itu tidak kelihatan sasarannya disitu. Dengan perlahan pintu ditolak tanpa meninggalkan kesan bunyi. Setiap langkahnya berhati-hati sehingga kelibat susuk tubuh itu sedang duduk di sofa ruangan bacaan.

“I know who you are!” Ujar J.Pathawee tanpa melihat orang yang menceroboh biliknya.

Mati langkah dia untuk menerpa kearah susuk tubuh yang membelangkangi dirinya ini. Sekeliling ruang itu dia pandang sekiranya kehadiranya dapat dikesan begitu mudah.

“How do you know?” Soalnya.

“Your Smelly.” Sepatah dia membalas.

Dia bukan lah biasa-biasa bahkan dia mahir bab yang satu ini mengesan seseorang mungkin dari segi yang tidak dijangka kan. Tapi itulah kelebihannya. 

“What?” Dia kaget lantas kakinya terus mendekati sofa yang diduduki J.Pathawee itu. 

Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan J.Pathawee. Tubuhnya menoleh sedikit menghadap lelaki itu. Mata terjatuh buku bacaan yang berada di tangan lelaki itu. Tajuk itu dibaca dan berunsurkan ilmiah dan perubatan.

Masing-masing mempunyai kisah silam yang pahit. Tak pahit mana mungkin namanya silam. Peristiwa lepas menjadikan seseorang itu lebih baik. Menilai bukan lah dari segi luaran tapi selami disudut pangkal paling dalam. 

Kapale Madame Sii dilentokkan dibahu J.Pathawee yang lagi sedang menelaah buku. Kisah mereka sangat dramatik dari titik mulanya oertenuan sehingga mereka mempunyai dua pasang cahaya mata. 

“Sunyi......” Gumam Madame Sii. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus