Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,984
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Dalam kepekatan malam yang ditemani lampu-lampu neon yang berdekatan jarak antara seratus meter ditiap deretan jalan raya. Kawasan daerah ini agak lengang diwaktu malam dibandingkan ketika siang dan hanya beberapa kenderaan yang kelihatan melalui jalan ini. Jam dua belas tengah malam disaksikan bulan dan bintang berkelipan barangkali mereka enak dibuai mimpi.

Langkah yang diatur tanpa meninggalkan kesan bunyi pada kawasan yang taklukkanya. Beberapa lembaga berpakaian serba hitam menyelinap masuk kedalam gedung. Masing-masing mengalas tugas yang telah direncanakan. Setiap penjuru gedung dalam dan luar telah teliti rapi agarvtidak meninggalkan kesan dikemudian.

Buk....

Lelaki yang dipukul tadi pengsan terus diangkat dan diheret lalu meletakkannya di satu sudut dipenuhi longgokan kotak kitar semula. 

Q mengetuai misi White gene mengarahkan ahlinya menjaga setiap jalan keluar dalam gedung ini mengunakan isyarat tangan agar tiada kecurigaan bagi mereka. Jing dan beberapa yang lain memulakan langkah memasuki ruangan gedung. 

Isyarat tangan Q itu jelas dilihat anak buahnya untuk memulakan langkah. Botol yang mengandungi cecair dibawa dan disimbah pada permukaan lantai dan sekitarnya. Jing yang sedang memetik api miliknya disergah satu suara.

Hoi!

Jeritan suara garau bergema diseluruh gedung. 

“Shit!”

“Siapa yang kacau line ni? Aduh, punah.” Ujar Jing tika itu mengabaikan suara tadi. 

Q mengarahkan mereka meneruskan simbahan minyak petrol tadi tanpa pedulikan suara sergahan tadi. 

Bang...

Bang...

Bunyi tembakan itu serta merta mematikan langkah kami semua. Pantang bagi White Gene mundur di medan perang. Walau bagaimana sekalipun selagi mampu redah kasi habis. Semua pakat tahu setiap yang ingin join dalam mafia harus hati kering tiada perasaan takut akan sesuatu hinggalah akhir hayat mereka. 

Kami terus berhenti dari manapak dan berpusing berhadapan dengan musuh-musuh yang kami cerobohi kawasan mereka. Saling bertatapan antara satu sama lain dengan pandangan sungguh gerun antara pihak satu sama lain. 

"Siapa hantar?” Jerkah Jasper kehadapan satu tapak.

“Celaka!”

"Tak penting untuk kau tahu.” Balas Q

“Hanya langsaikan hutang sampai mati.” Satu suara berada dibelakang musuhnya.

Sepi seketika. Q dan Jing serentak berpaling kearah suara itu. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Kemunculan yang dinantikan masih tidak kunjug tiba.

Jasper dan Ron turut sama mencari suara tersebut.

"Hutang apa?" Soal Jasper tidak puas hati.

Vroomm.......

Ngauman bunyi pacuan dua roda itu membingitkan gedung yang sepi tadi. Super bike hitam matte yang baru melintasi Q cukup dia kenali pemilik super bike itu. Dia tidak menyangka Kay turut berada disini bersama ahli White gene.

Super bike diparkingkan tidak jauh dari mereka. Kay melangkah kearah Q dan Jing yang mungkin sedang menanti dirinya disitu. Mata menikam tajam tubuh sasa dihadapannya kini. Geteran maha hebat dirasakan waktu ini. 

Jasper turut membalas pandangan lelaki yang menaiki super bike tadi. Renungan matanya itu seperti dendam yang sedang menyala dan terbakar bila waktunya tiba. Jasper cuba mengimbas tubuh yang tidak dia kenali hadapannya. Mencari sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tersimpan seribu satu rahsia dalam diri lelaki ini.

“N.Y.A.W.A.” Satu persatu disebut Kay.

Bercantum kedua kening Jasper tidak memahami yang dimaksudkan. Dia menoleh kearah Ron yang masih tegak berdiri disebelahnya juga riak wajahnya kosong. 

“Kita kenal ke? jangan kau tuduh melulu kalau tak ada bukti sahih.” Ujar Ron tidak puas hati.

Bengis Kay dengan kata-kata lelaki disebelah Jasper. Kay melangkah beberapa tapak kearah Jasper. Setiap tapak yang dilakangkah mengingatkan dia pada tragedi lepas. Setibanya dia berada tepat dihadapan Jasper, lelaki disebelah Jasper menjadi penghadang antara dia dan Jasper. 

Secara drastik Ron mengambil langkah dihadapan Jasper. Bertentang dengan lelaki yang tidak setanding tingginya. Bertopi dan bersut hitam pada tubuh yang tidak sesado yang seperti lelaki lain itu yang digambarkan. Wajah lelaki itu seperti tertelan biji rambutan bila mana sesinis dia tayangkan

Jasper menjadi pemerhati dibelakang Ron. Red Tiger belum pernah dalam sejarah memulakan langkah menangani musuh. Bahkan hanya menunggu musuhnya mula bertindak baru Ren Tiger mengambil langkah menumpaskan mereka.

Melihat pergelutan antara Ron dan lelaki itu masing-masing tidak mengalah. Ron cuba tetap bertahan manakala, lelaki betindak melayangkan tumbukkan padu disasarkan ke Ron. Ron yang berbadan sasa dengan mudah ditumpaskannya. Tercengang mereka semua disitu. Masing-masing hanya menunggu diarah dari ketua mereka untuk menyerang.

Satu buku penumbuk hampir hinggap ke aset kacaknya dengan pantas dia menepis tangan itu lalu dipegang erat. Lembut. Mata saling tatap satu sana lain seperti aura api sedang menyala. Tangan lelaki itu yg masih dia tidak lepaskan menarik kehadapan dekat dengan dirinya. 

Dush

Percubaan tumbukkan kedua terus melayang kewajah Jasper. Terlepas pegangan tangan terus terseret kebelakang apabila yang menhadang tadi menarik dirinya. Hampir saja lelaki itu melayang tendangan Jing dan Q cepat memintas menjadi tembok.

Kay memberi isyarat memulakan langkah untuk menyerang mereka. Terus tanpa kata mereka sudah memulakan langkah. 

Argh....

Dush

Tendengan Q terkena sasar pada perut lelaki yang dikenali Ron itu. Dia harus menumpaskan Ron dulu. Kekuatannya juga bukan calang-calang. Cara dan langkah dia sudah tahu bukan senang untuk ditewaskan hingga terduduk.

Suara menyeringai kesakitan bercampur satu dalam satu gedung. Bunyi tumbukkan saling membalas. Tiada senjata tajam untuk ketika ini dan hanya menjadi perisai senjata hanya melalui gerak geri tumbuh.

"Argh.... shit you!" Kay One menyeringai bila mana perutnya menjadi tendangan Jasper. Tubuhnya menjadi sasaran ketika mana masing-masing ingin menumpaskan antara satu sama lain.

Aku mengagahkan diri untuk berdiri. Tendengan maut membuatkan aku tercampak ke kotak-kotak kosong berhampiran. Koler baju bagai direntap kasar bila mana dia sudah menhampiri tubuh dilantai tadi. 

“Kau!”

“Pantang keturunan Red Tiger bila datang tanpa diundang.” Ujar Jasper berang.

“Do i care?” Tercukup sinis terus ketawa meletus.

Tumbukkan kali kedua Jasper dapat ditepis Kay dengan pantas lalu dia menendang tanpa belas kasihan alat sulit Jasper. 

Argh.... Menyeringai kesakitan terus dia terduduk dilantai sambil menahan kesakitan yang satu ini. Jasper mencelung tajam lelaki itu yang sedang menapak mendekatinya. Mereka memandang satu sama lain. Sungguh dia benci saat ini. Aura membunuh Jasper berada tahap paling atas ketika ini. Tidak teratur sudah nafasnya bagai ingin menembak terus ke kepala lelaki dihadapannya.

Setapak demi setapak mendekati Jasper yang masih tidak bangun dari situ. Tangan itu masih berada dikawasan yang terkena tadi. Kay duduk diatas tubuh Jasper lalu melabuhkan tumbukkan sebanyak dua kali itu sebelum dia ditumpas terbaring mengantikan Jasper bila mana dia dikepit menggunakan sepasang kaki Jasper.

Waaaacha.....

Jing berhadapan dengan dua tubuh kekar yang masing-masing menunggu untuk memulakan langkah. Dia mengacah-acah dua buah penumbuk seperti ahli tomoi yang berada di atas gelangan lawan. 

“k...mon.” Ujar Jing memanggil dua lelaki yang bertubuh sasa itu  

“Aku Thor lah.... version Thai.” selarnya lagi. “lai lai.” 

Laki bertubuh sasa memandang satu sama lain sebelum dia diserang belakang dan depan.

Dush . Terkehil leher bila sorang dari mereka menyerang bahagian atas. Berpusing kepala dengan tumbukkan tadi. Kaki pula menjadi mangsa disepak terduduk terus tidak sempat menepis serangan tadi. Dua lawan satu mana boleh jadi. Boleh tahan kekuatan Red Tiger ni. Patah riuk la lepas ni. 

Jing meluduh sedikit bila terasa tertelan besi kering. Darah. Hidungnya pula diseka bila dapat peluang seketika. Pun berderah. Ni yang dia geram habis kekacakkannya hikang dek sebab dua ekor depan ni. Tak boleh jadi! Dia bangkit meletut terus kedua kaki mereka berdua di terajang habis-habisan.

“Kau ingat senang-senang sentuh muka aku ni?” Tumbukkan maut Jing pada muka lelaki itu. 

“...mahal.” Koler baju ditarik kasar dan satu lagi tumbukan melekap di mukanya. Dan kawasan terlarang itu di dikukan nya. Mahu tak mengerang bunyi dia. Makan kau kari dal tu. 

Bagai dicekik dari belakang, Jing menoleh melihat siapa yang menyerangnya. Oh! adik lelaki yang dia kerjakan tadi sampai tak terbangun tu. Ciss Cake betul.

Tangan yang melilit leher dipulas sampai kebelakang tubuhnya. Sebelah lagi tanhan dipulas bersama yang tadi lalu ditendang kehadapan tubuhnya. Tersungkur pada lantai. Secepat mungkin Jing berlari kearahnya sebelum dia berdiri semula. Tubuh itu di tendang beberapa kali dan rambut pacak dia ditarik kasar agar dia terbangun lantas Jing menumbuk dagu dari bawah. Terpejam mata si badan sasa itu. 

Senjata rahsia miliknya disimpan dipoket lalu dia keluarkan ingin menikam tubuh yabg sudah terkulai itu. Hampir saja dia ingin menikam tiba-tiba Q yang entah datang dari mana menghalang tindakkannya itu. Q mengambil senjata ditangan Jing dimasukkan kedalam poket seluarnya. 

Nafas sesaat rasa tersekat bagai dihapus. Tindakkan Jing itu salah disisi undang-undang yang ditetapkan kedua buah kumpulan itu. Tiada unsur senjata tajam selagi boleh bertahan. Ternyata Jing yang seorang yang kuat main-main lebih serius bila saat aset yang dimiliknya itu diusik oleh orang lain. 

Nasib menyebelahi dirinya sendiri melihat Jing sedang ingin mengeluarkan senjatanya itu ketika dia dan Ron sedang bergelut berdekatan disitu. Ron yang masih terbaring itu dia bertindak mendekati Jing. 


Bang..

Bunyi tembakkan itu memberhentikkan kegelutan sesama mereka. Masing-masing mencari bunyi tembakkan tadi yang tidak jauh dari situ.

Senjata api itu dihala pada Jasper yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Tembakkan tadi hampir terkena pada tubuh kekar Jasper. Hampir! 

Terkesima dia dibuatnya. Luruh jantungnya bagai larian pecut. Jasper mencerlung tajam lelaki itu. Perlahan dia melangkah.

Kay! “Don’t.” Jerit Q berlari mendapatkan Kay.

“Shut up.” Kay menoleh kearah Q dengan bengisnya tapi pistol masih digemgamannya. 

“Dia patut mati lama dulu lagi.” Tubuh Jasper dipandang semula.

Senyap...

“Jasper!” Jerit Ron disitu juga menyaksikan adegan tersebut. Jika dia mara mendapatkan Jasper mungkin Jasper akan ditembak.

“Tak kan kau nak jadi patung dekat situ?” Laung Ron lagi. Berang dia menahan sakit. Dah seperti badut sarkas dengan lembam-lebam semua. 

Yang lain sudah tumpas dan masih juga gagah menerima serangan musuh mereka. “pengecut!”

Kelihatan asap yang entah dari mana mula menjengah diruang udara. Perit tekak dirasakan, malah mata terasa pedih. Batuk mula kedengaran kuat secara beramai-ramai itu. Dia tidak tahan dengan asap beracun ni. Dia rasakan tubuhnya dipagut dibawa keluar oleh seseorang. Hampir rebah bila dia keluar dari gedung itu. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus