Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Dua das tembakkan secara rambang itu memberhentikan ucapan Khemil Akaratt diatas pentas. Kekecohan mula berlaku kedatangan beberapa figura yang menyamar sebagai pelayan dan juga bangsawan itu memegang senjata api.

Tembakkan itu membuat Nees dan Lady Kate terkejut dengan lagi jeritan orang ramai membuatkam dia rasa sesak. Dia tidak menghiraukan orang ramai apa yang lagi penting saat ini Matanya melurut diatas pentas. Berdirinya Khemil Akaratt tanpa pelindungan yang sepatutnya dilindung keseorangan disitu. Tiada pertahanan melainkan dia rela menyerah.

Nees melihat keadaan sekeliling terutamanya pada pintu dewan utama telah disekat oleh dua susuk tubuh sasa dengan bersenjatakan api dan turut beberapa jalan keluar disekat. Dimana ahli-ahli Black Eagles pergi? Mana pengawal peribadi Khemil Akaratt? Ya, sepatutnya mereka semua patut berada disini mengawal keadaan. Kawalan ketat sepatutnya di majlis gah seperti ini. Tiada seorang pun kala ini mempertahankan mereka menjadi mangsa. Apa semua ni?

"Shut up!" Jerkah Lelaki sebagai penganas itu

Kedengaran jeritan dan ketakutan masih bergema setial sudut. Meja kerusi dan sesuatu benda dijadikan benteng pertahanan dalam keadaan gentung swperri ini tanpa dapat berhubung dengan dunia luar. Bila perasaan itu mula menjengah tiada yang boleh difikir secara logik.

"Nees, Bonda takut. Khemil Akaratt  disitu." Nees tahu. sekarang dia pun tengah fikir macam mana untuk dia kesana dengan gaun yang dipakai ini.

"Madame are you ok?" Soal Jasper mendekati Madame Sii dalam pelukkan J.Pathawee."

"Imok." Sahutnya dengan nafas.

Matanya kearah Khemil Akaratt yang masih diatas pentas tanpa pelindungan. Berdirinya dia disitu seolah dia lah merancang segalanya. Dia terus memerhati tindakan yang seterusnya lelaki itu. Jasper beralih pula pada meja yang diduduki anak beranak Khemil Akaratt turut dalam ketakutan.

"Uh. Drama sangat."

"Khemil! We meet again." Sapa penganas yang bertopeng separuh. Senjata api dituju kearah lelaki itu. Keseorang tanpa perisai. Tersenyum sinis. Dia melihat sekelilingnya tiada satu pertahanan yang datang. Semua mereka dalam ketakutan.

"I dont know who you are." Bengis Khemil Akaratt membalas. Dia sendiri tidak pasti apa punca yang membawa pengganas ini kemari menghancurkan majlis dan orang lain turut menjadi mangsa. Matanya jatuh pada Nees dan Lady Kate di satu sudut untuk berlindung.

"Tak penting. Aku suka situasi dimana orang kenamaan macam kau dalam ketakutan." Ketawa mengilai dengan kuat memecahkan suasana dalam dewan itu.

Adegan berbalahan antara Khemil Akarat dan pengganas itu hanya jadi tontonan saja. Sikit tidak terniat ingin mencampuri urusan mereka. Jasper mengerling sekilas pandang ke arah J.Pathawee dan Madame Sii melihat mereka dalam keadaan baik. Dia bukan la pengecut cuma dia tak ingin mencampurri perbalahan dua manusia itu.

"Mana anak-anak buah korang semua...." Berdekah-dekah pengganas itu ketawa.

"Dia orang tengah layan perasaan kat luar sana. Kau tahu?" Penggnas itu menyoal.

"Mana Black Eagle? mana Red Tiger?" Bentak dia sekali lagi

"Lenyap!" Katanya sepatah lalu tembakkan rambang mula menerja disekitar tidak mengira siapa pun.

Jeritan membingitkan lagi suasana bila mana tembakkan entah dari mana terkena pada kaki milik Khemil Akaratt lalu dia rebah sambil tapak tangannya melekap menahan darah yang mengalir keluar di kakinya.

"Shit"

"Khemil!"

"Pa......." Nees cuba bangkit dari tempat dimana dia berada tetapi dihalang keras oleh Lady Kate bersama gelengan kepala. Renungan tajam dia berikan buat Lady Kate kacing gigi cuba ditahan. Tak kan dia nak biarkan Khemil Akaratt menjadi mangsa dalam pada sama tiada seorang pyn yang berani bertindak. Pengecut!

Beberapa pengganas itu memantau keadaan sekeliking mereka dimana tembakkan yang disasarkan itu bukan dari ahli kumpulan mereka. Yang dipercayai seseorang disebalik yang terjadi.

"No! You stay here." Lady Kate menghalang.

"Let me go, Lady Kate." Tegas Nees bersuara.

Argh.

Jeritan mengerang dari atas pentas menberhentikan perlingkahan kami. Lagi sekali Lady Kate menarik lenganku dengan gelengan kepala agar tidak keluar dari tempat persembunyian.

Tanpa persetujuan Lady Kate, Nees menyentak lenggannya lalu terus berdiri. Dia tidak kisah kali ini yang penting dia harus berani dalam apa jua kemungkinan akan berlaku.

"Tak guna!" Lantang Nees menjerit.

Semua yang berada disitu turut melihat pekikkann suara yang tiba-tiba muncul itu. Ya, perempuan yang bertegang urat dengannya yang bersuara berani. Perempuan itu berdiri sambil memeluk tubuh dengan tayangan bengis.

"Wow, Menarik."

"Berani perempuan cantik macam kau ni bersuara." Ujarnya meneliti tubuh gadis itu atas bawah dari jarak tidak jauh dari tempat Nees berdiri.

"Kenapa? Sebab perempuan macam aku berani...... tak pengecut macam engkau orang kan?" Sinis Nees membalas.

Salah seorang pengganas ingin mara ke arah Nees tetapi dihalang oleh rakannya terus terbantut langkah lelaki itu.

Jasper hanya memerhati keberanian perempuan itu berhadapan pengganas yang memiliki senjata api sedangkan perempuan itu hanya gaun labuh tanpa sebarang perisai untuk dilindungj. Mana kuah tak tunpah ke nasi, bapak borek anak rintik. Itu andaian paling tepat sekali. Darah yang mengalir itu darah keberanian.

Adakah hanya satu helah atau drama tak tanpa bayaran?

"Jas! You nak tengok je?"

"How dare you?" Katanya lagi. Sedangkan dalam dewan ini penuh dengan kaum lelaki tapi tiada sseorang pun yang berani seperti perempuan itu termasuk Jasper dan J.Pathawee itu.

"Pengecut!" Kedua lelaki itu menoleh kearah Madame Sii yang bersuara tidak puas hati itu.

"Perempuan macam kau ni......" Ujar pengganas itu. Langkah cuba mendekati Nees.

Pengganas tadi bersuara seketika sambil menapak kearah perempuan itu. Semakin hampir pengganas itu mendekati perempuan lalu tubuh dipusing dikeliling mangsa dihadapannya.

"Patut jadi simpanan dalam Banglo besar!" Tanggannya mengapai dagu runcing milik mangsa.

"Lepas!" Kiri kanan Nees toleh. Jijik dia rasakan.

Pengganas itu tersenyum penuh makna. Lantas lengan Nees cuba ditarik kasar. Sedaya upaya Nees meregangkan lengan minta dilepaskan. Susah Nees nak bergerak bila mana gaun yang dipakai membataskan pergerakkannya.

Gaun labuh yang dipakai itu diselak keatas pantas dia mengeluarkan pistol yang berada dipehanya. Tubuh pengganas itu dipusingkan pantas dan dikunci tangan itu kebelakang. Pistol terletak tepat di kepala kanan pengganas.

Gang pengganas tadi mula mengambil langkah tapi ditegah oleh lelaki yang didalam tahanan Nees.

Terjojol mata Jasper bila menyaksikan adegan seperti itu. Dia tidak menyangka perempuan itu berani bertindak demikian hadapan orang ramai. Tertelan juga air liurnyaa. Kiri kanan dia pandang.

Gerakkan pantas perempuan itu sangat dia kagumi. Bukan calang-calang anak perempuan Khemil Akaratt ni.

"Dont't you know who i am, uh?" Nees berbisik ditelinga pengganas itu Cengkaman dileher dikuatkan. Biar dia rasakan. Pistol masih tetap kukuh dibahagian kanan kepala.

"Beautiful girl.". Sahut Pengganas itu.

Picu pistol ditarik cuma tinggal untuk dilepaskan saja. Gang pengganas itu mula mengambil langkah mendekati kami.

"Wo Wo. Releks lah."

"Call Ambulans!" Ugut Nees. Dia memandang Khemil Akaratt disitu.

Tanpa rela pengganas masukkanan tangan didalam poket seluar tetapi yang dikeluarakan kosong. Tubuh dibelakangnya disiku dan dia terus memusingkan perempuan itu. Pistol itu dirampas cekap dan dia menolak tubuh perempuan itu kemeja berdekatan situ.

Tak semena-mena tubuhku didorong kebelangkang tanpa sempat aku mengelak kerana gaun labuh menyekat pergerakkan. Meja bulat yang masih penuh dengan makanan serta minuman itu menjadi sasaran tubuhku. Tangan kiri pengganas mencekik dileher dan pistol tadi terletak elok ditepi kepalaku.

"Nees!" Jerit Lady Kate. Dia takut gadis itu akan tercedera.

Jerit Mrs Akaratt bila menyebut namaku."No! No! Please..... take me if you want."

"Kau nak bunuh aku kan? Bunuh sekarang. Jangan babitkan perempuan tu". Khemil Akaratt mencelah.

"Who are you ? Pretty lady?"

Sinis dan tersenyum lebar pengganas itu dengan kepakaran dia membanteras perempuan lemah seperti dihadapannya. Pistol dihala ke wajah cantik dan tubuhnya didekatkan pada tubuh perempuan itu. "Nice." Dia menghidu aroma perempuan ini.

Nees terus meludahkan air liurnya tepat kemuka lelaki itu dengan senyiman cukup sinis. Lelaki itu mengesat yang terdapat dimukanya lalu cengakaman kuat dirahangku.

Rimas Nees dalam keadaan tidak bersedia. Gerakkan terbatas bila dia sekarang bersandar diatas meja bulat disitu. Pistol miliknya dirampas. Tajam matanya menikam lelaki dihadapannya ini. Tangan itu tidak duduk diam merata rata dia berjalan.

"Please.. Aku merayu. Lepaskan dia". Khemil Akaratt merayu.

Turun naik dadaku melihat rayuan Khemil Akaratt itu sambil menahan darah yang keluar di kakinya.

Nees memberontak ingin dilepaskan "Argh.... lepas lah. Sakit! Kau nak tembak aku pulak ke?"

"Tak! Tapi....." katanya berhenti seketika sambil melirik mata kearah aku."

"Aku nak bunuh semua dalam ni. Kecuali kau, Pretty Lady."

"Eh. Kau gila ke? Dah tak ada otak? Lepaskan aku lah gila"

"TAK. TAK. Kau sebagai tahanan aku. Hidup mati aku terletak pada kau. Kau faham?!" Soalnya mendesak itu mengingatkan aku akan kejadian beberapa tahun lepas. Seperti hari ni yang terjadi.

"Lepaskan aku. Lepas! lepas!". Jerit perempuan itu dengan tiba tiba. Meronta-ronta minta dilepaskan.

"Sebab kau dia mati. Sebab kau! Kau! Dia mati! Mati!"

Penumbok dihayunkan pada muka pengganas itu dan sekali lagi dibagi kesebelah kiri pula terus lelaki itu terdampar dikaki meja. Jasper merengangkan tangan yang tumbukkan tadi.

Terkejut bila sepasang tangan kekar melabuh pada muka pengganas itu dihadapan mataku. Seketika mereka sedang dalam pergeletuan, mataku melihat sekeliling beberapa mereka yang lain sudah tumpas dengan mudah. Orang ramai masih tidak berani keluar dari tempat mereka.

Lady Kate sudah berada disamping Khemil Akaratt. Matanya pula terarah pada lelaki half-mask dengan pengganas tadi. Dia seolah mengenali lelaki half-mask itu yang menjadi punca mood dia kurang baik tadi.

Tanpa disangka tanganku berada kemas didalam gengaman lelaki half-mask dan menarik tanganku mengikuti langkah lelaki itu tanpa tujuan dengan gaun labuh menyekat langkahku. Nees menoleh kebelakang pengganas tadi turut mengejar kami dibelakang.

Ruang gelap hanya dipenuhi meja dan kerusi itu jelas dapat dilihat. Lelaki tadi menariknya lalu ditolak tubuhku untuk berselindung disebalik meja dan kerusi.

"What are you doing?" Soal Nees kasar tapi perlahan.

"Save you." Dia mengintai disebalik meja dan kerusi disitu sebelum tumpuannya jatuh pada anak Khemil Akaratt.

"Tak perlu."

Nees rasakan tangannya masih dalam gengaman lelaki itu. Dia merungkaikan satu persatu jari lelaki itu tapi semakin kemas pegangan.

Woi

"Celaka! Berani tunjuk diri lah."

Geram dia apabila mangsanya melarikan diri. Habis tenteranya tumpas pada tangan lelaki bertopeng tadi. Darah mengalir dipinggir bibir di lap. Sial.

Tapak kasut boot kedengaran jelas bagi mereka. Satu persatu kerusi dan meja kedengaran jatuh. Nees cuba bangkit tapi ditegah lelaki bersamanya. Dia ditarik dan dikunci tanganku.

Jasper mengisyaratkan diam jari telunjuk dibibir menyuruh perempuan itu diam tanpa bersuara. "Stay. Silence."

"Let me go." Perlahan. Nees sedaya upaya melepaskan diri tapi lelaki itu masih mengeraskan diri.

Kesabaran makin tipis bila lelaki itu masih tidak melepaskan diri lantas tubuh kekar itu dia tolak dengan kuat malah tubuh itu terdorong kebelakang terkena pada meja membuatkan suasana sunyi dengan bunyi meja terserat.

Prek

Tubuh anak perempuan Khemil Akaratt terdorong bersamanya bila mana dia menolak tanpa dia bersedia. Tubuh perempuan menderat diatas badanku.

Ouch!

Sakit tapi tak sesakit yang sepatutnya dia rasa. Mata terpejam dan bila matanya dibuka di sudah berada diatas badan lelaki ini. Bulat mata Nees melihat mata kucing betul dihadapannya..

"Kau!"

Kami sama-sama menoleh suara itu dengan keadaan seperti tadi. Melihat pengganas itu memuncungkan senjata api kearah kami. Dengan sekelip mata pengganas itu tumbang tanpa sesiapa yang mencederakannya. Pelik.

Nees dengan pantas berdiri tegak lalu mencangkung dihadapan pengganas itu. Kelihatan mulutnya berbuih putih. Kiri kanan dia pandang. Malah tiada seorang pun disitu kecuali dia dan lelaki bertopeng ini.

Fuh.

Jasper pun turut bangun selepas perempuan itu bangkit dari tubuhnya. Nasib baik sempat dia lepaskan suntikan pada lelaki ini. Sut nya dikemaskan.

"Dont!" Tegah Jasper melihat perempuan itu ingin menghidu racun itu.

Terhenti Nees dari meneruskan hiduannya tadi. Dia mengerling Lelaki bertopeng itu dengan riak bengang.

"Kau bunuh dia?" Soal Nees

Senyap.... Tiada sahutan hanya langkah dihayun dengan kedua tangannya didalam poket.

"Take him." Ujarnya. Beberapa pasukan keselamatan tiba ditempat dimana kami berada.

"And The lady too." Sambungnya lagi. Terus dia pergi meninggalkan mereka menyelesaikan mayat disitu.

Kaki tanpa kasut sudah hilang entah kemana. Melihat orang ramai berpusu-pusu keluar dari dewan selesai disoal siasat oleh pihak polis.

Pentas Nees hampiri ternyata Khemil Akaratt dan Lady Kate tiada situ. Tubuhnya dipusing melihat sekeliling.

"Nees!" Nees berpaling.

"Khemil Akaratt dah dibawa ke hospital...." Ujar Tawan. Lantas dia berlalalu pergi meninggalkan dewan ini.

Tidak sempat Tawan menghabiskan katanya tadi Neesbertindak beredar dari situ. Dia menggeleng kepala.. Dulu dan sekarang masihtak ubah

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus