Home Puisi Kisah Hidup Pilu
Pilu
Aweyah Rosmi
6/11/2018 15:17:19
1,590
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup


  


Makhluk beralas palsu dalam bicara ,

Segala nista terkandung semua,

Menidakkan hakiki demi sementara,

Mengapa payah melontar rasa,

Terus membiar ia bergulir tanpa nota,

Di bibir teroles senyum tawa,

Terhapus ilusi jiwa,

Takkan ada lagi kali kedua,

Terpalit emosi dan fizikal dek salah kurnia.


Minggir jauh dan kelu,

Langkah terhayun tak terseru,

Tiada lagi tunduk patuh rayu,

Rebah hati hanya Tuhan yang Tahu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aweyah Rosmi