Home Cerpen Kisah Hidup Nyawa
Nyawa
Aweyah Rosmi
4/11/2018 13:54:56
1,980
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

        Hidup? Siapa sangka hanya perkenalan di alam maya telah mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik.Manusia datang dan pergi,namun hadirnya tinggalkan kesan bermakna dalam diri.

        Jujur pertemuan itu,telah mengubah landskap pemikiran seorang gadis bernama Ilmi Syakira.Ilmi Syakira merupakan seorang gadis lincah dan aktif dalam dunia sukan.Gadis ini awalnya tidak begitu mengambil berat soal masa depannya.Namun begitu,perkenalan rapat dengan seorang pemuda bernama Saifudin Al Haq sedikit sebanyak telah memberi impak positif dalam hidupnya.

        Saifudin Al Haq seorang pemuda yang bercita-cita tinggi dan berimpian besar dalam hidup.Konflik hidup yang menghimpit telah memaksa dirinya berusaha untuk keluar dari ruangan itu.Saifudin memilih untuk mengubah jalan hidup dengan laluan bisnes.Walau pahit ranjau ditempuh segala demi bahagia masa depannya.

        Bisnes telah menemukan Ilmi Syakira dan Saifudin Al Haq.Saifudin menjalankan tugasnya sebagai seorang ketua dengan sangat baik terhadap Ilmi Syakira.Hari demi hari,bakat Ilmi digilap.Banyak kejayaan diraihnya dalam bisnes.Saat jatuh bangun Ilmi Syakira hanya Saifudin Al Haq yang tahu.Setianya Saifudin di saat pahit getir,suka duka Ilmi Syakira.

        Tiada galang ganti kata yang bisa diluah Ilmi Syakira terhadap pegorbanan Saifudin Al Haq.Semua rasa dianyam diselit bersama dalam persahabatan ini.Ilmi Syakira percaya hadirnya seseorang insan istimewa seperti Saifudin Al Haq telah mengubah tindak tanduk pemikirannya terhadap masa depan. Kini,hidupnya lebih berwawasan dan semakin jelas terhadap gambaran masa depan.

        Percayalah setiap insan yang hadir dalam hidup mesti ada hikmahnya.Hadirnya seseorang dalam hidup penuh makna cuma terpulang pada minda untuk realisasikan dalam bentuk positif atau negatif.Pandanglah coretan hidup Ilmi Syakira,hadirnya Saifudin Al Haq berjaya menjadikan hidupnya lebih baik dari sebelum ini.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aweyah Rosmi