Home Cerpen Keluarga Bangkit
Bangkit
Aweyah Rosmi
6/11/2018 17:36:31
2,517
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

        Sakit pilu dijiwa terasa dek salah sangka.Manusia memang sangat mudah termakan hasut dunia.


        “Ah,lantaklah apa nak jadi. Aku tak peduli apa nak jadi.Jadilah!” gertak suara hati Tasya.Sakit sungguh hatinya,sungguh mudah manusia melontar kata sedangkan tidak pernah merasa situasinya.Tanpa sedar air mata bergenang di kelopak matanya.


        Siapa sangka lelaki yang disangka mampu memberi bahagia,berubah arah tanpa diduga.Di saat susah senang,Tasya selalu di sisinya.Namun dek kerana termakan hasutan kata nista perempuan lain.Fateh berubah tanpa disangka.Benar kata orang,harta mampu mebuta tulikan manusiawi.


        Cinta jarak jauh besar cabarannya,ini dilalui dua jiwa ini.Setelah beberapa ketika tidak berhubung dek kerana kesibukkan kerja.Suatu hari terdetik rasa rindu di hati Tasya.Dia terus mendapatkan Fateh.Namun,hari demi hari Fateh seakan menjauhkan diri dari Tasya.Setelah sekian lama menyelongkar punca Fateh bertindak sebegini,akhirnya Tasya menemui jawapan yang dicari.Rupanya ada insan lain yang telah meracuni jiwa Fateh.Lagi sekali,tumpah air matanya.Kekecewaan hati perempuan yang tak dapat dibendung lagi.


        Tasya diuji lagi,Fateh yang dipercayai bertindak tidak bijak dengan menyebarkan kata kata tidak enak didengar.Habis kecoh satu kampung hingga satu kampung memandang serong akan Tasya.Perit ini ditanggung Tasya,ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu luluhnya hati perempuan ini.


        Hari demi hari dilaluinya sangat perit tiada kata mampu mengambar situasi itu.Fizikalnya semakin hari semakin kurus melidi.Semakin hari mulutnya seakan terkatup rapat tanpa kata.Namun, alhamdulilah dengan kata dorongan dari insan sekeliling.Kini,dia mampu berdiri kembali.


        Hanya terima kasih mampu terucap buat keluarga dan sahabat yang setia disisinya melalui saat kelam hidupnya.Merekalah sumber kekuatan dan semangat positif buat Tasya.Alhamdulilah dia terus mengorak langkah dengan menceburi bidang yang diminatinya iaitu perniagaan perusahaan tudung.Kini,jenama tudung Tasya semakin meluas dalam pasaran dan semakin dikenali.


        Buat ibu ayah,mainkan peranan penting dan lihatlah perubahan anak anak. Bantu bimbing mereka,mereka anak remaja yang baru nak mengerti dunia.Contohilah,keluarga dan orang sekeliling,Tasya walau pahit ranjau dilalui.Namun sentuhan aura baik positif mampu bantu bangkit semula Tasya dari sisi gelap hidupnya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aweyah Rosmi