Home Cerpen Umum Titik Uji
Titik Uji
Aweyah Rosmi
9/11/2018 07:16:01
2,411
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

        Jam baru menjelang jam 10,malam muda tapi entah mengapa mata ini meminta layu.Kelopak mata seakan berat.Malam ini, sepi sekali hanya bunyi unggas di belantara peneman setia.

        Tanpa sedar,mata ini semakin berat menidakkan tugasnya untuk melihat.Beberapa minit kemudian,terlena juga Hazra Batrisya.Terus diulit dunia mimpi.Setelah tujuh jam dibuai mimpi,dia tersentak dari tidur dek dentuman guruh.Mungkin nanti pagi mesti hujan,getus hatinya.

        Laju tangan Hazra Batrisya mecapai telefon pintarnya.Pagi masih kelam,jam menginjak jam empat pagi dan kokokan ayam galak memecah kesunyian pagi.Matanya terkebil-kebil memikirkan masa depannya.Semuanya seperti tidak berpihak padanya dan seolah olah tiada lagi cahaya bersinar buat dirinya.

        Hazra seakan tiada lagi cara untuk mengakali semua masalah yang dihadapinya.Niatnya untuk sambung pengajian terpaksa ditangguh seketika dek kerana masalah keluarga.Ibu ayahnya bukannya dalam kalangan orang berada tapi hanyalah kategori sederhana.Hasratnya untuk meneruskan pengajian lenyap seketika.Wanita ini berimpian untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

        Demi keluarga tercinta,Hazra Batrisya bersama ibu ayah bekerja untuk menampung kehidupan seharian. Kini,dia bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah kedai pakaian di pusat bandar.Walaupun gaji yang diperoleh tidak seberapa namun mampu untuk bantu Hazra Batrisya meneruskan kehidupannya.Disini dia belajar perit jerih bekerja demi segenggam ringgit.

        Hazra merasakan bahawa dia harus melakukan sesuatu luar dari kotak akalnya untuk ubah kewangan dan kehidupannya.Dia mula mencari program keusahawanan di kawasan sekitar.Berbekalkan duit poket hasil kerja sambilan tanpa berlengah dia mengisi borang penyertaan program keusahawanan dan seterusnya menghadiri program itu.Kali ini, dia nekad untuk mengubah hidupnya.Dia percaya hanya dengan perniagaan,hidupnya lebih terbela.

        Selesai menjalani beberapa program keusahawanan,dirinya kini lebih yakin untuk menempa nama dalam bidang itu.Berbekalkan ilmu yang diperoleh dari tempat dia bekerja,dari proses mengenalpasti jenis kain hinggalah proses menjahit semuanya Hazra Batrisya laksanakan sendiri.Waktu itu diibaratkan,dialah bos dan dialah pekerja.Walaupun penat,tiada kata mampu dizahir demi impian yang dijulang sejak dari kecil.

        Setelah beberapa ketika,Hazra Batrisya memperkenalkan koleksi pakaian jenamanya pada umum.Sambutan yang diperoleh sangat mengujakan.Ini kerana kain yang digunakan sangat selesa dan harganya yang murah.Corak yang digunakannya pula adalah sangat minimalis dan lebih tertumpu pada golongan anak muda.Dia memegang konsep “Less is More”.

        Kini,Hazra mampu mengukir senyuman di wajahnya kerna dengan pendapatan yang dia terima.Seterusnya,dia mampu mengubah nasib keluarganya.Dia percaya dengan prinsip perniagaan mampu kayakan diri.Hazra jelas membuktikan bahawa tanpa pendidikan yang tinggi dia mampu berjaya dalam hidup.

        Kisah Hazra Batrisya memberitahu bahawa semua orang mampu berjaya dalam hidup.Lebih lebih lagi,insan yang menceburkan diri dalam ruangan niaga.Perniagaan itu luas cabangnya dan terpulang pada pandangan diri untuk realisasikan dalam bentuk yang bagaimana? Yang pasti belajar selok belok perniagaan untuk kukuhkan lagi empayar dalam dunia bisnes.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aweyah Rosmi