PUISI
JIKAITU TAKDIRNYA
oleh
Amatara
Jika itu takdir-Nya
Hendaknya tidakragu-raguan
Jangan izinkansukma ditakluk kegusaran
Uletkan denganhiasan reda
Reda menerimaseadanya seluas alam
Tempuh semahunya kepahitan dan manisnya hidup.
Jika itu takdir-Nya
Bukalah matahati kita
Jangan mudah asadiputuskan
Hidup laksanabahtera di lautan
Di dalamnya penuhmuatan berduri
Jangan tersentakketika kulit tercucuk duri
Kita diujiRabbani pada detik itu
Harungilahdengan bertemankan tabah
Ajari hati untukmenjadi penerima
Agar mensyukuri nikmatdan rahmat
Bukakan kesumat
Biar di dalamnyaberdenyut rasa yang sama
Sebesar mana kita diuji
Di situlahanugerah dimiliki
Jika itu takdir-Nya
Berkembang pasrah
Mewangi sebagai sebagai insan
Yang tidak pernahmemiliki apa-apa
Yang tidakpernah putus diuji ribut dugaan
Jika itu takdir-Nya,
Belajarlahmenjadi penerima yang setia
Kerana takdiritu membawa dan menuntun
Ke pulaukehidupan yang sempurna
Marilah kita mengenaldiri dan hakikat
Hidup dan mati adalahketentuan Rabbani.
Putrajaya
Disember 2018