Home Cerpen Umum Duit Bawah Bantal
Duit Bawah Bantal
Amatara
24/12/2018 15:36:56
3,647
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

DUIT BAWAH BANTAL

Oleh

Amatara

 

Tan Seng selalu di situ. Duduk memandang ke luar jendeladan melepaskan renungan mata menjangkau kejauhan, kemudian hilang. Sejak TanSeng merasai bahawa dia sebenarnya sudah tua dan baru hendak kecapi nikmathidup, Tan Seng amat lazim menghabiskan waktu bersendirian. Ketika keseoranganbegini, Tan Seng sering melewati masa silamnya ketika pemerintahan  Jepun suatu masa dahulu.  Dia amat membenci penjajah. Manakan tidak,kerana Jepunlah, maka dia kehilangan kakaknya yang dilarikan oleh tenteraJepun. Jasad kakaknya tidak dijumpai sehingga sekarang. Mengenangkan semua itu,air mata Tan Seng mengalir lesu diwajahnya. Raut wajahnya menyimpan banyakkolam derita.

 

Tan Seng masih ingat lagi, bagaimana cerita tentangPanglima Hitam yang terkenal di Kampung Cindai yang terletak di Seberang Praitersebar luas di daerah  Ayer Itam.Panglima Hitam telah dibunuh oleh tentera Jepun. Selama berbulan-bulan semuaorang mencari Panglima Hitam tetapi tidak ada seorang pun yang mengetahui lokasiPanglima Hitam berada sehinggakan pada suatu hari, seorang budak telah tersepaksesuatu di permukaan tanah yang disangkakan tunggul, rupa-rupanya tulang kakipanglima Hitam. Tan Seng amat sedih kerana Panglima Hitam yang gagah perkasadan membela nasib penduduk kampung di kampungnya dibunuh dengan kejam olehtentera Jepun yang tidak berhati perut. Rasa benci membuak-buak di dalamsanubari Tan Seng apabila mengenangkan kembali peristiwa masa lalu.

 

Kekejaman pemerintahan Jepun juga tidak pernah padam.Kerana Jepun jugalah Tan Seng kehilangan sepupunya.  Sepupunya, Tan Mui sekeluarga telah dibunuhdengan kejam oleh tentera Jepun. Ketika itu, Tan Mui dan keluarga telahbersembunyi di atas siling rumahnya. Tentera Jepun telah menceroboh masuk kedalam rumah itu dan menyelongkar di segenap ruang rumah Tan Mui. Kesemuapenghuni rumah itu telah tiada. Salah seorang daripada tentera Jepun itu telahmelepaskan tembakan mengenai siling rumah itu dan akhirnya Tan Mui sekeluargaterbunuh. Sampai sekarang pun, kesan tembakan itu masih ada di siling rumahsepupunya. Mengingatkan semua itu, hati Tan Seng terhiris. Dendamnya terhadappemerintahan Jepun semakin membara.

 

Tan Seng juga pernah merasai kesengsaraan hidup ketikapemerintahan Jepun. Ketika kapal terbang Jepun melintas di udara, hanyahiruk-pikuk sahajalah yang kedengaran pada masa itu. Tatkala, tentera Jepunberkawad meredah kampung, Tan Seng juga akan menyembunyikan diri di celah-celahpokok pisang. Bukan Tan Seng penakut tetapi seksaan daripada tentera Jepunterlalu perit. Kepada mereka yang ingkar akan menerima seksaan berupa dijemurdi tengah panas. Ada yang dipaksa minum air sabun sehingga kembung dan dipijakperutnya dengan but  tentera Jepun.Terlalu sengsara hidup dalam pemerintahan Jepun.

 

            Kedutan dan kerutandi wajah Tan Seng kelihatan amat menonjol sekali. Kulit wajahnya semakinmengendur. Sinar matanya masih tetap garang dan tajam. Duit bawah bantaltidurnya dikira berulang kali. Sampai renyuk dan berlipat-lipat. Dalam sehari,dikiranya berulang kali. Tidak jemu-jemu sehinggakan Mun Wai yang melihatnyahanya menggeleng-gelengkan kepala tanpa berkata sepatah perkataan.

 

            “Tan Seng! TanSeng! Tan Seng.” Dari kejauhan Tan Seng terdengar suara orangmemanggilnya.  Lamunan Tan Seng terhentiapabila mendengar deruman kereta Mail kawan baiknya. “Kenapa ni Tan?” Mailapabila melihat Tan Seng seperti ayam berak kapur. “Aku bukan apa, dua tigahari ini aku asyik memikirkan tentang keinginan aku untuk pergi ke KualaLumpur.”kata Tan Seng dengan matanya menjeling ke kiri dan kanan.

 

            Mail hanya mampumembisu. Dia kenal benar dengan Tan Seng. Degil macam keldai. Kalau diahendakkan sesuatu, pasti dia akan mendapatkannya.  Mail benar-benar gusar. Mail masih ingatlagi, Tan Seng sanggup ke Padang Besar mengikuti rombongan yang pernah dianjurkanoleh penduduk kampung pada masa dahulu. Tetapi semua itu semasa Tan Sengberumur 50 tahun tetapi sekarang Tan Seng sudah menjangkau umur 80 tahun. TanSeng sudah tidak larat lagi berjalan ke sana ke mari. Kalau berjalan ke luardari rumah pun dibantu dengan tongkat apatah lagi mahu berjalan ke Kuala Lumpuryang jauhnya dari kampung mereka ialah 350 km. Mail pernah menghalangnya. LebaiDaud pun tidak menggalakkan Tan Seng pergi seorang diri.  Belanja besar. Lebih baik duit yang ada tu,buat asapkan dapur. Namun Tan Seng tetap berdegil.

 

            Berbekalkan RM100,Tan Seng menaiki bas ke Padang Besar. Cukup untuk tambang pergi balik. NasibTan Seng baik, dia hanya makan roti yang dibeli dari Kedai Murugan selama tigahari dia di Padang Besar. Kalau tidak berkeronconglah perut Tan Seng sepanjangduduk atas kerusi keras dalam bas tanpa pendingin hawa. Semua itu tidak pernahmematahkan semangat Tan Seng yang kental macam getah skrap.

 

            Mulut Mail bagaikanterkunci. Dia tidak sanggup melukakan perasaan Tan Seng. Dia tahu, di bawahbantal tidur Tan Seng, sudah terkumpul duit untuk ke Kuala Lumpur. “Banyaksimpan duit?”Tanya Mail. Tan Seng hanya mampu menguntum senyuman yang tawar.Tan Seng seperti tidak sabar-sabar hendak pergi ke Kuala Lumpur. Tan Seng tidaktahu, kereta lama Mail rosak teruk. Kalau Tan Seng tahu pasti hati danperasaannya seperti ombak tsunami yang menelan banyak rumah di Kuala Muda. Mahudimakan Mail hidup-hidup.

 

            “Adalah tujuhpuluh. Boleh buat tambang minyak kereta kau. Boleh juga buat isi temolok kitananti.” Terang Tan Seng dengan semangat berkobar-kobar. Dalam hati kecil Mail,dia berat untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Pahit seperti hempedu.Walaupun setiap yang pahit itu ubat. Ia boleh jadi racun kepada Tan Seng.“Mail, aku sudah tua, aku teringin benar hendak ke Kuala Lumpur. Aku selalumelihat Kuala Lumpur dalam televisyen sahaja. Bawalah aku pergisekurang-kurangnya boleh juga aku lihat Dataran Merdeka dan Stadium Merdekayang pernah menjadi kebanggan kita semasa kemerdekaan diumumkan di sana.” KataTan Seng dengan wajah yang terlalu mengharap. Mail hanya menundukkan kepalasambil melipat-lipat bucu tikar mengkuang. Bukan dia tidak mahu membawa TanSeng ke Kuala Lumpur. Tetapi bagi Mail Kuala Lumpur bukan macam dahulu.Sekarang Kuala Lumpur pesat membangun. Lagipun, keadaan Tan Seng yang uzur dantidak boleh duduk dalam kereta lama-lama membuatkan Mail berasa kasihan dengankeadaan itu. Mungkin bagi Mail Kuala Lumpur tiada istimewa tetapi bagi orangkampung macam Tan Seng, Kuala Lumpur adalah satu destinasi yang perludikunjungi oleh orang kampung.

                        “TanSeng! Kalau kita….” Belum pun sempat Mail menghabiskan percakapannya, Tan Sengterus mencelah. “ Aku dah simpan duit bawah bantal, satu hari 10 sen. Sekarangtengok, dah banyak pun. Itulah aku dah cakap hari tu kat Kedai Murugan tetapisemua orang ketawakan aku. Dia asyik kata aku gila. Gila pun gila lah, yangpenting sebelum mata aku tertutup dapatlah aku ke Kuala Lumpur.” Jawab Tan Sengdengan senyum melebar menunjukkan barisan giginya yang masih kuat dan utuh.Seutuh dan sekuat hatinya.

 

            Senyuman selebarsawahnya, membuatkan Mail berat hati untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.Karburator kereta Mail tidak berfungsi dengan baik. Mekanik di pekan kampungkata, seminggu baru siap. Banyak barang yang tidak cukup.  Dia kena pesan barang di Ayer Itam. Jiwa Mailtertekan. Rasa seperti hendak tercabut saraf tunjang Mail.

 

            Tan Seng sanggupmengikat perut. Tan Seng sanggup kurang bertandang ke kedai kopi untuk menegukkopi kesukaannya. Kedai Amin pun Tan Seng sudah lama tidak bertandang. Macamorang bercinta yang putus kasih. Tan Seng sanggup merampingkan perutnya yangmemang sudah kempis. Mun Wai pula  tidakbetah duduk di rumah. Tolong Tan Seng cari ulam pegaga. Nasi berulamkan petairebus dan sambal cili kering belacan Pulau Aman jadi santapan. Mun Wai dan TanSeng tidak pernah berungut. Bagi mereka, sudah cukup jika dapat makan nasi. Itusudah terlalu nikmat. Mun Wai juga tidak pernah menyuruh Tan Seng membelikankain baju yang cantik-cantik untuk dipakai. Apatah lagi, gelang emas seurat duajauh panggang daripada api untuk disuruh beli oleh Tan Seng.

 

Kadang-kadang ketika hari perayaan, Mun Wai disindiroleh sanak saudaranya yang bergaya dengan lingkaran rantai emas di tangan dandi leher. Kata sepupunya, Tan Seng kedekut dan tidak sayangkan bini. Mun Waihanya mampu tersenyum kelat menelan semua penghinaan yang dilemparkan olehsepupunya.  Mun Wai tidak pernahmenyimpan dendam. Dia tahu kehendak suaminya, kalau bukan dia yang menolong untukmerealisasikan hasrat suaminya, siapa lagi yang sanggup berbuat demikian. MunWai tahu benar dengan keadaan Tan Seng.

 

            Tan Seng yakin,duit yang disimpan di bawah bantal kekabu yang dibuat oleh Mun Wai cukup untukmereka bertiga ke Kuala Lumpur. Mail pernah berjanji dengan Tan Seng yang diaakan belanja Tan Seng dan Mun Wai makan pau Tanjung Malim yang terkenal dengankeenakannya. Pau Tanjung Malim memang istimewa berbanding dengan pau yang adadi tempat-tempat lain. Kalah badak berendam janda Lawa.  Mail pun berjanji hendak bawa Tan Seng keKLCC apabila sampai di Kuala Lumpur nanti. Mail sendiri berjanji dengan Salmahuntuk belikan isteri kesayangannya cenderamata dari Kuala Lumpur. WalaupunSalmah tidak minta apa-apa pun daripada Mail tetapi Mail faham, kalau berjalandi tempat orang, biarlah buah tangan menjadi kenang-kenangan.

 

            Mail tidak sanggupmenyatakan hal yang sebenar kepada  TanSeng yang merancang program mereka ke Kuala Lumpur itu batal. Mail benar-benartidak sampai hati hendak menjelaskan perkara sebenar. Takut hati Tan Sengberkecai macam kaca terhempas ke lantai. Bukan senang Tan Seng untuk dipujuk.Tidak mudah hendak mengukir senyumannya kembali. Kalau Tan Seng merajuk, makaberbulan-bulanlah dia akan terperosok di rumahnya. Habis semua kucingnya akanjadi gila mencari tuannya. Kelibat Tan Seng juga tidak akan kelihatan lagi dikedai Kopi. Pasti penduduk kampung akan merindui Tan Seng. Bukan Amin sahajaakan merasai itu semua malahan Mail juga akan merasai kehilangan seorang kawankarib mereka.

 

            Rumah papan duatingkat itu sepi seketika. Tiada suara riang dan gelak ketawa penghuni didalamnya seperti riuh-rendah di Kedai Kopi. Betapa masa berlalu begitu pantastanpa menghiraukan sesiapa. Benarlah kata orang “masa itu mencemburui kita”.Sedar-sedar matahari sudah tinggi menggalah. Di wajah Tan Seng kelihatanliku-liku kedutan walaupun begitu terpancar suci kejernihannya. Mail pulamenikmati keindahan sawah yang menghijau yang di tengahnya terpacak orang-orangbagi menghalang burung daripada makan padi yang mula menguning.  Rumah di tepi sawah itu  ditiup bayu yang menghembus ke dalam rumahlalu berlegar-legar, ianya seolah-olah penyaman udara.

 

            Mun Wai pula sejakdari pagi sudah terbongkok-bongkok di sawah. Penyakit suaminya ganjil. Di muluttidak berhenti-henti menyebut Kuala Lumpur. Tan Seng lah yang paling sibuk. “Tan Seng tu kena sampuk dek makhlukhalus kat kedai kopi.” Jawab Mun Wai apabila penghulu tanya mengenai Tan Seng.Mun Wai tahu, suaminya sudah lama menunggu. Sudah terlalu lama menanti.Penyakitnya semakin kronik. Siang atau malam, mulalah Tan Seng merengek macambudak kecil, kadang-kadang  itu sampaiMun Wai tidak boleh tidur. Di mulutnya tidak henti-henti memuji pemimpin negarakerana pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. 

 

            Kehangatan cuacaketika itu bagaikan tidak dirasai oleh Mun Wai kerana leka mengingati Tan Sengyang begitu taksub dengan tuntutan kehendak hatinya. Hampir beberapa lama disitu, kaki Mun Wai mulai rasa lenguh. Sebentar kemudian Mun Wai duduk di atasbatas sawah sambil kaki terjuntai mencecah air. Terasa kedinginan air sawahmenusuk ke kakinya dan tiupan bayu pula menampar-nampar pipinya. Mun Waikembali berdiri semula lalu menghirup udara yang nyaman. Mun Wai merasa amattenang ketika itu walaupun dia sebenarnya masih lagi susah hati dengankeinginan suaminya itu. Namun Mun Wai sedar, pada ketika ini, dia perlumenenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia menenangkan suaminya.

            Fikiran Mailkebingungan kerana dia cuba berfikir sama ada mahu memberitahu hal yangsebenarnya kepada Tan Seng itu atau tidak. Tetapi akhirnya Mail mengalahpada  dirinya. Peristiwa keretanya yangdisimpannya itu terpaksa dibongkarkan agar dia tidak berasa terlalu bersalah danbiarlah Tan Seng itu mengetahui hal yang sebenar walaupun Tan Seng tahu perkarayang buruk akan berlaku. Kali ini, Mail telah bersedia dengan Tan Seng.Biarlah. Dia akan mendiamkan diri apabila Tan Seng memarahinya. Biarlah, Diaakan memekakkan telinganya jika Tan Seng menuduhnya kejam. Biarlah. Mail sudahmemasang tekad yang satu untuk berterus terang tentang keretanya. Biarlah TanSeng menuduhnya yang bukan-bukan. Dia reda. Mail membuka kunci mulutnya dengantersekat-sekat kepada Tan Seng.

 

            “Tan Seng, terlebihdahulu aku ingin memohon maaf daripada engkau. Sebenarnya sejak kita berkawanhinggalah sekarang, aku tidak pernah merahsiakan perkara yang sebenar daripadapengetahuan engkau.” Jelas Mail tercungap-cungap. “Kita tak jadi pergi KualaLumpur, kereta aku rosak. Ada kat bengkel Ah Kau. Seminggu baru siap.” TambahMail dengan perasaan cemas.

 

            Kelihatan manikjernih mula mengalir di pipi Tan Seng. Tan Seng hanya termenung sahaja. Dia masih tidak dapat menerimakenyataan. Peristiwa kereta Mail masuk bengkel masih lagi berlegar di dalam fikirannya.Mendengar kata Mail tadi, darah Tan Seng berderau, degupan jantungnya menjadipantas seperti orang baru sudah berlari. Tan Seng seperti orang yang hilangakal, terus mengambil duit di bawah bantal dan mencampakkannya ke luar tingkap.Tan Seng tidak sangka hasrat murninya untuk ke Kuala Lumpur telah terbantut.

 

            Tanpa membantah,Mail hanya merenung sahaja tindakan Tan Seng. Saat genting begitu hanya Tuhansahaja yang mengetahui betapa peritnya derita yang Tan Seng tanggung. Tan Sengmeraung bagaikan orang gila. Seluruh semangat Tan Seng luntur dan pecahberderai seperti serpihan kaca.  Tan Sengsebak. Tan Seng tersentak. Jiwanya bagai diremuk dan dihiris halus olehsembilu. Darahnya yang mengalir tidak mampu ditadahi oleh sejuta tempayan.Hatinya benar-benar kecewa. Kecewa yang tidak dapat dinyatakan kepada Mail.

 

            Mengenang kembalidetik-detik Jepun menyerang Tanah Melayu pada akhir tahun 1941 amat mengusikTan Seng. Mana tidaknya, ibu, ayah dan kakaknya menjadi korban mangsa kekejamantentera Jepun.  Datuknya pula menjadimangsa kezaliman komunis. Kini gambaran wajah datuk, ibu dan kakaknya Halimahyang mengusik jiwanya itu tergambar di dalam benak fikirannya. Terasa bagaisemalam peristiwa itu berlaku. Tan Seng masih lagi mengalirkan airmata dan merenungjauh daripada jendela rumahnya. Mail hanya membiarkan sahaja Tan Seng di situ.Mail takut untuk meredakan kekecewaan Tan Seng.

 

Betullah kata orang, takkala kemarahan bermaharajaleladi hati, lebih baik kita diam membatukan diri supaya keadaan itu cepat-cepatberubah dan menjadi tenang. Mail hanya menongkat dagu di beranda rumah TanSeng. Tidak ada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Mail. Mail hanyamenundukkan kepala dan saling berpandangan dan kadang-kadang menjengukkankepala mencari bayangan Tan Seng dari dalam rumah. Keadaan di sekeliling rumahTan Seng juga menjadi suram. Tiada kedengaran bunyi kicauan burung atau bunyidaun-daun bergeseran. Rumput-rumput seolah-olah meratapi kekecewaan Tan Seng.Batu-batu di halaman rumah Tan Seng juga seolah-olah menangis dengan kekecewaanhati Tan Seng.

 

            Dari kejauhansayup-sayup kedengaran nama Tan Seng dipanggil. Suara itu semakin dekat danjelas kedengaran. “Tan! Tan! Kedengaran dari luar rumah. “Apa halnya ni? ha,duit apa ni berterabur atas tanah ni?” Tanya Mun Wai yang masih kebingungan.Mail, membisu seribu bahasa seperti pesalah di dalam kandang  mahkamah. Mail hanya memandang muka Mun Waitanpa mengelipkan mata. Mata Mail bulat merenung muka Mun Wai. Mun Wai nampakamat kehairanan. Belum pernah lagi selama dia menjadi isteri Tan Seng, suaminyaberkelakuan seperti itu. Dia terkejut dan buah betik yang dipegangnya jatuh ketanah. Terasa kakinya beku menjejak di atas tanah. Dia amat bingung dengankelakuan suaminya kali ini.

 

            “Mun, aku minta diridululah.” Ujar Mail dengan dahi yang sengaja dikedutkan.

            “La, lekas benarnak balik? Kopi pun belum dihidang.” Jawab Mun Wai sambil membongkok mengambilbuah betik yang jatuh tadi.

            “Sebenarnya sebelumdatang sini, aku dah singgah Kedai Kopi.”Terang Mail. Akhirnya, Mail melangkahlesu balik ke rumah dengan membawa seribu pertanyaan di hati. Mungkin esok akanmembawa cahaya baru untuk mereka bertiga. Siapa tahu!

 

            Sudah menjadifitrah dunia waktu siang digantikan malam. Malam itu Tan Seng tidak seperti biasa.Mukanya masam mencuka. Mun Wai memanggil suaminya makan. Mun Wai begituberselera sekali tetapi Tan Seng hanya termenung saja di depan nasi. Tangannyahanya menguis nasi yang terdapat di dalam pinggan. Gulai lemak pucuk ubi yangdibuat oleh Mun Wai tidak disentuh langsung oleh Tan Seng. Tan Seng hanyamembiarkan sahaja jari jemarinya menguis nasi yang terdapat di dalampinggan.  Mun Wai memandang suaminyadengan penuh tanda tanya. Walau pun mereka berbangsa Tionghua namun rutinkehidupan mereka sarat dengan nilai-nilai kemelayuan. Cara makan dan bertutursudah seperti masyarakat Melayu. Mereka tidak makan dengan menggunakan penyepitatau mangkuk. Mereka lebih selesa menggunakan tangan untuk makan.Kadang-kadang, orang Melayu sendiri pelik dengan sikap mereka. Tan Seng masihlagi menundukkan kepalanya. Dia masih tidak dapat melupakan kata-kata Mailtengah hari tadi.

 

            “Abang kenapatermenung saja, makanlah.”Ujar Mun Wai sambil menambah nasi di pinggannya. TanSeng cuma mengangkat mukanya lalu tersenyum tawar memandang Mun Wai. Mun Waimenggoncang-goncang tubuh Tan Seng. Paha Tan Seng dicubit-cubit. Tetapi tidakada reaksi daripada Tan Seng. Tan Seng tidak pernah ambil hati dengan perilakuMun Wai. Mun Wai merasakan itulah kelakuan yang paling hambar yang dibuat olehTan Seng. Tidak pernah Mun Wai merasakan perasan sehambar begitu sejak dari diamula berkahwin sehinggalah malam itu. Mun Wai tahu perasaan Tan Seng padaketika itu. Tetapi apakan daya, dia hanya memiliki kudrat seorang perempuan dankudratnya tidaklah sekuat kudrat lelaki yang mampu mengubah kehidupan.

 

            Malam bertambahlarut tetapi hanya Tan Seng saja belum melelapkan mata. Sambil menghirup kopipanas yang dibuat oleh Mun Wai sebelum tidur. Entah kenapa pada malam ini, TanSeng liat untuk tidur. Dilihatnya di bawah bantal kekabunya, masih kelihatanduit yang didepositkan setiap hari. Sedangkan, tengah hari tadi seperti dirasukhantu Tan Seng mencampakkan semua duit hasil ikat perutnya beberapa lama. Diamenjeling Mun Wai yang tidur di sebelahnya di atas katil Susuk tubuh Mun Waitidak pula mengghairahkan dirinya pada malam itu. Dalam kepekatan malam, TanSeng hanya memandang kosong ke arah dalam rumah. Pandangan yang benar-benarkosong. Dia sendiri tidak tahu apa yang direnungnya. Fikirannya menjadi kalutberserabut memikirkan tentang hasratnya yang tidak kesampaian.

 

            Tan Seng tahu, MunWailah yang terbongkok-bongkok mengutip duit itu. Mun Wai seperti memberiharapan baru kepada Tan Seng. Mun Wai tidak pernah melukakan hati kecilnya. MunWai  meniupkan kembali roh semangat dalamsanubarinya.  Tan Seng sedar, Tuhanturunkan hujan. Tuhan sebarkan panas mentari. Rupanya, Tuhan berkehendakkanhambanya menikmati pelangi indah yang dicipta-Nya.

 

            Apatah lagi,selepas petang tadi, Mun Wai kelihatan agak keletihan. Mun Wai terus merebahkandiri di atas tikar mengkuang.  Tan Sengamat terharu kerana Mun Wai sanggup melakukan apa sahaja demi dirinya.   Mengenang semua itu, hati Tan Seng sedikitlega dan berazam untuk tidak lagi merajuk dengan peristiwa petang tadi. Biarlahduit bawah bantal itu terbiar begitu sahaja. Mungkin juga duit bawah bantal ituakan memberikan kebahagiaan buat Tan Seng dan Mun Wai apabila tiba masanyananti. Siapa tahu!      

           

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.