Home Cerpen Umum Dari Pajak Song ke Putrajaya
Dari Pajak Song ke Putrajaya
Amatara
15/2/2019 17:03:44
2,635
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Dari Pajak Song kePutrajaya

oleh

AMATARA

 

               “Haji Nawang! Haji Nawang!  Terenggut Haji Nawang daripada khayalan apabiladiseru oleh suara yang sudah biasa didengarnya. Walaupun Taha yang berusia 17tahun itu bukan berbinkan Haji Nawang,  Tahabegitu rapat mendarah daging dengan Haji Nawang dan Hajah Salehah .  Pak Mail tidak menghalang anak tunggalnyauntuk menyayangi Haji Nawang dan Hajah Salehah. Malahan, Pak Mail juga telahmenganggap Haji Nawang dan Hajah Salehah sebagai sebahagian daripada hidupnya.Mereka diibaratkan seperti paha yang dicubit. Setiap penderitaan Haji Nawangturut dirasai Pak Mail. Jika Haji Nawang gembira, maka kelopak hatinya  turut berkembang mekar

            “Apa hal ni Taha?”Tanya Haji Nawang sambil menghembus asap rokok daun nipah.  Taha yang tercungap-cungap kepenatanmelabuhkan punggungnya di atas tangga beranda Haji Nawang. Dia memerhatikanHaji Nawang tanpa mengalunkan suara. Haji Nawang memandang Taha denganpandangan yang sarat bermakna.

            “Ayah dan CikguRahim tunggu haji kat rumah.”  Jelas Tahasambil menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal sekelumit pun.

            Kelibat HajahSalehah masuk ke arah beranda lalu menyapa Salleh dengan suara yanglembut.  “Ah…kau Taha. Apa hal awal-awalpagi dah tersengeh-sengeh seperti kerang busuk? Tanya Hajah Salehah selamba. Tahahanya tersengih sahaja mendengarkan gurauan daripada Hajah Salehah. Dia sedikitpun tidak berkecil hati dengan pertanyaan begitu. Baginya, dia sudah kenalbenar Hajah Salehah. “Ayah suruh panggil haji.” Kata Taha sambil tersengihlagi. Hajah Saleha yang mendengar kata-kata daripada Taha hanyamengangguk-anggukkan kepala sahaja dan terus beredar menuju ke dalam biliksambil membawa beberapa helai kain batik untuk disimpan di dalam almari.

            Taha masih lagimembatu di atas tangga beranda. Dipandangnya Haji Nawang yang sedang mencapaibaju yang tersangkut di paku di belakang pintu. Dia sempat mendengar rungutanHaji Nawang dari atas rumah. Haji Nawang berjalan menuju ke tangga berandasambil mengancingkan butang di bajunya. Haji Nawang melewati Taha yang masihlagi membatu di tangga beranda.

            “Leha! Aku pergidulu. Apa hal Pak Mail nak jumpa. Taha! Kau tolong Mak Leha bagi makan ayam katreban tu.” Kata Haji Nawang sambil mencapai motosikal merah kesayangannya.

            Usai kelibat HajiNawang tidak kelihatan, Taha turun dari tangga beranda dan beredar menuju kereban ayam yang terletak di belakang rumah. Diambilnya hampas kelapa danditaburkannya di dalam bekas makanan ayam yang diperbuat daripada tong plastikitu. Taha duduk tercatuk sambil fikirannya ligat memikirkan tentang kerja-kerjasekolah yang perlu disiapkan.

          Taha  melihat di sekelilingnya mencari kelibat HajahSaleha tetapi tidak ada. Dia melihat beberapa ekor ayam sedang berebut-rebutmakanan yang terdapat di dalam bekas yang diisinya tadi. Haji Nawang memecutmotosikal kelabu tahi anjingnya selaju yang mungkin. Belum sempat tempat duduk motosikalnyapanas, Haji Nawang sudah sampai di rumah Pak Mail. Dia turun daripada motosikaldan terus disapa oleh Pak Mail.

            “Letaklah dulu motosikaltu elok-elok, tak hilang ke mana motosikal tu. Lepas tu naik ke sini, minumkopi panas. Nasi lemak lauk sambal paru pun ada.” Kata Pak Mail. Cikgu Rahimhanya tersenyum sambil menikmati sarapan pagi di beranda rumah Pak Razak.

            Setelah melabuhkanpunggungnya, isteri Pak Mail, Mak Minah menuangkan kopi panas ke dalam cawanuntuk Haji Nawang. “Jangan penuh Minah, kat rumah tadi, Leha dah buatkan.”Jelas Haji Nawang. Mak Minah tidak mempedulikan permintaan Haji Nawang. Mak Minahtahu, Haji Nawang memang gemar minum kopi panas. Kemudian Mak Minah menyenduknasi lemak ke dalam pinggan yang dialas daun pisang. Kali ini, Haji Nawangtidak menolak pula apabila Mak Minah menyenduk penuh ke dalam pinggan didepannya. Haji Nawang menghidu nasi lemak itu dengan penuh berselera. Berkecurair liur Haji Nawang, hati dan perasaannya tidak dapat dikawal lagi untukmenjamah nasi lemak itu. Disuapnya beberapa kali ke dalam mulutnya tanpamempedulikan tujuan asalnya ke rumah Pak Mail. Pak Mail dan Cikgu Rahim hanyamembiarkan sahaja gelagat Haji Samad itu.

“Begini, Haji.” Jelas Pak Mail sambilmenepuk bahu sahabat karibnya. “Aku dan Cikgu Rahim bercadang nak ajak kaupergi ke Putrajaya malam ini, esokkan sambutan kemerdekaan tanah air ke-61. “JelasPak Mail.  Haji Nawang yang sedang lekaminum air kopi, tersentak mendengar kata-kata daripada mulut Pak Mail.  Anak tekaknya kelihatan turun naik menelannasi lemak yang bercampur dengan air kopi panas. Haji Nawang tersenyum puasmendengar berita tersebut. Kali terakhir Haji Nawang turut serta menyambutsambutan kemerdekaan ialah enam puluh satu tahun yang lalu. Haji Nawangmenyaksikan dengan mata sendiri. Haji Nawang dengan telinga sendiri mendenganlaungan kata kerama ‘merdeka’ oleh Tunku.

“Bila kita nak pergi? Pukul berapakita nak bertolak?”Soal Haji Nawang bertubi-tubi kepada Pak Mail.  “Aku nak suruh Leha siapkan baju aku untuk kePutrajaya.”  Kata Haji Nawang sambilmenjamah nasi lemak yang dihidangkan oleh Mak Minah.

Haji Nawang yakin hasil perjuanganpemimpin-pemimpin, rakyat yang mempunyai kesedaran seperti Cikgu Rahim dan Pak Mail,generasi pelapis seperti Taha akan menikmati hidup yang lebih gemilang padamasa hadapan. Taha akan meneruskan perjuangan generasi kini yang masih belumselesai baik dari segi ekonomi, sosial dan politik. Kelekaan Haji Nawangtiba-tiba sahaja terhenti. Dia memandang Cikgu Rahim dengan penuh minat.

            “Malam ini selepasisyak, saya dengan Pak Mail ambil haji kat rumah.”Jelas Cikgu Rahim.  “ Kita pergi naik kereta saya. Taha juga akanturut menyertai kita Haji. Kata Rahim lagi menyakinkan Haji Samad yangmemandangnya dengan senyuman yang berbunga.

            Haji Nawang tidaksabar menanti detik yang penuh bersejarah itu. “Kalau ikutkan hati aku, sekarangjuga aku nak ke Putrajaya. Kali ini, dia benar-benar merasa cukup gembira. HajiNawang membasuh tangan dan sendawa beberapa kali.”Alhamdulillah”. Kata Haji Nawangsambil menadah tangannya ke atas. Perbuatan Haji Nawang itu mencetuskan gelak ketawa kepada Pak Mail dan CikguRahim. Haji Nawang bersandar di tiang beranda itu sambil berbual-bual denganPak Mail dan Cikgu Rahim. Tiba-tiba dia bingkas bangun membetulkan kopiah putihyang hampir terlucut daripada kepalanya.

            “Aku nak balikdulu. Aku nak cakap kat Leha. Aku nak suruh Leha kemas baju aku.” Jelas Haji Nawangsambil berlalu pergi tanpa sempat memberi salam. Pak Mail dan Cikgu Rahim hanyamengiringi pemergian Haji Nawang dengan kuntuman senyuman yang sungguh mekar.Seumpama mekarnya bunga ros yang menyemarakkan bau di sekitarnya. Mereka tahuapa yang tersirat di dada Haji Nawang. Kawan yang satu ini, tidak sabar-sabarhendak ke Putrajaya. Mereka tahu benar, tabiat Haji Nawang. Sejak kematiankedua-dua anak lelakinya akibat kemalangan motosikal enam tahun yang lalu, HajiNawang tidak pernah keluar melewati daerah. Kedua-dua anaknya yang beza umurhanya dua tahun telah mencanakkan nama Haji Nawang sebagai pelajar perubatan disebuah universiti awam di Lembah Kelang. Anak sulungnya di tahun akhir,manakala anaknya yang bongsu pelajar tahun kedua di universiti yang sama.

            Taha yang barupulang dari rumah Haji Nawang hanya menggelengkan kepala sahaja apabila melihatgelagat Haji Nawang tadi. Dia belum sempat mendengar apakah berita yang dibawaoleh ayahnya.

            Taha begitu kagumdengan semangat Haji Nawang. Walaupun Haji Nawang hanya seorang petani biasaseperti yang lain, semangat cintakan tanah air tidak ada bandingan.

Cikgu Rahim dan Taha hanya mampu mengukir senyum melihat Haji Nawangberlalu pergi. “Haji! Haji! motosikal tu takkan nak tinggal kat sini,” Pak Mailmenjerit ke arah Haji Nawang tetapi Haji Nawang sudah hilang dari pandanganmata. Seperti lipas kudung dia berlalu pergi untuk mendapatkan Leha.  Pak Mail yang sudah lama mengenali Haji Nawang,tidak terkejut dengan kelakuan Haji Nawang. Haji Nawang begitu gembira apabilahasratnya untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan hampir tercapai.  Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi merekaberempat akan pergi ke Putrajaya.

            “Tak apa ayah,sekejap lagi saya hantar motosikal Haji kat rumahnya,” kata Taha kepada Pak Mail.  Taha memang mengambil peluang keemasan ituuntuk mengunjungi rumah Haji Nawang. Di atas pangkin bawah pokok mangga didepan rumah Haji Nawang lah dia banyak mendapat pengetahuan tentang masyarakatKampung Pajak Song. Sejak dari sekolah rendah lagi, Taha banyak mendengarkisah-kisah tentang kekejaman Jepun. Cerita tentang zaman darurat daripadamulut Haji Nawang. Dia sudah hafal benar dengan cerita yang keluar daripadamulut Haji Nawang. Manakan tidak, setiap kali dia ke rumah Haji Nawang, itusahajalah cerita yang akan keluar daripada mulut Haji Nawang. Dia juga tidakpernah merungut untuk mendengar cerita tentang kekejaman Jepun itu. Entah kebeberapa kali, dia harus mendengarnya, dia tetap tidak membantah. Bagi Taha,cerita-cerita seperti itulah yang menebalkan hatinya dengan semangat cintakantanah airnya.

            “Taha kena ingat,apabila Taha dah besar nanti, jangan biarkan tanah air kita dicerobohi danditakluki bangsa asing. Kita mesti bersatu teguh dan robohkan tembok penceraianuntuk menjadi bangsa kelas satu,”  pesanHaji Nawang kepada Taha pada suatu petang. Kata-kata itu keluar daripada mulut Haji Nawang.

            “Ayah! Mak! Tahanak hantar motosikal Haji ni,” kata Taha sambil melemparkan senyuman. “Janganpergi ke tempat lain pula. Taha terus pergi ke rumah Haji. Mak tak nak kaukerjakan motosikal Haji.” Pesan Mak Minah kepada anak kesayangannya.

            “Saya pun nak mintadiri dulu,” celah Cikgu Rahim. Cikgu Rahim bangun daripada tempat duduknya. PakMail juga bangun. “Cepatnya. Habiskan dulu kopi tu.” Pinta Pak Mail kepada CikguRahim. “     

        Cikgu Rahim menuju kearah keretanya. Kedengaran bunyi enjin menderam-deram seperti bunyi kucingsedang berkelahi. Pak Mail mengangkat tangan melambai ke arah Cikgu Rahim. Daridalam perut kereta itu, Cikgu Rahim juga membalas lambaian daripada Pak Mail. 

Sementara itu di perkarangan rumah Pak Mail, Taha menyorong motosikalHaji Nawang itu dengan berhati-hati. Matanya mencari-cari kelibat Haji Nawangdi sekitar kawasan rumah itu.

     “Apa hal ni Taha?  Mana Haji? Tadi kan, dia kat rumah kamu?”Soal Hajah Saleha seperti kehairanan. Hairan kerana Haji Nawang belum balik.Terkejut sebab motosikal berwarna kelabu tahi anjing kesayangan Haji Nawang disorongoleh  Taha.

            “Kenapa ni Taha?Haji tak ada kat rumah sejak pergi rumah kamu pagi tadi.” Jelas Hajah Salehadengan wajah yang penuh keresahan. Taha yang masih lagi tercegat di hadapanrumah Haji Nawang turut tercengang. Dia juga hairan dengan ketiadaan HajiNawang. Baru tadi matanya sendiri melihat Haji Nawang tergesa-gesa keluar darirumahnya. Taha meletakkan motosikal yang tiada lampu isyarat memotong itu di halamanrumah Haji Nawang. Hajah Saleha hanya memerhatikan sahaja kelakuan Salleh. HajahSaleha turun dari tangga tengah rumah dan duduk di beranda. Dia melihat Tahadengan seribu pertanyaan yang bersarang di hatinya. Salleh keluar dari bawahrumah dan duduk di atas tangga beranda.

            “Tadi, selepasminum kopi dan makan nasi lemak kat rumah, Haji terus minta diri nak balik kerumah. Haji tertinggal motosikal kat rumah.” Jelas Taha kepada Hajah Salehamerungkai kekusutan di hati Hajah Saleha.

            Dari jauh kelibatHaji Samad kelihatan di bawah pokok betul-betul di belakang rumah.      Haji Nawang seperti insan yang dilamuncinta lagaknya. Mandi tidak basah, makan tidak kenyang menantikan hari istimewauntuk ke Putrajaya.   Semua yang dibuat oleh Haji Nawang terasaserba tidak kena. Kelekaan Haji Nawang tiba-tiba terganggu seketika apabila diamelihat Taha menuju ke arahnya.

            “Kenapa ni, Taha?”dikejar hantu ke?” Tanya Haji Nawang seperti bergurau. Taha yang barumelabuhkan punggungnya membuka mulut.

            “Haji ada katsini”. Tanya  Taha kepada Haji Nawang. HajiNawang hanya tersenyum sahaja.

            “Kau tahu Taha, akumahu kau tahu betapa kemerdekaan ini amat penting untuk  kita semua. Negara kita bebas dibelenggupenjajah. Biar kita rasa nikmat.  Dahlama kita ikut telunjuk orang asing laknat. Dah lama aku menunggu saat-saatseperti ini untuk menyambut kemerdekaan yang sudah sekian lama aku tidaksertai, “kata Haji Nawang dengan nada sebak. Taha hanya menudukkan kepala tandaakur dengan percakapan Haji Nawang. Dipegangnya tangan keras Haji Nawang.Tangan yang urat-urat kasar jelas kelihatan. Tangan yang sudah kematu.Diciumnya tangan Haji Nawang dan memegangnya dengan erat. “Taha janji, Tahajanji”. Kata Taha berulang kali.

        Taha meninggalkan HajiNawang bersendirian dan dari kejauhan melihat kuntuman senyum Haji Nawang yangberkembang mekar. Senyuman yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.  Malam ini, usai solat isyak, mereka berempatakan bertolak dari Pajak Song ke Putrajaya.

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.