Home Novel Komedi/Romantik Komedi WHISTLE KE HATIKU
WHISTLE KE HATIKU
Im Raimah
24/1/2018 15:34:00
3,658
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

ELLYSA mundar mandir di hadapan wad yang menempatkan lelaki dengan kad pengenalan Korea yang bernama Choi Sung Yoon. Dia tidak tahu bagaimana mahu menemui Sung Yoon dalam keadaan dia masih lagi terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan yang dia tidak dapat berjalan buat masa ini. Sung Yoon juga tidak mahu menerima sebarang tetamu. Meskipun doktor mengatakan tetamu itu adalah orang yang telah menyelamatkan nyawanya. 

"Ya Allah minta-mintalah Choi Sung Yoon tu mahu jumpa dengan saya hari ni" doanya menadah kedua-dua tangan. 

Boleh dikatakan setiap  hari dia akan datang ke hospital semata-mata untuk bertemu dengan Sung Yoon. Walaupun jawapan lelaki itu tetap sama seperti hari sebelumnya dia tetap tidak berputus asa. Hari ini juga dia lakukan perkara yang sama. Tapi ini mungkin pelaung terakhirnya kerana dia akan pulang ke Kundasang pada keesokkan harinya. Jika Sung Yoon enggan juga menemuinya Ellysa terpaksa berikan purse milik Sung Yoon kepada Doktor Patrick. 

Tidak lama kemudian Doktor Patrick dan beberapa orang jururawat keluar dari dalam wad Sung Yoon. Belum sempat Ellysa membuka mulut untuk bertanya tentang lelaki warga Korea itu. Doktor Patrick pantas memberitahunya bahawa Sung Yoon telah mengubah fikiranya dan mahu bertemu denganya. Buat masa ini dia cuma boleh percayakan gadis yang telah selamatkan nyawanya dan dia juga perlukan bantuan gadis itu untuk menghubungi syarikat pengurusanya di Korea. 

"Terima kasih doktor, terima kasih sangat-sangat. Tidak sia-sia saya minta doktor pujuk dia. Terima kasih" 

Bukan main gembira lagi dia mendengar khabar gembira dari Doktor Patrick itu. Kepala ditundukkan serendah 90 darjah sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah berjaya meyakinkan lelaki warga Korea itu. Doktor Patrick hanya membalas dengan senyuman sambil mengucapkan selamat berjaya kepada Ellysa. Sung Yoon mungkin bukanlah semudah atau seramah yang dia fikirkan. 

"Alhamdulillah syukur Ya Allah. It's time to meet you

Choi Sung Yoon" gumamnua dengan senyuman. 

Dia bergerak beberapa tapak ke hadapan dan berdiri betul-betul di hadapan pintu wad yang menempatkan Sung Yoon. Nama Choi Sung Yoon yang tertulis dia tepi pintu sebelah kanan dia renung, lama. 

Nafas dia tarik dalam-dalam. 

"Bismillahirahmanirahim" dengan ucapan 'bismilah' dia menggenggam tombol pintu dengan perasaan yang berdebar-debar. 

"Wait macam mana aku mahu sapa dia? Hello Mister Choi? Annyeonghaseyo Mister Choi Sung Yoon? Alamak, apa hal aku panik ni? Ell tenang, tenamg" dada dia urut sebelum kembali menggenggam tombol pintu itu. 

Dia tidak dapat menjangkakan apa reaksi Sung Yoon bila melihatnya nanti. Mungkin Sung Yoon tidak mahu melihat wajahnya dan memintanya untuk pergi dari situ sebaik saja barang miliknya dikembalikan atau Sung Yoon mungkin akanemgucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkam myawamya. Apa-apa sajalah yang penting dia berjaya berikan sendiri purse itu pada pemiliknya. 

"Fuhh!" nafas dia tarik dalam-dalam lalu menolak pintu itu perlahan-lahan. Melalui celah pintu yang sedikit terbuka dia mengintai Sung Yoon yang sedang terbaring di atas katil. Teruk juga keadaaan dia sampai kedua-dua kaki berbalut. Kepalanya juga berbalut kerana terkena hentakkan yang kuat. Mujur tak hilang ingatan. Kalau dia hilang ingatan mesti keadaan akan jadi lebih teruk. 

"Excuse me Mister Choi may I..." sapanya dalam nada berbisik. 

"Just come in" celah Sung Yoon sebelum Ellysa sempat memghabiskan kata-katanya.

Dia sebenarnya menyedari kehadiran Ellysa yang terintai-intai di pintu tadi. Macam penghendap profesional pun ada juga gadis muda itu. 

Mendengar kata-kata itu. Ellysa pantas masuk ke dalam dengan langkah yang agak perlahan. Buntang mata tidak berganjak dari menatap wajah serius Sung Yoon. Pipi kanan lelaki itu bertampal kerana terkena serpihan kaca begitu juga dengan tangan kiri dan kananya. Mungkin itu kesan akbiat dia pecahkan cermin kereta untuk keluarkan Sung Yoon dari situ. 

"How are you Mister Choi? Are you feeling better now?" sapanya tanpa berfikir terlebih dahulu tentang pertanyaan itu. 

Sung Yoon  tersenyum bila mendengar pertanyaan dari Ellysa. "You can see that I'm okay or sick right? " Jawabnya agak sinis. 

Ellysa mengangguk. Ada betulnya juga jawapan yang diberikan oleh Sung Yoon itu. Dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan itu bila dia sendiri dapat melihat bagaimana teruknya keadaan lelaki itu sekaramg. 

Tanpa membuang masa, dia keluatkan purse milk Sung Yoon kemudian diserahkan pada pemiliknya. Sung Yoon mengambil purse tersebut lalu melarikan semula pandangan pada Ellysa. Dia sebenarnya tidak menyangka bukan sahaja gadis itu berjaya selamatkan dirinya. Tapi, gadis itu juga telah selamatkan purse yang mengandungi barang penting seperti kad pengrnaalanya. Jika tidak, mereka mungkin sukar untuk mengenal identitinya. 

Mendengar saja pertanyaan itu, Ellysa tersenyum lalu memberitahu Sung Yoon bahawa kawan baiknya Akhif yang telah mengambil purse tersebut ketika dia membantu Ellysa untuk keluarkan Sung Yoon dari dalam kereta. Kad pengenalan yang ada dalam purse itulah yang banyak membamtu mereka untuk mengenal pasti siapa lelaki yang tidak dikenali itu. 

"I'm so sorry because i couldn't save you're other things" ucap Ellysa dengan serius. 

"It's okay, this is enough foe me. Thank you so much ucap Sung Yoon. 

"Most wlecome. Err..." dia menggaru-garu tenguk yang tiba-tinba saja terasa gatal. 

"I have to go now. I wish you get well soon. Annyeonghigaseyo (selamat tinggal)" ucapnya dengan senyuman. Dia bongkokkan tubuh serendah sembilan puluh darjah lalu berpaling ke belakang. Syukur kepada Tuhan kerana urusanya telah dipermudahan. Sung Yoon yang tadinya kelihatan dingin tetap memberikan ucapan terima kasih membuatkan dia raaa terharu. 

"Good job Ell"  Ellysa tersenyum bangga dengan diri sendiri lalu mengatur langkah satu persatu menuju ke pintu keluar.

Namun belum sempat tangan menggenggam tombol pintu, suara Sung Yoon kembali menyapa ke telinganya. Dia menoleh ke belakang, kelihatan Sung Yoon melambaikan tangan memanggilnya. Alamak, apa hal pula mamat Korea ni panggil aku? Jangan-jangan ada barang hilang? Excuse me mister saya tiada ambil apa-apa ya. Bwbelnya dalam hati kembali mendekati lelaki itu. 

Setelah bertemu sendiri dengan gadis yang telah menyelamatkan nyawanya dari rentung dalam kereta. Sung Yoon merasakan Ellysa tidak mengenalinya identiti sebenar lelaki itu sebagai seorang ahli dan vokalis utama kumpulan idola terkenal di Korea Selatan. 

"Yes Mister Choi what can I help you?' soal Elkysa dengan senyuman. 

Sung Yoon cuba untuk duduk. Tapi, dia kelihatan tidak berdaya. Ellysa tanpa berfikir panjang pantas membantunya. Masa seakan-akan terhenti saat mata mereka bertemu dalam jarak yang agak dekat. Ellysa cepat-cepat menjarakkan diri. Suasana terasa begitu janggal baginya dan Sung Yoon. 

"Ehem" dehem Ellysa melarikan pandamgan ke tempat lain. 

"Can i ask you something?" tanya Sung Yoon dia mahu memastikan sama ada gadis itu betul-betul tidak mengenalinya atau berpura-pura. 

Ellysa kembalikan pandangan pada Sung Yoon. 

"Of course" jawabnya ringkas. Hati berdebar menunggu pertanyaan dari lelaki yang berwajah dingin. 

"Do you know who i am?" tanya Sung Yoon. 

Ellysa menggeleng dengan wajah kosong. Macam manalah dia nak kenal lelaki tu kalau mereka hidup di negara berbeza. Orang sekampung denganya pun belum tentu dia kenal semuanya. 

"If you don't knew who I am.  Why you put yourself in danger to save someone who don't know?" 

"I have think about that and my answer is I save you because of humanity and I think you shouldn't deserve to die like that" jelas Ellysa dengan bersungguh-sungguh.  Berterabur bahasa Inggeris disebabkan lama tidak bertutur dalam bahasa selain bahasa Melayu dan dialek Sabah. 

Sung Yoon tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia tidak menyangka masih ada lagi perempuan seperti itu sekarang. Humanity, cukup membuatkan dia rasa bersyukur dan terharu. Tapi, pada masa yang sama dia masih berasa hairan mengapa gadis muda itu tidak mengenalinya seorang idola terkenal sepertinya. 

"Mister Choi can i leave now?" tanya Ellysa dengan senyuman. 

"Wait, may i borrow you're phone?  I need to call someone" pinta Sung Yoon. 

Ellysa diam seketika. 

Hubungi seseorang? Siapa? Dia ada saudara mara dekat sinikah? Atau dia mahu telefon seseorang di Korea? Oh my credit! Baru top up tadi kut. Tidak apalah Ell sekali sekala tolong orang susah. 

"Err.. Sure" jawab Ellysa mengeluarkan telefon dari dalam bag lalu diberikan pada Sung Yoon. 

"Thank you" Sung Yoon mengambil telefon pintar itu menggunakan tangan kiri memandangkan tangan kananya bersimen. 

Ellysa hanya membalas ucapan terima kasih itu dengan senyuman. Kemudian dia berjalan menuju ke tingkap untuk meihat pemandangan Kota Kinabalu dari bilik yang membosankan itu. Macam manalah dia boleh tahan duduk dalam wad ni. Kalau aku lama sudah lari. Tapi, macam mana dia mahu lari sedangkan berjalan pun guna kerusi roda. 

"Yeobuseyo" 

Elysa menoleh ke belakang memandang Sung Yoon yang sedang berbual dengan seseorang di hujung talian. 

"Sung Yoonie?" tanya Min Seong iaitu pengurus Sung Yoon. 

"Ya, ini saya" jawab Sung Yoon. 

Min Seong yang sedang menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran di lorong Ewha University terkejut menerima panggilan yang tidak disangka-sangka itu. Dia bingkas bangun dari tempat duduk dan mula membebel panjang lebar. 

"Hei! Kau kat mana ni?"  Puas aku call, mesej kau. Tapi, kau tak balas. Hutan mana kau pergi ni? Kau tahu tak bos hampir pecat aku sebab tak dapat jejak kau. Kau ni suka buat masalahlah Sung Yoon" 

Berkerut wajah Sung Yoon mendengar bebelan Min Seong di hujung talian. Ellysa yang berdiri di tepi tingkap pun dapat mendengar betapa kuatnya suaranya Min Seong bercakap. Mesti bingit satu restoran dengan suaranya. 

"Min Seong Hyung dengarlah dulu penjelasan saya" kata Sung Yoon dengan tenang. Sempat juga mata dijelingkan pada Ellysa yang melihat ke luar jendela. Mujurlah gadis itu tidak memahami apa yang mereka bualkan. Kalau tidak dia mesti berasa malu bila dimarahi oleh pengurusnya. 

"Penjelasan? Penjelasan apa? Ini dah lebih cuti. Kau kat mana sekarang?" 

"Pyeongwon (Hospital)" jawab Sung Yoon. 

"H... Hospital?" bulat mata Min Seong mendengar jawapan Sung Yoon. 

"Hmm. Saya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tanah tinggi Kundasang beberapa hari lepas" jelas Sung Yoon dengan lebih terpeinci.  

Min Seong di hujung talian diam seketika. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu meneguk segelas air kosomg. Beberapa hari lepas? Kenapa baru sekarang dia maklumkan perkara itu kepadanya? Namun, Sung Yoon yang tenang menjelaskan yang keadaanya baru saja stabil dan mendapat masa yang sesuai untuk memaklumkan perkara sebenar kepada pihak pengurusanya di Korea. 

Min Seong kemudian memberitahu yang dia akan datang ke Kota Kinabalu untuk menjemput Sung Yoon. Tapi, Sung Yoon pantas menghalang Min Seong dengan mengatakan yang dia akan pulang ke Korea secepat mungkin dan sertai ahli kumpulan yang lain untuk kemunculan kembali mereka selepaa sembilan bulan. 

"Choi Sung Yoon kau jangan buat hal. Kes scandal kau pun tak selesai lagi. Sekarang kau nak duduk dekat tempat tu?" 

"Saya akan jelaskan semuanya bila kembali ke Korea nanti. Itu cuma rumor bukanya perkara yang sebenar" jawab Sung Yoon. 

Kepalanya terasa sakit setiap kali isu tentang sandal dan khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan perempuan terkenal Korea dibangkitkan. Pihak Hoollim Entertainment telah menjelaskan bahawa itu hanyalah satu khabar angin kerama mereka pernah belakon dalam drama yang sama. Tapi, agensi idol perempuan itu masih belum memberikan penjelasan sehingga ke saat ini. 

"Bila kau nak balik ke Korea?" soal Min Seong. 

"Saya tak pasti lagi. Mungkin bila kaki saya boleh berjalan semula" jawab Sung Yoon merenung kaki yang berbalut. 

"Yalah, aku akan maklumkan pada bos tentang situasi kau sekarang" 

"Gomawo Min Seomg Hyung" ucap Sung Yoon dengan pemuh rasa kesyukuran. Dia tahu perkara ini mungkin sukar. Tapi, dia perlu hadapinya dengan tenang dan berhemah tanpa melatah. 

"idol? Scandal? Rumor? Hoollim Entertainment? Dia ni artis ke? Penyamyi kumpulam K-Pop macam Super Junior tu?" gumam Ellysa sendirian dengan wajah berkerut. Sudah bertahun-tahun dia tinggalkan dunia K-pop dan hanya mendengar cerita tentang kumpulan idola Korea dari kawan baikmya Adeline.  

"Excuse me miss" panggil Sung Yoon selepas mengakhiri perbualanya bersama Min Seong. 

Ellysa pusingkan tubuh ke belakang memandang Sung Yoon. 

Sung Yoon menghulurkan telefon pintar milik Ellysa.

Ellysa berjalan mendekati Sung Yoon lalu mengambil telefonnya. 

Betul ke dia tak kenal siapa aku? Bisik Sung Yoon dalam hatinya dengan mata menikam tepat ke dalam mata Ellysa. 

Dah kenapa pula dia pandang aku semacam ni? Ellysa tunduk memasukkan telefon ke dalam bag. 

"Gomawoyo (Terima kasih)" ucap Sung Yoon sekali lagi. Masuk kali ini entah sudah berapa kali dia mengucapkan perkataan itu pada orang yang sama. 

"Cheonmaneyo (Sama-sama)" jawabnya menggunakan bahasa Korea. 

"Do you speak Korean?" tanya Sung Yoon lagi. 

"Little bit. By the way, i have to leave now. I hope you will get well soon. See you again" tersenyum lalu berjalan keluar meninggalkan wad tersebut dengan perasaan lega. 

Sung Yoon tersengih sendiri melihat gelagat gadis itu yang sedikitpun tidak teruja melihatnya. Nampaknya dia betul-betul tak kenal aku siapa. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.