Home Cerpen Keluarga Permintaan Terakhir
Permintaan Terakhir
Raimah Dain
6/12/2016 14:14:40
4,990
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

KUbukanlah seorang anak yang baik kepada kedua–dua orang tuaku. Setiap hari akan ada peperangan tercetua antara mama dan aku. Sebabnya dia tak benarkan aku keluar dengan kawan–kawan buat persembahan. Tolonglah Ma, Raina ni bukan budak–budak lagi. Raina tahulah apa Raina nak buat Music is my life!. Ujarku dengan geram.

Sebenarnya aku mempunyai impian untuk menjadi penyanyi dan hiburkan semua orang dengan muzik kami. Kevin, Kefli dan aku sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi dan sejak itu kami selalu bersama buat persembahan tidak kiralah lagu melayu, lagu tradisonal, lagu barat atau lagu Korea semua kami bedal. Tapi, selalunya kami akan persembahkan lagu K-Pop sebab kami bertiga memang suka menari.

“Raina! Kau buat apa dalam bilik tu? jangan nak melalak je. Cepat datang sini tolong mak. Raina! Kau dnngar tak?”

Suara mak tu, dia mesti panggil aku sebab nak minta tolong basuh pinggan atau masak. Tapi, aku nak keluar dengan kawan–kawan aku hari ni kami nak busking dekat sekitar Korea Plaza.

Aku bingkas bangun dari kerusi, bag dan kadigen yang tergantung dicapai dan terus melangkah keluar dari bilik. Namun, tubuhku kaku di muka pintu apabila melihat berdiri betul-betul di hadapanku. Riak wajah mama menunjukkan yang dia sedang marah. Tapi, aku tidak peduli semua itu yang penting aku dapat keluar dengan kawan-kawan aku.

“Raina!!! Hey! Kau nak pergi mana tu?” soal mak padaku.

“Saya nak pergi buskingdengan Kevin dan Kefli Ada apa mak?” soalku dengan kasar.

“Kau boleh tak buat kerja yang berfaedah? Aku suruh sambung belajar kau tak nak, Aku suruh kau cari kerja kau buat kerja tak guna pula. Sampai bila kau nak macam ni?Apa faedahnya kau buskingsetiap hari? kau dapat duit ke? buang masa tahu tak”

"Siapa kata Raina tak dapat duit? Orang yang tengok kami bagi kami duit. Pleaselah ma, asalkan kerja ni halal Rai tak akan berhenti" jawabku terus berlalu pergi.

"Raina!" jerit mama.

Namun aku terus beredar situ sebelum bebelan merosakkan mood aku. Aku boleh terima kalau mama membebel tidak melibatkan kerja aku. Bagi aku jadi seorang penyanyi jalanan bukanlah satu perkara yang memalukan. Asalkan orang yang mendengar lagu kami terhibur itu sudah lebih daripada cukup.


"What's up my brother" sapaku Melanesian high5 dengan Kevin dan Kefli yang sudah sedia dengan gitar dan keyboard. Nampaknya hari ini kami tidak akan menari dan akan hiburkan penonton dengan lagu-lagu akustik.

"Hai Raina, ingatkan kau tak datang. Mama kau tak membebel ke kau keluar busking lagi?" soal Kefli.

"Amboi kau perli nampak? Macam biasalah kalau tak membebel bukan mama akulah namanya. Tapi, tak apa suatu hari nanti dia akan faham kerja kita" jawabku tersenyum.

Aku kemudianya melarikan pandangan kepada Kevin yang sibuk membetulkan key gitar. Dia ni nama aje macam orang putih. Tapi, dia ni sebenarnya Melayu campur jawa sikit. itu yang kacak je.

"Kevin! kau nak aku tolong ke?" soalku tersnegih-sengih.

"Tak apa, kau pergilah practicenyanyi" jawab Kevin melambaikan tangan kepadaku.

"Araseo, baiklah" jawabku sempat lagi berbahasa Korea.

aku melihat semula ke hadapan kertas yang ada di atas keyboard piano aku capai. kod-kod lagu yang kami akan nyanyikan hari ini ada dalam ketas itu. Aku letakkan semula kertas di atas keyboard dan kaki mula melangkah menuju ke tempat duduk penyanyi utama.

Namun langkahku terhenti apabila aku dapat rasakan kepala aku terasa sakit. kedua-dua tangan aku tekan pada kepala. Argh! kenapa dengan aku ni? aku betul-betul rasa kepala aku macam nak meletup masa tu. Pandangan aku mula kabur dan dengan tiba-tiba tubuh aku rebah ke tanah.

Sedar–edar aje aku sudah berada dalam wad dekat hospital. Perlahan-lahan aku cuba duduk, Cepat-cepat Kevin dan Kefli bangun untuk membantu aku. Buntang mata aku halakan kepada mereka, jelas mereka risaukan keadaan aku. Ya Allah mujur ada diorang ni. kalau tidak, aku tak tahulah apa akan jadi dengan aku.

"Beb kau okey ke?" soal Kefli.

"Aku okey. jangan risau" jawabku tersenyum.

"Kau tahu tak? Kami risaukan kau" marah Kevin dengan nada sedikit kecwa.

"sorrylah Kevin, Kefli. Aku pun tak snagka aku boleh pengsan masa-masa macam tu. Mungkin aku lapar kot" kataku sambil tengan diletakkan di atas perut.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku alami sakit kepala yang teramat sangat sampai aku boleh pengsan. Sebelum ini pun aku selalu sakit kepala. Tapi, tidaklah seteruk ini. Dah berapa kali aku nak pergi jumpa doktor. Tapi, tak ada masa dan aku takut jika apa yang aku fikirkan akan jadi kenyataan.

Tidak lama selaps itu, kedengaran seperti pintu dibuka oleh seseorang. Buntang mata kami halakan ke arah pintu seorang doktor lelaki pertengahan umur masuk untuk melihat keadaanku. Riak wajahnya yang serus semakin membimbangkan aku.

“Raina, macam mana keadaan kamu sekarang? kamu masih sakit kepala?” soal doktor kepadaku.

“Masih sakit. Tapi, tak adalah seteruk tadi. Doktor kenapa dengan saya ya?” aku mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan aku pengsan secara tiba–tiba.

“Kamu tak nak hubungi ahli keluarga kamu?” soal Doktor itu dengan serius.

Ahli keluarga? Takkanlah aku nak call mama dengan papa suruh datang sini semata-mata nak dengar masalah kesihatan aku. Tak pasal-pasal mama bebel dan larang aku dari terus menyanyi. Tak naklah! Aku pun sudah malas nak susahkan mereka. Biar aku simpan semuanya sendiri. Itu barulah matang namanya. bisik hatiku.

“Keluarga saya? tak payahlah doktor. Saya boleh dengar sendiri apa yang doktor nak cakap lagipun kawan–kawan saya ada di sini. Mereka ni pun dah macam adik-beradik kandung saya. Jadi, apa sebenarnya masalah saya?”

Aku sudah tidak boleh tunggu lama sebab aku nak balik rumah nak rehat. Tapi, wajah doktor yang serius tu buat aku jadi cemas. Aku mula berfikir bagaimana kalau aku ada penyakit yang tak pernah aku bayangkan? Tapi, tu mustahil. Aku tak mungkin sakit.

“Kalau macam tu saya akan jelaskan sendiri dengan awak. Raina, awak perlu tabah. Allah berikan ujian untuk hamba-nya yang tabah"

"Maksud doktor apa?" soalku hairan dengan degupan jantung semakin bergerak pantas.

"Awak menghidap barah otak last stage" jelas doktor.

Barah otak? Biar betul. Itu mustahil, aku tak percaya, doktor tu mesti tipu aku. Aku tak mungkin ada barah otak. Aku sihat! Seluruh tubuhku kaku, Buntang mata tidak berkelip dari memandang doktor yang sedang berdiri di hadapan ku. Aku masih tidak percaya dengan apa yang baru saja aku dengar.

"Bah... Barah otak? Doktor biar betul? kawan saya tak mungkin..." ujar Kevin seakan-akan tidak percaya dengan penjelasan doktor.

"Maafkan saya. Kita perlu buat rawatan untuk awak Raina" sambung doktor itu lagi.

Kepala aku geleng-gelengkan sambil air mata mula mengalir ke pipi. Aku tidak boleh terima semua ini. Dalam keadaan emosi kurang stabil aku turun dari katil dan terus berlari keluar dari wad.

“Raina, kau nak pergi mana tu?” Kefli mengejarku lalu mecapai tanganku. Namun, dengan kasar aku lepaskan genggaman tangan Kefli. Aku perlukan masa untuk berfikir dan aku harap mereka faham keadaan aku.

Kefli dan Kevinterpaksa mngambil alih urusan yang patutnya aku sendiri yang buat. Mereka bertemu dengan doktor untuk mengambil ubat, medical checkup, dan jadual untuk rawatan susulan. Aku rasa bersalah dengan mereka. Tapi, emosi aku tak stabil. Aku tak tahu aku nak pergi mana dan cerita perkara ni dengan siapa.



Setenngah jam lepas tu, aku dapat panggilan daripada Kevin. Masa tu aku ada dekat taman permainan tengah termenung mengenangkan apa agaknya yang berlaku dengan aku lepas ni.

“Raina!”panggil Kevin.

Aku cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir lalu mengangat wajah melihat mereka.

"Apa?" soalku tersenyum.

“Kau tak perlu senyum depan kami. Kau boleh menangis dan bersandar di bahu kami” kata Kevin melihatku.

“Betul tu, kami bukan setakat kawan untuk kau bergembira. Kami akan temankan kau masa kau susah. Kau tak perlu sembunyikan kesedihan kau daripada kami Kau boleh menangis” sambung Kefli meletakkan tangan di atas bahu kiriku.

"Aku nak letak kepada di bahu siapa? Kefli ke Kevin?" kataku sambil ketawa.

Sejurus kata-kata itu. Air mata yang sudah bergenang terus jatuh ke tanah. Aku sudah tidak malu menangis meraung di hadapan mereka. Aku tidak mahu mati sebelum aku dapat membalas jasa mama dengan abang. Selama ini hidup aku cuma menyusahkan mereka dan aku akan semakin menyusahkan mereka kalau mereka tahu aku sakit.

"Kau kena tabah semua ni ujian dariapda Allah. Insha-Allah kau akan selamat Raina" ujar Kefli cuba memberikan aku semangat untuk terus hidup.

"Betul tu. Kalau kau nak pergi mana-mana kau kena telefon aku atau Kefli. Kami akan datang temankan kau. Kami berdua tidak akan tinggalkan kau. Kita bertiga sudah macam adik beradik. Kau kena tabah" sambung Kevin merangkul bahuku sambil buntang mata dipana terus ke wajahku.

Wajah aku tundukkan sambil tangan kanan mengesat air mata yang masih belum kering. Aku betul -betul terharu dengan apa yang mereka lakukan untuk aku dan aku percaya mereka tidak akan tinggalkan aku sendirian.Ya Allah aku tak tahu macam mana nak balas jasa mereka. Mereka berdua kawan–kawan yang aku boleh percayai.

“Kefli, Kevin apa aku nak buat sekarang? Kalau aku mati, mama dengan abang aku macam mana?Aku tak kisah kalau aku mati, aku cuma risaukan mereka” kataku dengan bimbang. Air mata yang kering kini kembali mengalir seperti hujan.

“Kau merepek apa ni? Kau tak akan mati kita akan sama–sama tolong rawat kau” kata Kefli.

“Kau tahu apa? Bukan kau yang sakit. Barah aku dah sampai tahap akhir dan bila-bila masa aku boleh mati kau tahu tak? Sudahlah, aku balik dulu. Terima kasih sebab tolong aku” bentak ku.

Aku seperti orang dirasuk hantu ketika mengucapkan kata-kata itu. Kevin dan Kefli jelas terkedu melihat perubahan aku yang tiba-tiba itu. Aku mengambil plastik ubat dari tangan Kevin dan terus beredar dari situ.

"Raina!" panggil Kevin.

Namun, aku langsung tidak peduli. Aku boleh pulang sendiri tanpa bantuan mereka.



Sampai jae dekat rumah, aku nampak mak tengah sibuk menyiapkan makan malam. Air mata aku kesat, senyuman cuba aku ukirkan seceria yang boleh. Aku boleh lakukan. Dengan helaan nafas panjang langkah kaki mula diatur menuju ke dapur

“Mak, masak apa malam ni?” soalku mesra sambil tersengih-sengih.

“Udang masak merah. Ha! apa hal kau balik awal pula malam ni? mimpi apa kau?” soal mama macam biasa kasar bila bercakap dengan aku.

“Tak ada apa–apa. Saja, nak makan dekat rumah. Saya ada feelingyang mak akan masak makanan kegemaran saya. Tu lah sebab saya balik awak” aku tersenyum melihat wajah mak yang kebingungan mendengar aku bercakap agak sopan denganya.

“Kau ni kenapa? Buang tabiat keapa? Tak pernah manja-manja dengan mama. Tiba–tiba baik pula malam ni. Kau ada buat salah ke? Kau mengandung?” mata mama meliar melihat aku dari atas ke bawah.

“hish! Mak ni. Apa hal pula mengandung? Anak siapa pula saya nak kandung? Kefli? Kevin? Memang tak lah! Mak ni, saya nak berbaik-baik pun tak boleh. Err... Saya masuk bilik dulu. nak mandi” sakit hati pula aku bila mak kata macam tu dengan aku. Tapi, aku sedar semula yang aku ni dah tak ada banyak masa mungkin masa aku dalam bilik.

Aku mula berfikir kenapa mesti aku yang sakit? kenapa tak orang lain? kenapa mesti barah otak? Kenapa tak penyakit yang tak bawa maut? Tapi, lepas aku berfikir sedalam–dalamnya. Aku percaya ini sudah kententuan Tuhan dan aku sebagai manusia perlu menerimanya kerana setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.



Minggu demi minggu berlalu aku dah tak boleh ikut kawan–kawan aku pergi busking sebab panyakit aku makin teruk. Badan aku pun dah makin kurus sejak aku terima rawatan komo di hospital. Untuk mengelakkan mak aku perasaan keadaan kesihatan yang semakin teruk. Aku pakai baju T Shirt besar di rumah. Tapi, lain pula mak aku fikir. Masa aku tengah masa maggi di dapur dia datang dan tanya soalan yang bukan–bukan lagi dengan aku. Dia masih fikir aku ni mengandung sebab tu pakai baju besar.

“Mak, kalau mama tak percaya mak tengok sendiri perut saya. besar ke tak? ke ramping macam artis KPOP?. Dah tengokkan. Mak tak perlulah fikir bukan bukan tentang saya. walaupun saya ni nakal. Tapi, saya tak adalah sampai nak malukan keluarga. Nak banggakan keluarga adalah” aku senyum melihat mak yang sednag memandangku dengan wajah kosong.

Dia mesti pelik kenapa perangai anak perempuan dia ni pelik semacam aje. Tapi, tak apalah asalkan aku sudah tidak susahkan mereka lagi. Itu sudah cukup buat aku gembira dan lupa yang aku ni sebenarnya sakit.

“Dahlah, kau nak banggakan keluarga macam mana? Makanlah. Mama nak pergi pasar. Kau nak kirim apa–apa?” Mama menambah nasi ke pinggan aku.

"Tak ada apa-apa" jawabku sambil kepala digelengkan.

Lepas je mama pergi aku matikan gas dan pergi ke bilik. Aku dah tak tahan kepala aku sekit sangat. Aku pegang kedua–dua kepala aku dan menejerit. Masa tu, aku berpeluh satu badan, ubat aku pula habis.

Aku rasa aku akan mati di situ juga. Aku ambil pen dan kertas di meja lalu menulis sesuatu untuk Mama dan abang aku. Maafkan Raina. Raina terpaksa pergi tanpa beritahu mama dan abang. Saya tak nak susahkan keluarga ni lagi.

Aku menghantar mesej kepada Kevin supaya datang ke rumah untuk bawa aku ke hospital sebab aku sudah tidak mampu untuk berjalan sendiri. Kepala aku semakin sakit dan aku rasa penglihatan aku mula kabur. Aku hanya berdoa semoga aku sempat sampai di hospital.



Setibanya di hospital. aku terus di masukkan ke wad kecemasan untuk dirawat. Namun, doktor tidak dapat melakukan apa–apa lagi. Barah tu kini dah merebak di seluruh sel otak aku. Aku terpaksa ditahan di hospital malam tu atau mungkin sampai hembusan nafas aku yang terakhir.

“Kita hubungi keluarga kau ya?” Kefli risau melihat keadaan aku.

“Betul tu, mereka perlu tahu keadaan kau Raina. Kau tak patut buat macam ni” sambung Kevin yang sememangnya dari awal tidak bersetuju dengan tindakkan aku.

“Aku merayu jangan call mama atau abang aku.. Aku tak nak mereka tahu keadaan aku. Aku tak nak mereka risau” rayuku dengan bersungguh-sungguh.

Kevin menarik kerusi lalu duduk di kananku. Tangan aku digenggam erat sambil buntang mata memanah ke dalam mata ku. "Kau tahukan yang aku sayang sangat dengan kau. Kalau aku dengan Kefli tak nak kehilangan kau. Keluarga kau lagi terkuka kalau tahu kau buat macam ni" ujarnya dengan serius.

Aku terdiam. Apa yang dikatakan oleh Kevin memang ada benarnya. Tapi, aku tidak mahu kelihatan lemah di depan mama dan abang. Cukuplah mama melihat penderitaan papa 10 tahun lepas. Aku tidak mahu dia melihat penderitaan itu sekali lagi.



Di rumah, mama dengan abang kecoh apabila membaca surat yang aku tulis. Dalam surat tu, aku memberitahu mereka yang aku sudah berada di lapangan terbang untuk pergi ke Korea kerana aku telah berjaya dalam uji bakat untuk jadi penyanyi di sana.

Malam tu, mama tak henti-henti nangis kerana bimbangkan aku. Abang aku pula telefon Kevin dan Kefli untuk bertanya tentang aku. Dia minta supaya mereka datang ke rumah. Aku tahu, Kevin dan Kefli sukar untuk menipu. Tapi, aku tetap percaya diaorang tidak akan ceritakan perkara yang sebenar dengan mama dan abang aku.

"Maafkan kami auntie sebab rahsiakan perkara ni dari auntie. Kami berdua pun baru saja tahu tentang perkara ni" jelas Kevin dengan rasa bersalah.

"Ya auntie. auntie tak perlu risaukan Raina. Kami akan jaga dia sebaik-baiknya" sambung Kefli.

Disebabkan aku diorang berdua ni tak pernah buat dosa kering. Tapi itu membuktikan bahawa Kevin dan Kefli memang kawan terbaik aku sepanjang hayat ini.



Beberapa hari telah berlalu, Kevin atau Kefli akan datang ke hospital untuk lawat aku. Setiap kali mereka datang mereka akan bercerita tentang mama dan abang aku. Mama masih lagi kecewa dengan tindakkan aku yang tinggalkan rumah semata-mata mahu menjadi seorang penyanyi. Tapi, hakikat sebenarnya aku tengah menghabiskan sisa-sia hayatku yang tertinggal dalam wad.

“Macam mana keadaan kau sekarang?” soal Kefli.

“Macam ni lah, makin teruk. Aku mimpi arwah ayah aku bawa aku pergi Rasanya aku dah nak mati kot” aku menceritakan mimpiku kepada mereka.

“Kau ikut ke tak?” soal Kefli lagi.

“Aku tak ingat. Bila aku bangun. Rupa–rupanya aku di hospital” jawabku tersenyum.



Tiga bulan berlalu aku semkin teruk.Tapi aku tetap berpura–pura baik ketika menghubung mak ataupun abangku. Suatu hari ketika aku sedang menaip cerita aku dalam Laptop. Sekali lagi kepada aku sakit. Kali ini aku betul–betul tak dapat menahan sakitnya, Aku mula menjerit sekuat hati sambil memegang kepala aku. beberapa saat kemudian, penglihatan aku tiba–tiba gelap. Aku panik dan meronta–ronta untuk lepaskan diri dari pengangan doktor yang mahu mebawa aku ke bilik rawatan.

“Ddoktor! Nurse! Lepaskan saya! kenapa semua gelap ni. Lepaskan saya!!” rontaku cuba melepaskan diri.

“Raiina, sabar! Kami akan rawat kamu” kata doktor tu.

Aku tak peduli dan terus meronta macam orang gila. Tanpa aku sedari Mama dan abang aku ada di situ melihat keadaan aku yang sedang teruk. Kefli dan Kevin yang bawa mereka ke Hospital kerana sudah tidak sanggup melihat keadaan aku yang semakin teruk.

Lepas rawatan tu, aku di bawa semula ke wad tempat aku duduk. Penglihatan aku kini dah hilang. Jadi, aku tak tahu siapa yang ada di sekeliling aku. Apa yang pasti aku dapat merasakan suara mak dengan abang aku sedang menangis.

“Mama, abang Long? Mama ke tu? Kevin, Kefli?” aku memanggil mereka,

Maafkan saya, maafkan saya, Along, maafkan aku” itu je yang mampu keluar dari mulut aku sekarang. Setelah aku tahu keadaan sebenar aku. Dia datang ke hospital setiap hari untuk jaga aku. kalau dia tak dapat datang abang atau budak dua orang tu yang akan jaga aku.

Suatu hari Kefli dan Kevin bawa gitar dan menyanyi untuk aku. Lepas dengar mereka menyanyi. Aku suruh Kevin ambil laptop aku dan sambung cerita yang aku tulis. Aku beritahu mereka supaya tulis pegakhiran cerita ini. Kalau aku tidak dapat diselamatkan, Kevin atau Kirs kena menamatkan cerita ni.

“Kenapa kau buat kami macam ni?” soal Kevin sedih.

“Aku tak sanggup Raina” sambung Kefli.

“Sebab kamu berdua adalah sahabat yang paling berharga dalam hidup aku. Aku tahu, kamu boleh dipercayai” jawabku tetap tersenyum melihat mereka.

Beberap hari lepas tu, doktor terpaksa menjalani pembedahan setelah mendapat bantuan dari doktor pakar dari luar Negara. Peluang untuk aku selamat hanyalah 45 peratus. Aku tak kisah, yang penting aku dah minta ampun dengan orang yang melahirkan aku ke dunia. Sebelum masuk ke bilik pembedahan. Aku memeluk erat mama, dan abang aku.

"Raina kena kuat. Mama yakin Raina akan selamat" ujar mama tersenyum.

"Kalau kau selamat abang janji aku hantar kau, Kevin dan Kefli pergi akademi belajar menyanyi dan jadi pemuzik yang berjaya. Jadi, kau kena selamat Raina" sambung abang pula.

Aku cuma tersenyum membayangkan apa yang mereka katakan. Aku tidak berharap. Aku cuma berharap semua orang akan hidup gembira. .

"Kevin, Kefli" panggilku.

"Ya" sahut mereka serentak.

"Terima kasih sangat-sangat sebab kekal dengan aku sampai sekarang. Korang memang terbaik bagi aku. Aku tak akan..."

Belum sempat aku menyebut perkataan seterusnya. Kevin meltakkan jari telunjuknya ke bibirku.

"Jangan cakap macam tu. Kau akan selamat" ujarnya.

"Kami tak boleh kalau kau tak ada. Kita dah sama-sama dari tingkatan satu. Walaupun orang lain panggil kau separuh perempuan separuh jantan. Bagi kami kau seorang perempuan yang paling kami sayang. Jadi, tolong kembali dengan selamat" sambung Kefli.

Kata-kata Kefli mengndang tawaku. Tiba-tiba teringat pula zaman sekolah menangah dulu. Tapi, mustahil untuk kami bertiga dapat ulangi zaman kegemilangan kami itu.

Pembedahan yang berjalan selama sepuluh jam jam sangat medebarkan. Kami berada di luar menunggu berita baik daripada Raina. Namun, bila doktor keluar dari bilik bedah, aku boleh baca wajahnya. Dia menggeleng–gelengkan kepala dan memberitahu kami Raina tidak dapat diselamatkan.

"Maafkan saya puan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk selamatkan anak puan. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Saya harap tuan dapat bersabar dan tabah dengan dugaan ini" jelas doktor.

Mama Raina rebah dipangkuan abang Raykal. Aku dan Kefi hanya berdiri kaku melihat ke arah pintu bilik bedah. Biar betul apa yang kami dengar? Mustahil pembedahan itu gagal. Sedangkan Raina masuk dengan senyuman dan... Aku sendiri tunggu dia keluar.

"Kevin, Raina... Raina dah..." Kefli mengesat air mata yang jatuh.

Aku tunduk, aku tidak dapat menatap wajah Mama Raina ataupun Kefli. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa dia pergi macam itu aje? Aku belum sempat beritahu dia perkara yang selama ini aku tak dapat luahkan. Tangan kanan mengesat air mata yang jatuh. Bagai mimpi aku akhirnya kehilangan dia.

Raina, aku dan Kefli tidak akan pernah lupakan kau dari hayat kami. Kami semua sayangkan kau. Tapi, Allah lebih sayangkan kau. Kehadiran kau dalam hidup aku dan Kefli adalah satu anugerah daripada Allah. Maafkan aku sebab tak dapat beritahu kau yang aku sayangkan kau. Apa yang mampu aku lakukan cuma tunaikan permintaan kau untuk siapkan cerita PERMINTAAN TERAKHIR.

laptop milik Raina aku tutup lalu pandangan mata dilarikan ke arah gambar kami beriga yang terpasang kemas dalam frame gambar. Aku rindukan dia. Aku rindukan Raina sangat-sangat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.