Home Novel Komedi/Romantik Komedi WHISTLE KE HATIKU
WHISTLE KE HATIKU
Raimah Dain
24/1/2018 15:34:00
12,447
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

ELLYSA dusuk dekat kerusi tidak jauh dari kaunter kerana menjnggu jururawat memanggil namanya untuk mengambil ubat.  kecederaan yang dialami di tangan dan kaki telahpun dirawat oleh doktor.


Nafas dia hela panjang lalu melihat kawasan sekeliling mencari Akhif yang telah pergi lebih dari sepuluh minit. kata nak pergi beli minuman. Takkanlah beli dekat 1 Borneo Shopping Mall kot? bisik hatinya sambil bibir dimuncungkan ke depan.


"Yunie Ellysa" 


Mendengar sahaja namanya dipanggil oleh jururawat dia bangun perlahab-lahan dari kerusi. Tapi, belum sempat kaki melangkah seseorang mencapai pergelangan tangannya. Ellysa menoleh ke kiri, Akhif dengan serius mengarahkan supaya dia duduk. Biarlah Akhif mengambil ubat itu untuknya. 


Tanpa berkata apa-apa Ellysa menurut sahaja arahan Alhif. Sejak bila pula kawan baiknya sejak kecil itu jadi lelaki yang gentle macam ni? "Dia salah makan ubat ke?" gumamnya dengan wajah berkerut. 


Dia kemudian melarikan pandangan pada bag yang ada di sebelah kerusi tempat duduknya. Bag tersebut dia ambil lalu mengeluarkan purse milik lelaki dengan kad pengenalan Korea itu. Macam mana aku mahu kasih pulang ni purse dengan dia? Doktor tidak bagi siapa-siapa jumpa dia sekarang.. 


"Ini ubat kau. Jom kita balik" kata Akhif menghulurkan plastik ubat kepada Ellysa. 


Ellysa mengambil plastik tersebut. Balik? Dia belum boleh pulang ke Kundasang selagi dia belum menyerahkan barang milik lelaki itu. Akhif mengeluh panjang selepas mendengar kata-kata Ellysa. Dia duduk di kerusi lalu merenung tepat ke wajah gadis itu. lama.


"Kau mahu tunggu sini?" tanya Akhif. 


"Kalau boleh" jawab Ellysa. 


"Ell, datuk dengan nenek risau sudah dengan kau. dari tadi dia orang call saya tanya macam mana keadaan kau" 


"Saya tahu. Tapi, saya mahu pulangkan sendiri barang ni dengan dia" purse milik Sung Yoon dia tunjukkan pada Akhif.


Akhif mengeluh panjang. 


"Bagi saja dengan nursekah, doktorkah minta dia oramg bagi mamat Korea tu. Hari gelap sudah, jam berapa kita sampai di Kundasang nanti?"


Muka Ellysa berkerut bila mendengar bebelan Akhif.Memanglah dia boleh berikan sahaja purse itu pada jururawat atau doktor yang bertugas. Tapi, bukankah lebih baik sekiranya dia sendiri yang berikan barang milik Sung Yoon kepada tuan punya badan sendiri? kerana baginya ini adalah satu amanah untuknya meskipun dia gidak mengenali siapa Choi Sung Yoon. 


selepas berfikir seketika, dia memberitahu Akhif supaya berikan dia sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Sung Yoon. Jika, lelaki itu masih enggan bertemu dengan sesiapa dia akan pulang bersama Akhif. Tapi, dia tidak pasti sama ada dia akan serahkan purse milik Sung Yoon itu kepada Jururawat yang bertugas. Lama Akhif berfikir dan akhirnya dia bersetuju dengan permintaan Ellysa. itu lebih baik berbanding Ellysa tinggal sendirian di hospital ini.


"Terima kasih my brother Khif-Khif" ucap Ellysa. Sempat juga dia mencubit pipi kanan Akhif sebelum bangun dari kerusi. 


"Saya temankan kau" 


"Tidak payah. Saya boleh pergi sendiri. kau dudul saja sini" jawab Ellysa dengan senyuman. 


Dia sudah banyak susahkan Akhif. Takkanlah nak pergi jumpa mamat Korea itu pun dia mahu libatkan Akhif? Selagai dia mampu berjalan, dia tidak akan susahkan Akhif. Tapi, itu cuma untuk hari ini, hari lain dia tetap perlukan bantuan Akjif kerana hanya Akhif yang dapat memahaminya dan melayan kerenahnya. 


Langkah demi langkah dia atur menuju ke wad Sung Yoon dengan perasaan gementar. Rasanya kali terakhir dia merasakan debaran seperti ini adalah ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM beberapa tahun lepas. Tangan kanan menyentuh tombol pintu sambil nafas ditarik dalam-dalam. 


Namun, belum sempat dia menolak pintu datang satu suara dari belakang menyapanya. Ellysa menoleh ke belakang, kelihatan seorang doktor sedang memandangnya.


"Penjaga Mister Choi Sung Yoon?" tanya Doktor Patrick. 


Penjaga? Bila masa pula aku jadi penjaga Mister Choi ni? 


"Kami perlukan tanda tangan penjaga kepada Mister Choi. Jururawat kata tadi miss yang datang bersama Mister Chpi. So..." 


Belum sempat Doktor Patrick menghabiskan kata-katanya Ellysa pantas mencelah dengan memberitahu Doktor Patrick bahawa dia adalah penjaga kepada Sung Yoon dan bersetuju untuk membiayai segala perbelanjaan rawatan Sung Yoon di hospital tersebut. 


"Terima kasoh" ucap Doktor Patrixk selepas Ellysa turunkan tanda tanganya. 


"Sama-Sama. Doktor boleh benarkan saya jumpa dia? Saya perlu serahkan sesuatu pada dia" 


"Buat masa ni Mister Choi tidak mahu jumpa sesiapa. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi dan emosi dia belum stabil sepenuhnya" 


"Tapi..." 


"Miss boleh bagi barang tu dengan saya atau jururawat yang bertugas. Kami akan berikan pada Mister Chpi" 


Ellysa tunduk, dia berasa kecewa kerana tidak daat berikan sendiri purse Sung Yoon kepadanya. Purse dia renung lalu melarikan pandangan pada Doktor Patrick. Bukanya dia tidak percayakan doktor atau jururawat di situ. Tapi bukankah lebih beradab jika dia sendiri bertemu dengan tuan punya badan. 


"Tidak apalah doktor. Saya akan datang lagi bila keadaan dia sudah stabil" kata Ellysa beredar dari situ.




SELESAI makan malam bersama datuk dan neneknya. Ellysa masuk ke biliknya untuk berehat. Dia bersandar di katil termenung memikirkan kejadian pagi tadi. Dia tidak pernah terfikir dirinya menjadi begitu berani sehingga hampir memgorbankan nyawanya sendiri.  


Mata dia pejam, kemalangan sembilan tahun lepas kembali menghantui dirinya dan sehingga kesaat ini dia tidak pernah upakan kejadiaan itu dan menyalahkan dirinya. Kalau benar itu bukan salahnya. Tidak mungkin ayah kandungnya sendiri membencinya dan meninggalkan dia bersama datuk dan neneknya. 


"Mama, hari ini Ell selamatkan seseorang. Ell pun tak percaya Ell dapat lakukan. Tapi, bukan Ell satu orang. Akhif yang tolong Ell" tersenyum merenung gambar ibunya. gambar itu dia peluk dengan penuh rasa kerinduan. 


Dia tidak dapat bayangkan jika mereka pergi betitu sahaja tadi. Pasti Sung Yoon rentung dalam kereta itu. 


"Choi... Sung... Yoon" nama itu tiba-tiba saja meniti dibibirnya. 


Bayangan wajah lelaki itu kembali bermain dalam ingatanya. Macam manalah agaknya keadaan lelaki itu sekarang? Mampukah dia terima kenyataan yang dia tidak dapat berjalan untuk sementara waktu? Tapi, tak apalah sekurang-kurangnya dia masih hidup dan tidak kehilangan ingatan.  


"Choi Sung Yoon? Choi Sung Yoon?" gumam bibirnya. Dia kemudian mencapai purse lelaki itu. 


"Mahu bukakah tidak? Macam mana kalau ada gambar yang tidak sepatutnya aku  nampak. Tapi ternampak? Sh! gambar apa juga ada dalam purse berjenama macam ni? Paling duit berkepuk-kepuk" purse dia pusingkan ke depan dan ke belakang. 


"Buka sajalah yang penting aku tidak ambil satu pun barang dia dalam purse ni" 


Dai mula membuka purse itu dengan rasa ingin tahu dan perkara pertama yang menyapa matanya adalah kad pengenalan Korea Sung Yoon. Wajah yang tampan Sung Yoon mampu membuatkan dia tersengih-sengih macam kera busuk. 


"Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu" gumamnya merenung gambar itu agak lama.  


Ellysa menggeleng-gelengkan kepala. "Ish! apa yang aku fikir ni? Ni hensem originalkah tidak?" urse dia tutup lalu diletakkan kembali di atas meja. 


Diaripada dia berfikir perkara yang bukan-bukan lebih baik dia tidur. Manalah tahu dia mimpikan sesuatu yang menarik malam ini.

Previous: Bab 01
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.