Home Novel Komedi/Romantik Komedi WHISTLE KE HATIKU
WHISTLE KE HATIKU
Raimah Dain
24/1/2018 15:34:00
12,462
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 01

SUNG Yoon memandu dengan tenang sambil menikmati pemandangan indah menuju ke Kundasang. Di kirinya terpapar keindahan Gunung Kinabalu. Sudah bertahun-tahun rasanya dia tidak menikmati percutian yang tenang seperti ini.   Berada di kawasan pergunungan yang nyaman dengan tidak ada siapa yang mengenali dirinya, dia bebas lakukan aktiviti kegemaranya. Inilah percutian yang dia idamkan sejak dulu.

Bibir mengukirkan senyum sambil menoleh ke kiri melihat hujung Gunung Kinabalu yang membiru. Mujurlah dia bertolak seawal enam pagi dari Kota Kinabalu dapat juga melihat pemandangan yang memukau seperti ini. Berdasarkan maklumat yang dia baca dalam buku ketika berada dalam pesawat tadi Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 4,095 meter.

Ippeuda Kinabalusan (Cantiknya gunung Kinabalu)” gumamnya sambil memerlahankan kenderaan. Kalaulah dia mempunyai persediaan yang lengkap, sudah tentu dia mahu mencabar dirinya untuk mendaki gunung yang menjadi kebanggaan masyarakat negeri di bayah bayu ini. Tapi, takut pula kalau mendaki tanpa persediaan akan memudaratkan dirinya sendiri.

 Pon! Pon! Pon!

Bunyi hon kereta di belakang menyedarkan Sung Yoon dari lamunanya. Dia cepat-cepat melarikan semula pandangan ke hadapan. Sebuah lori yang membawa muatan sayur-sayuran kelihatan seperti hilang kawalan dan akan merempuh keretanya. Sung Yoon panik, dia tidak tahu apa yang patut dilakukan sehinggalah lori itu begitu hampir merempuhnya dan Sung Yoon cepat-cepat membelokkan kereta ke kanan.

Dia berjalan melepasi situasi bahaya itu. Tapi, dia pula tidak dapat mengawal kenderaanya dan merempuh tebing bukit di kanan dengan kuat. Perlanggaran yang kuat itu menyebabkan bahagian depan kereta hancur. Kepala Sung Yoon terhantuk pada stereng kereta.

“Ergh…” dia cuba membuka mata. Mukanya berkerut kerana merasakan sakit pada seluruh badan. Ada darah menitis dari dahi. Sung Yoon mengesatnya dengan tangan lalu menoleh ke kiri.

 Tapi sekali lagi, sebelum dia sempat membuka pintu kereta. Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan tidak sempat menekan break kerena mereka sedang menuruni bukit telah merempuh kereta Sung Yoon sehingga kereta itu berpusing 360 darjah dan kembali merempuh tebing bukit. Sung Yoon sudah kelihatan tidak bernyawa bila kepalanya terhantuk pada cermin kereta dan bahagian kiri kereta itu juga telah hancur akibat perlanggaran yang kuat.

Kemalangan yang melibatkan lebih tiga buah kereta itu hampir saja menyebabkan Akhif yang sedang khusyuk memandu juga terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Akhif!” jerit Ellysa yang terkejut.

Akhif pantas mengelak dari kereta pacuan empat roda dan memandu melepasi kemalangan itu. Tapi, Ellysa tiba-tiba minta supaya dia berhenti bila melihat seseorang sedang terperangkap di kereta jenama antarabangsa itu. Sebaik saja kereta berhenti di tepi jalan. Dia cepat-cepat berlari menuju ke kenderaan itu.

“Encik! Encik! Encik! Kamu tidak apa-apakah?” Ellysa mengetuk-ngetuk cermin kereta Sung Yoon sambil sebelah lagi tangan cuba membuka pintu kereta. Tapi, nampaknya kereta itu rosak dan tidak dapat dibuka dari luar.

“Akhif! Akhif!” panggilnya. Tapi tidak ada sesiapa menjawab.  

Deana kemudian melarikan pandangan melihat keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan asap dan bau minyak kereta. Orang awam yang brada di situ juga cuba membantu apa yang termampu sementara menunggu pasukan kecemasan tiba. Lori yang hilang kawalan tadi hampir terjunam ke dalam gaung di sebelah kiri jalan raya. Pemandu lori masih berada dalam lori tidak dapat bergerak. Jika dia bergerak berkemungkinan besar lori tersebut akan jatuh terus ke gaung. Pemandu pacuan empat roda tadi hanya mengalami kecederaan ringgan dan telah berjaya keluar dari kereta.

“Khif, apa kita mahu buat ni?” soalnya panik. Seumur hidup dia tidak pernah berhadapan dengan situasi kemalangan seperti ini.

Akhif menggelengkan kepala, dia snediri tidak tahu apa yang patut mereka lakukan sekarang. Dia telahpun menghubungi ambulans dan bomba dari hospital ranau dan Tuaran memandangkan temapt itu saja paling hampir dengan tempat kejadian.

“Berapa lama lagi dorang sampai? Orang dalam ni macam pengsan. Aku panggil dia tidak dengar” tanya bimbang dengan manusia yang terperangkap dalam kereta itu.

“Tidak tahu. Kejap lagi sampailah tu” jawab Akhif. yang masih kelihatan tenang. Buntang matanya hanya memerhati Ellysa yang sedang berusaha membuka kereta itu dengan kudratnya.

“Kau tidak payah try. Tidak dapat buka juga tu”

“Belum cuba, belum tahu. Tolong aku” jawabnya tetap tidak mahu berputus asa. Baginya tidak ada perkara yang mustahil asalkan seseorang itu berusaha.

“Yalah” mahu tak mahu terpaka jugalah dia membantu Ellysa. Kesian pula melihat tubuh kecil itu bekerja seorang diri.

Namun, raut wajahnya berubah bila terhidu bau sesuatu terbakar. Dia beranggapan mungkin bau itu datang dari lori yang hampir terjunam itu. Tapi, suara seseorang yang menjerit dengan mengatakan kereta berjenama antarabangsaa sudah mula terbakar di bahagian belakang kereta benar-benar mengejutkan Ellysa dan Akhif.  

Akhif menarik tangan Ellysa mahu membawanya beredar jauh dari situ. Ellysa enggan, dia akan pergi bila dia berjaya keluarkan lelaki yang terperangkap itu. Dia tidak tahu kenapa. Tapi hatinya benar-benar mahu selamatkan lelaki itu. Kejadian ini benar-benar membawa dia kembali dengan kemalangan yang berlaku sembilan tahun lepas.

“Adik! baik kamu lari sebelum kereta tu terbakar” kata seorang lelaki yang berada di seberang jalan.

“Ell! Cepat! Kau mahu matikah?” marah Akhif yang hampir hilang sabar.  

“Tidak, Saya mesti selamatkan dia Khif. Dia hidup lagi tu” katanya  

Dia kemudian berlari ke kereta mendapatkan kayu golf kepunyaan ayah Akhif. Akhif cuba menghalang kerana itu kayu golf kesayangan ayahnya. Tapi, buat masa ini nyawa lelaki itu jauh lebih penting. Dengan tenang Ellysa menghayunkan kayu golf tersebut dipukul terus ke cermin kereta. Akhif berundur bimbang kaca yang pecah akan mencederakan dirinya.

Cermin kaca tingkap pecah bertabur di sekeliling mereka. Ellysa tidak kisah jika dia cedera asalkan lelaki itu selamat.  

“Tapi, macam mana kalau kereta ni…” situasi semakin tegang bila Akhif sendii melihat api sudah mula marak. Tolonglah cepat Ell, saya tidak mahu kita mati. Bisik hatinya.  

“Kita sempat” sekali lagi Ellysa dia hayunkan kayu golf ke cermin kereta.

“Khif! cepat tolong saya” pintanya. Dia masukkan tangan ke dalam tingkap lalu membuka pintu kereta dari dalam. Apabila pintu terbuka. Tanpa membuang masa dia menarik Sung Yoon. Namun, kaki Sung Yoon tersepit disebabkan keadaan kereta yang sudah hancur di bahagian depan. Tanpa berfikir panjang dia terus menarik Sung Yoon dengan seluruh kudratnya. Lelaki itu mungkin akan cedera. Tapi, sekurang-kurangnya dia masih boleh hidup.   

Melihat kesungguhan Ellysa, Akhif tidak punya pilihan lain melainkan membantu kawanya itu menyelamatkan lelaki yang mereka tidak kenali. Mereka berdua sedaya upaya menarik kaki Sung Yoon keluar. Suara orang ramai mula kedengaran supaya mereka menjauhkan diri dari kereta tersebut kerana api sudah mula merebak dengan cepat dan bila-bila masa boleh meletup.   

“Ell lari!” arah Akhif.

Ellysa tercungap-cungap tidak dapat bernafas dengan betul kerana bau asap dan seluruh tenaganya telah digunakan tadi. Dia terduduk di atas atas tanah sambil Sung Yoon dibaringkan di atas riba. Meskipun nyawanya hampir melayang tadi. Tapi, dia bersyukur kerana mereka selamat. Wajah Sung Yoon yang dipenuhi dengan darah dia renung agak lama. Pening, loya, itulah yang dia rasakan ketika berhadapan dengan darah yang banyak. Tapi, dia perlu bertahan sehinggalah ambulans tiba.  

“Kau ni memang gila Ell” kata Akhif duduk di sebelah Ellysa.

“Kau tahu tak kita hampir mati?” sambung Akhif. Ini adalah kenangan yang tidak mungkin dapat dia lupakan seumur hidupnya.

Ellysa melarikan pandangan pada Akhif. “Kalau saya tak gila. Lelaki ni mungkin akan mati. See, kita berjaya selamatkan dia dan kita pun selamat” jawabnya. Baginya pula, inilah keputusan yang paling tepat dia lakukan. Kalaulah dia seberani ini sembilan tahun lepas. Pasti tidak ada nyawa yang terkorban.  

Mereka kemudian melarikan pandangan pada kereta yang sudah hangus terbakar dengan perasaan yang bercampur baur. Kalaulah mereka lewat 30 saat tadi pasti lelaki yang berada di pangkuanya telah hangus terbakar seperti barang-barangnya yang berada dalam kereta itu.

 Tubuhnya kaku melihat Sung Yoon dan mereka yang cedera dimasukkan ke dalam ambulans. Pihak bomba pula berusaha memadam kebakaran dan sesekali terdengar bunyi letupan kecil dari kereta itu. Baju blaus putih dan seluar berwarna kelabu bertukar warna menjadi merah. Dia tidak merasakan apa-apa sakit sehinggalah seorang petugas memintanya untuk masuk ke dalam ambulans.    

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.