Home Novel Cinta STAY
BAB 31

“Sekalipun luka yang kau tinggalkan masih berbekas, aku masih seorang manusia yang punya perasaan. Yang pergi tetap menjadi satu kehilangan tak mungkin berganti.” – Alya


CUACA suram subuh ini bagaikan mengerti suram hati Alya. Sekejap lagi dia bakal mengiringi perjalanan akhir seorang sahabat. Sarat di jiwanya bagai tak terbendung. Sepanjang malam Alya menangisi pemergian yang tidak pernah dijangka. Tiga minggu lepas, sesudah mendapat perkhabaran tentang kemalangan yang menimpa Izra, Alya mengambil keputusan untuk pulang ke Greece, menziarahi sahabatnya itu. Dia berharap ada keajaiban atas izin Allah ke atas ujian pedih ini. Namun siapalah dia untuk menghalang takdir.

Tiga minggu berjuang untuk hidup, akhirnya Allah menoktahkan hidup Izra di dunia hingga ke saat ini sahaja. Selepas diberitahu oleh pakar perubatan yang otak Izra tidak lagi berfungsi, keluarga Izra mengambil keputusan untuk menanggalkan mesin hayat dan mendermakan sebahagian organ Izra kepada mereka yang memerlukan. Itulah bakti terakhir Izra kepada mereka yang masih ingin terus berjuang untuk hidup.

Usai urusan pemindahan organ malam tadi, ahli keluarga terdekat dibenarkan untuk melihat wajah Izra buat kali terakhir dan Alya juga diberi peluang berbuat demikian. Buat terakhir kali selepas beberapa tahun dipeluknya jasad kaku yang sudah hampir siap dikapankan. Jiwanya bagaikan hancur berkecai. Kehilangan ini menambah luka ke dalam jiwa Alya yang sudah sedia dilukai.

“Izra, aku maafkan segala salah silap kau terhadap aku. Sungguh, aku maafkan Izra. Moga Allah juga memberi keampunan dan mengasihi kau, Izra. Engkau tetap sahabat terbaik aku selama hidup ini,” bisik Alya ke telinga Izra kala tubuh kaku itu dirangkul dalam pelukannya buat terakhir kali. 

Pagi ini berakhirlah hidup seorang lagi insan yang dikenalinya di dunia ini. Airmata Alya tumpah lagi tatkala jenazah disolatkan dan kemudian diusung ke persemadian terakhir. Matanya sudah bengkak. Hingga kini dia masih tertanya-tanya, bagaimana Izra boleh berada di kawasan yang agak jauh dari bandar dan rumahnya? Kenapa Izra ke situ dan dengan siapa dia ke situ? Alya sangat arif dengan sikap Izra yang tidak suka memandu pada waktu malam. Malah Izra tidak suka keluar lewat malam lebih-lebih lagi ke tempat yang bukan kebiasaannya.

Persoalan yang sama juga meniti di bibir ahli keluarga terdekat Izra dan kawan-kawannya namun hingga kini tiada jawapan sahih yang diterima mereka daripada pihak berkuasa. Keluarga Izra mengambil keputusan untuk tidak membawa pulang jenazah Izra ke Malaysia. Biarlah Izra bersemadi di sini. Sepanjang urusan pengebumian, mama dan Adra setia menemani Alya kerana mereka tahu Alya tidak mungkin mampu bersendirian dalam waktu begini.

Selesai sahaja urusan pengebumian, mereka terus pulang ke rumah dan Alya hanya memerap di bilik. Jiwanya terasa semakin kosong. Jika sekalipun ada marah terhadap Izra, bukan ini pengakhiran yang dimintanya. Alya masih tetap mahukan yang terbaik buat sahabatnya itu. Sekali lagi airmata Alya mencurah laju. Tiba-tiba Adra masuk ke bilik, berbaring di sebelah dan memeluk tubuhnya.

“It’s okay Kak Aya. Semuanya akan baik-baik saja. Adik tahu Kak Aya sedih, tapi Kak Aya ada adik, ada mama, ada uncle dan aunty. Ada Adib. Kami semua faham. It’s okay to be sad, to cry... cuma jangan terlalu lama,” ujar Adra lembut. Alya cuma diam walaupun agak hairan bila Adra menyebut nama Adib.

“You need to start living again. I am so proud to have you as my sister. But I keep losing you each day. I want my sister back, Kak Aya. I want her back, please,” ujar Adra lembut. Alya tetap diam menahan sebak di dada. Yang kedengaran cuma esak tangisnya sahaja.

“The guy yang jaga Kak Aya masa sakit dulu... Adib, dia ada call Kak Aya. Mama pick up the call. He seems so concerned about you,” sejurus mendengar kata-kata Adra, Alya segera berpaling ke arah adiknya itu.

“He kept asking about your well being. Banyak kali tanya Kak Aya okey atau tak. He seems genuinely concern. Don’t you think you deserve to be with someone like that?” soal Adra.

“Kenapa tak beritahu Kak Aya?” Alya pula menyoal adiknya itu.

“Dia minta jangan beritahu sebab dia tak nak Kak Aya fikir bukan-bukan. Mama pun tak nak Kak Aya rasa serba salah. Kak Aya pun dah berapa hari biarkan saja handphone tak berusik,” jelas Adra jujur. Alya kembali diam. Pelukan Adra dipaut agar lebih kemas ke tubuhnya. Wajah Izra kembali terbayang di fikirannya. Sekali lagi airmatanya tumpah.

“Kadang-kadang Kak Aya rasa semua orang yang kakak sayang, semuanya tinggalkan kakak...” dalam tangis yang cuba ditahan Alya bersuara. Pelukan Adra semakin kemas sejurus mendengar kata-kata Alya itu. Dalam masa yang sama telefon bimbit Alya di tepi katil berbunyi nyaring. Dibiarkan sahaja tetapi Adra mengambil dan mengunjukkan telefon itu kepadanya.

“Just answer his call. He is really worried, Kak Aya,” pinta Adra. Dilihat nama Adib tertera di skrin. Alya mengeluh berat. Adra sekali lagi mengunjukkan telefon itu kepadanya dan kemudian keluar memberi ruang kepada Alya menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum...” jawab Alya lemah.

“Wa’alaikumussalam. Hi, okey ke nak cakap dengan I ni? Kalau tak okey tak apa,” ujar Adib sejurus menjawab salamnya.

“It’s okay,” jawab Alya ringkas. Namun Alya tahu yang Adib dapat mengesan kesedihan yang masih bersisa di dalam tuturnya.

“I know you’re not okay. I don’t think I have the right words to soothe your feeling. Tiada ayat terbaik untuk mengubat jiwa bila kita berhadapan dengan kehilangan kekal. I faham. It’s okay to cry, Alya. It’s okay to be sad and to admit that you are not okay. Kita cuma manusia. Setiap manusia ada cara masing-masing bila berhadapan dengan masalah atau kesedihan macam ni. So, it is okay to have the feeling that you have right now,” ujar Adib lembut menyebabkan tangis Alya kembali berdedaian. Esaknya tidak lagi dapat dibendung. Kali ini Alya hanya membiarkan sahaja lelaki itu mendengar tangisannya.

“Alya...”

“I wish that you are here with me like you did before,” entah mengapa ayat itu terhambur daripada lidah Alya. Kali ini Alya benar-benar mahukan apa yang diharapkannya menjadi kenyataan. Dia mahukan lelaki itu di hadapannya. Dia mahu wajah Adib menghias pandangannya kerana setiap kali dia melihat wajah itu, hatinya seakan tenang bagai langit biru selepas turunnya hujan.

“I’m sorry for not being there with you. But I’m with you right now. You can tell me everything. I promise I’ll hear it all. Even if you just want to cry, I’m still here,” ujar Adib menjadikan sebak di dada Alya bertimpa-timpa. Apabila tangis dan sebak yang dirasainya semakin beransur kurang, Adib masih juga berada di hujung talian setia menanti.

“Getting better?” soal Adib tiba-tiba. “You dah makan?” soal Adib lagi. Alya menidakkan tanpa berselindung. Sudah beberapa hari seleranya hilang.

“Nanti please makan sikit. Sikit pun jadilah. Even a slice of bread will do. Pastikan minum air kosong selalu, boleh?” permintaan Adib bagai air yang mengalir tenang ke hatinya yang semakin tandus. Dalam tangis yang masih bersisa Alya mengiakan permintaan Adib itu.

“You sihat?” soal Alya lembut, sekadar bertanya khabar.

“Alhamdulillah. I di Singapore sekarang, follow Tian for his new project,” jawab Adib. Sangkanya Adib di pejabat seperti biasa.

“Bila you balik?” soal Alya lagi sekadar bertanya. Namun jauh dilubuk hatinya terbit satu rasa yang sukar diolah untuk dijadikan satu rantaian bahasa.

“Dua hari lagi.”

“Still spend your night scouting the club?” soal Alya. Walaupun bagi Adib mungkin soalan itu adalah soalan biasa yang ditanya, tetapi bagi dirinya, ada satu rasa cemburu dan geram yang bersadur. Adib diam tidak menjawab.

“Kalau I cakap I dah lama stop buat semua tu, you tetap akan tanya soalan yang sama. Then tell me to stop. I would love to hear that,” ujar Adib.

“I would love you to stop frequenting the clubs and...” kata-kata Alya terhenti di situ. Dia sedar dia tidak sepatutnya mencampuri urusan hidup Adib tetapi gelodak emosi yang dilaluinya kini bercampur-baur antara sedih, rindu, kesal dan marah. Adib hanyalah mangsa untuk dilampiaskan semua emosi itu.

“And what?”

“Just stop being a womaniser,” ayat itu terhambur tanpa tapis dari mulut Alya. Adib hanya diam. Jauh dalam hati, Alya akui dia sebenarnya cemburu. Kali ini Alya tidak peduli bagaimana penerimaan Adib atas apa yang diluahkannya.

“...just stop layan perempuan macam pakaian. Lusuh dibuang dan diganti baru,” sambung Alya dalam nada suara yang sarat dengan kesedihan. Airmatanya tumpah lagi. Sungguh dia tidak boleh menerima semua itu. Namun hakikatnya siapakah dia untuk menghalang hak orang lain?

“Okey,” jawab Adib ringkas selepas lama diam. “You balik ke Malaysia hari Jumaat ni, kan? I tunggu di airport nanti. I kena sambung meeting sekejap lagi. Just spend time with mama and Adra. Don’t just stay in your room. They are worried. Eat a bit,” suara lembut Adib mencuit hati kecilnya. Alya hanya diam.

“Apa you minta daripada I tadi... ya, I janji I tak akan buat lagi. I tau I banyak buat salah. Bila I cakap I janji bukan bermakna I buat semua tu semata-mata sebab you minta. I akan pegang janji I sebab apa you cakap tadi semuanya betul. I nak betulkan diri I. It’s hard but it’s the right thing to do.” ujar Adib serius. Alya masih diam dan hanya mendengar.

“I’ve got to go. I’ll text you later. Bye,” ujar Adib menamatkan bual.

“Bye,” Alya kembali berbaring namun pesan Adib sebentar tadi terus bermain di fikirannya. Dia segera keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu. Adra dan mama sedang duduk berbual sambil menonton televisyen.

“Mama, Alya lapar,” ujar Alya lalu terus memeluk mama yang kemudian terus mencium pipi Alya berkali-kali. 

“Mama ada masak carbonara tadi. Adra, tolong panaskan untuk Kak Aya,” ujar mama meminta bantuan Adra. Adiknya itu terus menurut permintaan mama.

“Semua yang hidup akan mati, Alya. Sedih macam manapun Alya kena terima qada’ dan qadar. Kalau Alya sayangkan arwah, jangan putus berdoa moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosanya. Itu lebih baik. Anak mama ni kuat, penyabar... Be strong, okay?” Alya hanya mengangguk.

Benar, tiada siapa yang dapat menjangka bagaimana pengakhiran hidup masing-masing. Jika sudah tertulis takdir untuk Izra begitu, tiada siapa pun yang dapat menghalangnya. Namun jauh dalam hati Alya, dia masih berharap agar Izra masih diberi peluang untuk hidup. Dilepaskan keluhan berat dari dadanya. Pengakhiran untuk Izra perlu diterimanya dengan redha.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI