Home Novel Cinta STAY
STAY
RUMIÈ AL-HADI
19/2/2020 02:19:01
163,180
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

“Maybe, this quiet path
where wildflowers bloom
will lead me to your heart
as I’ll find mine”
­– Anonymous



PAGI ini Alya setia menanti Sean untuk sama-sama bersarapan. Cuaca agak dingin, sedingin hatinya. Hari ini dia nekad untuk bersemuka dengan kekasihnya itu bagi meletakkan titik penamat untuk perhubungan mereka. Berbulan-bulan lamanya Alya cuba bertahan untuk terus bersabar dan bersangka baik walau telah diunjukan segala bukti. Namun, hari ini dia tidak mampu lagi untuk terus bertahan dan menganggap hubungan ini perlu dipertahankan lagi. Dia perlu mengambil kata putus bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk satu nyawa kecil yang bakal lahir nanti.

“You look worried. Kenapa?” soal Sean sejurus duduk di hadapan Alya. Lelaki itu kelihatan seperti kebiasaannya, sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap Alya. Alya hanya tunduk memandang cawan kopi di meja. Dia tiba-tiba berasa geram kerana lelaki di hadapannya ini masih mampu bersikap biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Alya menghela nafasnya dalam-dalam.

“Sean, there’s something that I need to tell you.”

“What? You tak sihat ke?”

“I okey... cuma I rasa I perlu berterus-terang dengan you.”

“About what?”

Alya terdiam seketika dalam cuba mencari kata dan ayat yang sesuai agar tidak mencetuskan salah faham. Dia sedar bukan mudah untuk Sean menerima keputusannya ini tetapi adalah lebih sukar untuk Alya sendiri menerima hakikat lelaki ini sudah berlaku curang terhadapnya malah bakal menjadi seorang ayah dalam beberapa bulan sahaja lagi. Jiwa Alya berperang antara hakikat yang perlu diakuinya dengan rasa cinta yang masih menebal terhadap lelaki itu.

“I need to stop.”

“Stop? I tak faham.”

“I nak putuskan pertunangan dan batalkan rancangan perkahwinan kita.”

“What?! Why? Are you crazy? Semuanya dah hampir siap diatur. Lagi sebulan lagi Alya. How can you make this decision?”

“I have to, Sean. I am not ready to be a wife. I am not ready to commit myself into marriage life.”

“Alya... mungkin you cuma gementar saja. Semua orang pun akan rasa cold feet bila hari perkahwinan makin hampir. Why mesti ambil keputusan drastik macam ni?” Alya kembali diam, cuba menyusun ayat agar lelaki di hadapannya ini mampu menerima dengan hati terbuka dan memberi dirinya sedikit ruang untuk bernafas.

“Sean, listen to me... I know this is not easy for you. It is not easy for me either. But I have to be truthful to you and myself. I just can’t, Sean. I am not ready. Let us give ourselves some time,” sekali lagi Alya cuba menenangkan lelaki di hadapannya ini. Dia sama sekali tidak akan menyatakan sebab sebenar kenapa dia bertindak mengambil keputusan ini. Dia masih punya ehsan terhadap satu lagi jiwa yang mengharapkan lelaki ini.

“Kenapa tiba-tiba? Do you have someone else?!” bentak Sean mula menunjukkan kemarahannya.

“No, I’m not. Like I’ve said, Sean... I am not ready.”

“Are you sure? You tak ready ataupun you memang tak sukakan lelaki. You ingat I tak tahu about your other life? I masih lagi boleh sabar,” tiba-tiba Sean mempersoalkan keputusan yang diambil Alya. Alya sendiri kebingungan. Apa kaitan keputusan yang diambilnya ini dengan kecenderungan seksualitinya? Alya sendiri tertanya-tanya apakah yang Sean maksudkan.

“What other life, Sean? I don’t get it.”

“A month back, your best friend Izra send me an email regarding your relationship with her,” Sean kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya. Alya semakin hairan. Kenapa Izra perlu menghubungi Sean?

“Tengok dan baca,” telefon bimbit di tangan Sean kemudian diunjukkan kepada Alya. Perlahan-lahan Alya membaca setiap kandungan emel yang dimaksudkan. Dunia dirasakan berputar ligat. Dia seperti berada di dalam mimpi. Kenapa mesti Izra melakukan ini semua? Kenapa sahabatnya itu sanggup memfitnah dirinya sebegini sekali? Kenapa Izra sanggup mengaku yang Alya menjalinkan hubungan songsang dengannya sudah bertahun-tahun? Hati Alya bagai pecah berkecai. Gambar-gambar percutian mereka turut dilampirkan bersama.

“Sean, this is not true. I don’t have a relationship with her. I am not homosexual. I don’t understand why she did this,” Alya cuba menjelaskan keadaan sebenar. Sungguh dia dan Izra tidak pernah punya hubungan lebih daripada seorang sahabat.

“She even tells me that you’re planning to break our relationship. I don’t believe her but I guess she’s not lying after all,” jelas Sean lagi sambil tepat merenung wajah Alya.

“No, this is not true, Sean. Keputusan yang I buat hari ini bukan disebabkan Izra. It’s nothing to do with her. All these pictures, it’s just our trip all this while. It’s not only the two of us. There were Adra, her friends and my other friends too.”

“Kawan baik sampai boleh berpelukan macam tu?”

“What’s wrong with it? Is it so wrong to hug your friend or to kiss her cheek? I do that often and you knew it,” sekali lagi Alya cuba mempertahankan dirinya.

“Yes, you often do that. Too often bila I ingatkan semula.”

“Look, Sean... this is totally a slander. I bukan seperti apa yang Izra katakan. Izra is my best friend. I do not have feelings for her,” Alya seboleh mungkin cuba meyakinkan Sean.

“And why in the hell you want to cancel our wedding just like that?!”

“I’ve told you... I am not ready to commit to something this big. Perkahwinan bukan satu perkara main-main, Sean. I have no other reason to give to you and Izra is not the reason behind this. It’s not easy for me to make this decision, Sean. It’s hard for me too. Please understand....”

“I’ve tried to believe you even when I received this email, but I guess you are not that naive, down to earth kind of girl after all. Fine, if you want to call off our wedding, but remember Alya. You will regret it,” Sean lantas bingkas bangun. Telefon bimbitnya yang masih di genggaman Alya dirampas kasar dan lelaki itu terus berlalu.

“Sean! Sean!” panggilan Alya tidak lagi dipedulikan. Dia hanya mampu melihat lelaki yang pernah mengisi hatinya, yang pernah diserahkan cintanya, berlalu pergi meninggalkannya begitu sahaja. Alya boleh sahaja untuk menempelak dan mempersoalkan tuduhan yang dilemparkan sebentar tadi. Tetapi melihat kepada sikap dan reaksi lelaki itu, Alya yakin dengan keputusan yang diambilnya. Sean tidak mungkin mengakui kesilapannya sendiri. Lelaki itu tegar mencari kesilapan orang lain tanpa mengakui kesilapan dirinya.

Alya termangu sendiri, merenung kopi di cawan dan jauh di dalam hatinya, seribu rasa mula terbit. Geram, marah dan sedih bercampur-baur menjadi satu. Mana mungkin dia mampu melupakan lelaki itu yang sudah terlalu lama bertapak di dalam hatinya. Didongak kepalanya ke langit melihat kanvas biru yang terbentang. Cuba mencari sekelumit ketenangan di situ walau jauh di dalam hati, dia mengerti keputusan yang diambil ini meleburkan segala impian yang cuba dibina selama ini.

Langit biru yang sama dikongsi berjuta manusia mengunjur tanpa sempadan memayungi tubuh seorang insan yang sedang berperang dengan rasa yang sama. Bezanya, insan ini jauh beribu batu di tanah Malaysia. Cerita dua jiwa yang hampir sama tetapi dalam suasana yang berbeza.

“Eh! Adib, kau kata kau outstation?” soal Farhan sejurus Adib masuk ke rumah yang dikongsi bersama sahabat baiknya, Farhan.

“Aduh! Client canceled last minute. Menyirap juga aku. Nasib belum boarding lagi. If not apa aku nak buat kat Ho Chi Minh tu?” jelas Adib sejurus duduk di sofa melepaskan penat yang masih bersisa. Dia perlu bangun seawal tiga pagi hanya semata untuk tiba awal di lapangan terbang.

“Eh! Kau kat rumah ni, tak kerja ke hari ni?”

“Er... tak, aku masuk lewat sikit.”

“Oh... okey. Tak apalah aku nak rehat. Mengantuk,” Adib lantas bangun untuk beredar ke biliknya tetapi langkah kakinya terhenti sejurus terlihat longgokan pakaian dalam wanita yang berada di tepi sofa. Dia terus melihat ke arah Farhan.

“Kau bawa siapa ke rumah kita kali ni? Aku dah banyak kali cakap aku tak suka kau bawa perempuan masuk ke rumah kita. Siapa pulak kau bawa balik kali ni? Aku keluar pagi tadi kau tak ada kat bilik,” bentak Adib dalam nada marah.

“Farhan, nanti bawakan air untuk I sekali,” terdengar suara manja seorang perempuan dari bilik Farhan di tingkat atas. Suara yang amat dikenali Adib.

“Is that, Zully?”

“Adib... Adib... please aku minta maaf, Dib,” Farhan cuba menghalang Adib daripada bergegas naik ke biliknya namun tubuhnya ditolak kasar oleh Adib. Pintu bilik Farhan dibuka dan apa yang terpampang di hadapannya kali ini sungguh mencabar kelelakiannya.

“Zully?!”

“Adib, Adib... aku minta maaf.”

“What have you done?!” Adib tegas menyanggah kata-kata Farhan. Adakah silap apa yang dilihatnya ini? Adakah dia bermimpi? Adakah matanya benar-benar menyaksikan kekasihnya, Zully berada di atas katil sahabat baiknya sendiri?

“I’ve done nothing, Dib. No big deal pun. Bukannya I nak kahwin dengan dia, I am still your girl,” ujar Zully tanpa rasa bersalah atau malu. Gadis kacukan Melayu-Cina itu lantas bangun untuk ke bilik air.

“You slept with my best friend and yet you’ve said it’s no big deal?”

“Adib.. aku minta maaf, Dib.”

“Kau diam Farhan. I will deal with you later.”

“Eh! Kita dah kenal bukan sehari dua la Adib. Masa you mula kenal I pun you dah tau I macam mana. Farhan ni is not the first. Well, kebetulan he’s the only one there that willing to fulfil my need, so why not? Nak harap you? Balik-balik cakap tunggu kahwin. Eh! Do not drag me into your conservative thinking. Nak kena kahwin dulu. Dunia sekarang ni tak sekolot cara you berfikirlah, Adib,” kata-kata Zully bagai belati menusuk ke hatinya. Hatinya bagai disimbah api. Diluar kawalannya sendiri tangannya hinggap ke muka Zully.

“Adib! No... please aku yang salah, Dib,” mendengar kata-kata Farhan itu menjadikan dirinya bagai dirasuk. Tubuh Farhan ditolak ke dinding dan dengan segala kudrat yang ada tubuh itu dibelasah sepuas-puas hatinya. Dia cuma berhenti setelah Farhan terbaring tidak bermaya dilantai.

“Engkau ni manusia paling sial yang pernah aku jadikan sahabat! Dan kau Zully... antara engkau dengan pelacur, aku rasa pelacur tu lagi baik daripada kau! Sebab mereka melacur nak cari rezeki, kau?! Aku bagi masa kau kutip semua barang-barang kau dan keluar sekarang. Keluar!” Zully yang kelihatan terkejut cepat-cepat masuk ke bilik air untuk mengenakan pakaiannya.

“Keluar sekarang sebelum penendang aku singgah kat badan kau, Zully!” tanpa bertangguh Zully terus bergegas keluar meninggalkan Adib dan Farhan.

“...dan kau Farhan, aku bagi kau masa sampai petang ni. Kau kemas semua barang-barang kau... kau keluar dari rumah ni. I don’t care where do you want to live. Aku bagi kau duduk sekali dengan aku tapi macam ni kau balas balik. Sebelum aku naik hantu sekali lagi, lebih baik kau bangun dan kau kemas barang-barang kau. Mana kunci rumah?”

“Adib, aku minta maaf, Dib... jangan macam ni,” Adib tidak lagi peduli dengan rayuan sahabatnya itu. Dicapai kunci rumah milik Farhan lalu beredar meninggalkan lelaki itu yang masih terbaring tidak bermaya.

“Ingat Farhan... aku bagi kau masa sampai petang ni. Aku balik nanti aku tak nak tengok muka kau lagi. Kalau kau tak nak aku besarkan isu ni sampai mak ayah kau tahu, lebih baik kau keluar,” Adib tidak berpaling lagi dan terus melangkah pergi. Hatinya remuk sejuta. Sejurus keluar dari rumah, didongakkan kepala melihat ke arah langit biru yang terbentang. Direnung sepuas-puasnya. Biru indah yang dilihatnya kini dilihatnya bagai lahar merah yang panas seperti panas hatinya.

“Perempuan semuanya sama!”
Previous: BLURB
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI