Home Novel Cinta STAY
STAY
RUMIÈ AL-HADI
19/2/2020 02:19:01
162,701
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

“Langit cerah pagi ini, tak mustahil mengundang guruh seperti dentum yang tak terdengar di jiwa” – Adib


“ALYA, jom have some drinks after office hour nanti,” dia mengatur ayat mencuba nasibnya lagi ketika terserempak dengan Alya di ruang legar.

Alya yang sedang berbual dengan seorang lelaki berpaling dan kelihatan sedikit terkejut serta kurang selesa tetapi masih juga dihulurkan senyuman walau tanpa sebarang jawapan. Perlukah dia menunggu sehingga Alya selesai berbual? Diperhatikan gerak-geri gadis itu. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang berbual mesra dengan Alya. Dia pasti bukan pekerja syarikat ini.

Sesekali kelihatan mereka ketawa. Sungguh mesra. Hendak dikatakan mereka ada hubungan, gerak tubuh mereka tidak pula menunjukkan ke arah itu. Jika benar lelaki itu teman istimewa Alya, tidak hairanlah jika selama ini Alya tidak begitu berminat untuk lebih dekat dengan sesiapa pun di pejabat. Dia mengambil keputusan untuk terus naik ke aras tujuh tanpa menunggu Alya dan terus ke pejabat gadis itu.

“Encik Adib cari Cik Alya ke? Dia belum sampai lagi,” ujar Safia sejurus melihat kehadirannya.

“Dia ada di lobI, tak apa saya tunggu di dalam,” tanpa meminta izin dia terus masuk ke pejabat Alya. Membiarkan Safia terpinga-pinga.

Diperhatikan susun letak barang-barang kepunyaan Alya. Kemas. Tiada satu pun hiasan di bilik itu yang kelihatan agak peribadi. Tidak seperti sesetengah orang lain. Hanya hiasan asas sahaja. Satu bingkai gambar pun tiada di meja. Hanya ada satu lukisan acrylic bersaiz sederhana terletak cantik di atas meja kecil di sudut bilik. Diamati lukisan itu. Dua cantuman wajah lelaki dan perempuan yang seakan pecah... dispersed. Unik. Selang beberapa minit, kedengaran suara Safia menyambut kehadiran Alya dan barangkali menyatakan tentang kehadirannya.

“Hi, morning,” sapa Adib sejurus Alya masuk. Sapanya tidak disambut seperti selalu. Alya segera meletakkan handbagnya ke meja.

“Adib, I hope this will not be a habit of yours,” ujar Alya seperti tidak menyenangi perbuatannya.

“What? Masuk office you?” soalnya seakan tidak mengerti.

“Yes, masuk ke office I walaupun you tahu I tak ada. At least respect my staff, Safia. Jangan buat dia rasa bersalah kerana terpaksa let you in sedangkan I dah pesan banyak kali jangan benarkan orang masuk ke office I kalau I tak ada,” ujar Alya lagi.

“Look, I tak usik apa-apa pun. Takkan masuk tunggu you di dalam pun salah,” balasnya acuh tak acuh.

“Okey, apa yang penting sangat sampai you tak boleh text or call me. It must be urgent, right?” dia perhatikan wajah Alya yang semakin serius.

“I ajak you have some drinks after office hour, you masih tak beri jawapan,” ujarnya bersahaja.

“I can’t, sorry,” jawapan Alya tiba-tiba dirasakan bagai mencabar egonya.

“Ada date dengan that guy ke? Wow! Not bad... I mean, your taste. You can simply said that you are seeing someone.”

Alya merenung tajam. Entah mengapa geram dan marahnya bercampur-baur dengan jawapan Alya sebentar tadi.  Panas di hati Adib tiba-tiba membuak-buak. Dia sudah lama tidak rasa seperti ini.

“Whether I’m seeing anyone or not, it doesn’t concern you. Ini pejabat bukannya ruang untuk kita kongsi hal peribadi. You tahukan sekarang terlalu banyak projek yang perlu I beri tumpuan. Those project are my priority. Why are you keep  asking me out? Not just you, even those guys pun sama. What... I ni part of your new game plan ke?” bentak Alya tiba-tiba.

Sama sekali Adib tidak menjangka Alya boleh membangkitkan soalan yang sedemikian secara berhadapan dengannya. Dia hanya diam menahan geram. Sungguh egonya benar- benar tercalar.

“Playing hard to get is not the best choice, Alya,” ujarnya seakan mencabar dan memberi peringatan. Gadis itu mendengus marah.

“Look, Adib... don’t do this. I nak bekerja. If you tak boleh terima cara I dan nak samakan I macam perempuan lain, that’s up to you. I tak boleh halang but please... next time kalau I tak ada di office, please don’t just simply budge into my office. Please respect that. You can always text me or even call me, right? I sebenarnya tak selesa my staff tengok kita selalu berdua dalam bilik ni. It’s not about I played hard to get. I don’t play the game like you guys did,” jawab Alya panjang lebar.

Aduh! Adib bagaikan ditampar bertubi-tubi. Jika diikutkan hati mahu saja dia menempelak semula. Namun, dia cuba mengawal perasaan. Kalau ego sudah tercalar jangan pula ditambah dengan tindakan yang boleh mendatangkan akibat lebih buruk. Tidak mengapa. Dia mengalah hari ini. Perempuan jika diajak bertengkar hingga esok pun belum tentu lelaki akan menang.

“Okay, okay... sorry. Next time I buat appointment sehari sebelum. Follow protocol. And one more thing, ramai betul ya yang ajak you dating? Hot chick,” sindirnya. Alya hanya diam memerhati.

“Adib, I ada appointment dengan client at 10.30am. Kalau you ada apa-apa nak bincang, if urgent just cakap. If not, I do need to get ready,” tutur Alya kembali mendatar tapi masih penuh dengan ketegasan.

“It’s okay... like I said nanti I akan minta my PA buat appointment sehari sebelum nak jumpa you,” Adib segera keluar meninggalkan Alya.

Ketika masuk ke biliknya, dilepaskan dengus kasar. Kalaulah Alya berkata begitu di hadapan semua orang, alangkah malunya dia. Namun, ada bisikan halus daripada lubuk hatinya sendiri yang seakan mempersoalkan tindakan dan perlakuannya tadi. Bagai anak kecil yang tidak mendapat perhatian. Ah! Apa kena dengan dirinya?

“Bro, dah melepasi dua minggu. Next party, on yours jangan lupa,” pesanan ringkas daripada Tian bagaikan menambah api di dalam hati Adib.

“Damn! She’s really playing hard to get by the book. Tercabar betul tapi you guys pun still tak dapat, kan? So, tak adalah tercalar sangat reputasi. Kalau you guys dapat aku yang tak dapat... itu dah lain,” balas Adib beserta dengan icon senyuman.

Ah! Persetankan. Bukan aku tak boleh usung perempuan lain balik ke rumah. Lieza, Susan, Wendy, Zara dan ramai lagi... jika mahu boleh saja aku pelawa malam ini jadi peneman sunyi. Ubat ego diri yang tercalar. Ya, why not dilampiaskan geram itu secukupnya dengan orang yang rela.


Previous: BAB 5
Next: INFO

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI