Home Novel Cinta Bara Yang Tak Akan Padam
Bara Yang Tak Akan Padam
Wan Noorhidayat Wan Noorhidayat
4/12/2016 08:26:34
1,961
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

HAMPIR tiga kali dia membuat panggilan namun isterinya itu tetap gagal dihubungi. Hanya kedengaran voice mail menandakan telefon bimbit Ayuni Zaara ditutup. Hatinya menjadi tidak sedap. Pantas dia menghubungi Mak Esah di rumah.

“Ayu dah balik rumah ke belum, Mak Esah?” soalnya sebaik sahaja Mak Esah menjawab panggilannya.

“Belum lagi, Kher. Mak Esah pun tunggu jugak Ayu balik tapi sampai sekarang belum sampai-sampai lagi. Mungkin kejap lagi sampailah tu,” kata Mak Esah lembut.

“Ayu mana pernah balik lewat macam ni Mak Esah. Kalau ada apa-apa, mesti dia telefon saya. Ni tak, dah pukul sebelas lebih pun belum balik lagi. Risau pulak hati saya ni. Mana pula dia pergi malam-malam macam ni?”

Khirul Zaman sudah tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Perasaannya sungguh risau mengenangkan isteri kesayangannya yang masih belum pulang pada waktu begini. 

Tidak pernah pula Ayuni Zaara pulang lewat seperti itu. Ini mesti ada apa-apa yang berlaku. Khirul Zaman terus melangkah ke ruang dalam sebelum menuju ke wad mamanya.

“Maafkan Kher, mama! Kher terpaksa pergi dulu cari Ayu. Selagi Kher tak dapat cari Ayu, selagi itulah Kher tak akan balik. Dah banyak kali Kher call Ayu tapi voice mail. Janganlah ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat isteri Kher. Risau sangat hati ni. Mana pulak dia pergi agaknya malam-malam macam ni.”

Datuk Hanafi melihat wajah Khirul Zaman murung.

“Kher janganlah fikir yang bukan-bukan! Papa yakin Ayu tak ada apa-apa. Lebih baik Kher cari Ayu sekarang! Hari pun dah jauh malam ni. Biar papa aje yang jaga mama,” kata Datuk Hanafi.

“Terima kasih, pa! Kher pergi dulu!” Sebelum melangkah keluar, Khirul Zaman sempat menyalami tangan papa dan mamanya.

“Bawa kereta tu hati-hati! Apa-apa hal call Akak nanti!” pesan Marini pula.

“Baik, kak!”

Khirul Zaman bergegas keluar dari hospital lalu menghampiri kereta Lexus miliknya. Setelah menghidupkan enjin, dia meneruskan perjalanan ke tempat kerja isterinya. Barangkali Aishah tahu di mana Ayuni Firsha berada. 


*********


“KAK Ayu memang dah balik pukul 9 tadi, Abang Kher. Lepas Sya datang dia terus balik,” jelas Aishah semasa Khirul Zaman datang ke tempat kerjanya. 

Ketika itu jam sudah menghampiri ke angka 12.45 minit pagi. Tugasnya sebagai seorang receptionist disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur memaksa dia bekerja sehingga lewat pagi.

“Abang Kher tak sedap hatilah, Sya. Kak Ayu tak sampai-sampai rumah lagi. Mana pulak dia pergi agaknya? Dia ada cakap apa-apa kat Sya tak masa nak balik tadi?"

“Tak ada pulak. Abang cubalah call dia.”

“Dah tiga kali abang call Kak Ayu tapi tak dapat. Semuanya masuk dalam peti simpanan suara. Kat mana lagi abang nak cari dia? Pening kepala abang fikir.” Bertambah serabut fikiran Khirul Zaman jadinya. Dia kehilangan idea untuk mencari isterinya.

Aisyah kasihan pula melihat Khirul Zaman. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Ayuni Zaara. Sedih juga hatinya mendengar berita kehilangan gadis itu. Moga-moga Ayuni Zaara berada dalam keadaan selamat ketika ini. Begitu doanya dalam hati.

“Abang buatlah laporan polis! Mesti pihak polis dapat bantu cari Kak Ayu,” cadang Aishah kemudiannya.

“Kalau ikutkan tadi memang abang nak buar report polis tapi biasanya kes orang hilang ni boleh buat selepas orang tu tak ditemui dalam jangka masa 24 jam. Abang dah buntu nak buat apa sekarang ni?”

Khirul Zaman duduk berehat sebentar di kerusi yang terletak di ruang lobi hotel. Nampak kusut wajahnya. Selepas satu peristiwa, dia kini diuji lagi dengan peristiwa lain yang lebih mencabar keimanannya. 

Seandainya berlaku apa-apa pada isterinya, dialah orang yang paling bersalah dalam soal itu. Bermacam-macam andaian buruk sedang bermain di mindanya kini.

“Mana Ayu pergi, sayang? Abang tak tahu kat mana lagi nak cari Ayu. Baliklah sayang! Abang tunggu, Ayu!” rayunya dalam hati.

Khirul Zaman cuba kuatkan semangat. Dia tidak boleh jadi selemah itu. Dia perlu mencari Ayuni Zaara sekarang ini juga. Pasti isterinya itu berada tidak jauh dari sini. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Aishah, dia meneruskan pemanduan ke sekitar ibu kota. Mencari kalau-kalau terjumpa isterinya di mana-mana.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Wan Noorhidayat Wan Noorhidayat