Home Novel Cinta Kahwin 3 Kali
Kahwin 3 Kali
20/12/2014 16:50:10
8,867
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
bab 4

TIADAsesiapa yang peduli pada televisyen yang terpasang kuat. Jiwa dan perasaan Farizan Natasya hanyut dibawa arus gelora tsunami jiwa. Jiwanya tiada di sini. Hanya jasadnya sahaja terkaku di atas sofa merah itu. Dia dibawa kenangan bersama Shah Iskandar. Sesekali dia tersenyum dan sesekali dia memejamkan mata, menahan air mata kesedihan. Semuanya telah berakhir. Kini yang tinggal hanya sebuah memori indah, pahit dan manis.


Hai kak, senyum seorang-seorang nampak?” tegur Zeha Natalia yang entah dari mana datangnya. Tup-tup ada di belakang.


Farizan Natasha terkedu. Dia pantas menoleh ke belakang lalu mengukir sebuah senyuman dalam kepahitan.


Tak habis menangis lagi ke?” soal Zeha Natalia apabila melihat Farizan Natasya mengesat air mata. Terlalu banyak air mata kakaknya yang telah tumpah.


Dah habis tapi air mata ni masih ada lagi baki yang lama. Sonak habiskanlah.” Zeha Natalia tersenyum mendengar jawapan selamba kakaknya itu. Terasa lucu di pendengarannya.

Baguslah tu, kak.”Sekurang-kurangnya dia tahu yang kakaknya masihmampu ketawa dan berjenaka.

Lia dari mana? Akak tak dengar Lia bukak pintu pun. Tup-tup dah ada kat belakang,” soal Farizan Natasha, cuba mengalih tajuk perbualan.


Dia tidak mahu mengingati kenangan yang akan terkubur itu. Biarkanlah kenangan itu berlalu. Walaupun kesannya masih ada tetapi dia percaya semua itu akan dihapuskan dengan memori baru.


Hmm... nak dengar macam mana, mata kat kaca televisyen, tapi hati duk ingat kat kisah lama. Jiwa sebak menangis, telinga dah pekak, mata pulak jadi buta. Dah kering anak tekak Lia bagi salam tapi akak langsung tak dengar. Lupa pulak, orang tengah berangan kan, orang bagi salam pun tak dengar. Lagi bestlayan perasaan, kan kak?” perli Zeha Natalia.


Lia perli akak ya?”


Siapa makan cili, dia rasa pedas,” ujar Zeha Natalia, satu-satunya penguat semangat Farizan Natasha.


Dialah pendorong utama memulihkan Farizan Natasha untuk berdiri semula dan membina keyakinan. Dia cuba memahami perasaan duka seorang kakak dan menjadi tiang ketika Farizan Natasha hampir jatuh. Dan kini tempat Farizan Natasha berkongsi suka dan duka.


Cili api ke lada burung?”


Semua cili pun boleh, kak,” jawab Zeha Natalia sambil memeluk Farizan Natasha dan berlalu pergi.


Okeylah kak, Lia nak mandi dulu. Penat sangat ni. Tadi kena stay back. Kerja banyak gila sekarang. Hmm... tak macam orang tu, duduk rumah menangis, termenung, lepas tu menangis lagi,” perli Zeha Natalia.


Amboi, baik punya perli,” ujar Farizan Natasha, sempat melemparkan sebiji bantal ke arah Zeha Natalia.


Sepantas kilat Zeha Natalia mengelak daripada terkena lontaran bantal itu. “Jangan main-main kak, Lia ada tali pinggang hitam tau. Setakat balingan bantal orang yang dilanda masalah atau ayat palingbestnya tsunami jiwa, tak jadi hallah. Ha...ha...ha...” ujar Zeha Natalia, ketawa.


Berlagaknya! Hah, jangan lama sangat mandi tu. Nanti kita makan sama-sama,” pesan Farizan Natasha.


Masak apa, kak?” soal Zeha Natalia dari celah pintu bilik.


Mi goreng aje. Rasa macam nak masak pulak hari ni. Akak kan dah lama tak masak,” ujar Farizan Natasha kemudian melangkah ke dapur.


Dia mengambil dua ulas bawang putih dan selabu bawang merah. Dia mengupas kulit bawang tadi dan dimasukkan ke dalam pengisar bersama cili kering yang telah siap dipotong dan direbus. Dia bergerak ke singki dan menadah segelas air lalu di masukkan ke dalam pengisar. Bawang putih dan bawang merah dikisar bersama cili kering hingga hancur. Farizan Natasha mula memanaskan kuali yang berisi sedikit minyak masak, kemudian dia memasukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Berdesir bunyi air bercampur minyak panas kedengaran.


Wah, sedapnya bau! Lapar pulak rasanya!” laung Zeha Natalia dari dalam bilik air.


Anak dara tak boleh cakap dalam bilik airlah. Tak baik!” nasihat Farizan Natasha.


Yalah.” Apabila bahan yang ditumis hampir masak, Farizan Natasha mengambil air rebusan ayam dan kemudian dimasukkan ke dalam kuali panas. Maka sebatilah air rebusan tadi bersama tumisan bawang dan cili kering. Dia kemudian memasukkan serbuk perasa dan garam ke dalam kuali yang sedang menggelegak. Akhirnya mi kuning tadi dimasukkan ke dalam kuali bersama sayur sawi, taugeh dan kek ikan.


Dikacau bersama-sama bahan yang ditumis sehingga kering. Inilah masakan yang sangat tidak disukai Shah Iskandar, bentak hati Farizan Natasha. Lelaki itu paling tidak suka mi kuning. Pelik!


Sebiji mangkuk di atas rak diambil dan diletakkan di atas meja. Kemudian dia menuangkan semua mi yang telah siap digoreng ke dalam mangkuk itu. Farizan Natasha menaburkan sedikit bawang goreng dan daun sup di atas mi.


Shah Iskandar tidak suka masakan di kedai. Dia lebih selesa jika Farizan Natasha yang menyediakannya. Farizan Natasha masih ingat hari pertama dia diijabkabulkan dengan Shah Iskandar, emaknya ada berpesan.


Sha, jaga hati suami dengan air tangan tau, barulah suami tak cari yang lain.”


Ya ke, mak?”


Betul, kamu tengok mak dengan ayah. Dah suku abad kami hidup bersama. Berkat air tangan maklah, ayah kamu tetap setia dengan mak.”


Mak, Sha dah yakinkan semua orang dan Sha dah buat eksperimen ni sendiri. Bukan sebab air tangan isteri, suami takkan cari lain. Mak tahu tak, setiap hari Sha sediakan makanan untuk Abang Is. Sha tak pernah lupa. Tapi tengok, Abang Is tetap cari yang lain jugak, bisik hati Farizan Natasha tersenyum apabila mengingati kenangan itu.


Woi cik kak, kenapa senyum seorang-seorang ni?”sergah Zeha Natalia.


Terkejut Farizan Natasha sambil mengusap-usap dada.


Dah boleh makan ke, kak?” soal Zeha Natalia lantas mengambil pinggan di atas rak dan mencedok mi goreng yang cantik terhias di dalam mangkuk.


Kerusi di meja makan ditarik lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Dengan lafaz bismilllah, dia memasukkan mi goreng itu ke dalam mulut.


Hmm... sedapnya, kak,” puji Zeha Natalia.


Tengoklah siapa chefnya. Akak kan.”


Hmm... angkat bakul sendiri.”


Dah tak ada siapa nak tolong.” Kalau dulu, saat seperti ini dia akan menunggu Shah Iskandar siap mengerjakan Solat Maghrib. Mereka akan bersama-sama menjamu selera. Kadang-kadang Shah Iskandar rajin membantu di dapur, membasuh pinggan atau paling tidak pun sekadar mengelapnya saja. Namun semuanya telah berakhir.


Keluhan itu hanya mampu diluahkan dari dalam sahaja, tidak mampu untuk dizahirkan. Dia duduk bersama Zeha Natalia sambil menjamu selera. Usai makan malam, Farizan Natasha segera masuk ke bilik untuk menunaikan Solat Maghrib.


Ingatan Farizan Natasha beralih. Dia tersenyum sendirian lagi. Hisy, dah macam orang tak betul pulak aku ni, gerutu hati Farizan Natasha.


KAKZai, saya nak pinjam motor akak kejap boleh?”


Sha nak ke mana? Naik motor pulak tu. Tak pernah akak tengok Sha naik motor, alih-alih angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba hari ni nak pinjam motor pulak,” ujar Zaima, pelik.


Saya nak pergi hantar baju kat Brem Tower, Kelana Jaya, dekat dengan Stadium MPSJ tu. Kalau naik motor, cepat sikit sampai kak, boleh merempit,” jawab Farizan Natasha.


Tapi...”


Tak ada tapi-tapi. Saya ada lesen motorlah. Akak nak tengok ke?”


Bukan macam tu.”


Habis macam mana?”


He...he...he...” Zaima tersengih.


Lagipun sekarang kan waktu puncak. Sana sini jammed,” ujar Farizan Natasha sambil mengenakan topi keledar di atas

kepala.


Hisy majikan aku ni, aku belum pun cakap boleh bagi pinjam ke tak, dia dah siap pakai topi keledar. Kalau aku tak bagi nanti, malu pulak dia nak buka balik topi keledar tu, desis Zaima, tersengih.


Pinjam ya, kak,” rayu Farizan Natasha sambil meminta kunci motosikal.


Yalah, tapi Sha kena janji bawa motor hati-hati tau. Risau pulak akak,” ujar Zaima sambil menghantar majikannya

ke muka pintu.


Yalah kak, saya janji akan bawa motosikal akak hati-hati. Akak janganlah risau,” janji Farizan Natasha.


Nah, ni kuncinya. Akak bukan apa, cuma risaukan motosikal akak tu aje. He...he...he...” ujar Zaima, tersengih.

Farizan Natasha hanya menggeleng.


HAISha, dah lama sampai?” Tiba-tiba terpacul wajah Noraini dari luar lif pejabat.


Tak adalah lama sangat, kak. Dapatlah jugak saya cuci mata tengok-tengok pejabat akak ni.”


Kamu ni ada aje jawapannya.” Farizan Natasha menghulurkan sebuah beg plastik berisi baju yang sudah siap dijahit.


Sempoi aje hari ni, Sha. Merempit ke?” soal Noraini sambil membelek-belek baju.


He...he...he... keluar dari butik tadi pun dah lewat, takut tak sempat pulak nak jumpa akak kalau naik kereta. Dengan motor ni bolehlah selit-selit, kak,” ujar Farizan Natasha. Noraini mengangguk kecil.


Tapi dah lama tak naik motor, ralatlah jugak tadi.”


Betul jugak tu. Eh, mana sepasang lagi baju akak?”


Oh, baju akak yang satu lagi tu saya hantar lusalah ya.”


Okeylah kalau macam tu. Akak terus bayar semualah, takut terguna pulak duit ni. Biasalahtimenak raya ni kan, keluar duit macam air lajunya.” Farizan Natasha hanya mengangguk.


Terima kasih, kak,” ucap Farizan Natasha setelah menerima pembayaran.


Dia terus berlalu menuju ke lif.


Hai Sha, helmet ni kau nak bagi siapa pakai?” laungNoraini sambil menayangkan helmet kepunyaan Zaima. Farizan Natasha tersipu-sipu malu.


Terlupa pulak. Nak cepat, takut langit nak runtuh. Maklumlah motosikal yang saya bawak ni tak ada bumbung,” ujar Farizan Natasha sambil melangkah dan mencapai helmet dan terus berlalu.


Boleh tahan jugak suara mak cik ni. Dahlah macam suara monster, bikin malu aku aje. Dahlah hari ni aku vougesemacam, tak layak naik motor. Nasib baiklah motor Kak Zai ni canggih, omel Farizan Natasha dalam hati.


Tulah, ada kereta cantik-cantik nak jugak naik motor yang tak ada bumbung,” perli Noraini. Farizan Natasha membalas dengan senyuman lalu dia menuju ke lif. Butang turun ditekan.


ADUHAI, kenapa pulak dengan motosikal ni? Astaghfirullahalazim... Farizan Natasha mengucap panjang.


Tayar motosikalnya pancit di tengah jalan. Ni mesti terkena paku. Farizan Natasha membebel seorang diri. Bersusah payah dia menolak motosikal itu mencari bengkel.


Inilah orang kata, orang tamak selalu rugi. Penatnya! Dia masih menolak. Seingatnya, ada sebuah bengkel motosikal berhampiran Nan Yang Siang Pau. Farizan Natasha berkirakira sambil mengesat peluh. Baru padan muka aku! Konon nak cepat sampai. Farizan Natasha mula mengutuk diri sendiri.


Kenapa, amoi?” soal tauke bengkel sambil memerhati keadaan motorsikal yang dibawa Farizan Natasha.


Pancitlah tauke, boleh tampal tak?” soal Farizan Natasha.


Seingatnya dulu, motosikal ayahnya pernah pancit.


Ayahnya selalu membawa ke kedai Ah Tong dan menampalnya.


Aiya amoi, sikalang mana ada olang tampal itu tiub, ma. Tukar telus la.”


Bisinglah tauke Cina ni, bisik hati Farizan Natasha yang kepenatan.


Manalah saya tahu, tauke. Dulu kat kampung, ayah saya tampal aje. Okeylah tauke, tukar pun tukarlah janji boleh balik cepat. Dah nak hujan ni,” ujar Farizan Natasha, terus memandang ke langit mendung yang akan mencurahkan hujan pada bila-bila masa sahaja.


Ooo... mau ujanlah, amoi,” ujar tauke itu sambil menarik motosikal Farizan Natasha masuk ke dalam bengkel.


Lama ke nak siap, tauke?”


Ni sekejap sepuluh minit maa...”


Saya duduk ya, tauke,” ujar Farizan Natasha sambil melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi dan mengesat peluh yang bersisa.


Penat tahap cipan. Kalau boleh teguk air bestjugak ni. Ingat Sha, sekarang kan bulan puasa. Tak baik tau. Dia ketawa seorang diri sambil memerhati tauke Cina membaiki motosikalnya.


Siap, amoi.”


Cepatnya. Berapa, tauke?”


Tujuh linggit.”


Terima kasih tauke, jasamu dikenang.”

HEI!” sergah Zeha Natalia.


Opocot, mak kau!” latah Farizan Natasha.


Ha...ha...ha...” Zeha Natalia ketawa.


Farizan Natasha menoleh, melihat Zeha Natalia yang datang menyergah.


Tak baik tau buat macam tu,” ujar Farizan Natasha sambil mengetap bibir.


Dah sepuluh minit Lia kat belakang ni tengok akak senyum lepas tu ketawa macam orang tak betul,” ujar Zeha

Natalia sambil mengambil tempat duduk di sebelah kakaknya. Farizan Natasha mengalihkan punggung sedikit, memberi

ruang untuk Zeha Natalia duduk.


Apa lagi yang dikenangkan tu kak, sampai Lia kat belakang pun tak perasan? Susah kalau orang kuat berangan ni. Lepas habis berangan, menangis,” bebel Zeha Natalia.


Akak ingat bulan puasa tahun lepas, akak naik motor Kak Zai, pancit tepi jalan,” ujar Farizan Natasha, ketawa lagi

apabila mengenangkan peristiwa itu.


Bila? Lia tak ingat pun,” soal Zeha Natalia berkerut dahi.


Tahun lepas punya ceritalah.” Zeha Natalia hanya memuncungkan mulut.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh