Home Novel Cinta Kahwin 3 Kali
Kahwin 3 Kali
20/12/2014 16:50:10
8,594
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

FARIZANNatasha leka menghadap komputer sambil jari-jemarinya menaip sesuatu dengan lancar di atas papan kekunci. Dia ingin meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hati.


Sayang, hari ni genap lima hari awak kat sana. Awak tak rindukan saya? Saya rindu sangat kat awak.


Selesai menaip, dia menghalakan kursor ke tulisan sent. Mesej itu dihantar melalui emel. Dia mengharapkan Shah Iskandar akan mengetahui tentang kerinduannya itu. Tentang betapa dalamnya kasih sayang untuk suaminya walaupun berjauhan.


Hmm... rindunya! Kalau call,mesti dia tengah kerja timeni, bisik hati Farizan Natasha. Dia tidak mahu mengganggu suaminya tetapi apakan daya, hatinya dilamun kerinduan.

Argh! Sibukkan diri ajelah. Kenapa dengan aku ni? Semua benda tak menjadi! Bentak hati Farizan Natasha. Dia melangkah ke bilik pejabat dengan longlai. Mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Ditatap telefon bimbitnya, kosong tanpa sebarang

panggilan. Dia mengeluh dan bersandar di kerusi. Ditatap pergelangan tangan. Jam sudah menunjukkan angka 12.00 tengah hari.


Ini bermakna sudah setengah hari dia dalam kerinduan. Masih tidak ada tanda-tanda yang suaminya akan menghubunginya. Kenapa dengan Abang Is ni? Biasanya dia dahcall timeni, gerutu hati Farizan Natasha keresahan.


Matanya tidak putus-putus menatap telefon bimbit. Hisy, janganlah berlaku benda buruk. Nauzubillah... bisik hati Farizan Natasha lagi. Hisy, tapi kenapa ya? Aku nak callke tak? Bisik hati Farizan Natasha sambil menggaru-garu kening, menghitung

apa yang perlu dia lakukan saat ini.


Kenapa, Sha? Akak nampak Sha gelisah aje. Macam kucing kematian anak pulak,” tegur Zaima, tersengih.

Farizan Natasha turut tersengih, membariskan giginya yang putih.


Tak ada apalah, kak. Saya cuma bimbangkan Abang Is. Biasanya timemacam ni dia dah calltapi hari ni tak ada mesej, callpun tak. Tu yang saya bimbang sangat. Takut apaapa berlaku. Ataupun saya yang patut calldia. Apa pendapat akak?” soal Farizan Natasya sambil memuncungkan mulut seperti memikirkan sesuatu.


Sha trylah calldia. Is sibuk agaknya tu,” ujar Zaima, cuba menyedapkan hati majikannya. Zaima menutup pintu pejabat dan berlalu pergi untuk menyambung kerjanya semula. Sekali lagi Farizan Natasha memandang telefon bimbit yang terletak di atas meja. Masih seperti tadi, sepi tanpa jeritan.


Demi cita-citamu sayangku, aku rela dikau pergi. Dan demi sebuah impian, aku restui semua ini. Tahukah sayang, betapa aku rindu padamu? Oh angin, bawalah bisikan hati ini sampai kepadanya. Bisikkan di telinganya, aku rindu padamu.


Fuh...


Farizan Natasha menghembuskan kata-kata itu ke udara, dengan harapan tiupan kata-katanya itu akan sampai ke pendengaran Shah Iskandar. Kerana dia tahu jika kita merindui seseorang, percayalah orang itu juga sedang merindui kita.


Dan dia yakin saat ini Shah Iskandar juga sedang merinduinya. Farizan Natasha terasa kesepian. Dia mengeluh dan memandang telefon bimbit. Kenapa kau diam? Memekiklah macam selalu, marah Farizan Natasha apabila melihat telefon itu diam tanpa suara.


Dia bangun dari kerusi lantas berjalan mundar-mandir di dalam ruang yang sempit itu. Dipandang jam dinding, terasa lambat masa berlalu. Selepas setengah jam menahan rasa dan menanggung rindu panahan asmara, akhirnya telefon bimbitnya berbunyi.


He...he...he... ingatkan tak rindu tadi,” omel Farizan Natasha sambil tersenyum melihat perkataan ‘hubby’ yang tertera di skrin telefon bimbit.


Hmm... helo...” Padan muka! Aku buat suara merajuk. Biar dia tahu yang aku dah separuh nyawa tunggu panggilan telefon daripada dia, bentak hati Farizan Natasha.


Helo, sayang. Aik, lain macam aje bunyi suara tu. Sorrysangat-sangat. Abang ada meetingtadi, tak sempat nak beritahu,” ujar Shah Iskandar, memberi penjelasan sebelum

dipinta.

Hmm... okey.”


Tu aje? Pendeknya komen.”


Yalah.”


Hati ini masih terasa. Padan muka! Ejek Farizan Natasha.


Merajuk ke? Kan abang dah mintak maaf tadi,” ujar Shah Iskandar.


Tak adalah. Mana ada merajuk. Abanglah, buat sayang risau aje.”


Hisy, ke situ pulak sayang ni.”


Mana taknya, biasanyatimeni dah dua kali abangcall,” ujar Farizan Natasha, cuba mempertahankan kebenaran.


Yalah salah abang, maaf.”


Abang sihat?”


Aiks, lain macam aje bunyi suara tu? Menggoda. Macam nak suruh abang balik KL sekarang aje,” usik Shah Iskandar, nakal.


Memang pun, kan tu perjanjian kita. Tak ingat?”


Ya, abang ingat,” jawab Shah Iskandar, masih mengingati perjanjian bersama Farizan Natasha sewaktu dia meminta izin untuk bekerja di Johor.


Siaplah sayang nanti. Kalau abang balik KL, abang tak bagi sayang keluar. Nak pergi kerja pun jangan haraplah,” usik Shah Iskandar.


Tak apa, sayang callteledera.”


Ada bukti ke yang abang dera sayang?”


Mestilah ada. Seratus peratus tinggalkan kesan tau.”


Lepas tu, sayang callSinar Harian, masuk muka depan, baru glamor kita berdua. Tajuknya, Suami Dera Isteri Dan Meninggalkan Kesan Di Seluruh Badan. Boleh macam tu?” usik Shah Iskandar. Mereka berdua sama-sama ketawa.


Yalah tu, cik abang. Abang dah makan?” soal Farizan Natasha, mengubah topik perbualan. Suaminya kalau dilayan, semakin menjadi-jadi.


Dah makan nasi tadi. Makan sayang aje belum lagi.”


Abang!” Pipi Farizan Natasha bertukar merah. Walaupun hampir dua tahun berkahwin, sifat pemalu Farizan Natasha masih

utuh dalam jiwa.


Ya sayang, tunggulah malam esok. Malam ni abang balik.”


Ke situ pulak abang ni,” ujar Farizan Natasha.


Ke mana pulak? Betullah abang cakap.”


Dahlah, tak nak cakap dengan abang lagi,” ujar Farizan Natasha, tersenyum.


Dia tahu Shah Iskandar tidak nampak senyuman bahagianya itu tetapi dia tahu suaminya itu merasai kebahagiaan itu.


Sayang dah lunchke?”

Belum lagi. Tapi tadi dah suruh Kalam tolong tapaukan.”


Amboi, pandai curang belakang abang ya?”


Hisy abang ni, dengan Kalam pun nak jealouske? Tak ada maknanya.”


Tak adalah, gurau aje. Okeylah, esok pagi abang sampai. Sayang preparelah apa yang patut ya.” Berkerut dahi Farizan Natasha sambil tersenyum bahagia.


Okay, take care, darling. Assalamualaikum.”


Waalaikumussalam,” jawab Farizan Natasha, kemudian meletakkan telefon bimbit di atas meja.


Dia menyanyi gembira sambil melangkah keluar dari bilik.


Hai Sha, senyum lebar nampak? Tak macam tadi, dah macam mati laki aje akak tengok. Sekarang dah tersenyum sampaikan akak yang besar ni pun Sha tak nampak,” ujar Zaima apabila Farizan Natasha hampir melanggar bahunya.


Ops, sorrykak. He...he...he...” ucap Farizan Natasha, tersenyum dan kemudian berlalu mendapatkan Kalam.


Kak Sha, ni nasinya,” ujar Kalam sambil menghulurkan bungkusan nasi ke arah Farizan Natasha.


Berapa, Kalam?”


Empat ringgit.” Bungkusan bertukar tangan. Farizan Natasha menghulurkan not lima ringgit kepada Kalam.


Keep the change, Kalam.”


Terima kasih, kak,” ucap Kalam dalam pelat Bangladesh.

Previous: Bab 1
Next: bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh