Home Novel Cinta Kahwin 3 Kali
Kahwin 3 Kali
20/12/2014 16:50:10
8,589
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

FarizanNatasha mengeluarkan isi sampul surat yang terletak di atas meja. Sekali lagi isi surat itu dibaca walaupun telah berulang kali ditatap. Dia tidak pernah jemu. Dengan membaca surat itu, hilang segala resahnya. Terubat rindu pada insan yang amat dikasihi dan dicintainya.


Sayang...

Berat rasanya hati ini ingin berjauhan denganmu. Sayu

hati ini untuk meninggalkan dirimu keseorangan di sini.

Sepanjang hidup bersama, kita tidak pernah berjauhan

walaupun sehari. Tetapi kali ini abang terpaksa pergi

meninggalkanmu berminggu-minggu. Berat hati ini ingin ke

sana tetapi abang terpaksa demi tawaran kerja. Ikutkan hati,

abang ingin membawa sayang bersama tetapi sayang juga

ada cita-cita sendiri.

Kadang-kadang abang terfi kir, betulkah tindakan abang

bekerja di sana? Akan huru-harakah hubungan kita nanti?

Mengapa abang selalu dibelenggu persoalan yang negatif?

Abang tak tahu bagaimana suasana dan keadaan di

sana. Tapi yang abang tahu sayang boleh berdikari walaupun

abang risau siapa yang akan jaga sakit pening dan tengoktengokkan

keadaan sayang nanti. Hisy, payah abang hendak

buat keputusan.

Kalau abang tak pergi, rasa rugi pula setelah berpenat

lelah ke sana ke mari untuk menghadiri sesi temu duga

dalam bidang ‘oil and gas’. Alangkah bagusnya kalau sayang

boleh ikut abang ke sana. Rasa lega tapi apakan daya, sayang

jugak ada cita-cita.

Ada juga abang terfikir bagaimana orang lain boleh

tinggalkan isteri untuk bekerja berbulan-bulan lamanya. Kalau

abang, hendak tinggalkan sayang seminggu pun dah terasa

berat sangat. Tapi demi cita-cita, abang terpaksa. Sayang

tahu tak kenapa abang jadi begini? Sebab abang sayangkan

sayang dengan sepenuh hati.

Your love,

Shah Iskandar.


Sayangku, terdetik dalam hati kecilku pada hari keberangkatanmu. Mampukah aku menjadi insan setabah mahumu? Relakah aku menjadi isteri yang kehausan kasih sayang seorang suami? Kentalkah aku mengharungi badai keseorangan? Dan yang pasti mampukah aku meneruskan

hidup ini tanpa dirimu?


Aku takut, sayangku. Waktu pagi aku terjaga dari tidur tanpa seraut wajahmu. Tanpa kucupan pagi yang dingin. Tanpa gelak ketawamu sepanjang hari. Yang pasti tanpa dakapan kasihmu yang mengisi ruang hidupku sepanjang hari.


Mampukah aku, sayang? Sayangku padamu seteguh langit yang tak mungkin akan runtuh bila ajalnya. Tapi aku harus relakan semua ini berlaku, bisik hati Farizan Natasha.


SAYANG,abang dah ambil keputusan nak pergi ke sana.Seminggu sekali abang baliklah jenguk sayang kat sini,” ujar

Shah Iskandar.


Farizan Natasha menjeling suaminya. Tanpa mengendahkan kata-kata itu, dia menyambung menonton siaran televisyen kegemarannya.


Hei, abang tengah cakap dengan sayanglah, bukan cakap dengan sofa!” marah Shah Iskandar sambil menampar paha kanan Farizan Natasha.


Ya, sayang dengarlah ni,” ujar Farizan Natasha sambil meraba-raba paha yang terasa pedih.


Kan dah merah paha ni,” rungut Farizan Natasha.

Alahai, kesiannya dia. Sorrylah.”


Sorrynaik lorilah.”


Marah ke? Tapi bestjugak naik lori. Dahlah besar, boleh muat satu kampung,” ujar Shah Iskandar, tersengih. Matanya menghala ke paha isterinya.


Sakit ke, sayang?” Boleh pulak dia soal macam tu, getus hati Farizan Natasha.


Taklah, sedap sangat kena tampar. Abang nak rasa?”


Lain kali bila orang tengah cakap, janganlah diam aje. Kalau dia, tahu pulak komen berjela-jela. Tak ambil perhatianlah, tak itulah, tak inilah. Kalau timeabang, boleh aje dia buat bodoh tengok televisyen. Abang tengah bincang dengan sayang sekarang tentang tawaran yang abang terima untuk ke Johor tu. Abang dah buat keputusan nak ke sana. Apa pandangan sayang? Hmm... boleh ke sayang tinggal kat sini, handlebutik, duduk rumah seorang-seorang?” soal Shah Iskandar sambil melentokkan

kepala ke bahu Farizan Natasha, satu-satunya wanita yang dicintai dan berjaya membuat hari-harinya tersenyum.


Walaupun Farizan Natasha seorang yang kelam-kabut, tetapi dia cukup mempersonakan di pandangan Shah Iskandar.


Hmm...”


Nada kecewa berbaur keluhan terbit dari bibir mulus Farizan Natasha. Hanya itu yang mampu Farizan Natasha katakan saat ini. Otaknya ligat berfikir. Jika itu kemahuan suami, apa lagi yang harus dia katakan?


Hai, punyalah panjang berjela-jela abang cakap, sepatah aje yang sayang balas? Tak patut betul!” rungut Shah Iskandar.


Tak ada apa nak komenlah. Tapi kalau dah tu kehendak abang, sayang nak cakap apa lagi?” Terdengar keluhan berat dari bibir Farizan Natasha.


Peluang dah ada depan mata, kenalah ambil. Kalau tak ambil, rugi. Lagipun tu kan bidang yang abang suka,” ujar Farizan Natasha, kemudian berpaling ke kaca televisyen.


Dia berlagak tenang padahal dalam jiwanya hanya TUHAN saja yang tahu. Gelora hati seorang isteri. Ya ALLAH, aku betul-betul cintakan dia. Tak ada yang lain melainkan dia yang aku sayangi. Aku tak sanggup jika dia berubah hati. Ya ALLAH, KAU jagalah dia untukku, doa Farizan Natasha dalam hati.


Fikirannya berserabut. Hatinya berbelah bahagi. Banyak kemungkinan yang akan timbul. Kadang-kadang cinta menyebabkan manusia tamak. Dan kadang-kadang cinta juga menyebabkan manusia sanggup berkorban. Tumpuan Farizan Natasha pada rancangan yang ditayangkan di televisyen terganggu dek air mata yang mengalir. Kenapa aku harus menangis jika hati ini ikhlas?


Kenapa mata ini harus mengalirkan air jernih yang menghangatkan jika itu keputusan muktamadnya?


Sayang...” panggil Shah Iskandar sambil menyentuh bahu Farizan Natasha.


Farizan Natasha terkejut. Serta-merta dia menyapu air mata daripada terus mengalir. Dia telah jauh mengelamun.


Sayang ikhlas ke tak ni? Atau sayang tak restu abang ke sana?” soal Shah Iskandar sambil menyeka air mata Farizan Natasha dengan jari-jemarinya.



Farizan Natasha tersenyum. Sumbang rasanya. Dia mengeluh dan menzahirkan keluhan itu kerana setiapm keluhan yang diluahkan seperti terlepas satu beban yang berat. Mata mereka bertaut. Tetapi Farizan Natasha tetap diam membisu.


Sayang, abang tanya ni. Sayang restu ke tak?” soal Shah Iskandar lagi.


Farizan Natasha menatap wajah suaminya. Handsomejugak suami aku ni. Kalau kena kebas, meloponglah aku, bisik jiwa halus Farizan Natasha. Lalu dia menyentuh seraut wajah itu dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dia terus mengeluh lagi tetapi kini dia pasrah kerana cita-cita suaminya. Dalam senyuman yang cukup tawar, dia memandang suaminya.


Sayang ikhlas. Abang pergilah,” jawab Farizan Natasha. Shah Iskandar tersenyum.


Jangan senyum dulu. Ada syaratnya,” ujar Farizan Natasya sambil mengangkat jari telunjuk.


Amboi, pantang on,mulalah sengih sampai ke telinga, bisik hati Farizan Natasha.


Okey, patik turutkan aje kemahuan tuan puteri.”


Janji tau, seminggu sekali abang kena balik KL.”


Tu aje syaratnya? Ya ampun tuan puteri, senang sangat,” ujar Shah Iskandar sambil merangkul tubuh genit Farizan

Natasha dengan kemas.


Mata Farizan Natasha membulat memandang Shah Iskandar. Lelaki itu tersenyum sambil menumpukan perhatian pada drama yang sedikit pun tidak menarik minatnya.


Jangan nak mengada-ngada. Ada satu syarat lagi. Suka sangat nampaknya nak tinggalkan sayang ya?” ujar Farizan Natasha apabila melihat Shah Iskandar begitu gembira. Merajuklah pulak bini aku ni. Hisy, aku bukan apa. Terlebih happysebab dah berminggu-minggu pujuk isteri supaya setuju aku kerja kat sana, bisik hati Shah Iskandarsambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.


Abang sumpah yang abang akan kotakan janji abang,” ujar Shah Iskandar sambil mengangkat tangan.


Dah, jangan nak bersumpah-sumpah pulak. Nanti dimakan dek sumpah, jadi pulak si tanggang. Johor tu dahlah dekat dengan laut,” marah Farizan Natasha.


Ternampak barisan gigi Shah Iskandar tersusun rapi apabila tersengih.


Sampai hati sayang cakap abang macam tu.”


Betullah, dah abang main sumpah, kan?” ujar Farizan Natasha sambil menarik tangan suaminya. Dia rebah di bahu bidang suaminya. Lalu air matanya gugur jua.


Oh TUHAN, rupa-rupanya aku masih bermimpi mengenangkan kisah lalu. Aku benci dia. Sebab dialah aku menderita. Menanggung aib sebuah perkahwinan. Semua itu hanyalah kenangan pahit yang menyakitkan hati. Yang akan menyebabkan air mata ini mengalir, juga mengakibatkan mata aku bengkak. Aku benci Is! Seumur hidup aku, lelaki ni paling aku benci. Hati Farizan Natasha memberontak. Air jernih mengalir lagi membasahi pipi.


Kemudian dia menyeka air mata itu tetapi air mata itu tetap laju mengalir membasahi pipi. TUHANku, jangan sesekali KAU ingatkan aku terhadapnya. Kerana dia telah banyak menyakiti hatiku. Is, aku benci kau! Seumur hidup

aku, kau yang paling aku benci!


Lepaskanlah aku daripada beban ini. Keluarkan aku daripada perasaan ini. Saban hari hanya dia yang aku ingati TUHAN. Tolonglah aku, ya ALLAH... rintih Farizan Natasha.

Previous: Bab 2
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh