Home Fans Fiction Cinta Sekali Lagi Cinta
Sekali Lagi Cinta
Liah Ismail
20/4/2014 17:03:21
5,386
Kategori: Fans Fiction
Genre: Cinta

DALAM bas kedua-duanya senyap. Tidak berkata walau sepatah. Iera hanya menikmati pemandangan perjalanan balik ke rumah sahabatnya Sheila yang di tumpangnya selama berada di sini. Gikwang pula dari tadi sibuk melihat setiap gambar yang di tangkapnya selama dia berada di sini. Gambar selama seminggu sehinggalah hari istimewa yang mungkin Iera anggap paling bermakna dan juga gambar hari ini.

Sesekali Gikwang tersenyum kecil bila terpandang gambar yang di tangkapnya lucu. Rupanya Iera ada juga menangkap gambarnya curi-curi semasa dia tertinggal di belakang dan berjalan menuju ke arahnya sewaktu di Pulau Nami.

Iera mencuri pandang ke arah Gikwang, terharu rasanya bila Gikwang masih memakai sarung tangan yang berkait dia belikan hari itu. Dia pun sama. Masih tidak dapat membuang kenangan itu lagi. Masih terlalu awal untuk di lupakan dan masih segar di ingatan.

Masa jejaka itu tadi meluahkan hasratnya hendak menghantar dia pulang ke rumah, Iera menolak dengan pelbagai alasan namun akhirnya dia mengalah apabila Gikwang mengatakan mungkin itu kali terakhir untuk mereka bersama. Apa salahnya dia menghantarnya pulang. Cuma hari ini saja. Sayu hatinya bila perkataan terakhir itu di sebut. Iya, memang kali terakhir pun.

TURUN dari bas, mereka berdua berjalan beriringan. Kamera Digital tadi sudah bertukar tangan. Kini ia terletak di leher Iera. Mereka tidak banyak bersuara. Gikwang pula tidak tahu hendak mulakan dari mana. Apa yang perlu dia katanya untuk memulakan ayatnya.

Dia datang ke tempat gadis itu pun tadi atas dasar naluri hati. Mujurlah Iera ada di situ, kalau tiada hendak cari di mana gadis itu. Sekali lagi dia mengucap syukur dalam hati.

“Sampai sini sajalah awak, dah lewat sangat ni. Awak baliklah, takut tak ada bas pula nanti,” beritahu Iera sambil memandang jejaka itu. Dia cuba tersenyum seperti biasa, tapi siapa sangka hati mereka tidak dapat menutupnya. Jangan pergi dulu, saya tak sanggup berpisah dengan awak. Hati Iera merintih pilu. Sedaya upaya dia berlagak biasa.

Tiba-tiba Gikwang memegang tangannya. Sedikit bergetar, kerana pegangan kali ini tidak sama dengan yang dulu. Kali ini dia memegang dengan perasaan cinta.

Iera membiarkan tangannnya di genggam erat oleh jejaka itu. Arh! Biarlah, kali ini saja dan yang pastinya tangan aku dan dia berlapik. Saat itu dia masih memikirkan halal haram. Walaupun dia menyintai lelaki itu sepenuh jiwa namun tidak sekali-kali dia mengadaikan agamanya.

“Ada sesuatu yang saya nak minta dari awak, Iera” ada getaran dari suara Gikwang itu. Iera menelan liur. Permintaan apa? Jangan nak melebih-lebih sudah. Cium ke? Astaghfirullahalazim! Sampai ke situ sekali otak Iera memikirnya. Iera mengetap bibirnya. Dahinya sudah berkerut.

“Saya minta saya jadi kekasih awak lagi,” tutur Gikwang sambil memandang tepat ke mata Iera. Iera sudah terkedu.

“Untuk esok dan seterusnya. Saya cintakan awak” tambah Gikwang membuatkan Iera terpaku tidak terkata. Gikwang mengejapkan peganngannya.

“Saya cintakan awak Iera. Ikhlas saya katakan saya cintakan awak.” Ulangnya lagi membuatkan Iera menangis semahunya. Iera tertunduk menyembunyikan hodoh wajahnya tika menangis itu dari pandangan Gikwang.

“Kalau saya lepaskan awak hari ni, bermakna saya tak akan dapat jumpa lagi insan yang mencintai saya seperti awak cintai saya.” Iera mengangkat pandangannya namun air mata masih mengalir laju. Perlahan Gikwang melap air mata itu.

“Saya cakap cari yang mencintai awak lebih dari saya mencintai awak, bukan saya suruh awak cintakan saya,” balas Iera membuatkan Gikwang tertawa kecil.

“Saya tahu sebab saya tak akan jumpa orang yang mencintai saya lebih dari awak mencintai saya, jadi lebih baik saya cintakan awak. Tak perlulah saya cari orang lain,” sua Gikwang membuatkan Iera memicingkan pandangannya ke arah Gikwang.

“Saya bergurau sajalah, saya cintakan awak. Betul, saya cintakan awak...” tegas Gikwang lagi. Iera hanya mampu menyayukan pandangannya sehinggakan dia ingin menangis semula.

“Saya tak minta awak menangis sebab saya cintakan awaklah,” pantas wajah Iera berubah dan memukul lengan jejaka itu. Dia melap sendiri air matanya kemudian memandang semula ke arah jejaka itu dengan mata yang sudah kemerahan sebab kuat menangis tadi.

Gikwang memaniskan wajahnya seikhlas mungkin, bukan kerana paksaan lagi. Dia ikhlas, sangat ikhlas untuk memilih gadis itu sebagai buah hatinya.

“Terima kasih, sebab beri saya peluang untuk mengenali dan jatuh cinta pada awak,” tutur Gikwang romantis. Iera sudah keluh lidah untuk berkata-kata. Hanya senyuman sebagai balasan terhadap kata-kata romantis dari bekas teman lelakinya yang tidak rasmi itu dulu dan kini menjadi teman lelakinya yang rasmi. Iya rasmi, sampai jodoh mereka masih ada untuk bersama. Terima kasih Tuhan.


~~TAMAT~~


*percubaan saya dalam penulisan novel pendek. Saya tahu masih banyak kekurangan dalam cerita ini yang perlu di tambah agar menjadi Novel 'Panjang'.

*diharap anda terhibur membaca fand fiction ini.

*lupa di nyatakan, nama watak Kumpulan Beast ini berasal dari Korea. Lee Gikwaang atau Gikwang saja yang saya beri nama pada dia di sini.

*sementara Iera pula, adalah sahabat saya yang begitu meminati penyanyi berbakat ini.

*di harap tiada yang mengambil kesempatan untuk menciplak atau apa-apa saja berkaitan cerita saya ini kerana idea keseluruhannya hasil dari otak saya sendiri yang suka berimaginasi.

*akhir kata, selamat membaca dan berimaginasi dari saya Alya Mail.

*mohon komen apa yang perlu. Terima Kasih.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.