DALAM bas
kedua-duanya senyap. Tidak berkata walau sepatah. Iera hanya menikmati
pemandangan perjalanan balik ke rumah sahabatnya Sheila yang di tumpangnya
selama berada di sini. Gikwang pula dari tadi sibuk melihat setiap gambar yang
di tangkapnya selama dia berada di sini. Gambar selama seminggu sehinggalah
hari istimewa yang mungkin Iera anggap paling bermakna dan juga gambar hari
ini.
Sesekali Gikwang
tersenyum kecil bila terpandang gambar yang di tangkapnya lucu. Rupanya Iera
ada juga menangkap gambarnya curi-curi semasa dia tertinggal di belakang dan
berjalan menuju ke arahnya sewaktu di Pulau Nami.
Iera mencuri
pandang ke arah Gikwang, terharu rasanya bila Gikwang masih memakai sarung
tangan yang berkait dia belikan hari itu. Dia pun sama. Masih tidak dapat
membuang kenangan itu lagi. Masih terlalu awal untuk di lupakan dan masih segar
di ingatan.
Masa jejaka itu
tadi meluahkan hasratnya hendak menghantar dia pulang ke rumah, Iera menolak
dengan pelbagai alasan namun akhirnya dia mengalah apabila Gikwang mengatakan
mungkin itu kali terakhir untuk mereka bersama. Apa salahnya dia menghantarnya
pulang. Cuma hari ini saja. Sayu hatinya bila perkataan terakhir itu di sebut.
Iya, memang kali terakhir pun.
TURUN dari bas,
mereka berdua berjalan beriringan. Kamera Digital tadi sudah bertukar tangan.
Kini ia terletak di leher Iera. Mereka tidak banyak bersuara. Gikwang pula
tidak tahu hendak mulakan dari mana. Apa yang perlu dia katanya untuk memulakan
ayatnya.
Dia datang ke
tempat gadis itu pun tadi atas dasar naluri hati. Mujurlah Iera ada di situ,
kalau tiada hendak cari di mana gadis itu. Sekali lagi dia mengucap syukur
dalam hati.
“Sampai sini
sajalah awak, dah lewat sangat ni. Awak baliklah, takut tak ada bas pula
nanti,” beritahu Iera sambil memandang jejaka itu. Dia cuba tersenyum seperti
biasa, tapi siapa sangka hati mereka tidak dapat menutupnya. Jangan pergi dulu,
saya tak sanggup berpisah dengan awak. Hati Iera merintih pilu. Sedaya upaya
dia berlagak biasa.
Tiba-tiba Gikwang
memegang tangannya. Sedikit bergetar, kerana pegangan kali ini tidak sama
dengan yang dulu. Kali ini dia memegang dengan perasaan cinta.
Iera membiarkan
tangannnya di genggam erat oleh jejaka itu. Arh! Biarlah, kali ini saja dan
yang pastinya tangan aku dan dia berlapik. Saat itu dia masih memikirkan halal
haram. Walaupun dia menyintai lelaki itu sepenuh jiwa namun tidak sekali-kali
dia mengadaikan agamanya.
“Ada sesuatu yang
saya nak minta dari awak, Iera” ada getaran dari suara Gikwang itu. Iera
menelan liur. Permintaan apa? Jangan nak melebih-lebih sudah. Cium ke?
Astaghfirullahalazim! Sampai ke situ sekali otak Iera memikirnya. Iera mengetap
bibirnya. Dahinya sudah berkerut.
“Saya minta saya
jadi kekasih awak lagi,” tutur Gikwang sambil memandang tepat ke mata Iera.
Iera sudah terkedu.
“Untuk esok dan
seterusnya. Saya cintakan awak” tambah Gikwang membuatkan Iera terpaku tidak terkata.
Gikwang mengejapkan peganngannya.
“Saya cintakan awak
Iera. Ikhlas saya katakan saya cintakan awak.” Ulangnya lagi membuatkan Iera
menangis semahunya. Iera tertunduk menyembunyikan hodoh wajahnya tika menangis
itu dari pandangan Gikwang.
“Kalau saya
lepaskan awak hari ni, bermakna saya tak akan dapat jumpa lagi insan yang
mencintai saya seperti awak cintai saya.” Iera mengangkat pandangannya namun
air mata masih mengalir laju. Perlahan Gikwang melap air mata itu.
“Saya cakap cari
yang mencintai awak lebih dari saya mencintai awak, bukan saya suruh awak
cintakan saya,” balas Iera membuatkan Gikwang tertawa kecil.
“Saya tahu sebab
saya tak akan jumpa orang yang mencintai saya lebih dari awak mencintai saya,
jadi lebih baik saya cintakan awak. Tak perlulah saya cari orang lain,” sua
Gikwang membuatkan Iera memicingkan pandangannya ke arah Gikwang.
“Saya bergurau
sajalah, saya cintakan awak. Betul, saya cintakan awak...” tegas Gikwang lagi.
Iera hanya mampu menyayukan pandangannya sehinggakan dia ingin menangis semula.
“Saya tak minta
awak menangis sebab saya cintakan awaklah,” pantas wajah Iera berubah dan
memukul lengan jejaka itu. Dia melap sendiri air matanya kemudian memandang
semula ke arah jejaka itu dengan mata yang sudah kemerahan sebab kuat menangis
tadi.
Gikwang memaniskan
wajahnya seikhlas mungkin, bukan kerana paksaan lagi. Dia ikhlas, sangat ikhlas
untuk memilih gadis itu sebagai buah hatinya.
“Terima kasih,
sebab beri saya peluang untuk mengenali dan jatuh cinta pada awak,” tutur
Gikwang romantis. Iera sudah keluh lidah untuk berkata-kata. Hanya senyuman
sebagai balasan terhadap kata-kata romantis dari bekas teman lelakinya yang
tidak rasmi itu dulu dan kini menjadi teman lelakinya yang rasmi. Iya rasmi,
sampai jodoh mereka masih ada untuk bersama. Terima kasih Tuhan.
~~TAMAT~~
*percubaan saya dalam penulisan novel pendek. Saya tahu masih banyak kekurangan dalam cerita ini yang perlu di tambah agar menjadi Novel 'Panjang'.
*diharap anda terhibur membaca fand fiction ini.
*lupa di nyatakan, nama watak Kumpulan Beast ini berasal dari Korea. Lee Gikwaang atau Gikwang saja yang saya beri nama pada dia di sini.
*sementara Iera pula, adalah sahabat saya yang begitu meminati penyanyi berbakat ini.
*di harap tiada yang mengambil kesempatan untuk menciplak atau apa-apa saja berkaitan cerita saya ini kerana idea keseluruhannya hasil dari otak saya sendiri yang suka berimaginasi.
*akhir kata, selamat membaca dan berimaginasi dari saya Alya Mail.
*mohon komen apa yang perlu. Terima Kasih.