1,673
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Sedetik Rasa

             Pagi kian menyisir pergi,tersingkaplah cahaya mentari di ufuk bumi.Kokokan ayam memecah kesunyian, disertai angin sempoi-sempoi bahasa. Permulaan hidup yang sangat indah. 

             Namun tidak bagi seorang insan bernama Fatonah Ismilah.Banyak dilalui insan kecil ini segala onak duri telah ditempuh. "Ya Allah kenapa aku?” bisik hati kecil Fatonah Ismilah. Sakit dan perit sering menerpa hati ini. Kebelakangan ini diri ini selalu lemah diulit rasa resah. Insan mana yang sanggup menerima kekecewaan jiwa yang setia menanti satu hati.

           Fatonah Ismilah adalah seorang insan yang tidak pernah percaya pada cinta. Cinta? Ianya subjektif tiada kata signifikan mengungkap rasa itu. Ada insan berkata cinta itu hanya pada yang kuasa. Ada pula yang menduga cinta itu terbentuk antara jalinan kasih sayang dua jantina.Namun,hadirnya seorang lelaki secara tak langsung telah mengubah persepsinya terhadap cinta. Bagi Fatonah Ismilah cinta tak penting dalam hidup.

            Namun,hadirnya seorang lelaki telah memecahkan pandangan dan persepsi Fatonah Ismilah terhadap cinta. Lelaki ini ditemuinya secara tak sengaja.Namanya Raf Izzudin. Orangnya seindah namanya.Kulitnya putih dan tinggi lampai orangnya.Lelaki ini lah yang berjaya mengetuk hati wanita kecil molek,Fatonah Ismilah.Fatonah Ismilah begitu selesa bila bersama insan ini. Walhal,sebelum ini cukup payah untuk dia mendekati atau bergaul rapat dengan kaum Adam. Seolah olah ada tarikan menarik pada Raf Izzudin yang berjaya mencuri perhatian Fatonah Ismilah.

            Hari demi hari dilalui dua insan ini,penuh coretan suka duka yang terukir bersama.Saat dan ketika itu bagai syurga buat mereka. Mereka saling berganding bahu dalam menjayakan program ilmiah bersama. Ini kerana Fatonah Ismilah dan Raf Izzudin terlibat dalam bisnes. Bisnes ini lah yang menyatukan pertemuan dua insan ini. Baik hal bisnes,peribadi dan santai mereka lalui bersama.Setelah sekian lama mengenali hati dan watak satu sama lain,timbul satu perasaan yang sering dinafikan Fatonah Ismilah.Perasaan ini semakin bercambah hari demi hari. 

             Perasaan itu sering menghantui Fatonah Ismilah sehinggalah suatu ketika Fatonah Ismilah telah bertindak di luar  kotak akalnya iaitu meluahkan rasa di jiwa pada Raf Izzudin.Ini membuktikan bahawa cinta mampu membutakan tulikan dan menutup hijab rasa manusia. Bila rasa itu diluah pada empunya diri,jawapan yang diterima tak seperti yang diharapkan.Raf Izzudin berkata hatinya telah dimiliki wanita lain.Bagi Fatonah Ismilah,dia terbuka dengan jawapan itu. Dia terima dengan hati yang redha.

          Namun dibalik hati seorang wanita,hati mana yang sanggup menerima pahitnya penolakkan seorang lelaki yang dicintainya. Demi rasa manusiawi dalam diri,Fatonah rela membiarkan cinta hatinya bersama perempuan lain seandainya insan itu memberi bahagia pada Raf Izzudin.Pegorbanan yang dibuat ini adalah demi kebaikan semua pihak.Terima kasih yang terhingga pada penolakkan ini kerana mengajar erti bahagia walau hanya bersifat sementara.Hubungan Fatonah Ismilah dengan Pecipta semakin kukuh.Benar kata orang, hadirnya seseorang dalam hidup ada dua kemungkinan , dia adalah tercipta untuk kita atau hadirnya hanyalah sebagai pengajaran pengalaman dalam hidup.

          Pengajaran ini membuatkan Fatonah Ismilah semakin kukuh menghayun langkah demi masa depan yang lebih baik. Fokusnya lebih berwawasan dan dia menerima apa yang berlaku kini akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang kerna ada hikmahnya.Walau cinta ditolak,hubungan persahabatan bersama Raf Izzudin tetap utuh. Hubungan baik persahabatan tak seharusnya tergadai hanya kerana penolakkan sekelumit rasa cinta.Positif dan matang dalam fikir memacu hubungan baik antara dua insan ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.