Home Cerpen Umum Kerana ICT...
Kerana ICT...
Amatara
24/12/2018 14:45:46
3,190
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

KERANAICT...

Oleh

Amatara

 

            CikguAdibah memandu kereta memasuki perkarangan Sekolah Kampung Keledang denganperasaan gembira. Dia ditempatkan di sekolah itu selepas berjaya menamatkanpengajiannya selama 4 tahun di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Meskipun dia lahirdan dibesarkan dalam keturunan yang kaya-raya namun, dia tidak pernah menyesalmemilih kerjaya sebagai seorang guru. Pernah juga bapanya seorang usahawanterkenal mempersoalkan cita-citanya untuk bergelar pendidik tetapi Cikgu Adibahtetap dengan keputusannya. Malah, dia masih lagi beruntung kerana ibunyamenyokong penuh keinginannya untuk berbakti kepada anak bangsa dan masyarakat.

CikguAdibah membelek-belek muka jamnya berkali-kali. Hampir pukul 7.00 pagi.Beberapa orang murid berkejar-kejaran di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Cikgu Adibah tersenyum keseorangan apabila melihat telatah murid-murid itu.Kemudiannya, Cikgu Adibah mengambil tas tangan serta komputer ribanya berjalanmenuju ke bilik guru.

            “Cikgu,boleh saya tolong bawakan barang cikgu?”tanya seorang murid perempuan dari arahbelakang.

Cikgu Adibah memalingkan wajahnyadan melihat seorang murid Darjah Empat sedang berdiri tercegat di belakangnyasambil tersenyum. Dia kenal benar dengan murid itu. Sebagai seorang guru kelas,Cikgu Adibah tahu muridnya yang satu itu hidup dalam serba kekurangan tetapibijak dalam pelajaran.

            “Munirahhendak tolong cikgu? Baiklah, bawa komputer riba cikgu ini masuk ke dalam bilikguru ya,”kata Cikgu Adibah sambil menghulurkan komputer ribanya.

Murid itu menyambutnya laluberjalan beriringan dengan Cikgu Adibah. Ketika berjalan, Cikgu Adibahmemerhatikan Munirah. Kasut yang dipakainya sudah koyak dan ada kesan jahitandengan tali rafia yang disulam dengan kemas. Tiba-tiba sahaja air mata CikguAdibah bertakung di kelopak matanya tanpa dia sedari. Terasa sayu dan piluapabila melihat keadaan anak muridnya itu. Terasa sedih kerana dia gagalmelaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang guru kelas. Bukan diasengaja terlupa tentang muridnya yang satu itu tetapi dia telah berusaha untukmembantu setakat dayanya. Cikgu Adibah teringatkan sesuatu.

            Segala-galanyabermula kira-kira dua bulan yang lalu. Hari itu, Cikgu Adibah didatangi olehseorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada Munirah. Dalamesak tangisnya dia memberitahu bahawa hidup keluarganya musnah kerana suaminyaterlibat dengan gejala dadah. Manakala dia sendiri tidak bekerja dan mempunyai 12orang anak. Munirah adalah anak yang keenam. Justeru, Cikgu Adibah memahamisituasi Munirah. Masakan tidak, seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apaadakah perlu dibebani dengan masalah yang dihadapi oleh keluarganya? KasihanMunirah! Jika anak-anak lain boleh bergembira dengan zaman kanak-kanak merekatetapi tidak buat  Munirah.

            “Cikgu,apa ada dalam beg yang berat ini Cikgu?”tanya Munirah sambil melihat wajahCikgu Adibah.

Cikgu Adibah tersentak. Tersedardaripada imbauan peristiwa nan lalu. Cikgu Adibah cepat-cepat menatap ke dalam bebolamata Munirah dengan pandangan yang berkaca. Sungguh tidak dia sangka bahawamurid ini langsung tidak mengetahui kewujudan komputer riba di sebalik beg yangberat itu.

            “Komputerriba. Munirah tahukah fungsi komputer riba?”tanya Cikgu Adibah secaraberseloroh.

Munirah menggaru-garu kepalatanda tidak faham kemudiannya dia tersengih sehingga menampakkan giginya yangkuning.

            “Komputerriba. Pernah tengok tapi tak pernah tahu fungsinya cikgu. Berguna sangatkahkomputer riba ini cikgu?”tanya Munirah kembali.

            Wajahpolos gadis itu ditatapi sedalam yang mungkin. Kasihan Munirah!

            “Komputersangat penting Munirah. Melaluinya dapat menyimpan dokumen atau data yangdiingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerjayang lebih pantas dan sempurna,”

            “Bukanitu sahaja Munirah, melalui televisyen, sistem video yang begitu canggih.Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapatdimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat.Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah denganterciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapatdicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah iniuntuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahajamereka berada,”kataku menerangkan kepentingan ICT secara lebih mendalam.

Kening Munirah berkerut-kerutmemikirkan setiap ayat yang dibina dan dikatakan tadi.

Salahdiriku juga kerana terlalu banyak perkataan yang mengelirukan dirinya tanpasempat difahami.Getus hati kecil Cikgu Adibah.

            “MariCikgu tunjukkan caranya Munirah,”kata Cikgu Adibah sambil menekan punat on pada papan kekunci komputer riba.

Kemudian, jari-jemari CikguAdibah menari-nari menaip internet online.Di situ,  Cikgu Adibah menunjukkan iklan“MyEg Service’ kepada Munirah.

            “Contohnyaiklan ‘MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Cikgu membaharuicukai jalan kenderaan secara ‘internet online’.Urusan pemindahan wangdan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di‘hujung jari’kata Cikgu Adibah seperti seorang jurujual.

Munirah sangat gembira apabiladitunjukcara penggunaan ICT dengan mudah. Dia menunjukkan wajah penuhketerujaan.

Loceng sekolah berbunyi dengannyaring menandakan sesi pertama pengajaran dan pembelajaran  akan bermula. Munirah meninggalkan CikguAdibah selepas mengucapkan terima kasih kerana menunjukkan ilmu baharu kepadadirinya. Mata Cikgu Adibah hanya mengekori gerak-langkah gadis kecil itumeloloskan diri di celah-celah dinding batu bilik guru dengan pandangan penuhsimpati.

            “Munirah…Munirah… ,” Cikgu Adibah berkata sendirian. Dia sendiri tidak tahu kenapa  harus melafazkan kata-kata itu. Mungkin untukmelepaskan perasaan simpati. Entahlah.

Cikgu Adibah menyambungtugasannya pada hari itu dengan penuh tekun dan minat. Muncul seorang PembantuAm Rendah pejabat memanggil Cikgu Adibah supaya berjumpa dengan Guru Besarsekolah.

            “Cikgu,Guru Besar panggil,”kata budak pejabat itu sambil berlalu pergi.

            KenapaGuru Besar panggil aku??? Getus hati Cikgu Adibah sambil berjalan menuju kepejabat.

Pejabat yang terletak di tingkatsatu itu didaki tangganya dengan hati-hati. Beberapa orang murid berselisihdengan Cikgu Adibah lalu memberikan salam. Salam disambut dengan senyuman yangmelebar.

            CikguAdibah mengetuk daun pintu bilik Guru Besar lalu duduk di hadapan Guru Besardengan wajah yang penuh tanda tanya. Guru Besar hanya tersenyum membalasperasaan gemuruhnya ketika itu.

“Cikgu, adaapa nak jumpa dengan saya?” tanya Cikgu Adibah mula berasa tidak sedap hati. Adasesuatu yang tidak diingini seperti telah berlaku.

Guru Besarmemanggil dua orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah lalumemperkenalkannya kepada Cikgu Adibah. Cikgu Adibah masih belum mengerti tentangapa yang sedang berlaku. Di benak fikirannya mungkin ada laporan atau pun aduanmengenai dirinya yang tidak disenangi oleh ibu bapa murid-murid di sekolah itu.wajah Cikgu Adibah sedikit resah tatkala Guru Besar berbual-bual dengan pegawaidari PPD.

Tiba-tiba,Cikgu Adibah teringat kembali segala kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Ya,segala petanda telah ditunjukkan. Namun, dia tidak peduli dan tidak mahu memikirkannya.Ketika bersarapan pada seawal pagi, dia terlepas mug yang terpegang di tangankanan. Bekas kaca yang berat padat dengan air kopi itu tumpah di serata mejadan dia tidak sempat mengelak. Sebahagian baju kurung biru yang dipakai basahlencun. dia terpaksa menukar pakaian yang baharu. Akibatnya, dia terlepassarapan pagi dan tidak sempat juga mencapai beberapa potong roti sebagai bekal.Mujur juga telefon pintarnya tidak terkena air kopi, jika tidak entahlah apayang akan terjadi.

            Nasibmalang tidak selesai setakat itu. Ketika dia tergesa-gesa keluar dari rumah,kaki kirinya pula tersadung sebuah pasu bunga. Dia menjerit kesakitan. Kakinyaterseliuh. Mujur juga dia sempat memegang erat komputer ribanya, jika tidakpastilah komputer ribanya akan jatuh terhempas ke tanah. Jika komputer ribanyarosak, samalah seperti dirinya yang akan jatuh terjelepuk di dalam tempurung,dikurung dalam gelap-gelita tanpa secalit maklumat untuk ditatap. Mungkin padahari itu, otaknya akan membeku tanpa sebarang berita. Dia sedar, dia terlalubergantung harap dengan kemudahan teknologi ICT. Nyawanya seperti terbangmelayang jika semua gajet elektroniknya tidak ada di sampingnya!

            “CikguAdibah, 50 orang murid sekolah kita telah mendapat bantuan komputer 1 Malaysia.Ini senarai nama murid yang mendapat bantuan tersebut. Disebabkan sekolah kitahanya 13 orang sahaja guru dan 90 orang murid, maka saya percaya bahawa CikguAdibah boleh mengajar cara penggunaan komputer riba ini kepada para pelajarkita,”kata Guru Besar mengakhiri resah gelisah di hatinya.

            “MaksudGuru Besar?”tanya Cikgu Adibah seperti orang bodoh. Masih belum faham keadaansebenarnya.

            “Maksudsaya, Cikgu Adibah dilantik sebagai guru yang bertanggungjawaab dalampengendalian berkaitan komputer pelajar. Cikgu Adibah masih ingat tentangkertas kerja kelab komputer kita? Ya, kertas kerja itu telah diluluskan danpihak PPD berbesar hati untuk memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untukmenjalankan kelas komputer dan Cikgu Adibah sebagai guru yangdipertanggungjawabkan. Tahniah Cikgu Adibah!”kata Guru Besar dengan nada yangbangga.

            CikguAdibah tersenyum kerana niat murninya untuk memberikan pendedahan betapapentingnya teknologi terkini dimakbulkan oleh Tuhan. Sungguh tidak didugadengan adanya kertas kerja itu menyebabkan sebahagian murid di sekolah itumendapat kemudahan komputer dan jaringan komunikasi seperti internet turutdisertakan sekali. Yang paling penting, manalah tahu dengan adanya pengetahuanICT masyarakat kampung yang serba kemiskinan akan dapat mengubah nasib mereka!

Petang itu, Cikgu Adibahmemanggil nama-nama murid yang mendapat bantuan komputer dari pihak kerajaansatu-persatu. Pada nombor 39 tertulis nama Munirah bt Zamzuri turut berpeluangmemiliki komputer riba sendiri. Ketika Munirah datang menghampiri, dia tersenyumdengan penuh gembira. Cikgu Adibah membalas senyumannya dengan penuh bermakna.Selesai berbuat demikian, Cikgu Adibah memberikan penerangan kepadamurid-muridnya.

            “Melaluijaringan internet, kita akan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumbermelalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Sekarang cuba kamucarikan tajuk yang cikgu tulis pada papan hitam ini. Kemudian cuba kamu jawabsoalan-soalan yang dikemukakan itu,”

Semua murid gigih menaip tajukpada bahagian pencarian maklumat. Semuanya tekun dan langsung tidakmempedulikan rakan-rakan di sebelah-menyebelah. Cikgu Adibah berjalan ke sebuahmeja dan meja seterusnya membimbing dan melihat bagaimana murid-muridnyamelaksanakan tugasan yang diberi. Dia menghela nafas yang panjang melihatkecekalan dan kegigihan murid-muridnya belajar berpandukan kemudahan ICT yangdiperoleh.

Segala keseronokan sepanjang hariitu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Tiba-tiba sahaja, jasadnya terasa ringandibawa oleh angin masuk ke dalam paparan skrin komputer muridnya. Di situ, diabermain-main kejar-mengejar sambil bergelak ketawa. Dia melihat dirinya sepertisedang berlumba dan dihimpit oleh satu makhluk yang ganas. Bunyi bisingtiba-tiba sahaja menerjah gegendang telinganya.

            Malangnya,itu hanya sebahagian daripada igauannya. Mimpi di alam fantasi dan diatersentak tatkala seorang murid mengadu tentang kelakuan rakan di sebelah yangleka bermain game di komputer riba.

            “Cikgu!Tengok Jamal, tak buat kerja yang disuruh oleh cikgu. Leka bermain game saja. Pulak tu mengganggu kamihendak belajar saja,”kata seorang murid perempuan yang duduk di sebelah Jamal.

Cikgu Adibah berjalan menuju kearah Jamal. Jamal mulai gelisah. Dia mencebikkan bibirnya ke arah muridperempuan itu.

            “Kenapamain game? Kamu dah salah gunakankomputer kerajaan ini. Ada ramai lagi murid yang tidak dapat komputer jadi kamukenalah bersyukur. Jamal, banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengankewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan inilah jadinya. Kalau kamutidak mahu, cikgu boleh cadangkan nama murid lain untuk menggantikan tempatkamu,”kataku seperti memberikan khutbah yang panjang lagi menginsafkan.

            “Maafkansaya cikgu. Saya berjanji tidak akan buat lagi,”balas Jamal sambil menundukkankepalanya.

Ternyata, ugutan itu sedikitsebanyak merungsingkan fikiran murid-murid yang lainnya. Mereka langsung tidakberani melakukan perkara yang tidak diingini ketika kelas komputerkudijalankan.

            Kinihampir empat bulan, murid-murid Cikgu Adibah sudah mahir menggunakan kemudahanICT. Melaluinya memudahkan guru-guru mencari dan memperolehi maklumat daripadapelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakanteknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputerbimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data,pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan danlain-lainnya. Ternyata kemudahan ICT ini banyak membantu dan menyelesakankehidupan para penggunanya.

Namun, tidak semuanya indah danmudah diterima begitu sahaja. Kerana ICT jugalah Cikgu Adibah berjaya membukaminda seorang guru veteran di sekolah itu. Pada mulanya, Cikgu Ayob membantahpenubuhan Kelab Komputer. Pelbagai cara dan alasan diberikan untukmenyingkirkan Cikgu Adibah daripada mengendalikan kelas tersebut. Pelbagaiperistiwa dan fitnah ditaburkan oleh Cikgu Ayob kepada Cikgu Adibah.

            MasihCikgu Adibah ingat peristiwa pahit yang melanda dirinya. Kira-kira dua bulanyang lalu, ketika dia dan Cikgu Kamarul duduk di dalam bilik komputer,tiba-tiba mereka didatangi oleh Cikgu Ayob dan beberapa orang lagi guru.Situasi pada masa itu sungguh tegang. Cikgu Adibah dan Cikgu Kamarul ditangkapberkhalwat sedangkan pada ketika itu Cikgu Kamarul sedang cuba membaiki salahsatu komputer riba kepunyaan pelajarnya yang rosak. Entah siapa pula yangmenutup pintu bilik komputer itu juga Cikgu Adibah tidak pasti? Semuanyaseperti telah dirancang oleh seseorang. Perasaan malu mulai menghuni hati CikguAdibah. Manakan tidak, dia langsung tidak terfikir bahawa kejadian yangmemalukan itu akan mengganggu perjalanan hidupnya sebagai seorang guru.

            “Betulcikgu, saya tak buat apa-apa, kalau cikgu tak percaya boleh tanya dengancikgu-cikgu lain,” jawab Cikgu Adibah separuh menangis.

Cikgu Kamarul menggenggamkanjari-jemarinya seperti ingin menyerang Cikgu Ayob. Namun, Cikgu Adibahmenahannya daripada berbuat demikian.

            “CikguAyob ada bukti hendak tuduh tanpa usul periksa? Kalau ada bukti tunjukkankepada saya,”kata Guru Besar dengan nada yang tegas.

            “Semuadi sini boleh jadi saksi, tanya pada Cikgu Leman dan Cikgu Lazim,”balas CikguAyob dengan nada yang kuat.

            ‘Jikamereka berdua, belum tentu boleh kita terima. Bukankah mereka ini kawan-kawanCikgu Ayob? Mungkin juga mereka bersubahat dengan cikgu?”

Cikgu Ayob, Cikgu Leman dan CikguLazim terpinga-pinga apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh GuruBesar. Mereka hanya tunduk memandang muka lantai yang kasar dan mengerutu itu.

            “Cikgu,cuba tengok rakaman video ini. Saya yang rakam melalui telefon pintar saya.Saya rasa, Cikgu Kamarul dan Cikgu Adibah tidak bersalah! Ini semua kerja jahatyang dirancang oleh Cikgu Ayob dan rakan-rakannya,”Cikgu Shahrul tiba-tibasahaja datang menerpa setelah mendengar kekecohan yang sedang berlaku.

Guru Besar dan semua yang ada disitu meneliti rakaman video pada telefon pintar itu dengan teliti. ManakalaCikgu Ayob dan dua rakannya hanya mendiamkan diri.

            “CikguAyob, sepatutnya kamu guru yang paling senior perlu tunjukkan teladan yangbaik. Kalau kamu tidak suka dengan kemudahan ICT kamu tidak boleh buat begini.Sepatutnya, kamu perlu menerima arus pemodenan jangan sampai dikatakan sepertikatak di bawah tempurung. Mujur ada telefon pintar Cikgu Shahrul, jika tidakmesti semua orang mempercayai kata-kata cikgu. Cikgu berubahlah mengikutperkembangan masa, sekarang bukan zaman kita lagi. Zaman kita telah lama berlalu.Cuba tengok telefon cikgu, sekarang dah tak ada orang guna telefon macam tu.Sekarang semuanya kemudahan di hujung jari!”kata Guru Besar seperti memberikanceramah agama percuma kepada Cikgu Ayob dan rakan-rakannya.

Namun, peristiwa itu jugalah yangmembuatkan Cikgu Adibah dan Cikgu Kamarul berhubung dengan lebih rapat lagi.Kerana ICT, Cikgu Adibah dan Cikgu Kamarul telah mengikat tali pertunangan dantidak lama lagi bakal disatukan sebagai raja sehari. Semuanya kerana ICT!

           

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.