Home Cerpen Keluarga KUNCI
KUNCI
Liah Ismail
5/5/2016 06:04:53
1,304
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

‘KUNCI’

“KUNCI Adah, mana mak?!” anak gadis Pak Hamid menjerit bagai mahu runtuh saja rumah sederhana besarnya itu. Kebiasaannya apabila barang miliknya hilang dari pandangan.

Pak Hamid terhenti sebentar membaca surat khabar dari agensi Berita Harian tersebut. Dia geleng kepala sekejap lalu di sambung semula bacaannya.

Sementara Mak Milah berlari keluar dari ruang dapur selaju Usain Bolt lagaknya. Terus bercekak pinggang sebaik berlaga mata dengan anak gadisnya itu. Hamidah atau lebih mesra di panggil Adah sejak lahir tersebut kemudian tersengih mengalahkan kerang busuk melihat ibunya sudah bengang dengan jeritan awal paginya. Mengalahkan langsuir.

“Mana kunci Adah, mak?” sua Hamidah dengan penuh kelembutan. Tahu pula dia berlembut, ingatkan dah tukar jantina jadi raksasa tadi.

“Mak simpan dalam stor. Ingatkan kau tak mahu dah. Letak sembarangan.” Balas Mak Milah dengan wajah tegang. Muncung mulut Hamidah mendengar jawapan ibunya itu. Pandangan dikalihkan pada ayahnya pula. Bagai tahu-tahu dirinya diperhatikan, Pak Hamid hanya jungkit bahu. Masih tidak mahu melepaskan pandangannya dari surat khabar tersebut. Khusyuk katanya.

“Ambil dalam laci TV tu. Kalau kau letak sembarangan lagi dan mak nampak. Mak terus campak dalam tong sampah.” Panjang bebelan Mak Milah sambil menuju ke arah dapur semula.

Hamidah sudah tersenyum sampai ke telinga mendengar bebelan ibunya awal pagi lagi. Cepat-cepat dia menuju ke arah almari TV dan mengambil sejambak kunci yang diletakkan oleh ibunya di laci paling atas sekali.

Kemudian dia meminta diri dari ayahnya dan tidak lupa menjerit pada ibunya yang berada di dapur. Mak Milah hanya geleng kepala kali ini. Perangai pelupanya tidak habis-habis. Kalau benda lain yang hilang tidak pula dia meracau begitu sekali. Hairan betul.

*****

BUNYI gemerincing kunci menarik perhatian beberapa siswa dan siswi yang sedang tadinya sibuk menelaah buku rujukan masing-masing. Hamidah buat muka tidak kisah. Terus saja langkahnya dipanjangkan ke arah dua orang rakan seperjuangan yang mungkin sudah lama menantinya di situ. Janji jam 9 pagi, tapi dia datang dekat-dekat jam 10 pagi. Kesesakan lalu lintas sebagai alasan dan selalunya alasannya itu menjadi. Hendak marah pun memang tak guna, sebab gadis itu memang tidak makan saman langsung. Apa yang penting tugasnya dalam kumpulan itu tetap berjalan lancar.

“Kunci hilang?” Umairah bertanya sambil angkat kening, Hamidah hanya tersengih-sengih sambil menggoyangkan kunci-kuncinya yang tergantung di leher. Sharmine pula hanya geleng kepala. Tak pernah serius budak ni.

Sementara pengawas Pusat Sumber tersebut menyuruh mereka diam sambil meletakkan jari telunjuknya ke tengah-tengah bibirnya. Siap pasang wajah garang. Sekali lagi Hamidah memanjangkan sengihnya. Macam dia tidak kenal pengawas Pusat Sumber itu, satu kos dan yang penting satu kepala. Cuma hari ini dia bertugas, terpaksalah dia menjalankan tugas selayaknya dia menjawat jawatan tersebut.

Back to the point. Dah jumpa tajuk untuk assignment Effective Speaking nanti? Jangan main-main dengan Madam Arifah. Dia tu straight tau kalau bab-bab assignment ni. Tak pasal-pasal repeat.” Umairah mengingatkan. Hamidah hembus nafas dan angguk-angguk kepala perlahan. Di selak buku rujukan Effective Speaking di atas meja tersebut, kononnya mencari idea untuk tajuk assignment bagi subjek tersebut. Sharmine pula sudah merangka ayat di atas kertas. Esok nak present hari ini baru kelam-kabut nak cari ayat. Memang dasar budak Dekanlah katakan.

“Jangan cakap,your precious thing is...”

Key!” serentak Sharmine dan Umairah meneka. Kemudian keduanya ketawa tanpa mengeluarkan bunyi. Hamidah mencebik.

“Kalau iya, kau orang nak belanja makan?” terangkat kening keduanya. Hamidah pula ganti ketawa tanpa bunyi, mengajuk tawa mereka sebentar tadi. Lalu keduanya jadi macam tangan ketam mencari lengan Hamidah, mahu mencubit geram.

*****

SEHABIS kelas petang itu, tiga sekawan tersebut menuju ke arah kafe kampus. Perut sudah berbunyi riang sejak dalam kelas tadi mahu diisikan barang sedikit makanan ringan. Seusai mengambil kuih-muih dengan hanya layan diri, ketiga mereka menuju ke arah meja sederhana besarnya yang boleh muat duduk untuk empat orang.

“Kau lah order minuman, Min. Malas nak ke kaunter, please.” Pinta Umairah siap pasang sengihan yang panjang. Disebabkan Sharmine paling muda antara Umairah dan Hamidah, jadi gadis itu selalu jadi mangsa mereka berdua dalam bab suruh-menyuruh itu.

Tanpa berdalih, Sharmine terus saja ke kaunter dan memesan tiga jenis minuman mengikut kegemaran mereka masing-masing. Selera Hamidah dan Umairah bukannya susah sangat, dua-dua peminat setia Teh Sejuk. Sementelah dia pula suka minum Sirap Limau.

“Amboi, sibuk tekan phone sampai tak ingat dunia.” Sapa seseorang. Lagaknya bercakap bagai sudah lama mengenali dua orang gadis yang sedang leka dengan smartphone masing-masing.

Serentak Hamidah dan Umairah mengangkat pandangan. Wajah ceria serta tenang jejaka tersebut menyapa pandangan keduanya. Terus saja senyuman Hamidah melebar. Zakuan mengambil tempat duduk sebelah Umairah menghadap Hamidah. Memang dia suka duduk menghadap cinta hatinya itu berbanding duduk bersebelahan. Senang sikit dua merenung wajah manis tersebut tanpa perlu pusing kepala kalau duduk bersebelahan.

“Hey, Romeo dah sampai. Patutlah dari jau lagi Min dah nampak Kak Adah senyum macam nak terkoyak mulut.” Usik Sharmine seraya meletakkan minuman mereka di atas meja lalu duduk sebelah Hamidah. Merah padam muka Hamidah kedapatan begitu. Kembang hati Zakuan mendengar.

“Habis atau kejap lagi ada kelas?” Sua Zakuan. Hamidah geleng kepala.

“Baru habis. Lepas ni nak balik terus. Iwan?” soal Hamidah kemudian. Zakuan geleng kepala.

“Balik rumah. Ke nak ajak Iwan jalan-jalan lepas ni?” Zakuan memasang umpan. Laju saja Hamidah menggeleng kepalanya sambil jari telunjuknya digoyang ke kiri dan kanan di hadapan kekasih hatinya itu.

“Kalau dah kahwin baru boleh jalan berdua. Sekarang masih belum boleh. Tapi kalau nak jalan sama-sama juga, kena ajak Sharmineand Umairah sekali. Tak pun, mak atau bapa Adah.” panjang lebar Hamidah meletakkan syaratnya. Dari dulu jawapan itu tetap sama. Tidak pernah berubah. Zakuan memang tahu prinsip gadis tersebut dan dia tidak pernah memaksa. Bukan mahram. Tak elok jalan berduaan takut ada yang ketiga. Walaupun dia bukanlah alim sangat, tapi dia masih tahu halal haram kehidupan.

Zakuan jungkit bahu. Senyuman tetap menghiasi wajah lelaki itu walau ajakannya kali ini tetap di tolak mentah-mentah.

“Macam mana assignment Effective Speaking, masing-masing dah jumpa tajuk?” Zakuan ubah tajuk perbualan. Sharmine sekadar angkat-angkat kening, Umairah pula hanya angguk-angguk kecil. Kemudian ketiga-tiga kepala itu teralih pada Hamidah serentak. Perasan dirinya jadi perhatian, Hamidah cuma mampu menunjukkan kunci-kuncinya yang tergantung di lehernya. Geleng kepala mereka serentak.

*****

MAK MILAH dan Pak Hamid sedang bersiap-siap hendak keluar ketika Hamidah baru keluar dari dalam biliknya. Wajah tegang Hamidah membuatkan Pak Hamid dan Mak Milah berpandangan.

“Kelas Adah?” sua Pak Hamid berbasah-basi walaupun dia sudah maklum anaknya itu mahu ke kelas. Pandangan Hamidah melekat ke muka ayahnya. Hanya senyuman kecil menghiasi wajahnya kini. Tidak susah mahu menebak perasaan gadis itu waktu-waktu sekarang. Hatinya tidak sepadan pada laurannya yang selalu ceria.

“Petang nanti abang Hamdan dan kak Hamimah sampai. Balik terus lepas kelas nanti, ye.” Beritahu Mak Milah hati-hati. Hati anak gadisnya itu perlu dijaga kerana tarikh hari ini telah tiba.

Sekali lagi Hamimah hanya menjawab dengan anggukan dan senyuman kecil. Dia menyalami kedua orang tuanya sebelum meminta diri untuk ke kelas. Hari ini dia skema sikit, baju kameja corak petak-petak kecil warna merah dan hitam dipadankan dengan tudung bawal stail orang zaman dulu-dulu pakai tudung. Tudung Saji. Tak kisahlah, yang penting kemas.

Direnung kunci-kuncinya dengan wajah sayu sebelum kunci motor dimasukkan ke lubang enjin motornya. Sekali pusing, terus saja mengaum enjin motor Honda tersebut. Sedia untuk di berkhidmat pada pemiliknya. Wajah sayunya itu membuatkan hati Mak Milah dan Pak Hamid hiba tiba-tiba.

“Adah gerak dulu. Hati-hati jalan nanti. Assalamualaikum!” laungnya sebelum meninggalkan kawasan rumah sederhana besar tersebut. Ya, Allah kuatkan hati aku. Hatinya berdetik sayu.

*****

HAMIDAH duduk sebelah Sharmine. Pandangannya diliarkan pada rakan sekelas yang sibuk denganprops masing-masing.

“Kau bawa apa, Adah?” Sua Sharmine mahu tahu. Hamidah memanjangkan pandangannya ke arah Umairah pula. Sibuk dengan benda-benda macam kad yang tersusun di atas mejanya.

“Amboi, bukan main semangat lagi kau bawa semua bendi tu Mai,” usik Hamimah. Pertanyaan Sharmine dibiarkan bisu tanpa jawapan.

“Nak dapat A, kenalah bersusah sikit.” balas Umairah. Tangannya masih ligat melekat-lekat sesuatu di atas kad-kad tersebut.

“Habis, kau bawa apa Adah?” sekali lagi Sharmine bertanya soalan yang sama.

“Kau bawa apa pula?” Pertanyaan Sharmine di jawab dengan pertanyaan pula. Ketap bibir Sharmine dibuatnya. Geram betul dia kini.

“Malas aku nak layan kau.” Angkat bendera putih Sharmine akhirnya. Putus asa mahu tahu. Hamidah tertawa kecil. Hendak jawab pun, dia sendiri tidak tahu. Bawa apa? Hamidah merenung kunci-kuncinya lagi. Ini jer aku selalu usung kalau pergi mana-mana. Nak bawa apa lagi kan.

2 until 5 minutes only, right?” Tiba-tiba satu suara muncul di sebelah Hamidah. Lantas wajah kosongnya tadi merona kemerahan. Kekasih hati rupanya bertanya. Sharmine dan Umairah menyembunyikan senyuman lucu. Hamidah memang begitu setiap kali Zakuan ada di sisi. Pantang nampak Zakuan, pasti wajahnya jadi begitu. Hebat betul cintanya pada lelaki itu.

“Yes. Props maybe?” Umairah bertanya. Praktis bercakap English sebelum mula pembentangan nanti. Zakuan menunjukkan gambar waktu dia baru lahir lima hari. Mulut Sharmine bulat macam bentuk O melihat gambar antik milik Zakuan. Kemudian tanpa di tanya, Sharmine menunjukkan kain warna hitam panjang macam tali pinggang.

And this, my precious thing. My hard work in Taekwondo was paid off.” Kemudian diciumnya tali itu macam cium pipi kedua orang tuanya pula. Mereka tergelak serentak. Bukan main bersemangat lagi Sharmine menunjukan barang berharganya itu untuk pembentangan kejap lagi.

Zakuan kemudian mengalihkan pula pandangannya pada Hamidah. Dia angkat kening tanda mahu tahu kekasih hatinya itu bawa apa.

“Umai,I already knew. But you, my sweetheart... Show us,” pinta Zakuan penuh romantis. Namun Hamidah tunjuk muka kegelian sambil geleng-geleng kepala. Semakin didesak semakin laju pula gelengan kepalanya. Sampailah kelibat pensyarah bagi subjek tersebut masuk ke dalam kelas.

Good morning!” ucap Puan Arifah ceria. Wajah manis tersebut menyapa pandangan setiap pelajar yang ada di situ.

“Morning, Madam!” tidak sekata ucapan itu di sebut namun rata-rata pelajar dalam kelas tersebut menjawab ucapan pensyarah mereka tadi.

So~ don’t waste our time. Let’s start with...” pandangan Puan Arifah berhenti pada wajah kosong Hamidah.

You. Hamidah Hamid.” Pinta Puan Arifah berserta senyuman kecilnya. Membulat mata Hamidah sebaik nama penuhnya disebut.OMG! Dia meraung dalam hati.

*****

KELAS berakhir tidak sampai sejam selepas semua pelajar bagi subjekEffective Speaking masing-masing sudah menyampaikan pembentangan dengan tajuk pilihan sendiri.

Ada yang kurang logik sebenarnya namun kalau namanya sudah benda yang paling disayangi, tiada yang pelik bagi si empunya milik. Hamidah menunjukkan tapak tangannya ke arah Umairah dan Sharmine. Zakuan hanya memandang kosong. Setelah kelibat Hamidah hilang dari pandangan, matanya teralih pada tali panjang tempat menggantung segala kunci-kunci milik Hamidah. Lantas di ambilnya dan dimasukkan ke dalam poket seluar tanpa pengetahuan Umairah dan Sharmine. Kedua gadis itu begitu leka dengan perbualan masing-masing.

Tidak sampai sepuluh minit, Hamidah muncul kembali. Matanya diliarkan ke setiap penjuru kelas. Cuma tinggal beberapa orang sahaja termasuk Umairah, Sharmine dan Zakuan .

Hamidah pantas ke arah meja tempat dia duduk sepanjang kelas itu berlangsung. Mengeromok kertas yang sudah tidak boleh guna lagi dan memasukkan pen serta buku notanya ke dalam beg sandang.

“Jom makan dulu.” Ajak Hamidah. Tanpa kata Umairah, Sharmine dan Zakuan hanya menurut langkah Hamidah yang sudah bergerak duluan.

Pandangan Sharmine terarah pula pada tudung yang meliputi kepala Hamidah. Macam kurang sesuatu.

“Kunci kau mana, kak Adah?” soal Sharmine kehairanan. Laju Hamidah memeriksa dadanya. Wajah tenangnya tadi serta-merta berubah resah. Hamidah kembali ke arah mejanya tadi. Melihat kalau-kalau tertinggal di situ. Tapi kosong.

“Tinggal kat tandas kot.” Umairah meneka. Berlari keluar Hamidah dari kelas dan terus saja menuju ke arah tandas tempat dia pergi tadi. Resahnya hanya Tuhan yang tahu.

Umairah dan Sharmine juga sama mengekori langkah Hamidah. Mereka turut risau sekali. Zakuan tenang melihat keresahan Hamidah. Sengaja dia mahu menguji gadis itu. Masa pembentangan pun tadi, boleh pula dia bagitahu kunci-kunci itulah barang paling berharganya. Lebih dari segalanya. Sesuatu yang dirahsiakan oleh Hamidah selama ini darinya.

Zakuan diam saja sambil melihat Hamidah sudah macam cacing kepanasan mencari kunci-kuncinya di setiap penjuru tandas yang dia masuk tadi. Umairah dan Sharmine turut sama mencari. Risau mereka juga setanding Hamidah kini. Macam yang hilang itu cincin berlian berharganya ratusan ribu galaknya.

Hamidah keluar diikuti oleh Sharmine dan Umairah. Matanya sudah kemerahan mahu menangis. Dia menarik nafas sedalamnya. Melihat Hamidah sudah begitu resah, perlahan Zakuan mengeluarkan kunci milik Hamidah dari poket seluarnya.

Membulat mata Hamidah begitu juga dengan reaksi Umairah dan Sharmine. Pandangan Hamidah pantas berubah dan merentap kasar kunci tersebut dari tangan lelaki itu.

This is not funny!” Bergetar suara Hamidah dan berlalu dengan pantas dari situ. Sementara pandangan Umairah dan Sharmine bertemu. Selama mereka berkawan, tidak pernah mereka melihat Hamidah marah begitu sekali. Zakuan melepaskan keluhan berat. Kemudian laju dia mengejar langkah Hamidah yang sudah menjauh.

“Adah!” panggil Zakuan, namun Hamidah meneruskan langkah. Sudah tidak ada hati mahu berbicara dengan lelaki itu buat masa kini. Hatinya sakit rasa dikhianati.

“Adah,please!” pinta Zakuan. Hanya pandangan tajam di lemparkan pada Zakuan.

“What so~ precious about that thing?” soal Zakuan mahu tahu sambil menunjuk kunci-kunci di tangan gadis itu.

“I told you. This is my life, my soul than everything!” tekan Hamidah. Dia berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Zakuan terkedu di tempatnya berdiri.

*****

ADAH kuat. Adah tahu Adah kuat sebenarnya. Tapi kenapa ini juga yang buat Adah takut untuk hadapi. Adah tahu mereka tak sengaja, tapi Adah tetap rasa mereka bersalah dalam hal ini.

Ya Allah, Adah cuma manusia biasa. Hati Adah sudah lama memendam perit selama ini. Setiap kali tarikh ini tiba, Adah rasa hidup Adah tak berguna lagi. Tapi, Adah perlu kuatkan hati walau hati terseksa demi dia.

Ya Allah, Adah perlukan kekuatan. Kekuatan yang boleh buat Adah terus kuat menghadapi hakikat.

Lelehan yang mengalir di pipi gadis itu seka perlahan. Usai mengaminkan doa buat insan-insan yang dia kasihi, dia berlalu ke meja tulisnya. Satu kotak kayu kecil warna kuning pudar berkunci di keluarkan. Lama dia merenung kotak itu dan perlahan satu kunci paling kecil di antara kunci-kunci miliknya dimasukkan ke dalam lubang kunci kotak tersebut.

Lalu satu gambar yang makin pudar warnanya di renung bersama linangan air mata. Seorang lelaki dalam usia belasan tahun sedang tersenyum penuh ceria di sampingnya ketika gambar itu di ambil.

Ya Allah, aku rindu dia. Rindu sangat-sangat. Semoga Kau tempatkan adik bongsuku ini di kalangan orang beriman. Sampai masa, aku akan bersamanya nanti di sana. Berikan juga aku kekuatan untuk memaafkan mereka yang tak sengaja melakukannya. DemiMu, aku akan belajar untuk menerima hakikat ini.

EMPAT TAHUN LALU...

GELAK TAWA Hamidah dan Hafiz memenuhi ruang rumah sederhana besar tersebut sambil maingameular-ular. Hamidah baru habis ambil SPM tahun lepas sementelah Hafiz pula bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini.

Kedengaran bising-bising di ruang dapur. Hamimah dan Hamdan sedang berperang mahu masak yang terbaik buat si bongsu yang bakal di raih hari jadinya hari ini. Kekecohan mereka dipanjangkan sampai ke ruang tamu. Pantas kepala Hamidah dan Hafiz tertoleh pada dua orang dewasa itu.

“Mana sedap, ayam masak kicap atau merah?” soal Hamdan tiba-tiba. Berkerut dahi Hamidah dan Hafiz serentak.

“Masalahnya, kicap tak adalah, bang. Masak yang ada jer lah.” Rungut Hamimah. Hamdan geleng kepala laju.

“Hafiz suka makan ayam masak kicap.That’s all. Betulkan, Fiz?” perlahan Hafiz angguk kepala walaupun sebenarnya tidaklah sangat. Hamidah geleng kepala dan tersenyum, dia tahu itu masakan kegemaran abangnya bukan Hafiz pun. Abang, abang.

“Kalau macam tu, biar Adah beli kicap.” Baru saja Hamidah mahu berdiri, Hafiz menarik lengannya bersama senyuman manis.

“Hafiz pergi. Tugas kakak belum selesai lagi.” Beritahu Hafiz. Hamdan sudah tersenyum-senyum senang hati. Kecur liur dia kini kerana sebentar lagi masakan kegemarannya itu akan dibuat.

Hafiz mencapai kunci motor dan keluar ke halaman. Setelah memakai helmet, dia sempat menoleh ke arah Hamidah yang berdiri di hadapan pintu.

“Tugas tetap tugas. Kakak jangan lupa.” beritahunya kemudian membuatkan hati Hamidah terus berdegup laju. Di sentuh dadanya saat ini sambil melihat motor adik bongsunya keluar dari pagar rumah yang terbuka luas. Kerisauannya menjadi-jadi. Baru saja motor adiknya mahu masuk ke jalan besar, satu lori laju menghempap motor kecil itu jelas di hadapan matanya. Kemudian, Hamidah jatuh terjelopok di tempatnya berdiri.

TAMAT.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.