Home Cerpen Cinta Bibah Debab
Bibah Debab
Norhashimah Awang
18/11/2012 21:39:32
8,122
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Bab 1

“Heh.. dengar ni aku nak kasi tahu cerita hot pagi ni!” Tergopoh – gapah Adlina menyerbu pantri yang sempit ini.

“Apa dia? Orang nak makan pun tak senang. Kau tu setiap hari ada cerita hot!” Sindir Mona yang asyik menikmati bihun goreng yang dibeli di gerai Kak Pah seberang jalan.

“A’aah.. kau memang kepoh!” Sambung Sherry pula.

Mulut Adlina memuncung. Putus angin hendak bercerita tentang mamat tampan yang dilihat berjalan beriringan dengan encik Murad tadi. Dia yakin, lelaki tampan itu adalah akauntan baru syarikat mereka.

“Menung pulak. Ceritalah cepat, apa yang hot sangat nih! Nanti bertambah hot jika Cik Maz menyerbu kat sini. Ada sepuluh minit lagi ni,” gesa Sherry sambil mengesat bibirnya. Habis gincu tertanggal.

‘Tak pe, sempat lagi sapu balik lepas ni,’ omel hatinya.

“Ingat tak nak tahu, aku nak simpan soranglah. Biar hang semua dok ternganga lepas ni!”Balas Adlina.

Mona dan Sherry saling berpandangan. Saling menjungkit kening.

“Apa dia beb?” Soal mereka serentak.

Adlina memuncungkan mulutnya ke arah Habibah yang sedang makan.

“Apa kena mengena dengan minah debab ni pulak?” Soal Sherry hairan.

“Takut ada kena mengenalah, takut Bibah debab ni perasan pulak nanti. Bukan kau tak tahu, minah debab ni tercepat sangat perasan,” sinis suara Adlina menerobosi telinga Habibah yang enak menikmati nasi lemaknya.

Dipanggung wajah memandang tiga orang rakan sekerjanya. Apa salah dirinya yang sebenarnya sehinggakan mereka bertiga anti sangat. Dia tidak pernah kacau mereka pun. Selalu juga dia menolong mereka menyiapkan kerja. Tetapi buat baiknya tidak pernah dihargai. Bukan susah pun, sekadar ucapan terima kasih pun cukuplah, tanda pertolongannya dihargai.

Mata mereka bertiga terus tertumpu padanya, nasi lemak yang enak tadi terasa berpasir di dalam mulut. Habibah cepat-cepat menghabiskannya dan ingin berlalu dari situ.

“Hmm sedar diri jugak minah nih. Ingat tak de perasaan, asyik nak menempel dengan kita je,” sinis suara itu, dapat didengari oleh Habibah yang melangkah keluar dari pantri. Pedih hatinya.

‘Sabarlah duhai hati, sabar tu kan separuh daripada Iman. Sudahlah Iman tu senipis kulit bawang, jika terkoyak sikit, bukankah rugi tu? Jangan peduli sangat dengan mereka tu. Jangan ambil hati sangat, orang perasan cantik dan angkuh ni bukankah selalu rugi? Bukankah akan mendapat setimpal dengan apa yang mereka kehendaki? Jadi kau jangan hirau sangat, buat-buat macam biasa je. Aku akan sentiasa beristiqfar agar hati ini sentiasa tenang,’ bisik hati nuraninya.

Langkah kakinya dilajukan menuju ke meja kerjanya. Menurut Encik Murad hari ini akauntan baru akan masuk, a.k.a bos barunya. Harap-harap dia bukanlah jenis orang yang menilai luaran dari dalaman.

Di dalam pantri pula, Sherry, Adlina dan Mona masih lagi bergossip.

“Betul ke Ad? Hensem sangat ke bos si Bibah nanti?”

“Betul Hensem. Kalah Ashraf Muslim kau tu, Mona.”

Mona mencebik. “ Macamlah Ashraf Muslim tu pakwe aku, laki aku jauh sekali. Yang kau cakap macam dia aku yang punye pesal?” Getus Mona geram.

Hahaha.... Adlina dan Sherry tertawa galak.

*****

“Habibah, kenalkan ini bos awak yang baru, Encik Azam.” Cik Maz datang ke kubikel Bibah dan memperkenalkan mereka.

Bibah melihat wajah bos sekali imbas dan terus menundukkan kepalanya, tanda perkenalan. Begitulah sikapnya setiap kali berkenalan dengan lelaki. Tapi apabila bos barunya mengenyitkan mata, dia terpana. Apasal aku tak tahu ni? Sengaja Bibah tidak menghulurkan tangan. Jika orang putih kata biadap tidak menghulurkan tangan semasa perkenalan, di dalam islam pula, kurang sopan atau haram bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhram. Biarkan, kononnya inilah kejutan istimewa yang diwar-warkan beberapa hari lepas?

Layanan dingin yang diberikan, tidak diambil hati. Encik Azam tersenyum dan mengangguk juga. Dia faham sebab dia pun dilahirkan oleh ibunya warga Melayu. Rasanya jati dirinya lebih kemelayuan berbanding rupanya seperti orang Eropah. Nak buat macam mana gen ayahnya lebih dominan berbanding ibunya. Namun begitu dia bersyukur kerana ibunya seorang yang tegas mendidiknya dalam adat resam melayu dan agama islam.

Encik Azam memerhati Habibah, montel orangnya namun kulitnya putih bersih. Wajahnya menunduk, pemalu. Sama seperti dulu. Bilalah nak berubah ni, Bibah sayang. Bukan seperti Adlina, Sherry dan Mona tadi, tanpa sempat senyuman diberikan, mereka telah menghulur tangan tanda perkenalan. Jika diikutkan hati, tak mahunya disambut, tetapi atas dasar tidak mahu memalukan mereka, huluran tangan disambut juga.

Berkali-kali ibu ingatkan dirinya, jaga batas perhubungan antara lelaki dan perempuan. Semoden mana pun kita, batasan dan hukum yang ditetapkan di dalam Islam relevan sepanjang zaman. Hanya umat islam yang cetek pemikiran sahaja yang melabelkannya kolot. Perempuan yang terlalu bebas pergaulan pula adalah perempuan yang menafikan haknya yang sebenar mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

“Nanti Bibah tolong Encik Azam apa yang patut ya. Berikan apa yang encik Azam mahukan dan ikut segala arahannya.”

“Baik cik Maz.”

“Azam, Bibah ni pemalu sikit orangnya. Jika awak ada perkara hendak dibincangkan dengan Bibah ni, saya harap awak biarkan pintu bilik awak terbuka,” pesan Cik Maz sambil menggosokkan bahu Bibah. Bibah tunduk.

Azam tersentak dari lamunan, namun masih sempat menangkap ayat-ayat terakhir yang Cik Maz lontarkan. Dia tersengih-sengih, faham sangat.

“Baik Cik Maz, saya faham,” balas Encik Azam.

Tidak singgah lama ditempat Bibah, mereka berdua pun bergerak menuju ke arah pekerja lain untuk berkenalan.

Tak lama mereka pergi, tiga orang penyibuk itu datang ke kubikel Bibah.

“Weh Bibah, kau jangan dok perasan lepas ni ya. Encik Azam yang hensem tu takkan pandang kau pun. Jadi jangan tergedik-gedik hendak menggoda.” Adlina memberi amaran.

Terkebil-kebil Bibah melihat mereka bertiga. Tidak faham sungguh dia, kenapa mereka bertiga ni anti sangat dengan dirinya. Sedangkan selama dia bekerja di sini, dia hanya membuat kerjanya dan sesekali menolong menyiapkan kerja mereka bertiga. Apa lagi yang diorang tak puashati ni.

Malas mahu melayan. Bibah diam sambil membuat kerja.

“Heh.. kau dengar tak ni, debab,” jerkah Mona pula.

Bibah angkat wajahnya memandang mereka.

“Dengar. Aku buat kerja aku je. Aku sedar siapa aku. Korang tak payah hendak beri amaran pun aku dah tahu,” senada je Bibah menjawab.

“Baguslah. Sedar diri tu sikit,” balas Adlina sinis sebelum mereka berlalu dari situ apabila melihat Encik Azam sedang berjalan menuju ke biliknya.

Bibah pula mula menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Akaun syarikat perlu dikemaskini dan menghantar laporan bulanan untuk disemak oleh bos barunya.

Lionking : Assalamualaikum... Bibah ok?

Sapaan ditalian mengejutkan Bibah. Spontan senyuman terukir apabila membacanya.

Bibah89 : Waalaikumussalam. Okey je. Kenapa tak okey pulak.

Lionking : bos baru garang tak?

Bibah89 : A’ah garang...:P

Bibah89 : Bibah nak buat kerja ni, nanti kena marah kat bos pulak.

Lionking : Ok sayang. Waalaikumussalam.

******

Bab 2

Alicafe 3 in 1 diambil dan dikoyak sedikit hujungnya, kemudian dituang isinya ke dalam air panas di dalam mug. Diambil pula susu pekat manis marigold bebas kolestrol di dalam peti ais, satu sudu kecil dan dikacau perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian dia letakkan di atas meja yang terletak di tengah pantri itu.

Tidak lama kemudian, Bibah keluar dari pantri menuju ke kubikelnya. Manakala Encik Azam yang baru keluar dari bilik air terus menuju ke pantri. Mug berisi alicafe panas sudah tersedia di atasnya, encik Azam tersenyum. Tanpa berfikir panjang dia terus mengambil mug tersebut dan menuju ke biliknya. Hari ini agak sibuk sedikit memandangkan tempoh perakaunan syarikat telah berakhir bulan lepas. Oleh sebab itu dia perlu segera menyediakan laporan pengurusan kepada pihak atasan untuk dinilai dan seterusnya menyediakan akaun lengkap syarikat kepada juruaudit.

Encik Azam menjeling ke arah Bibah yang sedang ralit bekerja. Spontan dia menggeleng perlahan. Bibah... Bibah...

“Bibah, tengahari ni kau turun beli makanan kan?” Soal Adlina yang tiba-tiba muncul di kubikelnya.

“Tak tahu lagi, kenapa?”

“Kau turun beli makanan untuk aku, Mona dan Sherry sekali. Lauk macam biasa tiga jenis, nasi sikit dan ulam banyak sikit. Kau guna duit kau dulu, lepas beli aku bayar,” arah Adlina. Tanpa sempat mendengar balasan dari Bibah, dia terus berlalu.

Bibah terkebil-kebil memandang belakang Adlina. Hendak memanggil takut dijerkah pula. Perlahan Bibah mengeluh. Setiap kali hujung bulan, dialah yang dikerah membeli makanan untuk mereka bertiga. Beli tak jadi masalah tetapi duit yang diguna untuk membeli makanan tersebut adalah duitnya dan sesen pun tidak dibayar. Gajinya pun bukan banyak sangat. Cukup-cukup makan je.

Mood melakukan kerja terus hilang. Diambil beg tangannya dan dikeluarkan beg duit untuk melihat baki duit yang masih tinggal. RM100 je. Gaji lagi dua minggu. Mana cukup ni. Makanan yang mereka pesan sudah dekat RM20. Habis tu aku nak makan apa nanti? Soal hati Bibah.

Buzzz... Yahoo mesengernya berbunyi.

Lionking : teman abang makan hari ni.

Bibah89 : tak naklah.. bos bagi kerja banyak. Tapi bibah nak turun jap beli makanan.

Lionking : Isyy teruknya bos bibah ni :P

Bibah89 : tahu tak pe. Mentang-mentanglah dia orang hensem, suka suki je nak buli bibahkan?:P

Lionking : Iya hensem sangat ke bos bibah tuh? Mana hensem dari abang ni?

Bibah89 : Jap bibah fikir...hmmmmm

Bibah89 : hensem bos Bibah lebih sikit kot dari abang. Sebab dia selalu pakai smart. Abang pula selalu pakai kain pelikat je kat rumah.

Lionking : Hahahahaha... Bibah.. bibah..

Bibah89 : :D

Gurauannya menceriakan hati yang walang. Walaupun jauh, hati mereka tetap satu. Bibah akan terus sabar menanti.

“Weh debab! Cepatlah pergi beli makanan. Nanti habis pulak lauk kat kafe tu. Kami dah lapar ni. Bukan macam kau lapar pun, ada lemak lebih nak bakar!” Jerkah Mona yang tiba-tiba menjengukkan kepalanya di hadapan Bibah.

“Iya.. aku nak pergilah ni,” tergesa-gesa Bibah bangun dan menuju ke pintu keluar.

Dasar debab. Orang suruh buat kerja sikit pun terhegeh-hegeh.

“Ehemmm.. Bibah mana?” Soal Encik Azam dari belakang.

“”Eh Encik Azam...” Mona tersenyum manis.

“Bibah biasalah.. pergi beli makanan Encik Azam. Kan dah pukul 12.30 ni Encik Azam. Bibah tu kuat melantak. Sebab itulah masuk je lunch hour terus menonong keluar. Maklumlah takut sangat lemak dia dibakar,” Jelas Mona lebih kepada mengutuk Bibah.

Encik Azam menahan sabar. Mulut orang yang sentiasa memakan daging manusia ni memang sentiasa berbau busuk!

*******

“Sampai bila Bibah sanggup bersabar? Abang yang dengar ni pun rasa nak kasi penampar sebijik,” luah Azam geram.

“Sabar tu sebahagian daripada Iman, abang Azam. Berbakul-bakul Bibah dapat pahala free sebab mereka mencela Bibah. Bukannya Bibah rugi apa-apa,” Balas Bibah selamba.

Azam menjeling geram. Adiknya ni terlalu lembut dan penyabar sangat. Senang dibuli orang. Hendak melawan jauh sekali.

‘Bibah tak sukalah gaduh-gaduh ni bang, dah sikap diorang macam tu, kenalah terima,’ itulah alasan yang selalu diberikan.

“Habis tu Bibah nak biarkan diorang tu macam tu? Nak tunggu mereka berubah, sampai bila-bila takkan berubahnya. Harap muka je lawa dengan mekap tebal. Tetapi attitude hancuss! Jika diikutkan hati abang ni, nak je mitak Cik Su berhentikan mereka tu.”

“Hamboi-hamboi dua beradik ni, bercakap pasal apa hinggakan nama Cik Su pun masuk sekali?” Soal Cik Maz sambil menatang dulang berisi air kopi.

“Terima kasih cik Su. Ni yang buat Bibah makinnn sayanggg kat Cik Su,” bodek Bibah. Cik Maz menjuihkan bibirnya. Mengada sangat Bibah ni jika dia datang bertandang. Jangan haraplah dia hendak menyambut ataupun menghidang minuman, Cik Su ni jugak yang akan ke dapur.

“Sayang-sayang jugak. Pasal apa tadi sampai sebut nama Cik Su ni?”

“Pasal budak tiga ekor kat pejabat tuh lah.”

“Ooo.. Kenapa pulak?”

“Isyy.. ni sorang lagi. Cik Su tak geram ke diorang asyik dok mengutuk, mengata anak buah Cik Su yang debab ni!”

“Haaaa... Dengar tu Cik Su, orang lain mengata Bibah, dia marah. Tapi dia mengata Dibab debab tak pe pulak. Mana bolehkan?”

Spontan Azam meluku kepala adiknya.

Bibah menyeringai sakit. Digosok-gosok bahagian yang kena luku. Matanya menjeling tajam. Ini yang paling dia tak suka, Azam suka sangat membulinya. Kata orang, dia yang lebih sebenarnya.

“Main kasar nampak. Nanti Bibah mengadu kat abang sayang Bibah, siaplah abang Azam nanti!” Bibah memberi amaran. Geram apabila kepalanya diluku. Mata terus menjeling Abang Azamnya.

“Adulah. Abang tak takut pun. Agak-agaknya nanti Bibah yang kena marah,” balas Azam.

Bibah geram, lalu diambil bantal kecil di sebelahnya dan dipukul beberapa kali badan abangnya.

“Sudah-sudahlah Bibah, Azam oi,” jerit Cik Maz melarang mereka bergaduh. Boleh bersepah ruang tamu ini apabila mereka mula membaling bantal nanti. Macam budak-budak tak cukup umur lagaknya.

“Dia yang mulakan dulu Cik Su,” Adu Bibah.

Cik Maz geleng kepala. Di rumah mereka bagaikan anjing dengan kucing. Bertengkar je kerjanya. Di pejabat pula bagaikan tikus dan kucing.

“Betul apa yang abang Azam cakap tu Bibah. Sampai bila nak biarkan diorang buli Bibah? Bila Cik Su nak bukak rahsia siapa sebenarnya Bibah, tak kasi. Semakin bermaharajalelah mereka mengutuk dan membuli Bibah.”

“Tak pelah Cik Su, hari ni hari mereka, entah-entah esok hari Bibah pulak. Tak ada hallah. Bibah tak kisah pun,” sengih Bibah.

“Dengar tu Cik Su, bagaimana Azam tak geram!” Celah Azam.

“Sudahlah Azam. Dah dia nak macam tu, biarkan je. Tahulah apa yang dibuatnya.”

Bibah tersengih-sengih sambil mengangkat kening. Azam mendengus geram.

*****

Bab 3

Ganggggg

Pintu bilik dihempas kuat. Bibah tidak peduli sama ada pintu tersebut rosak ataupun tertanggal terus. dia terus menonong menuju ke kubikelnya. Geram dan marah membakar hatinya turut sama membakar benteng kesabarannya. Adlina dan Mona saling berpandangan dan mencebik. Bukannya bersimpati tetapi sebaliknya mereka jika boleh mahu mengapi-apikan keadaan. Wajah penuh Bibah kemerahan menahan api amarah di dalam hati. Panasnya sehingga dia berpeluh. Dijeling bilik yang dihuni oleh Azam, akauntan merangkap bosnya.

"Suka hati mak nenek dia je nak berhentikan orang. Apa dia ingat, kuasa dia besar sangat ke? Geramnya," terkumat- kumit bibir Bibah membebel. Di dalam hati pula berbakul-bakul sumpah seranah kepada abangnya merangkap bosnya.

"Bibah! Mengamuk tak tentu ni kenapa?" Soal Cik Maz sebaik sahaja menghampiri kubikel Bibah. Kuatnya hempasan pintu tadi sampai ke biliknya membuatkan dirinya tak senang duduk. Dua beradik nilah, ada-ada je benda yang membuatkan hatinya tak senang.

"Bibah tunjuk perasaan Cik Maz. macamlah dia tu besar sangat sehinggakan dengan bos sendiri pun nak melawan cakap. Dah tahu buat salah, mengaku je laa," celah Adlina tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Serta merta Bibah menjeling tajam. Namun Adlina bukannya takut, dibalas renungan tersebut.

"Ingat aku takut jelingan tak laku kau tu? Dahlaaa debab, berlagak pulak tu," hati Adlina tidak habis-habis mengutuk Bibah.

"Nasib baik tak runtuh pintu tadi cik Maz, kuat sungguh bunyinya. Bibah kalau kau masuk sumo gerenti menang sebab kekuatan luar biasa tu. Kau tukar je profesion jadi ahli gusti Bibah," sambung Mona pula sambil disambut tawa kecil Sherry dan Adlina.

Cik Maz menahan nafas dan cuba bertenang. Tiga orang pekerjanya ni memang nak kena. Cik Maz memandang Bibah dan kemudian beralih kepada mereka bertiga.

"Kamu ni tak ada kerja lain ke selain jadi batu api kat sini. Sebelum saya keluarkan surat amaran keranaattitudeburuk kamu semua, baik pergi buat kerja masing-masing. Dan Bibah, masuk bilik saya sekarang juga," arah Cik Maz tegas sebelum melangkah kembali ke biliknya.

Adlina, Mona dan Sherry terdiam. Bibah pula terkedu di tempatnya.

"Bibah!" Panggil Cik Maz lagi apabila Bibah masih tidak berganjak.

Dengan langkah berat, Bibah menuruti langkah Cik Maz.

"Kau agakkan, kenapa Bibah tadi ya? Kena marah ke kena pecat?" Adlina masih lagi bersok sek.

"Kena pecat kot. Dia bukannya reti buat kerja. Badan pula macam badak. Siapa yang tahan. lembap pulak tu."

"Kena pecat? Baguslah, dia ada pun menyemak je kat sini."

*****

"Kenapa marah-marah ni Bibah?" Soal Cik Maz sebaik sahaja Bibah menutup pintu biliknya.

Bibah tidak menjawab, sebaliknya terus menuju ke sofa berangkai tiga yang terdapat di penjuru kanan bilik Cik Maz. Dihempaskan punggungnya di situ. Cik menggelengkan kepala memandang tingkah laku Bibah itu.

"Bibah, duduk elok-elok sikit. Ini bukan rumah tapi pejabat," Tegur Cik Maz apabila melihat Bibah mula merebahkan badannya di atas sofa tersebut.

Dia ingin tidur dan melupakan kemarahan tadi. Serabut dan hanya tidur sahaja ubatnya. Memang sudah menjadi tabiatnya semenjak kecil lagi, apabila marah, geram, sedih dan tertekan, dia selalu mengubati atau melupakannya dengan tidur. Di dalam tidurnya, dia akan mengarang mimpi-mimpi indah dan melupakan rasa sesak di dalam hatinya.

"Bibah penat cik Su, geram dengan sikap angkuh bos Bibah tu. Baru je jadi akauntan kat sini berlagak. Jika Bibah nak, dari dulu lagi Bibah dah amik position dia tuh. Gerammmnya!" Luah Bibah.

"Apa yang dia dah buat?" Soal Cik Maz dan mengambil tempat dihujung kepala Bibah. Kepala Bibah ditarik ke ribanya.

"Cik Su tahu dak tadi, dia bagi surat termination kat Bibah. suka suki dia nak pecat Bibah. Bibah pun ada hak apa ke atas company nih!" Adu Bibah.

Cik Maz geleng kepala. Bibah ni memanglah cepat lupa. Tak ingat perjanjian yang telah dia sendiri buat 3 tahun yang lepas apabila dia tidak mahu pergi ke Sydney dulu. Bibah.. Bibah betullah apa yang Azam buat tu.

"Bibah.. Hari ni berapa haribulan?" Soal Cik Maz.

Bibah diam sekejap dan mencongak di dalam hati.

"Lapan ogos, betul kan Cik Su?" Soal Bibah kembali.

Cik Maz mengangguk.

"Tiga tahun lepas pada tarikh hari ini apa yang Bibah janji dan apa yang akan Bibah lakukan selepas tiga tahun?" Soal Cik Maz berteka teki.

"Entahlah. Bibah tak larat nak fikir, malas dah nak guna otak kecil Bibah ni. Bibah nak tidur kejaplah Cik Sue," jawab Bibah apabila matanya kian layu. Macam mana tak layunya bila jemari Cik Maz lembut mengusap kepalanya yang dilapisi tudung bawal.

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik Cik Maz diketuk dan dibuka dari luar. Kepala Adam terjenguk dari balik pintu.

"Lena dah?" Soalnya apabila sampai ke sisi Cik Maz dan Bibah.

"Perangai tak pernah berubah-ubah. Bila marah, tidur!" Bisik Azam sambil geleng kepala.

"Yang kau pergi pecat dia kenapa?"

"Dah si Adam tu yang suruh Azam pecat dia, pecatlah," balas Azam perlahan. Takut-takut didengari oleh Bibah yang sedang lena.

"Mana Adam? Kata dah sampai ke Malaysia minggu lepas, tapi batang hidung pun tak nampak? Tak kasihan kat Bibah langsung budak nih," leter Cik Maz geram.

Azam meletakkan jari telunjuknya ke bibir apabila mengesan pergerakan Bibah.

"Kejap lagi dia sampai," bisik Azam.

"Adam tu nak Bibah ingat apa yang dia janjikan. Tapi sampai sekarang selamba badak je Azam tengok si Bibah ni. Tak ingat-ingat lagi? Azam rasa kepala si Bibah ni kena pergi servis lah Cik Su, tengok bahagian memorinya, tang mana yang tercabut wayar," bebel Azam berbisik.

Cik Maz menahan tawa. Tak boleh pakai langsung si Azam ni. Selamba je kutuk adik sendiri. Padahal dia tak tahu, Si Bibah ni jadi macam tu sebab dia sedang pujuk diri sendiri yang menyesal kerana tidak pergi ke Sydney tu. Nak tarik balik perjanjian yang dibuat, malu. Jadi bertahanlah si Bibah ni di sini selama tiga tahun. Sebab itulah badannya makin naik, bagai dipam-pam.

"Kau tak tahu baik diam, Azam. dengar dek Bibah dia lenyek kau nanti. Mulut tu makin tak ada insurans. Suka suki je mengata," marah Cik Maz dalam senyuman tertahan. Manalah dia boleh marah lama anak-anak saudaranya ni, ada-ada je loyar buruk yang keluar dari mulut mereka. Azam macam ni, Bibah macam tu. Kadang-kala tu pening juga, teringat abang kakaknya di Mekah, bagaimanalah mereka boleh tahan dengan perangai anak yang pelbagai ragam ni. Nasib baik anak-anaknya tiada terikut-ikut perangai abang dan kakak sepupu mereka ni.

"Betullah cik Su. Bini orang lain tak macam si Bibah ni. Ada suami tak nak ikut. Dahlah baru kahwin seminggu. Jika bini orang lain meraung nak ikut si laki dia ke mana sahaja. Bibah ni buat lawak antarabangsa betul, boleh bagi syarat, Bibah tunggu Adam balik tiga tahun lagi, pada tarikh seperti hari ini. Sampai masa dia lupa," bebel Azam sebal.

"Ni nasib baik, mama dan papa tak ada pergi umrah. Jika mereka ada, kena leter siang malamlah Bibah ni. Suami sendiri balik pun tak tahu bila," bisik Azam lagi.

Cik Maz geleng kepala. Betul apa yang Adam cakapkan tu. Tapi nak buat macam mana? Si Bibah ni degil, dia tidak akan sesekali menarik balik apa yang telah dilafazkan biarpun dia menyesal. Sukar mana pun, akan ditelan semuanya.

Tok.. tok..

Pintu bilik diketuk dan dibuka dari luar. Adlina menjengukkan kepalanya. Bulat matanya apabila melihat Bibah sedang tidur berbantalkan paha Cik Maz.

'Debab ni memang tak tahu malu. tidur bagai nak rak macam rumah sendiri. Tapi kenapa Cik Maz buat tak kisah je, siap dibantalkan lagi dengan pahanya' bebel hatinya

"Kenapa Adlina?"

"Errr..Haa.. ada seorang lelaki hensem nak jumpa dengan Encik Azam," beritahu Adlina tergagap-gagap. Bagaimana tak gagap, jika dalam hati tengah mengutuk!

"Dah sampai kot. Suruh dia masuk sinilah" Arah Azam.

"Tapi Encik Azam, Bibah de.. oopps.. Bibah kan tengah tidur tu. tak senonohlah," bantah Adlina.

"Biarkan je. awak panggil dia masuk jika nama dia Adam. Jika tak awak suruh dia tunggu kat bilik saya. Kejap lagi saya keluar," arah Azam.

Sebaik sahaja pintu ditutup, matanya tertumpu pada puteri hati yang sedang lena. Bibirnya terus menarik senyum. Menatap wajah bulat isterinya di skype tidak mampu melenyapkan angin rindu di dalam hati. Tangan dihulurkan kepada abang iparnya dan seterusnya mak saudara isterinya. Tanpa sepatah kata, Adam dan Cik Maz bertukar tempat. Namun Bibah sedikitpun tidak terganggu.

Azam geleng kepala. Bibah nilah. Jika bangunan ni runtuh, memang penyek kena hentam dek konkrit ni takkan sedar-sedar sampai bila-bila, kutuknya lagi.

"Kau ni kena sampuk dek hantu mana pulak, terangguk-angguk, tergeleng-gelang," tegur Cik Maz.

Azam tarik muncung ke arah Bibah yang masih lena.

"Tengok tu cik Su, bangunan runtuh memang takkan sedar-sedar. Orang dok sok sek sok sek pun tak terkuit langsung. Malu aku nak mengaku adik. Nasiblah kau dapat bini macam ni Dam," bisik Azam. Suara tetap direndahkan walaupun dia masih lagi hendak mengutuk adiknya.

Pang... sebuah tamparan hinggap di bahu Azam.

"Mulut kau ni kang, tak habis-habis mengutuk. Sama je kau dengan tiga orang kat luar tu. Ada je yang tak kena bila sebut pasal Bibah," ujar Cik Maz geram.

"Hisyy.. Mana sama Cik Su. Saya mengutuk sebab sayangkan Bibah. Diorang mengutuk sebab menyampah dengan Bibah. Niat tu dah lain. Tak sama, tak sama." Azam membela diri.

"Adam, lainkali cili sikit mulut abang ipar kamu ni. Sejak balik ke sini, mulutnya tak habis-habis mengutuk dan menyakat adik sendiri. Kat rumah tu dah jadi medan perang. Kemudian dibawanya ke pejabat. Tak tahu Cik Su nak kata apa lagi dah."

"Tak pe Cik Su, biar bertambah pahala si Bibah ni. Nak cili pun, orangnya memang kuat makan cili, tak jadi jugak," Jawab Adam separuh menyindir. Tersenyum-senyum.

Azam menjungkit keningnya sebelah apabila mendengar kata-kata adik iparnya. Nampak gayanya pembela Bibah telah pun kembali.

"Kau tak cakap ke kat Bibah bila balik?" Soal Azam.

"Tak. dia tak tanya, jadi pun tak cakap, saja nak bagi kejutan kat dia," jawab Adam. Tangannya mula leka membelai kepala Bibah yang berlapik.

Melihat susuk tubuh Bibah yang sedikit kembang, Adam menggeleng kepala. Lepas ni kena buat operasi menguruskan badan ni. Tu lah, hari tu jual mahal tak nak ikut, bagi syarat pula, tak boleh balik dalam tiga tahun ni. Balik bila dah tamat belajar. Ada ke bini orang lain buat syarat macam tu pada suami yang baru menikahinya? Tak ada kan? Jadi Bibah mencatat sejarah nombor satulah.

Tahu alasan apa? Kata Bibah dia takut terlebih rindu bila suaminya yang jauh balik selang dua tiga bulan sekali. Jadi memandangkan mereka tidak pernah berpisah sejak berkawan baik ni, kononnya menurut Bibah inilah masanya mereka menguji perasaan masing-masing. Adakah rindu dan cinta itu wujud di dalam hati. Dan diakan seorang suami yang baik, ikut jelaa...Hahaha.. sekarang tengok siapa yang terkena akibatnya?

"Kita keluar dululah Cik Su, takut nak lihat orang yang kena lenyek dengan bininya sendiri"

"Bukan ke kau berbulu nak tengok romantika de amourdiorang nih?" Perli Cik Maz.

Azam terus melangkah ke pintu.

"Tak ada maknanya Cik Su oi.. Buang masa je. Aku takut diorang yang jeles tengok aku beromantik dengan isteri aku nanti" Balas Azam, tak ingin mengalah.

Macam-macamlah budak-budak nih.

Adam sengih. Bibah terus lena. Dalam lenanya dia tersenyum.. Mimpinya teramatlah indah.

*****

Bab 4

Dia dah balik? Soal hati Bibah tidak percaya. Harumannya tetap sama ketika saat perpisahan sementara mereka tiga tahun lalu. Senyuman kacaknya bertambah kacak dek usia yang bertambah tiga tahun. Apasal nampak wajahnya berseri-seri? Dia mendepangkan tangan supaya Bibah terus ke dalam pelukannya. Sebaliknya wajah Bibah kemerahan dek malu dengan sikap dia yang tak tahu malu. Di tengah-tengah jalan keluar balai ketibaan dia mendepangkan tangannya, isyyy.. laki siapalah ni nak buat scene romantik kat tengah orang ramai di KLIA ni?

Bibah tunduk, segan alah. padahal desakan hati ingin je meluru ke dalam hangatnya pelukan suami. Tiga tahun menanti tu. Namun begitu, Bibah sedar diri, di mana mereka berada. Dengan langkah teratur tetapi dengup jantung sudah pun berlari laju menuju ke arah suaminya, sudah tidak mampu dikawal lagi. Bibah mengulum senyum apabila melihat Adam menjatuhkan tangan dan mematikan senyuman. Merajuklah tu sebab Bibah buat dek je bila dia nak buat scene romantik kat sini.

Langkah Bibah terhenti di hadapan Adam, tangan dihulurkan namun tidak bersambut sebaliknya Adam terus menariknya ke dalam pelukan. Merah muka Bibah menahan malu. Isyy Adam ni memang muka tak malu dari dulu lagi. Tebal kulitnya berinci-inci.

"Abang rindu Bibah. Abang rindu sangat-sangat," bisik Adam di telinga Bibah. Tangannya terus membelai wajah Bibah.

"Isyy.. muka tak malulah Adam ni. Tengah orang ramai pun nak peluk-peluk, cium-cium.. Jauhlah sikit" Marah Bibah sambil menolak badan Adam yang terus menghimpitnya.

"Jauhhlaa.. Rimaslah.." Marah Bibah. Semakin kuat Bibah menolak semakin kuat Adam memeluk dan menciumnya tak henti-henti.

"Adammm!" Suara ala Ziana Zain ketika sedang menarik fitching tinggi terus keluar.

Bibah bingkas bangun. terkejut. Bukan dia je terkejut, Adam turut sama terkejut apabila Bibah terus bingkas dan menolak wajahnya yang asyik memerhati Bibah yang sedang lena, terus Bibah bersandar dibelakang sofa. Matanya masih lagi terasa kelat. kantuknya belum hilang.

"Teruk betul Adam tu Cik Su, sampai dalam mimpi pun asyik nak menyakat Bibah je. Pulak tu tak reti malu langsung, ada ke patut dia peluk Bibah kejap-kejap dan tak nak lepas di tengah alam kat KLIA nuh. Otak Adam ni memang dah putus fius agaknya apabila lama tak balik Malaysia ni," bebel Bibah dalam suara mamainya.

Adam tersengih-sengih mendengarnya. Dia tahu Bibah masih lagi berada di bawah sedar. Tidak menyedari kewujudannya. Melihat Bibah yang kembali lena, Adam menarik badan Bibah bersandar kepadanya. Dilingkarkan tangan di bahu Bibah dan memeluk erat.

"Adam ni... Bibah tak nak.. tak nak lah. malu orang tengok," racau Bibah lagi. Matanya tetap terpejam.

Adam sudah tertawa kecil.

"Orang cakap gelak pulak. eeiii..." terus Bibah mencubit Adam.

Auch..Jerit Adam kuat. Bibah serta merta mencelik matanya dan.....

Bulat mata Bibah melihat orang disebelahnya. Dipejam celik mata dan digosok dengan belakang telapak tangan. Aik, dah kemaruk rindu sangat ke aku ni? Cik Su dah tertukar jadi Adam? Lebih sepuluh kali Bibah pejam celik mata, namun masih lagi terlihat wajah Adam yang menayang sengih sambil menggosok perutnya. Dan buat sekian kalinya, Bibah memejam matanya. Kali ini ditampar pipi sekali.

Terdengar suara kasar ketawa. Terus Bibah membuka matanya. Adam tetap tersenyum manis. Alahai Bibah comelnya bila tengah mamai ni. Tapi tempatnya tak sesuweilah, jika tak memang kena ngap dah ni. Tiga tahun memendan rindu dendam ni, buatkan dia cepat-cepat ingin membuka puasa. Sebab lama puasalah, dia sangat ‘dahaga’ sekarang ni. Itulah baru dapat seminggu dah kena tinggal-tinggalkan. Siapa yang tak ‘dahaga’kan? Monolog hati Adam.

Adama kasihan melihat Bibah yang masih keliru, lalu ditarik tangan Bibah hampir kepadanya.

"Bibah tak bermimpilah sayang. Ni suami Bibah yang jauh tu. Dah balik. real depan Bibah ni," bisik Adam lembut. Matanya menikam mata redup Bibah.

Bibah masih lagi membisu.Masih lagi tidak percaya apa yang matanya lihat. Hatinya masih meyakini bahawa Adam masih lagi berada di Sydney. Adam tak pernah pula cakap dia akan balik. tak de, Baru je pagi tadi mereka berchatting di YM, seperti biasa.

"Apasal mimpi masih dalam mimpi lagi ni," rungut Bibah. Hatinya panas. Bayangan Adam bagaikan sudah menjadi bayang-bayang dirinya. Ke mana sahaja dia pergi, lelaki-lelaki yang dipandang semuanya menyerupai Adam. Kronik sangat ke rindu aku ni, sampaikan Cik Su pun dah jadi Adam? Bibah sekali lagi menutup matanya.

"Sayang Bibah. Ni Adamlah. Buka mata tu. Bibah tak mimpilah," pujuk Adam lagi.

"Mana boleh. Adam kat Sydney lagi. dia tak cakap pun nak balik. Dia saja dera Bibah dengan melambat-lambatkan kepulangannya. Dia sengaja buat Bibah angau dan rindukannya. Memang dia kejam. Bibah rindu gilerr kat dia Cik Su," rintih Bibah. Suaranya serak. Hatinya tidak tertanggung lagi menahan amukan rindu di hati.

Sedih pula Adam mendengarnya. Salahnya. Hendak membuat surprise konon, diri sendiri yang ter'surprise'nya apabila mendengar pengakuan Bibah tadi.

"Bibah buka mata sayang. Bibah tak mimpi. Ni abang. Abang dah balik. Abang sengaja tak cakap sebab abang nak bagi kejutan kat Bibah. Sorry sayang.. Abang tak tahu, Bibah rindu sangat kat abang," pujuk Adam.

Bibah celikkan matanya. Matanya terus memandang Adam yang rapat di sisinya.

"Betul ni? Ini Adam?"

"Bukan Adam tapi Abang. Bibahkan dah janji nak panggil Abang bila Adam balik." Adam memperbetulkan panggilannya.

Bibah mencebik sambil mengesat air mata di pipinya. Betullah Adam, suaminya. Tak ada orang lain lagi yang tahu tentang perjanjian rahsia mereka itu.

Tanpa tangguh Bibah mencubit sekuat hatinya perut Adam. Siapa yang suruh bagi kejutan macam ni? Nasib baik tak mengong kepala Bibah ni. Nasib baik Bibah tak pergi jumpa doktor mintak ubat anti-depress sebab terlampau rindukan Adamnya.

ADUIIII..............Sakit sayang.."Jerit Adam spontan.

*****

Sebelum itu...

Adlina, Sherry dan Mona berpandangan sesama sendiri. Sejak lelaki segak masuk ke dalam bilik Cik Maz, mereka telah berbisik-bisik dan membuat spekulasi tentang siapa lelaki itu yang sebenarnya.

“Weh... Mana laki hensem tu? Cik Maz dan Encik Azam je keluar?”Sherry berbisik dan mencuit tangan Adlina.

“Aku mana tahu. Tadi Encik Azam suruh panggil lelaki itu masuk bilik Cik Maz je.”

“Weh..Kau tanyalah Cik Maz tu” Sherry menyibuk lagi.

“Kaulah tanya,” Balas Adlina pula. Manakala Mona tiada ditempatnya kerana berada di dalam tandas. Jika tidak akan turut sama join kaki penyibuk ini.

“Kamu semua ni tak nak keluar makan ke? Sudah pukul 1 lebih ni,” tanya Cik Maz prihatin. Dia memang seorang ketua yang sentiasa berhati lembut. Mengambil berat tentang kakitangan bawahannya.

“Erk.. Tunggu Bibah Cik Maz. Dia cakap hendak belanja kami hari ni. Mana dia?” Kelentong Sherry. Idea spontan dari mulutnya.

Adlina menjeling. Bila masa mereka pernah makan bersama dengan Bibah. Buat jatuh standard je si Sherry ni. Ingin je Adlina menbantah, mengarut punya idea Sherry ni.

“Tak payah tunggu si Bibah tu. Dia ada kerja sikit kat dalam tu,” Beritahu Cik Maz.

“Kerja apa Cik Maz. Bukan ke Encik Adam tadi hendak berjumpa dengan Encik Azam. Apa kena mengena dengan Bibah? Bukannya Bibah tahu buat kerja. Melantak je kerja yang dia tahu. Takkanlah Cik Maz tak tahu dia tu macam mana?” Adlina menabur fitnah. Hatinya menyampah dan benci dengan Bibah tu. Pura-pura baik dan kononnya dialah sahabat yang baik.

“Dia ke yang tahu melantak atau awak yang tahu goyang kaki? Tahu buli dia buat semua kerja, beli makanan kat korang freebila hujung bulan,” sinis Cik Maz menyindir.

Pucat muka Adlina dan Sherry seketika. Macam mana Cik MAz tahu? Ini mesti kerja si Bibah, kaki mengadu nih, bisik hati mereka.

“Jangan ingat saya diam, saya tak tahu apa-apa yang korang buat dekat Bibah tu?”

“Eh mana ada Cik Maz, ni mesti si Bibah yang mengadukan tadi? Padahal Encik Azam yang marah dia, bukannya ada kena mengena dengan kami. Bibah memang tak pernah senang dengan kami Cik Maz. Dengki memanjang, berlakon je lebih seolah-olah dia sorang je yang buat kerja. Habis tu kami ni buat apa.” Sherry membela diri. Namun seperti Adlina, dia juga tidak lepas memfitnah kepada Bibah.

Azam mengetap bibir dan menggenggam tangannya. Mereka ni sudah melampau-lampau. Bibah elok je tidur kat dalam sana, tak sedikit pun sebut apa yang telah mereka lakukan tetapi mereka ni busuk perut betul, fitnah dan dengkikan Bibah tak habis-habis. Apa yang mereka nak sebenarnya? Sepanjang dia berada di sini, dilihat, Bibah tak pernah sibukkan hal mereka, dia tekun membuat kerjanya sahaja. Bukan macam mereka, tak habis-habis berborak dan belek-belek muka.

“Kamu semua ni.....”

“Azam.. sudahlah. Biarkan je. Syarikat ada polisi dan prosedurnya. Nanti kita uruskan secara professional atau biarkan pengarah syarikat yang ambil tindakan.” Cik Maz memintas kata-kata Azam.

“Sayakan, tak tahu nak kata apa lagi dah. Kamu semua tidak bersyukur dengan kebaikan Bibah terhadap kamu. Tapi kamu, kenapa benci sangat dengan Bibah ni? Apa yang telah dia buat?” Soal Cik Maz.

“Agak-agak kamu, kenapa kamu diterima bekerja di sini sedangkan kamu semua langsung tiada pengalaman? Fikir sendiri!”

“Auchhh...” Suara jeritan kedengaran dari dalam bilik Cik Maz.

Azam dan Cik Maz saling berpandangan. Agaknya Adam dah kena penyek dek Bibahlah tu. Pandai-pandai dialah nak pujuk bini sendiri.

“Eh kenapa tu Cik Maz?” Soal Mona yang baru kembali dari tandas.

“Tak ada apa-apa. Biar je,” balas Cik Maz.

Azam dan Cik Maz pun terus berlalu pergi.

“Yang korang tegak kat situ lagi tu kenapa? Jomlah makan, perut aku sudah buat konsert rock kat dalam ni” Ajak Mona yang tak tahu apa-apa itu.

Adlina dan Sherry menelan liur. Kata-kata Cik MAz melekat di hati mereka.

******

Bab 5

Adlina, Sherry dan Mona curi-curi pandang ke arah Bibah dan lelaki bernama Adam yang baru keluar dari bilik Cik Maz. Wajah Bibah masih lagi sembap kerana baru bangkit dari lenanya. Manakala Adam pula tak habis-habis senyum. Sebaik sahaja pintu Cik Maz ditutup, Adam melajukan langkah mengekori Bibah yang laju berjalan menuju ke kubikelnya. Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang. Bukan main lama lagi mereka bercerekarama dan beromantika de amourdalam tu. Ini Adam punya pasallah, tak kasi Bibah keluar walaupun perutnya memberontak minta diisi.

"Sayangg.. tunggulah. Yang laju benar berjalan ni kenapa? Nak kejarkan apa?" Adam menarik tangan Bibah.

Penonton setia di situ sudah naik juling mata dan berdesir telinga apabila menangkap ucapan sayang dari bibir Adam. Biar betul? Debab pun Bibah ada jugak lelaki hensem nak kat dia? Calit ubat pengasih ke hapa ni? Rasanya begitulah bicara mata mereka bertiga.

Nasib baik di bahagian akaun dan pengurusan ini, hanya terdapat lima orang pekerja sahaja. Kak Lida, seorang lagi pekerja bercuti bersalin. Memang patut pun kalibatnya tidak pernah muncul di sini. Kak Lida ni satu bahagian dengan Bibah, dia ditanggungjawabkan membuat invois dan pembayaran kepada pembekal, manakala Bibah dipertanggungjawabkan membuat akaun untuk syarikat. Jadi dialah orangnya yang tahu untung atau rugi syarikat ini, ada duit ke tidak di dalam bank. Jangan main-main, semua rahsia syarikat dalam kocek Bibah. Tapi tulah, Encik Azam ni memang tak fikir panjang, suka suki je pecat Bibah, serta merta pulak tu. Biar dia rasa betapa susahnya jikalau Bibah tiada nanti.

"Sibuklah awak ni. Sukahati sayalah nak jalan laju ke slow ke. Awak peduli apa sebab awak memang tak pedulikan saya pun!"MoodBibah masih lagi dalam tone merajuk. Tadi merajuk dengan Encik Azam sekarang ni bersambung merajuk dengan Encik Adam. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya, dia bahagia giler-giless sebabLionkingdah balik. Dulu hanya melepaskan rindu kat skrin laptop je, sekarang diarealdepan mata. Boleh langsai hutang nak bermanja dan cubit-cubit sayang nanti.

"Sayang..look.... Sori ok, sengaja abang nak surprise kat Bibah," Pujuk Adam lagi. Liatnya hati Bibah ni, berbuih tadi dia bermadah, tak juga surut-surutmoodmerajuknya. Tak sudah-sudah sampaikan dia hilang taring memujuk.

Bibah mencebik dan tingkah laku mereka terus menjadi tontonan tiga peminat setia yang tidak kurang hebatnya. Pengkritik dan pembuat gossip terhangat di sini, lebih hangat dari Melodi dan Propaganza.

"Abang sengaja nak surprise kat Bibah...." Ajuk Bibah dengan bibir yang sengaja dicebik-cebik.

Adlina tidak berpuas hati, dia ingin tahu sangat, siapa lelaki hensem ni, beriya-iya memujuk Debab tu. Debab tu pulak tak sedar diri tu Debab, ada hati nak merajuk gedik-gedik nih. Baik pujuk I laa cik abang hensem dari Bibah Debab yang sekali peluk awak, terus awak pengsan sebab dilanyak oleh badan debab tu.

"Erkk Encik Adam. tak payahlah nak pujuk Bibah tu. Dia tu memang macam tu, marah kat orang lain, Orang lain plak jadi mangsa," Sampuk Adlina tak tahu hujung pangkal, tetiba datang tergedik-gedik di sisinya.

Adam berkerut dahi.

Siapa pulak minah gedik perasan cantik yang tiba-tiba menyelit di sini ni!

"Tak habis-habis lagi nak buat scene kat sini?" Teguran dari Azam mengejutkan mereka bertiga.

Adam jungkit kening sambil matanya menjuling ke arah Bibah. Azam pura-pura serius dan Adlina masih lagi menempel bersama-sama mereka. Bibah pula buat-buat diri halimunan, tidak peduli tiga orang manusia yang mengelilingi kubikelnya. Hendak menjeling Azam pun dia menyampah, tangannya sedang bekerja menyumbat segala barang-barang peribadi yang berada di atas mejanya ke dalam kotak kertas double AA.

"Bibah kau kemas barang ni kenapa?" Soal Adlina dengan lembutnya, Masih lagi ingin menyibuk walaupun soalannya tadi tidak terjawab. Segan pula mahu mengulang apa yang disoal tadi, bila encik Azam ada sekali. Aura Encik Adam ni memang telah memanah sekeping hatinya yang kehausan cinta. Takkanlah dia ingin melepaskan peluang mengenali siapakah Encik Adam ini yang sebenarnya. Hatinya berdetak cemburu apabila encik Adam yang entah siapa dan dari mana muncul secara tiba-tiba mengambil berat tentang Bibah Debab ni.

Bibah buat-buat tak dengar. Rasanya dia tidak perlu menjawab soalan ambil berat daripada Adlina itu. Tahu sangat dengan perangai Adlina dan kawan-kawannya, tidak pernah baik. Jikalau baik pun ada makna dan dia yang terkena akhirnya. Bibah juga tahu, Adlina menyibuk di sini kerana adanya Adam, jika tak suara sindir-sindiranlah yang diterimanya.

"Kamu ni tak ada kerjanya Adlina? Menyibuk kat sini buat apa? Laporan cuti pekerja yang saya suruh sediakan mana?" Tegur Cik Maz yang baru tiba di situ. Sempat dia mendengar soalan yang ditanyakan oleh Adlina tadi. Apabila melihat Bibah buat tak tahu je dengan muka merah padam tu, Cik Maz tahu dia kena masuk campur dan menjauhkan mereka yang tiada kaitan dari sisi Bibah.

Sherry dan Mona yang turut sama mendengar teguran Cik Maz berpura-pura sibuk. Manakala Adlina terkulat-kulat di situ.

"Sikit lagi nak siap Cik Maz. Besok saya bagi." Adlina memberikan alasan.

"Sejak dari kelmarin lagi saya dengar sikit lagi nak siap tapi tak siap-siap juga. Pekerja syarikat ni bukannya sampai beribu orang sehingga mengambil masa berbulan-bulan hendak disiapkan. Saya nak laporan tu ada atas meja saya sebelum balik hari ini, FAHAM," arah Cik Maz tegas.

"Ba.. Baik Cik Maz," jawab Adlina tergagap-gagap dan terkulat-kulat.

"Tercegat kat sini lagi buat apa?" Lagi nyaring suara Cik Maz memberikan arahan. Semua yang berada di situ terdiam, namun tangan Bibah masih lagi ligat mengemaskan barangannya. Adlina tergesa-gesa pergi dari situ.

"Kamu Azam, nak jadi pak guard kat sini juga? Sudah tak ada kerja lain ke?" Tegur Cik Maz dan menjegilkan matanya seolah-olah memberikan arahan supaya pergi dari situ.

'Jangan nak cari pasal lagi Azam, pergi buat kerja kau. Kau yang pecat dia dan kau jugak nak jadi penyibuk kat sini. Biar Adam je tukang sibuk dan tukang pujuk si Bibah ni' Arahan tersirat dari jegilan mata Cik Maz.

"Lupa plak saya, ada discussion dengan Encik Murad jap lagi." Azam menepuk dahi seraya berlalu dari situ.

"Encik Adam? Awak nak tercegat kat sini sampai bila? Awak tahu tak ini pejabat bukan rumah yang boleh main-main cinta?"

"Erk.. baik Cik Su eh bukan Cik Maz. Saya nak jemput tuan puteri saya ni balik," Jawab Adam. tersasul pulak terpanggil Cik Sue.

"Ooo.. Bibah cepat sikit kemaskan barang-barang tu," Arah Cik Maz sebelum berlalu pergi. Tak perlu menunggu lama di situ kerana dia tahu apa yang sedang berlaku.

Tiga pasangan telinga lintah masih lagi dapat menangkap arahan itu saling jeling menjeling. Perasaan ingin tahu semakin kuat bertapak di hati mereka.

'Pandailah Cik Sue berlakon. Memang hebat. boleh jadi pelapis Fauziah Nawi dah. Tapi apa aku kesah, cepat ke lambat ke.. Biar Adam rasa menunggu itu menyiksakan. Surprises konon' Bebel hati Bibah.

Geram hatinya apabila Adam tetap setia dan tersenyum-senyum menantinya.

Sebenarnya Bibah tidak tahu apa layanan yang sepatutnya untuk Adam. Mereka kahwin bukan kerana cinta. Mereka kahwin secara spontan je. Tapi jangan silap faham, spontan tu maksudnya ketika Adam melamar Bibah, mereka merupakan sahabat baik. Rumah keluarga mereka sebelah menyebelah. Sejak kecil Adam yang sebaya dengan Azam suka melayan kerenah Bibah. Manakala Azam pula kaki sakat dan buli Bibah. Jadi apabila mereka semakin dewasa, keluarga risau dengan keakraban mereka dan ketika itu juga Adam mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Sydney.

Bibah pula terus berada di Malaysia. Timbul kebimbangan di hati Adam apabila hendak merantau jauh ni. Dia takut apabila balik nanti hubungannya dengan Bibah tak macam dulu lagi. Lagi membimbangkan hatinya, Bibah dimiliki oleh lelaki lain. Dari sinilah Adam memahami perasaan sebenarnya pada Bibah. Jadi tanpa berfikir panjang, dia usulkan kepada keluarga supaya mereka dinikahkan dan dia akan membawa Bibah bersama.

Namun lain yang dirancang, lain pula jadinya. Perkahwinan telah selamat ditempuhi, Bibah pula buat hal. Tak nak ikut ke Sydney. Kemudian bersyarat-syarat pula. Tak ikut syarat dia merajuk. Jadi oleh kerana masa pun dah suntuk dan dia perlu melaporkan diri di Universitinya di Sydney, diiyakan sahaja. Janji Bibah tetap miliknya apabila pulang nanti.

Sekarang... setelah tiga tahun berlalu, Adam tetap tidak pernah hilang rindunya di hati. Bibah sentiasa menjadi puteri di dalam hatinya dan kini pangkatnya semakin tinggi sebagai permaisuri di hati. Melihat wajah Bibah tanpa perasaan itu, Adam garu kepala.

'Sampai bila nak merajuk ni? Kejutan sudah tiada manisnya. Dia pula yang kalut memikirkan bagaimana mahu memujuk hati Bibah'

Bab 6

"Sampai bila Bibah nak boikot Abang ni?" Gelaran abang semakin serasi di hujung bibirnya.

Bibah tetap diam. Mereka kini berada di rumah mereka sendiri. Bukan di rumah keluarga Bibah mahupun Adam. Inilah sebenarnya kejutan yang Adam ingin berikan. Sebuah rumah yang cukup lengkap untuk memulakan hidup berumahtangga.

"Abang minta maaf. Abang tahu abang silap. Abang lupa abang sepatutnya beritahu kepulangan abang," pujuk Adam lagi.

Bibah pandang sekilas. Sebenarnya, Bibah kekok. Bibah tak pandai nak bagi layanan istimewa buat Adam sebab mereka dulu tak pernah bercinta cintun. Dari sahabat mereka jadi suami isteri dan kemudian dia ditinggalkan. Malam pertama pun tak rasmi lagi tau. Isyyy... teruk betul Bibah ni. Ini ke ciri-ciri isteri yang mithali?

Bibah tak adalah marah mana. Cuma sikit terkezut hati je. Pulak tu kemunculan Adam ketika dia sedang melancarkan perang dengan Azam. geram dihati masih lagi bergumpal-gumpal, tak sempat nak kunyah sampai lunyai, Adam pula muncul. Kejutan yang hampir membuatkan dirinya terkena serangan jantung. Tapi indahnya, Adam telah kembali ke sisinya.

Adam mengambil tempat di sisi Bibah. sengaja dia menghimpit Bibah. Bibah mengesot jauh, namun Adam tetap menghimpitnya juga.

"Pergilah duduk jauh-jauh," marah Bibah.

"Tak boleh. Tiga tahun kita dok jauh. Kali ni abang nak duduk rapat-rapat dengan Bibah je."

Bibah mencebik sambil bermain-main dengan jari jemarinya. Adam mengukir senyum. Dia tahu suhu hati Bibah mula sejuk apabila suara Bibah sudah kembali lunak seperti dulu. Dia juga tahu Bibah segan dan malu-malu ketika ini. Jadi kesempatan ini perlu diambil, lalu perlahan tangannya melingkari bahu Bibah.

"Aik.. dah hampir tak sampai ni. Bibah makan apa sampai chubby macam ni?" usik Adam.

Bibah mencebik dan menjeling. Mulalah tu nak komplen sana sini. Salah ke jadi gemuk ni? Tak semua manusia di atas dunia ni kuruslah. Bising hati Bibah membebel. Adam ni sama je macam orang lain. Diskriminasi orang gemok.

Adam sengih-sengih. "Tapi abang suka dan makin suka. Cantik Bibah untuk abang je. tapi kesihatan paling penting."

"Bibah tahu. Nanti-nanti Bibah dietlah," jawab Bibah lemah.

"Nanti kita sama-sama diet dan bersenam ya. Sama-sama sihat dan kuat."

"Yelah tu," cebik Bibah.

"Betullah. dua-dua kena sihat sebab nak usaha buat baby plak."

Bibah dah merah muka. Baru jumpa sehari dah planning yang bukan-bukan. Adam nilah nak kena penyek ke hapa?

Adam terus mengeratkan pelukannya.

"Abang mahukan Bibah yang ditinggalkan dulu. Yang comel dan lawa. nanti kita sama-sama usaha ya," pujuk Adam lembut.

Bibah angguk. Kepalanya dilabuhkan di bahu Adam.

"Dah ok?" Soal Azam dari corong telefon bimbit Adam. Adam senyum. Bibah takkan merajuk lama-lama dengannya, mana bolehkan? Nanti rindu terlebih pulak.

"Dengan aku mestilah okey. Kau je yang tak okey. Kau cakap apa bila nak pecat Bibah tadi?"

Terdengar gelak Azam di hujung sana.

"Aku tak cakap banyak pun. Hulur surat berhenti, dia baca dan jeling aku sambil muncung mulut lepas tu keluar bilik hempas pintu. Belum sempat aku nak terangkan sebab musababnya, dia boikot aku. So tak sempatlah aku nak bela diri," jelas Azam. Faham sangat dengan angin adiknya itu. Tapi boleh pulak dia bersabar dengan minah tiga orang tu.

"Padam muka kau. Lainkali terang dulu baru serahkan surat tu. Dengan aku sekali yang kena. Apa kes."

"Dia dengan kau manja terlebih. Marah-marah sayang. Mana boleh merajuk lama-lama."

Adam sengih sendirian. Memang betul pun, sejak dulu Bibah dengannya sangat-sangat baik. Mudah dengar katanya, tapi jika dengan Azam macam anjing dengan kucinglah jawabnya. Pantang bertekak, masing-masing hendak menang. Namun Adam tahu, Azam banyak mengalah dengan Bibah. Abang mana yang tak sayangkan adiknya, kan?

"Bibah mana?" Soal Azam lagi.

"Tidur."

"Kau tak tidur sama?"

Adam tersengih. Lain macam je soalan tu. Bukan Adam tak tahu apa yang ada dalam kepala Azam tu. Biar Bibah selesa dulu dengan kehadirannya setelah tiga tahun terpisah. Biar mereka mengait benang-benang kasih ini perlahan-lahan. Lagipun dulu mereka kawan, seperti abang dan adik. Kini berlawanan pula, suami isteri. Bukankah perlukan masa untuk meneutralkan perasaan itu dan memupuk cinta suami isteri ini?

"Aku dah puas tidur. Puas memujuk dia tadi. Tak sampai lima minit lena. Dia penat bergaduh dengan kau."

"Isyyy... tak cukup lagi dengan tidur. Di pejabat tidur, balik rumah pun tidur. Kau nak ke dia jadi kembang semangkuk tu?" Dalam menyoal Azam menyindir.

"Hahhahaha.." Adam ketawa kuat.

"Kau tak yah risau..." Adam menarik nafas sebelum menyambung kata.

"Aku kasi can hari ni je. Esok jangan harap aku nak bagi muka."

Esok dia akan mulakan misi menguruskan tubuh isterinya. chubby sangat. Sudah tak ada shape lagi dah. Jadi dia tidak boleh bertangguh lagi. Lagipun dia takut, jika perubahan Bibah tu ada kaitan dengan perubahan hormon di dalam tubuhnya. Jadi, tindakan awal perlu dilakukan. Dia mahu melihat apa hasilnya jika sebulan Bibah bersenam dan berdiet. Jika tiada perubahan juga, dia perlu merujuk perkara itu kepada doktor pakar. Jadi jangan ingat, orang gemuk ni kerana makan banyak. Ramai yang gemuk disebabkan masalah hormon. Dia mahu Bibah yang comel dan genit dulu. Sudah pasti dia akan merealisasikannya.

"Hahhaa.. moga berjaya ya. Janganlah kau mengalah dengan muka sayu dia sudahlah."

Mereka berdua terus ketawa. Lama mereka ketawa sehinggalah Adam teringatkan gadis yang menyibuk di pejabat tadi.

"Weh bro.. siapa minah penyibuk tadi? Perasan lawa, tergedik-gedik," Soal Adam ingin tahu.

"Kalau kau nak tahu minah-minah itulah pembuli bini kau kat pejabat. Bibah pula ikut sangat peel mereka. Tak bantah langsung."

"Apa yang mereka buat?" Adam mula serius ingin tahu. Hatinya berdebar. Marah mula berputik. apabila mendengar cerita sebenarnya dari Azam.

Nantilah... Jangan ingat aku akan biarkan korang buli isteri aku... Jangan harap. Harap muka je cantik plastik. Perangai lagilaa plastik, tak ada jiwa, tak ada rasa.

******

Bab 7

"Eh.. nak buat apa plak naik atas katil balik?" Soal Adam setelah mereka selesai solat subuh berjemaah. Pagi pertama mereka subuh berjemaah. Ini akan menjadi amalam seharian mereka. Akan dipupuk menjadi satu kemestian untuk memulakan hari baru setiap hari.

Bibah berkerut dahi. Peliklah Adam ni. Naik atas katil nak tidurlah. Buat apa lagi, buat tahi matalah.

"Tidurlah. kat luar tu masih gelap lagi. Baru pukul 6.30"

Adam geleng kepala.

"Tak elok tidur lepas subuh. Rezeki lari, tak masuk. Lagi satu tubuh akan terasa lemah dan tak bermaya sebab tubuh tidak menyerap energi alam di pagi hari." Nasihat Adam.

Patutlah tubuh tu membesar. Jangan harap sayang dapat tidur lagi lepas ni. Bibah ni, tak boleh kasi muka sangat, nanti bertambah-tambahlah lemaknya. Jadi mulai hari ini Adam akan mendidik Bibah mengikut caranya. Jika dulu dia terlalu manjakan Bibah, mulai hari ini, manja pun manja juga, tegas pun kena tegas jugak. Dia mahu Bibah mempunyai identitinya sendiri, menjadi seorang isteri yang cantik dan taat. Menjadi pekerja atau bos yang tegas dan tidak mudah dibuli lagi.

"Bangun salin baju, pakai tracksuit ikut abang jogging," arah Adam.

Bulat mata Bibah. 'Jogging? Bertahun dia tak jogging. alaaa.. penatlah. Mesti sakit kaki.' Rungut hatinya.

"Alaaa.. malaslah. tidur lagi best. Adam ni tak reti penat ke? Dari semalam asyik berjalan je kerjanya," rungut Bibah. Jika dia jalan sorang-sorang tak pelah.

Ni diheretnya sekali. Rasa nak tercabut lutut apabila Adam tarik dia pusing Midvalley. Entah apa yang dicarinya, satu benda pun dia tak beli. Akhir sekali masuk carrefour beli barang-barang dapur dan makanan. Itu je? Tapi jalan bagaikan mahu borong satu Mid valley ni.

"Cepat. Abang bagi masa 10 minit bersiap. Jika tidak abang heret Bibah, tak kiralah pakai baju tidur je," ugut Adam apabila melihat Bibah masih lagi bersantai di atas katil. Dia telah siap menukar pakaian.

Usai berkata, Adam menuju ke pintu. Dia mahu memanaskan enjin kereta sementara menunggu Bibah bersiap. Bibah menjeling kalibat Adam hilang di sebalik pintu. Bibirnya tidak sudah-sudah mengherot dan mencemik. Geram. Mentang-mentanglah dia suami, suka sangat guna kuasa veto. Ini, baru sehari tinggal bersama.. Nanti berhari-hari macam mana? Takkanlah asyik nak ikut telunjuk dia je, masaklah dia jika begini gayanya.

"Bibah!!" Adam menjerit memanggil Bibah dari laman rumah.

"Kejaplah, siap dah" Dalam paksa rela Bibah bersiap dan melangkah menuju ke kereta.

Nafasnya tercungap-cungap. Terasa bagai sudah berlari sepuluh kilometer, otot pahanya terasa kejang yang amat. Lututnya pula terasa mahu tercabut, manakala labu betisnya sudah keras dan membengkak. Terasa seluruh badan sakit-sakit. Bibah angkat tangan, mahu berhenti. Dia terhenti di tengah-tengah track orang berjogging, tanpa signal. Nasib baik tidak ada yang melanggarnya.

Adam toleh ke belakang dan melihat isterinya telah berhenti berjalan, bukan berlari-lari anak tau. Dia geleng kepala, baru lima belas minit sudah mengalah. Habis tu bila akan dapat kurus ni. Adam berpatah balik ke tempat Bibah berhenti.

"Awatnya?"

Bibah mencebik. Penat. Suara pun dah tak mahu keluar. Bibah jeling je Adam. Tak heran jika Adam marah pun. Perlahan-lahanlah, sikit-sikit. Mana boleh habiskan keliling tasik ni pada hari pertama jogging. Mana boleh! Mati terkejut semua urat-urat badannya.

"Sayang... jangan terus duduk. Tarik nafas, buat senaman ringan dulu nanti badan tu sakit," tegur Adam. Hendak berkeraskan, merajuk pula. Tak pasal-pasal menangis.

"Sakit kakilah. Seluruh badan dah sakit-sakit. Adamlah ni, orang tak nak, paksa jugak," Bebel Bibah.

"Kalau tak bersenam macam mana nak kurus?" Sergah Adam.

"Alaaa dietlah, makan ubat kurus. Nanti-nanti kuruslah" Balas Bibah mudah.

"No way, abang takkan benarkan sama sekali. Diet boleh, ubat kurus jangan sekali-kali ambik.” Adam memberi amaran keras.

"Ubat kurus yang beli kat farmasi tu, kat dealer bertauliah. Selamatlah. Bukannya nak beli di pasar malam atau kaki lima tu," beritahu Bibah.

"Tak kiralah, farmasi ke pasar malam ke kaki lima ke, tetap tak boleh. Jangan ambik sebarangan. Kalau abang tahu siap Bibah," ugut Adam.

Dia memang tak setuju langsung dengan cara mudah untuk kurus. Bukannya sihat. Padahal jika mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat pasti dapat berat badan ideal juga. Namun orang kita ni malas nak bersenam, suka makan yang berlemak-lemak dan berminyak-minyak. Buah-buahan pula kurang, jadi macam mana nak kurus? Setiap hari mengadap makanan yang tidak seimbang tu.

Telah seminggu Bibah didera secara fizikal oleh Adam. Mukanya masam. Makannya bercatu dan tidurnya diganggu.

Kalau tahu macam ni, dia tak balik lagi bagus. Tak adalah sakit hati dengan feelnya. Suka paksa orang. Suka catu makanan orang dan paling tak tahan suka kacau orang tidur’ Rungut Bibah di dalam hati.

Tadi, sedang dia enak menikmati Mee goreng tambah kali ke dua, Adam datang dan terus menarik pinggannya. Tanpa sempat ditahan, buntang matanya melihat tingkah kureng sopan suaminya. Namun adam buat-buat tidak tahu. Mee goreng milik isterinya terus disuap ke mulut tanpa menghiraukan Bibah yang sedang memandang sambil menelan air liur. Hilang selera Bibah dibuatnya. Ada-ada je tingkah laku Adam yang menyakitkan hatinya. Kenapa dia merasakan Adam kini dan Adam dulu jauh bezanya. Dulu Adam sentiasa mengutamakannya, tapi Adam kini selalu menyakitkan hatinya. Adam kini sentiasa menggunakan kuasa vetonya sebagai suami supaya dia mengikut cakapnya.

‘Kureng asam betul Adam ni. Suami siapalah’

“Kacau..” Sepatah Bibah merungut sebelum mengangkat punggung lalu beredar dari ruang makan.

Adam dalam diam tersenyum-senyum. Sedikit pun tidak merasa bersalah kerana hatinya geram dengan sikap degil isterinya. Bibah langsung tidak mendengar kata. Makan mengikut kehendak nafsunya sahaja, tidak ada pantang - pantang atau diet-diet lagi. Jadi untuk apa dia bersusah payah mengajak Bibah berjogging bersama dengannya. Buang masa dia je jika makan tidak dikawal.

Bibah melabuhkan punggung di sisi mama. Mama baru semalam pulang dari menunaikan umrah bersama abah dan kedua mertuanya.

“Kenapa?” Soal Puan Sarimah pelik.

Bibah muncung mulut ke arah ruang makan.

“Adam tulah, sibuk. Bibah nak makan banyak sikit dia marah. Sibuk je dengan diet dia,” adu Bibah.

“Betul pun apa yang dia buat tu. Bibah dah kembang, sebagai seorang isteri Bibah kena pandai jaga diri, cantik untuk suami. Adam buat macam tu sebab dia sayangkan Bibah. Dia nak Bibah sentiasa cantik di matanya.”

Bibah mencebik.

“ Lelaki semuanya nak cantik. Jadi kalau perempuan tak cantik semua pandai sebelah mata. Tak adil,” rungut Bibah.

Puan Sarimah geleng kepala.

“Bibah, lelaki ni nafsu mereka satu. Jadi mereka suka yang cantik-cantik. Bukan sebab adil ke tak adil. Sebab sayanglah Adam buat begitu. Sebab dia nak isterinya sentiasa cantik di matanya. Dia mahukan yang baik-baik untuk isterinya. Gemuk bukan tak cantik, tetapi gemuk membawa penyakit. Adam nak Bibah jadi cantik di matanya bukan mata orang lain. Jadi jangan salah faham dengan suami sendiri,” tekan Puan Sarimah.

Bibah mencebik. Satu keluarga menyokong usaha yang dilakukan oleh Adam. Kononnya untuk kebaikannya, membuatkan Bibah semakin sakit hati dan menyampah dengan sikap Adam. Geram-geram!

Puan Sarimah perasaan dengan mimik muka Bibah yang jelas tidak berapa menyukai kata-katanya. Bibah ni degil dan keras kepala. Mana dia mudah-mudah terima nasihat orang.

“Takkanlah Bibah nak biarkan orang berterusan buli Bibah. Bibah juga kata nak kerjakan? Tahu tak mengapa abang pecat Bibah hari tu?”

Bibah angkat bahu. Mana tahu dan malas ambik tahu. Buat sakitkan hati sendiri buat apa. Tapi hatinya tetap sakit juga dengan onar yang Adam buat.

“Sebab Adam yang minta abang pecat Bibah. Lagi satu sebab sebab abang takut dia tak tahan dengan kutukan dan bulian yang tiga orang kawan Bibah tu. Abang cakap, lagi lama Bibah dipejabat, tak pasal-pasal abang mengamuk menampar mulut tiga orang tu,” Puan Sarimah buka cerita.

Bibah duduk tegak. “ Betul ke mama?”

Puan Sarimah angguk.

“Betullah.”

“Bibah tak tahu pun.”

“Macam mana nak tahu jika Bibah mogok bisu dengan abang dan bila Cik Su buka cerita je, Bibah ubah topik.”

See… kami semua sayangkan Bibah dan tidak sanggup Bibah disakiti biarpun Bibah kata tak apa. Bibah tak kisah.”

Bibah diam. Dilihat Adam yang baru menghabiskan sepinggan mee tadi. Azam pula baru pulang dari berdating.Mengetahui cerita sebenarnya membuatkan Bibah insaf. Melihat wajah mereka yang penuh kasih sayang kepadanya membuatkan dia menyesal mengikut kata hati sendiri. Jadi dia bertekad, mulai hari ini dia bersungguh-sungguh menurunkan berat badannya. Bibah tidak mahu lagi orang lain risau tentang dirinya.

******

Bab 8

Tiga bulan berlalu...

“Adlina, Sherry dan Mona, saya nak jemput kamu ke rumah abang saya ahad ni. Ada jamuan kesyukuran,” ajak Cik Maz.

“Maksud Cik Maz, rumah pengerusi syarikat ini ke?” Soal Adlina inginkan kepastian.

“A’aah ya. Lupa pulak saya.” Cik Maz tersenyum.

“InsyaAllah kami pergi Cik Maz,” Jawab Sherry.

Kesempatan ini tidak boleh dilepaskan. Inilah masanya peluang mereka mencari pasangan hidup di kelompok orang atasan. Siapa yang tidak mahu menjadi menantu dato, tan sri ini. Peluang ini jarang sekali singgah di dalam hidup mereka.

“Kenduri kesyukuran apa Cik Maz?” Soal Mona ingin tahu.

“Oooh sempena kepulangan anak saudara saya dan menantu abang saya tu. Sebenarnya sudah lama mereka balik, baru hujung minggu ni sempat hendak buat majlis kesyukurannya. Sekali dengan doa selamat sempena kehamilan anak perempuan mereka juga,” jelas Cik Maz. Dia melihat wajah teruja pekerjanya. Pasti mereka tidak sabar-sabar mahu menghadiri majlis tersebut. Tiga tahun mereka bekerja di bawahnya, Cik Maz tahu sangat perangai mereka. Berangan-angan mahu menjadi menantu orang kaya. Selalu memasang impian tinggi melangit dan perasaan diri mereka layak menjadi pasangan anak orang kaya ini.

“Ada majlis tari menari tak Cik Maz?” Soal Adlina lagi.

“MasyaAllah kamu ni, kamu faham tak maksud majlis kesyukuran ni? Apa yang selalu dilakukan di dalam majlis kesyukuran?” Soal Cik Maz sambil menggeleng kepala. Berangan sampai tak tahu apa jenis majlis dan adabnya. Jangan buat malu sudahlah semasa majlis nanti. Ini Adam dan Azam punya perancanganlah. Kononnya inilah masanya mereka mengenakan mereka bertiga, biar mereka sedar tinggi rendah langit dijunjung. Biar mereka sedar siapa Bibah yang sebenarnya dan menginsafi sikap mereka terhadap Bibah.

Adlina tersengih-sengih, manakala Mona dan Sherry buat-buat tak tahu. Walaupun begitu, wajah mereka sama merah. Mungkin berfikiran seperti Adlina juga.

“Pakai baju kurung atau baju kebaya bukan baju untuk berclubbing. Ada tahlil dan bacaan doa selamat,” pesan Cik Maz sebelum melangkah ke biliknya.

“Buat malu je kau ni, dungu sangat,” marah Mona.

“Alaa.. kau pun sama. Jika aku tak tanya tadi, tak pasal-pasal kita pergi pakai dress, tak ke lagi malu?”

******

“Bibah, kan bang dah cakap tadi, duduk diam-diam,” tegur Adam apabila melihat Bibah membawa pinggan berisi buah oren dan epal yang telah dipotong ke meja buffet. Pantas tangannya mengambil pinggan tersebut dari tangan isterinya.

Bibah menjeling geram. Duduk tanpa melakukan kerja memang memenatkan. Dia tidak biasa goyang kaki. Muncung mulutnya.

“Buatlah mulut muncung tu lagi, kat sini jugak abang cium,” ugut Adam sambil mengenyit mata.

“Auchhh..” Adam menjerit kesakitan. Geram punya pasal, tangan Bibah laju mencubit lengan suaminya.

“Semua benda tak boleh buat. Habis tu takkan Bibah kena tengok je. Bibah bukannya sakit tenat tapi sakit terkena buatan orang,” bebel Bibah pula.

“Sebab sakit terkena perbuatan abanglah kena duduk diam-diam. Jangan banyak gerak. Kan doctor dah pesan, tak boleh jalan banyak sangat, tak boleh angkat berat-berat dalam tiga bulan pertama ni. ‘Dia’ tak kuat lagi berpegang pada mamanya. Jadi untuk keselamatan ‘dia’ baik Bibah dengar cakap suami Bibah yang hensem ni,” balas Adam panjang lebar. Suaranya perlahan dan hanya didengari oleh Bibah sahaja.

Bibah menjeling. Dia tidak dapat menyangkal kata-kata Adam itu kerana apa yang dikatakan betul belaka. Dia ada bersama ketika doctor memberi nasihat kepada mereka. Jadi nak tak nak, Bibah terpaksa menurut walaupun dia merasakan dirinya kuat, kandungannya tidak mempunyai apa-apa masalah. Masalahnya naluri kebapaan Adam ni amatlah kuat, terlalu mengambil berat tentang diri dan juga kandungannya.

Bibah bersyukur dikurniakan seorang suami yang hampir sempurna di matanya. Sentiasa mendahulukan dan memanjakan dirinya. Ketika dia dipaksa berdiet dulu, Adam turut sama berdiet, berjogging dan memasuki gym bersama-samanya. Adam tidak pernah meninggalkan dirinya. Berkat usaha kerasnya bersama sokongan Adam, akhirnya dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak sepuluh kilo dalam masa dua bulan setengah tanpa mengambil sebarang ubat kurus.

Bibah merasakan dirinya semakin cergas dan bertenaga. Ketika dia bersemangat mahu memulakan kerjanya kembali di syarikat keluarga Adam, dia pengsan. Kalut Adam membawanya ke hospital. Rupa-rupanya dia kini sedang membawa cinta hati mereka. Dan tanpa berkompromi, dia tidak dibenarkan bekerja semula. Tidak puas hati dengan keputusan Adam menggunakan kuasa vetonya sebagai suami, Bibah mogok selama tiga hari. Mana boleh melepasi tiga harikan, tak baik, nabi tak mengaku umat nanti. Hahaha pepandai je Bibah ni.

Adam berusaha memujuk dengan bermacam cara dan janji manis membuatkan hatinya cair. Mereka berbaik kembali dan berita gembira itu disampaikan kepada seluruh ahli keluarga. Dan hari ini majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan untuk mereka berdua dan juga sempena kepulangan Adam dan Azam.

“Syhhhh.... Minah kepoh bertiga tu dah datang.” Azam datang mengacau Bibah yang sedang terkenangkan kisah lalu. Adam dan Bibah berpaling dan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Azam.

Bibah tersenyum, Adam hampir tergelak dan Azam sudah terburai gelaknya.

“Cantik apa?” Bibah menyiku perut Adam.

“A’aah. Zam kau tak berkenan ke? Boleh pilih sorang.”

Azam mencebik.

“Bagi free pun aku tak nak. Harapkan wajah cantik buat apa jika otak kosong. Berlagak tak kena tempat. Mereka pakai baju kurung lip lap ni apa kehal. Melebih-lebih. Ni kenduri kesyukuran bukannya kenduri kahwin.”

“Sudahlah bang, kau tu paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Kau pun sama bang,” sindir Bibah. Ditarik tangan Adam menuju ke arah Adlina, Sherry dan Mona yang kelihatan canggung di pintu masuk.

“Assalamualaikum.” Bibah memberikan salam. Adlina, Mona dan Sherry terlongo seketika.

‘Bibah ke ni? Eh bukan kot. Takkanlah Debab tiba-tiba jadi slim dan lawa macam ni’

“Wa...walaikumussalam.. Bibah kau ke ni?” Mona membalas salam dan bertanya.

Bibah tersenyum sambil angguk.

“Akulah si Debab dulu,” Tanpa niat mahu membalas setiap perbuatan mereka, Bibah menjawabnya.

Adlina, Mona dan Sherry menelan liur.

“Apa yang kau buat di sini. Bukan ke kau kena pecat hari tu. Tak malu lagi nak tunjuk muka walaupun kurus dan lawa sikit,” soal Adlina sambil menyindir. Mencebik-cebik bibirnya. Hatinya menyampah apabila melihat Bibah yang lawa, lebih-lebih lagi ditemani oleh Encik Adam yang hensem.

Adam ketap gigi. Minah perasan lawa lagi sombong tak kena tempat ni memang nak kena dengan aku. Adam menjeling isterinya yang senyum-senyum. Sayang ni pun satu, tak terasa ke apa yang mereka kata ni.

“Siapa kata aku kena pecat? Kau ni Adlina, tak tahu apa yang kau dengki sangat dengan aku ni, suka fitnah sana sini....” Bibah terdiam seketika. Adam mula mengukir senyum.

Adlina, Mona dan Sherry saling memandang antara satu sama lain. Tanggapan mereka bertiga sama, Bibah dipecat kerana dia terlalu gemuk untuk bekerja di syarikat mereka. Lagipun dia bukannya pandai sangat buat kerja pun.

“Kenalkan ini suami aku Adam. Dan untuk pengetahuan kau, Cik Maz tu mak saudara aku dan Encik Azam tu abang aku dan syarikat tempat korang kerja tu, syarikat bapa aku. Majlis ini pula dibuat sempena kepulangan suami dan abang aku juga kerana kehamilan aku. Jelas tak?” Soal Bibah tegas.

Adlina, Mona dan Sherry terkulat-kulat di situ. Tanpa mereka sangka, tanpa mereka duga, setiap perbuatan mereka terhadap Bibah bagaikan diulang tayang di dalam memori mereka. Wajah ketiganya merah padam.

“Bibah, Adam kenapa tercegat kat depan pintu tu? Ajak tetamu masuk dan makan.” Puan Sarimah menegur.

“Kot iya pun nak berborak, ajak makan dulu,” sambung Puan Sarimah lagi.

“Opppsss...lupa pula. Mari masuk dan jemput makan,” pelawa Bibah.

Adlina, Mona dan Sherry teragak-agak masuk ke dalam rumah. Jika boleh ingin sahaja mereka balik. Muka mereka entah apa warna sekarang ni, terkenan perbuatan mereka sendiri.

“Lainkali, jangan sesekali pandang hina orang lain. Jangan perasan diri tu lawa sangat. Sila..sila makan... dah dasar muka tak malukan.” Adam mencelah. Sinis sindirannya sebelum menarik tangan Bibah beredar dari situ. Puas hatinya.

“Aku nak balik”

“Aku pun sama”

“Jomlah kita balik”

Tanpa menyentuh makanan, mereka bertiga beredar dari rumah itu. Segan, malu, menyesal dan bermacam-macam lagi perasaan menyerbu hati mereka. Menyesal kerana membuli Bibah selama ini. Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

“Aku tak sanggup lagi kerja kat situ”

“Aku pun...”

“Aku pun...”

“Mana mereka? Tadi Cik Sue nampak?” Soal Cik Maz apabila dia mencari-cari kalibat pekerjanya, tidak ditemui.

“Entah, tadi rasanya makan, tak tau ceruk mana mereka melantak” Sinis Adam menjawab.

“Mereka dah balik dah. Tak sempat nak makan,” jawab Azam.

“Haaa.. hahahhaa... malulah tu. Biar padam muka mereka.”

Cik Maz geleng kepala. Adam dan Azam tersenyum. Puas hati mereka. Di dalam hati mereka berharap ketiga mereka menghantar surat perletakkan jawatan esok.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.