Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,484
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3:3

“JAGA diri anakku…” Syed Yusuf menutup semula langsir yang diselak sedikit tadi.

Suasana yang agak tegang antara Harris dan Qai tadi telah diintai olehnya. Hati tuanya tahu pasti akan ada pertembungan pendapat dan sikap antara orang kepercayaannya dan anaknyasendiri. Syed Yusuf menggeleng. Dia bukannya tak tahu perangai Qai bagaimana.Seorang anak yang keras kepala, suka mengikut kata hati dan tak pernah berfikir panjang tentang sesuatu perkara. Dan dia teringat perbualannya dengan Harris beberapa minggu yang lalu.

“Saya amat berharap awak dapat membantu kami…” Penuh harapan Syed Yusuf memberitahu.

Harris menggaru perlahan pelipisnya. Itu tanda dia sedang berfikir dengan lebih mendalam.

“Abah tahu Harris mampu…” sampuk ayah Harris, Encik Nizamuddin.

Harris mengangguk.

“Tapi tak boleh berlama-lama sangat,tuan pengerusi. Sekarang saya sedang cuti jadi bolehlah bantu apa-apa yang boleh dibantu.”

Jawapan Harris membuatkan Syed Yusof berasa amat lega. Hati terus teringatkan anak-anaknya. Dia tahu tahap risiko membawa pulang anak-anaknya ke Malaysia. Lebih-lebih lagi bila waris sebenar telah diumumkan peguam keluarga sedikit masa dulu. Sejak hari ini ada saja perkara yang seakan tak masuk akal berlaku kepadanya. Mungkin ada yang mahukan dia mati?

Kegusaran itulah yang membuatkan Syed Yusuf bertekad menghubungi sahabat lamanya, Nizamuddin. Nizamuddin diketahui ada menubuhkan syarikat pengawal keselamatan untuk orang-orang sepertinya. Dan demi mendengar cerita Syed Yusuf, Nizamuddin sendiri menawarkan anaknya yang bertugas. Harris yang mempunyai kerjaya tetap yang lain kebetulan pula sedang bercuti.

Itulah antara rentetan bagaimana Harris diambil menjadi bodyguard. Syed Yusuf menapak ke meja kerjanya. Qai dan Harris yang diintai tadi mungkin telah boleh menyesuaikan diri masing-masing, itu yang dia fikirkan. Perbezaan usia bukannya penghalang untuk masing-masing ‘selesa’antara satu sama lain. Cuma Syed Yusuf risaukan adalah sikap Qai.

‘Harap-harap Harris dapat menjinakkan Qai yang nakal, sekaligus menjaga dia seperti menjaga seorang adik…’ itulah yang Syed Yusuf mahukan. Hati tuanya sedikit lega kini walaupun masih ada rasa hati yang sayu mengenangkan Qaizer.

‘Maafkan papa, anak-anak… moga selepas ini kita boleh hidup lebih harmoni dan bahagia. Qai, terima kasih anakku. Papa dan keluarga kita menghargai pengobanan yang Qai lakukan ini.’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey