Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,491
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2:2

“I’m ok papa, don’t worry.I can do it!” Qai cuba memujuk papanya.

Syed Yusof mengangguk.

“Yes…I know you can.” Tuan Syed Yusof sudah mula tersenyum semula.

Satu ketukan kedengaran di pintu.Serentak Qai dan Syed Yusof menoleh ke arah pintu. Pintu dibuka setelah Syed Yusof membenarkan tuan yang empunya tubuh masuk. Dan melangkah penuh gagah seseorang seorang budak lelaki yang agak tinggi.

“Tuan pengerusi panggil saya?”

“Ya… mari saya kenalkan anak saya.”

Syed Yusof berdiri dan berjalan menujuke arah budak lelaki itu. Menepuk perlahan bahunya dan menggamit Qai supaya bangun.

Perlahan-lahan dan dengan malas Qai bangun. Menapak setapak dua dan berhenti betul-betul berhadapan Syed Yusof dan budak lelaki tersebut. Kedua tangan diselukkan ke dalam kocek seluar jeans yang dipakainya. Senyuman yang budak lelaki itu lemparkan tidak dibalasnya. Bukannya dia sombong tapi lebih kepada malas. Itu aje sebenarnya.

“Ini anak saya… emm… Qairul Bunyamin.Umur 18 tahun.” Syed Yusof memperkenalkan mereka.

Qai mendongak sikit memandang budak lelaki itu. Mata dia sudah sedikit terbuntang tapi cepat-cepat Qai menyepetkannya. Dalam hati terus bersuara tentang ketinggian bagai galah budak yang diperkenalkan papanya. ‘Macam hantu Melayu. Hantu galah. Hahaaa…’ hati Qai terus menakal. Mulutnya juga tiba-tiba senget sebelah.

“Qai, ini Harris. Dia akan jadi bodyguard Qai mulai sekarang. Dia akan jaga Qai sepanjang Qai berada di Malaysia.” Syed Yusof memperkenalkan budak itu sambil menerangkan tujuan perkenalan itu..

“Assalamualaikum…. hai, I’m Zumar Alharris Syah. You can call me Harris. Nice to meet you. And I’m 21 years old.” Harris menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam.

Tangan yang dihulurkan Qai pandang sepi.Kedua-dua tangan Qai masih di dalam kocek seluar. Sedikit pun senyuman tidak berikan kepada Harris. Namun sempat juga Qai meneliti raup wajah Harris disamping ketinggian ‘hantu galah’ yang melayut.

‘Bidadara.’ Terdetik perkataan itu dibenak Qai. Dan Qai tahu, Harris adalah bakal saingannya nanti.

 “I’m your bodyguard now and I will protect youlike I protect my ownself. And just give me an instruction, InsyaAllah I willobey you.” Harris menarik tangannya yang tidak disambut salam oleh Qai dan memberi tabik hormat pula.

Emm... macam-macamlah kan mamat hantu galah ni! Kutuk Qai di dalam hati.

“Awak? Awak akan lindungi saya? Boleh ke? Muka macam budak-budak. Betul ke 21 ni? Dahlah kurus. Tak sado langsung.Kuat tak ni?” Sengaja Qai bercakap sambil memandang ke atas ke bawah ‘saingan’ di hadapannya. Hati Qai pula sudah ketawa dengan galaknya.

Harris tersengih dengan mempamerkan Killer grinnya. Langsung dia tidak membalas apa yang Qai perkatakan tentang dirinya.

Syed Yusuf ketawa kecil dan menepuk-nepuk bahu Harris.

“Harris… Harris… maafkan anak saya. Dia sedikit kasar dan nakal tapi bila dah kenal lama, awak akan tahu yang dia budak yang baik. Dan satu lagi nak beritahu. Qai suka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.”

“Maafkan saya, tuan pengerusi. Saya tak tahu tu tapi mujur jugak saya tak bercakap Bahasa Arab atau Jerman tadi.” Sambil ketawa yang masih ditahan,Harris bagai memberi isyarat kepada Qai tentang dirinya.

Syed Yusof makin galak ketawa. Bunyi tawanya pula semakin panjang setelah melihat wajah, telinga dan hidung Qai yang sudah merah. Sedari kecil Qai memang begitu jika ada perkara yang dia marah atau geram. Sehingga berair mata Syed Yusof ketawakan Qai. Harris pula kelihatan terpinga-pinga. Dia tidak faham kenapa tuan pengerusi begitu.

“Apa kau ingat aku duduk lama kat luar negara tu tak reti langsung ke cakap Bahasa Melayu? Sorry lah, ini Qai. Banyak bahasa yang aku tahu.” Qai mula mendabik dada dengan rahang yang bergerak-gerak cuba menutup api yang cuba membesar.  

“Qai…please behave!” Tiba-tiba Syed Yusof mencelah. Dia tidak suka Qai berkelakuan sebegitu.

Nasihat keras Syed Yusof telah mendiamkan Qai dari keterlanjuran kata.

“Sorry papa.” Qai mengakui keterlanjuran bicaranya. Menggigit bibir sendiri. Kedua tangan masih menyeluk kocek seluar.

“Oklah Harris. Awak boleh keluar sekejap, tunggu sehingga saya panggil semula. Saya nak cakap sikit dengan anak saya.” Syed Yusof memberi arahan kepada Harris.

Harris mengangguk dan tanpa bersuara dia terus keluar dari pejabat. Syed Yusof mengambil tempatnya semula. Qai hanya menjeling dari ekor matanya dengan kepala tertunduk. Ternyata ada kekesalan pada raut wajahnya. Dan suasana kembali sunyi.

Sedetik…

Dua detik...

Dan beberapa detik…

Masa terus berlalu. Syed Yusof seakan menghukum Qai dengan cara sebegitu. Dan begitulah caranya mendidik anak-anak.Marahnya seketika tetapi hukuman tetap berjalan selepas itu. Diam dan anak-anaknya akan terhukum dengan keterlanjuran perlakuan dan kata-kata mereka. Dalam diam, Syed Yusof mengajar tentang erti kesunyian. Mereka juga akan belajar erti disiplindan bertolenrasi. Walaupun adakalanya dengan Qai, dia lebih terpaksa bertegas.Qai, anak yang sedikit nakal tetapi ada sifat lembut yang tersembunyi.

Previous: Bab 2:1
Next: Bab 3:1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey