Home Novelet Cinta Bidadari Puteri
Bidadari Puteri
Ruby Maey
13/7/2018 10:38:35
1,573
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1:1

Zumar mengangkat kad manila yang tertulis nama seseorang. Nama dia sendiri tidak percaya, itulah nama sebenar seseorang. Bagaimanakah agaknya personaliti tuan empunya nama? Adakah seorang yang lemah lembut, penuh gemalai? Atau kasar,keras sifatnya? Ataupun seperti seseorang yang pernah dia kenali suatu waktu dulu? Zumar semakin berdebar menanti dia.

Situasi yang hingar bingar di situ, langsung tidak mengalihkan pandangan mata Zumar kepada manusia yang lalu lalang. Nama di kad manila dipegang kemas. Dan iya,Zumar sedikit cemas sebenarnya. Tegak dia berdiri di pintu ketibaan. Menantidan terus menanti.

Tiba-tiba bahunya dicuit berulang kali. Segera Zumar berpaling memandang si pelaku.Mulutnya terbuka. Ternganga melihat. Ke atas ke bawah, Zumar menilik. Dahi sudah berkerut. Matanya juga sesekali melirik ke arah lain, masih mencari sang empunya nama.

“Tutup mulut awak… nanti lalat masuk!” Sambil berkata, tangan halus itu menolak dagu Zumar.

Zumar tergamam. Beraninya! Desir hati Zumar.

“Awak siapa?” soal Zumar. Dia masih tergamam dan keliru. Muka sudah sedikit merah menahan satu rasa.

Tangan halus itu menunjuk ke arah kad manila yang dipegang Zumar.

“Qasrina Qaisyah?” Bagai tidak percaya. Sesungguhnya Zumar tidak percaya.

Si gadis ketawa kecil. Matanya melirik meneliti wajah Zumar. Tawanya terhenti.Hanya senyuman selebar mungkin dipamerkan.

“Nice looking!” Langsung tidak berlapik. Senyuman masih melebar.

“You can call me, Qass… and what’s your name, handsome boy? Qass terusan bersuara.Dengan kelunakkan suara, dengan kenyitan di mata.

“Ehemmm…”Zumar membetulkan suara. Sebetulnya dia sedikit gelabah dengan sikap ‘lepas’berani gadis di hadapannya.

“Saya Zumar Syah. Cik… Cik Qass boleh panggil saya, Zumar.” Zumar membalas senyuman dan menelan liur sekaligus.

“Ok,Zumar... satu perkara I nak pesan. Jangan jatuh cinta dengan Qass, ok? Qass menjinjitkan kakinya dan berbisik di telinga Zumar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey