Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,509
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3:1

CUKUP masa. Syed Yusof memandang semula Qai dan menghela nafasnya panjang.

“Papa tahu apa yang cuba kamu buat Qai…tapi seperti yang kamu tahu, kamu dalam bahaya. Bahaya besar. Kita tak tahu lagi siapa musuh kita yang sebenar dan mereka ada berapa ramai. Kamu memang memerlukan bodyguard.”

“Tapi Qai tak berapa percayakan dia. Boleh ke dia menjaga keselamatan Qai? Lagipun dia kurus sangat. Sekali Qai tumbuk dia, boleh jatuh tau, papa. Nak jaga diri sendiri pun tak lepas tu.” Qai betul-betul tidak faham kenapa dia memerlukan Harris.

“Sebab tu je? Kurus bukan penentu seseorang tu boleh jaga kita atau tak.”

“Dan satu lagi, papa… entah-entah dia pun salah seorang yang nak ‘kami’ mati!”

“Soal tu Qai tak payah risau. Papa tahu siapa yang papa upah untuk jaga Qai. Dan tentang Qaizer, Qai kena fikirkan tentang dia. Kalau musuh kita tahu siapa Qai dan siapa Qaizer. Agaknya apa yang meraka akan lakukan nanti?” soal Yusof Bakti ringkas.

Qai terdiam. Wajah abangnya terbayang di mata. Erangan kesakitan Qaizer. Balutan diseluruh tubuh Qaizer dan juga mata Qaizer yang masih belum terbuka sepenuhnya. Semuanya dalam kepala Qai. Perlahan dia memegang belakang bahu kirinya. Qai juga mendapat tanda di atas perkara yang terjadi kepada mereka. Entah kenapa ada rasa dendam yang membara.

“Qai akan pastikan siapa yang buat kita macam ni, dapat pembalasan yang setimpal.” Sambil mengetap bibir Qai bersuara.Tangannya dikepalkan membentuk penumbuk.

“Then you should take care yourself. Qai kena selamat. Qai kena sihat. Barulah Qai boleh pastikan orang yang buat kita macam ni, terbalas perbuatannya. Faham?”Provasi itu sengaja Syed Yusof salurkan kepada Qai. Hanya itu jalannya untuk Qai menerima kehadiran seorang bodyguard.

Lambat-lambat kepala Qai terangguk.Terima dalam keterpaksaan. Namun hatinya tahu, dengan adanya seorang bodyguard, dia tidak akan bebas seperti dahulu.

“Tapi papa kena ingat syarat Qai. Qai tak nak ada komitmen penuh dalam pelajaran. Qai nak bebas belajar mengikut cara Qai. Qai tak nak terikat dengan undang-undang kolej.” Qai pula cuba berdiplomasi dengan papanya.

“Papa ingat dan sebab tulah papa berikan Harris sebagai bodyguard. Qai boleh percayakan dia. Qai boleh bebas dalam pemerhatian dia. He’s the best. Itu sahaja jaminan yang papa berikan. Ok macam nilah… Qai anggap saja si Harris tu seperti tidak wujud dan bukannya bodyguard Qai. Anggap dia sebagai kawan baik. Ok tak?” Syed Yusof memberitahu dan sekaligus memberi satu cadangan.

“Ok, Qai setuju! Asalkan Harris jangan terlalu tunjukkan yang dia seorang bodyguard.Malulah Qai kalau kawan-kawan baru dekat sini tahu Qai ada babysitter.” Qai yang telah duduk di hadapan Syed Yusof mengetuk-ngetuk meja dengan jari jemarinya.

Syed Yusof mengangguk, setuju. Dia tersenyum. Qai pun tersenyum. Lega juga sebab papanya mengotakan janji. Janji yang dibuat apabila Qai setuju menggantikan Qaizer.

Sebulan dari sekarang nenda iaitu nenek Qai dan Qaizer yang tidak pernah mereka kenali mahu bertemu dengan waris lelaki tunggalnya. Waris itu adalah Qaizer tetapi nenda tidak sedar dan tidak pernah tahu dia masih mempunyai waris yang lain. Orang itu adalah Qai sendiri selaku kembar kepada Qaizer. Dan Qairil Alexander iaitu seorang adik mereka. Kedua-dua Qai dan Alex langsung tiak diketahui kewujudan mereka oleh nenda. Ia sengajadi sorokkan.

Ada sebab yang tidak diketahui Qai kenapa papa sorokkan kelahiran dia dan Alexander tetapi tidak Qaizer. Cuma yang Qai ketahui adalah nenda tidak pernah restui perkahwinan antara papa dan mamanya.Papa dihalang untuk kerap bersama mereka. Mungkin bagi nenda, mereka tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dan sekarang, kerana sebuah wasiat tiba-tiba nenda meminta papa membawa cucunya kembali ke tanah air. Cucu lelaki tunggal.

Adik lelaki papanya iaitu Syed Ismail hanya mempunyai anak perempuan sahaja. Begitu juga ibu saudaranya, Sharifah Maisuhara. Masing-masing tiada anak lelaki. Sekarang Qai tahu merekalah ‘harta’yang tidak ternilai kepada nenda. Waris lelaki kepada arwah Tan Sri Syed Idris Bakti dan Puan Sri Tengku Puteri Maznah.

“Qai…” Syed Yusof memanggil.

Suara itu telah mengejutkan Qai dari lamun yang panjang. Ia juga bukan sekadar lamunan tetapi lebih kepada ingatan lama tentang tujuan kedatangan mereka.

“Papa sangat-sangat berterima kasih sebab membantu papa dalam hal ini.” Mata Syed Yusof bergenang lagi.

“It’s ok papa. Qai faham dan Qai amat berterima kasih kepada papa kerana papa masih menjadi papa kami walaupun banyak rintangan.” Qai tersenyum.

Syed Yusof turut tersenyum. Dia menggosok-gosokkepala Qai seperti yang dia selalu lakukan dari Qai kecil lagi. Menggosok dan membelai rambut anak-anak.

“Macam mana dengan Qai? Selesa? Kalau tak selesa, beritahu papa ok.” Tiba-tiba Syed Yusof bertanya tentang sesuatu.

“Qai ok saja, papa. Setakat ni memang takde masalah. Kalau ada pun, Qai boleh atasinya sendiri.” Bersama senyuman Qai memberitahu jawapan yang teramat pasti.

“Ok, Qai boleh keluar dan jumpa dengan Harris. Dia akan bawakan Qai ke dalam kelas. Dan ingat jangan buat kerenah pula,papa tahu Qai seorang budak yang baik. Dan satu lagi rahsiakan siapa Qai. Tidak sehingga Qai sudah bertemu nenda nanti. Segalanya adalah untuk keselamatan Qai.”Syed Yusof kelihatan cukup risaukan anaknya.

Qai pamer senyum sahaja tanda faham dengan kata-kata Syed Yusof. Genggaman tangannya sendiri, dikemaskan. Tanda satu azam, tekad dan kemahuan yang jitu ditanam di dalam dadanya. Qai tahu dipundaknya itu telah tergalas satu amanah dan tanggungjawab. Telah ditakdirkan segalanya sejak sesaat dia dilahirkan berkembar dengan Qaizer. 

Previous: Bab 2:2
Next: Bab 3:2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey