Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,526
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1:2

“QAI dah sedar?”

Qai tidak menjawab tetapi matanya meliar memerhati sekeliling. Bila dia yakin dia sudah selamat, baru tubuh digerakkan.Namun dahi berkerut. Kesakitan menjalar ke seluruh tubuh. Di belakang bahu kiri pula, terasa berdenyut-denyut.

“Qai di mana ni, papa?” soal Qai. Dia masih berusaha bangun dari pembaringan sambil dibantu.

“Suatu tempat yang selamat.” Hanya itu jawapan Syed Yusof.

“Qaizer?” Qai masih menyoal.

Syed Yusof diam seketika.

“Papa?” soal Qai lagi. Hatinya sudah terasa tidak tenteram.

“Qaizer selamat tapi…”

“Tapi apa?” Cepat Qai memotong percakapan Syed Yusof.

“Dia cedera agak teruk tapi dia masih selamat…” Sebaik berkata-kata, keluhan terlepas dari mulut Syed Yusof.

Qai terangguk-angguk. Tanda faham.

“Dan satu lagi Qai…”

“Ye, papa?”

“Qaizer takkan sempat jumpa nenda nanti.”

“Why?Seriously papa, what’s wrong with Qaizer?” Qai mulai menegakkan tubuhnya.

“Qaizer koma…” Terluah juga perkataan itu dari mulut Syed Yusof.

Syed Yusof mengambil duduk di sebelah Qai. Memegang tangan Qai yang sudah bergenang air mata.

“Qai kena gantikan Qaizer sebagai waris tunggal lelaki Tan Sri Syed Idris Bakti.” Syed Yusuf menepuk-nepuk tangan Qai yang digenggam tadi.

Perlahan Qai mengangguk. Air yang bergenang tadi dikesat. Menyapu kering tanda kelemahan seorang adik.

“Qai akan membanggakan papa dan Abang Qaizer. Demi keluarga kita. Qai akan gantikan abang. Walau untuk selamanya.”Tangan Qai turut membalas genggamam tangan papanya. Mengambil kekuatan dan ketabahan seorang ayah.

“Terima kasih, anakku…” Syed Yusofter senyum penuh kebanggaan seorang ayah.

Sepi di kamar beradu mula menyelubungi.Kedua anak dan ayah, dalam bicara tersendiri kini berjanji menjaga antara satu sama lain. Syed Yusof beberapa kali menggenggam dan menepuk-nepuk lembut tangan Qai. Anak yang kini tergalas segala amanah dan kekuatan keluarga. Moga segalanya akan baik-baik sahaja di masa akan datang. Hanya itu doa Syed Yusof walau kerisauan tetap bermukim di hati tuanya.

Previous: Bab 1:1
Next: Bab 2:1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey