Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,235
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

 

LAMAN sesawangdi internet tak banyak maklumat tentang rumah agam tersebut. Ketika Hunamencari kata kunci Dato’ Haji Ahmad Safih, ialah seorang ahli korporat dalambisnes pembekal terbesar di Malaysia. Beliau juga mempunyai anak syarikatkotraktor gred tinggi yang pakar dalam pelbagai jenis projek. Namun, beliautelah meninggal dunia akibat kemurungan dan kanser otak. Pewaris syarikatnyasekarang ialah Dato’ Saiful Abid bin Mahmadi, anak tirinya.

            “ Hmm, kenapa anak kandung dia takmewarisi syarikat dia?” tanya Huna di dalam hati.

            Lalu dia taip: anak kandung Dato’Haji Ahmad Safih.

            “ Oh, Am Shufandi bin Dato’ AhmadSafih. Hmm...” Huna terdiam sebentar melihat biodata anak kandung Dato’ Safihlalu membaca sekali lagi. “ mengalami masalah percakapan; bisu sejak kecil tapimasih boleh mendengar dan memahami seperti biasa. Bahkan anaknya pernahmemenangi banyak anugerah pelajar istimewa cemerlang semasa zamanpersekolahan.” Baca Huna artikel biografi tersebut.

            Kemudian dia mengezum masuk gambarAm Shufandi, jantungnya berdegup secara tiba-tiba, air matanya mengalir tanpasedar. Perasaan aneh yang dia sendiri tidak faham berlaku secara spontan dantanpa kehendaknya. “Kenapa aku macam ni?”

            “ Nah cekodok! Abang bawa air milolagi abang bancuh tadi,” ucap Luthfi selepas menolak pintu masuk ke bilik Huna.Dia melihat air mata jatuh dari mata Huna. Dia menpercepatkan kakinya ke arahHuna, “ Kenapa ni Huna? Jangan kata kena rasuk. Argh! Macam mana ni? Aku kenabaca doa. Okay. Baca doa Luthfi.” Kehulu hilir Luthfi dalam bilik Huna.

            Huna membiarkan pipi basahnya,membuat wajah seram cuba menakutkan abangnya, “Woi!” sergah Huna dengan suaragarau.

            Terbang darah Luthfi melompat didepan Huna.

            “ Haaaaaa...... haahaa.”Terbahak-bahak Huna gelak melihat abangnya terkesiap.

            “ Kenapa pula dia gelak ni. Janganmasuk dalam badan saya. Maafkan saya,” pinta Luthfi dengan tangan memohon.

            “ Hei abang. Huna tak apa-apa lah.Abang ni memang dari dulu takut benda macam ni kan? Harap saja kerja ladang,tapi takut hantu.”

            Meniup nafas lega, Luthfi bangundengan muka selenga menafikan fakta adiknya, “ Mana ada abang takut. Abang tahuHuna berlakon. Tu abang berlakon pura-pura takut.”

            “ Eleh, dulu kak Ika dan kak Melinpakai telekung takutkan abang masa balik mengaji, melompat abang pergi pelukabang Adam. Eleh.”

            Luthfi yang malu cuba mengalihtajuk, “ Huna tengok gambar siapa sampai menangis tu? Drama betul!”

            “ Huna pun tak tahu kenapa Hunamenangis. Huna rasa macam pernah jumpa muka iras-iras dia masa kecil. Tapi Hunatak rasa yang Huna jumpa dulu tu bisu!” Jelas Huna kepada abangnya.

           “ Bisu? Tak pernah pula abang jumpabudak bisu kat kampung kita. Gambar orang yang Huna tengok tu bisu ke?” tanyaLuthfi dan sambung, “ mungkin sebab Huna kesian dekat dia. Mana tahu? Hati mukaepal ni suci dan murni, kan?”

            Huna melayan saja abangnya danmerenung semula gambar Am Shufandi. “ Mungkin ke?” fikir Huna dan cubamengimbas kembali peristiwa dengan lelaki iras-iras muka Am Shufandi sewaktudia kecil.

           

HUNA mengayuhbasikalnya laju menuju ke ladang sebab tertinggal buku latihan sekolah dipondok. Hujan renyai bertukar lebat secara mendadak. Huna yang sedang membawalaju ditiup angin kuat dilibas air hujan jatuh tumbang ke jalan.

            “Aduh!” keluh Huna yang terbaringbersama basikalnya. Bajunya basah dek hujan yang semakin lebat. Sedang dia lekamenahan sakit, air yang menyiram Huna dihalang daun payung yang berlinang nipisseperti ditarik kuat dari pokoknya yang renek. Huna mula sedar mendongak keatas dan dia fikir abangnya yang datang memayungi, namun bukan. Budak lelakiyang ceria mengukir senyum manis ke arahnya.

            “ Senyum saja. Tak nak tolongbangunkan saya ke?” tanya Huna yang sedang menunggu bantuan budak tadi.

            “ Ow, oh.” Dia hulurkan tangannyakepada Huna tapi Huna menolak dengan berkata,

            “ Tak boleh cara ni. Cara lain.Hmm... kayu tu. Hulur kat saya pastu angkat,” suruh Huna sambil memuncung mulutke arah ranting kayu.

            “ Ah,” faham budak itu lalu dikutipranting yang kukuh membongkok ke tanah supaya daun payung tadi masih di atasHuna. Dihulur ranting kemudiannya dan Huna pegang lalu dia angkat sedayanyasampai Huna berdiri.

            “ Ah, sakitnya,” Huna berdiri danmembelek sikunya yang luka kecil membuatnya terasa pedih.

            Budak lelaki tersebut cuba menyentuhnyanak periksa malah dielak sekilas oleh Huna.

            “ Maaf. Saya tahu awak nak tolong.Tapi saya boleh buat sendiri. Lagipun awak bukan mahram saya.” Jelas Hunasambil menatap wajah budak lelaki tadi dibasahi air hujan sampai terkelipmatanya. “ Eh, hah! Awak payung saya saja ke? Cepat jom lari kat pondok tu.”Ajak Huna bergerak ke pondok ladang getah yang sudah dekat.

            Budak lelaki tadi mengangguk tapidia tengok basikal di jalan dan menoleh semula ke arah Huna yang sudah punberlari. “ Arrrrr...” keluhnya perlahan dan diangkat tolak ke pondok pantas.

            “ Basah kuyup dah aku. Uish,sejuknya!” adunya sendiri memeluk badannya kesejukan lalu bergerak ke serambipondok.

            Budak lelaki yang menolak basikal kepondok menarik brek mendadak menendang tongkat basikal di tepi pondok. Diaberdiri di bawah cucur atap juga memeluk tubuhnya yang menggeletar.

            “ Duduklah kat atas serambi.”Panggil Huna budak lelaki tadi dengan nada sopan selepas melihatnya berdiriterketar-ketar. “ Naik, naik. Nanti basah demam susah pula.”

            Angguk budak lelaki tadi dengansenyumnya.

            “ Suka (senyum) saja dari tadi, awakjangan macam-macam...” Huna mula tersedar dengan wajah ceria budak lelaki itu,“ aa.. awak yang halau anjing masa saya tadika dulu kan? Hmm... enam tahundulu? Kan?”

            Angguk sekali lagi budak tersebutmengiyakan Huna.

            “ Hei, angguk saja dari tadi. Cakappun malas ke?” jengkel Huna dengan jawapan yang seperti tak berjawab baginya.

            Budak lelaki tadi sentap danterlihat buku lukisan dan pensel milik Huna di penjuru serambi lalu ditariknyadan mula menulis laju.

            “ Apa awak nak buat dengan bukulukisan saya? Hei!” dekat Huna dengan budak lelaki itu cuba menarik bukunyayang budak itu tulis. Dia berhenti menarik selepas membaca tulisannya,

            “ Saya tak ada suara hari ni.”

            “ Oh!” Huna sudah tahu punca dia takjawab soalannya tadi. “ Itulah minum air batu banyak sangat, musim hujan macamni.” Berlagak tahu saja Huna ni.

             Budak lelaki tadi senyum lalu menulis lagi,

            “ Baiklah. Lepas ni saya tak minumair batu lagi.” Dia tunjuk ke Huna untuk dibaca dan dia alih muka suratmenyambung, “ saya hero awak masa awak kena serang anjing liar dulu.”

            “ Tadi awak dah jawab dah. Hmm...Awak nak eja biar betul sikit. Eja hero, H, I, R, O lah. Awak tulis H, E, R,O.” Cuba mengajar pula Huna walaupun dia yang salah sebenarnya.

            Dia periksa semula ejaannya danmencengkung keningnya pelik.

            Dalam masa yang sama, lampu fikiranHuna menyala, “ Hiro? Sedap juga nama tu. Saya panggil awak Hiro lah.” Memandaisaja Huna mencipta nama panggilan orang seperti dulu dia bagi nama Magus.

            Budak lelaki tersebut menggeleng,cuba menulis, “ Fa” tak habis lagi dia tulis Huna menyampuk,

            “ Tak payah tulis nama awak. Sayasuka nama yang saya bagi dekat awak. Jadi, saya nak nama tu saja. Hiro.” Keluarperangai kebudak-budakannya.

            Hiro menguyukan mata dan menulis, “Awak bosan ea?”

            “ Hmm... agaklah. Hujan ni makinlebat lah pula. Kenapa tanya?”

            “ Saya ada permainan menarik.” Tulisdia laju.

            “ Apa dia?” tanya Huna.

 “Sudikah awak berkomunikasi dengan menulissaja hari ni bersama saya?” baca Huna sambil melihat mata Hiro terbeliakteruja.

            “ Kenapa pula saya nak tulis? Awakyang tak ada suara...” belum habis dia merengek terlihat Hiro menutup mulutnya sendiridengan jari telunjuk. Huna yang tak sedar yang Hiro dah pun tulis sesuatu,terus membaca,

            “ Sekali ni saja, saya nak sangatberkenalan dengan awak. Dengan cara ni akan buat perkenalan kita lebihbermakna.” Hiro menyelak muka surat, “ Lagipun hujan kan. Tak jelas suaraawak.”

            Huna yang membaca terkesan denganayatnya. “ Betul juga kata dia.” desis Huna dalam hati. “ Baiklah, lepas hujanberhenti kita pun berhenti. Saya nak ambil buk...” sekali lagi Huna tak sempat habiskanayatnya.

            Hiro menunjukkan jari telunjukkepada Huna, dan menggerakkan ke bibir. 

            “ Mungkin dia nak aku ikut dia? Buatsaja lah.”

            Budak lelaki tadi menolak perlahanbuku lukisan yang lain kepada Huna.

            Dengan jari telunjuk tangan kiri dibibir, melutut, Huna menulis dengan tangan kanan, “ Assalamualaikum.”

            Hiro baca dan tulis, “Waalaikumsalam. Nama apa?”

            “ Magus” tipu Huna namanya kepadaHiro,

            Hiro yang pelik dengan nama Huna terdiam.

           “ Cepatlah tulis. Giliran awak pula.”Suara Huna tiba- tiba bersuara.

            Hiro mengangkat jari telunjuknya.

            “ Ya, tahu. Jari. Mulut. Tutup.”Jawab Huna dengan perbuatan satu persatu.

            Hiro menulis, “ Magus! Nama yangBAGUS!” tunjuk Hiro jari ibu terangguk-angguk.

            Huna mencebik bibir turut anggukperlahan dengan bunyi, “ Hehhe.”

            “ Umur berapa?”

            “ 11. Awak?” Huna jujur kali ini.

            “ 13.”

            “ Awak nak pergi mana?”

            “ Saya nak jumpa seseorang.”

            “ Awek?”

            “ Saya pun tak pasti. Bolehlah.”

            “ Lepas ni awak pergi jumpa dia katmana?”

            “ Saya dah pun jumpa dia.”

            “ Dekat mana?” tulis Huna laludongak ke depan untuk mengangkat buku tapi dia lihat Hiro sedang memegang bungaKesidang untuknya.

            “ Untuk awak?” baca Huna bukulukisan Hiro.

            Huna kaku dengan pipi merahmengambil bunga dari Hiro yang dianggapnya dari awal mempunyai muka yang sucidengan senyuman, dia mula tertarik dengan Hiro lalu perlahan dia ucap, “ Terimakasih,” sambil dia merenung mata Hiro yang juga sedang merenungnya.

            Hujan mulai reda renyai-renyaiembun. Huna yang berasa janggal menukar topik, “ Eh, hujan dah berhenti sikit,”lantas dia bangun dan turun keluar dari pondok bermain hujan renyai denganbunga Kesidang ketawa.

            Hiro hanya melihat Huna yang sedanggembira, lalu dia senyum sendiri menenung wajah Huna yang berseri di balikpermandangan hujan renyai yang nian indah. Kemudian dia nampak Huna mengajaknyaturun sama.

            Hiro turun bermain air hujan bersamaHuna.

            Huna seraya mengungkap, “ Saya rasasaya tahu siapa perempuan yang awak suka tu.”

            “ Eoo...” bunyi Hiro terjentikhatinya.

            “ Dan saya rasa awak tak perlurisau, sebab saya yakin dia dah pun menerima bunga awak di taman hatinya. Hiks-hiks.”

            Hiro senyum manis gembira.

            “ Dah lah, jom balik. Dah senjadah.” Berlari dia ke pondok bersama bunga Kesidang mengambil buku lukisannya diserambi dan basikalnya. Dia kemudiannya berhadapan dengan Hiro menuntunbasikalnya, “ Saya balik dulu ya.”

            Angguk Hiro kepada Huna.

            Huna menunggang basikalnya danmengayuh perlahan. Tak sampai beberapa kayuhan, dia membrek lalu menoleh kebelakang, “ Hmm... saya harap dapat jumpa awak lagi.”

            Hiro tenung mata Huna sepertibimbang tapi senyum perlahan kepada Huna.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.