Home Novel Cinta Tak Ku Mampu..
Tak Ku Mampu..
hijratul
6/9/2018 12:38:32
9,555
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5

Miasarah mengambil bekas ubat. Minyak gamat yang kak Salmi berikan berbulan dahulu dibeli ketika bercuti ke Langkawi masih belum terusik. Dua belas botol semunya tapi hanya tinggal dua, yang selebihnya dibahagi-bahagikan kepada teman-teman sepejabat. Dia tersengih sendirian mengenangkan kakaknya. Kerana perangai kepoh kak Salmi itulah sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sunyi dihati. Dia bersyukur sangat-sangat dapat dipertemukan kembali dengan kakaknya itu. Mereka pernah terpisah setelah kematian emak dan ayah. Ketika itu dia dijaga oleh ibu saudaranya manakala kak Salmi dihantar ke rumah anak yatim. 

Luka di dahi dibersihkan terlebih dahulu sebelum Miasarah meletakkan ubat ditempat lukanya. Rasa pedih cuba ditahan. Setelah dahinya siap disapu ubat, langkah diatur ke dapur mencari makanan. Susuk tubuh Razlan tidak kelihatan mungkin sedang bertapa didalam biliknya. Sejak mereka kahwin Razlan dan dia tinggal dibilik berasingan. Rumah peninggalan ibu bapanya banyak bilik jadi tidak menjadi masalah bagi mereka.

 Ditariknya kerusi lalu duduk seketika untuk merasakan rasa pening yang datang secara mendadak itu. Agaknya banyak sangat keluar darah siang tadi. Setelah rasa pening sedikit berkurangan dia bangkit perlahan menuangkan air panas ke dalam mug, serbuk chocholat matl diambil lalu dikacau perlahan. Aroma coklat yang menyegarkan membuatkan perutnya terasa lapar. Dibukakan bungkusan roti tadi, baru sahaja hendak mencelupnya ke dalam air coklatnya tindakan itu terhenti. 

 “Berkulat” luahnya dengan nada kecewa. Dengan hampa dia meletakkan kembali kepingan roti itu. Nampak gayanya terpaksalah dia mengalas perut dengan coklat malt hendak keluar cari makan memang tidak sesekali, mahu mengharapkan Razlan lagilah payah. Akhirnya dia memilih untuk tidur.  


Tok!..tok!

Hampir luruh jantungnya ketika bunyi ketukan itu betul-betul masuk ke corong telinganya. Menganggu betul. Dia baru sahaja mahu terlelap tiba-tiba diganggu pula. Pelipis dipicit perlahan apabila merasakan peningnya mula bertandang. Perlahan-lahan dia turun dari katil.

“Nak apa” soal Miasarah dalam nada lemah dan berkerut dari dalam bilik.

“Mia..buka pintu ni” 

Perlahan-lahan dibukakan pintu. Dapat dilihat susuk tubuh Razlan yang membelakanginya. Miasarah menarik nafas panjang. Pintu dibuka hanya sedikit, sekadar memberi ruang dia dan Razlan bercakap. 

“Ada apa ni Lan, aku nak tidurlah” 

Razlan segera berpaling ketika dia menangkap suara Miasarah dibelakangnya. Razlan kerut kening. Baru pukul sembilan kut, mata dah nak lelap. Melihat wajah itu dibalik pintu hilang sedikit perasaan risaunya. 

“Apa kau nak malam-malam buta ni Lan..” soal Miasarah sejurus Razlan menghadapnya dengan wajah hairan. Dilihatnya temannya itu jungkit bibir dengan wajah kelat. Geram la tu. Dia rapatkan tubuhnya ke pintu segan bertemu muka dengan Razlan ketika dia menyarung baju tidur kain kapas walaupun tidak lah jarang dan menampakkan tubuh dia tetap juga merasa mata itu bagaikan menyelongkar segalanya bentuknya. 

Razlan menatap Miasarah. Comel pula duduk menyorok dibelakang pintu. Kalaulah dia boleh tarik hidung Miasarah melempiaskan rasa geram lagi dia senang hati. Perempuan paling degil. Hendak marah lebih-lebih pun tidak sanggup pula apabila melihat temannya itu memang tengah sakit tapi sengaja kuatkan diri. 

“Kau dah makan ke?” soal Razlan sengaja bertanya walhal dia tahu didapur memang tidak ada stok makan pun sebab itulah dia keluar pergi beli makanan.

Maisarah tersengih. 

“Senyum pulak dia ni, jom makan aku ada belikan kau nasi goreng.” Orang ajak makan boleh pula dia tersengih-sengih dimuka pintu.

“Nasi goreng? cantik sangatlah tu aku pun dah lapar ni.” Bulat mata Miasarah apabila Razlan menyebut nasi goreng. Perut memang lapar sungguh sejak dari petang tadi. Terbayang-bayang keenakan nasi goreng masuk ke tekaknya. Sakit-sakit pun dia masih berselera.

“Lapar? Orang kalau lapar pergi makan yang kau pergi tidur tu kenapa?”

“Ala aku malas la nak keluar, kepala pun masih sakit lagi ni. Nak minta tolong kau belikan nanti kau cakap aku mengada-ngada pulak kan” Miasarah ketawa kecil, tersalah cakap pula kalau boleh dia tidak mahu Razlan bising dan memaksanya ke klinik. Sekarang pun hati sudah berdebar-debar melihat pandangan tajam Razlan didepannya. Bukan boleh dipercayai sangat si Razlan ni, kang dipaksanya masuk ke dalam kereta tak ke naya. Dari sakit sikit-sikit terus masuk ICU.

“Sakit? itulah orang nak hantar ke klinik tak nak, degil betul” Tangan rasa macam hendak luku-luku kepala Miasarah. Degil. Geramnya dia dengan sikap Miasarah. Wajahnya yang masih pucat memberikan jawapan. Penakut dengan ubat tapi tidak pula takut dengan hantu. 

“Apa tungu lagi keluarlah takkan nak ajak aku makan dalam bilik pulak” Bidas Razlan masih tercegat dihadapan muka pintu bilik Miasarah.

Miasarah betulkan rambut separas bahu yang sedikit kusut itu. Kalau keluar dengan rambut berserabai nanti adalah yang mengutuk. Baju sejuk yang tergantung diambil lalu disarungkan ke tubuh. Takkanlah dia hendak keluar dengan baju tidurnya, nanti tak jadi makan jadi lain pula keadaanya. Rambut panjangnya disanggul malas dia mahu sarungkan tudung lagipun dia dengan Razlan sudah halal tidak perlulah berlagak alim walhal mereka bukannya begitu. 


Dua bungkusan polisterin sudah tersedia diatas meja. Kerusi berhadapan Razlan ditarik. Mereka sudah biasa makan berdua. Tidak ada yang pelik pun, nama sahaja rakan baik tetapi hakikatnya mereka adalah suami isteri. 

“Coklat” soal Razlan sepatah. Tangan sudah siap sedia menyediakan air untuk mereka.

“Air kosong je tadi aku dah minum coklat.”

“Kau alas perut dengan coklat je.” Soal Razlan dengan pandangan tidak senang. Selalu sangat Miasarah tidak ambil berat pasal makan minum. 

“Macam tak biasa pulak kau ni. Hmm.. boleh tahan nasi goreng. Sedap!.” Miasarah tidak mahu Razlan memanjangkan hal remeh temeh begitu. Dia mahu cepat makan dan cepat dapat lelapkan mata. 

“Eh apasal tengok aku macam tu, makanlah. Aku dah nak sambung tidur ni nanti kau makan sorang-sorang pulak jangan nak salahkan aku” Tegur Miasarah apabila Razlan masih belum menjamah nasinya. Miasarah terpandang akan pipi Razlan yang nampak jelas lebamnya. Mungkin sebab sakit kut. Spontan tangannya menyentuh pipi yang nampak sedikit bengkak.

Razlan kaku. Tersentuh hatinya melihat keperihatinan Miasarah dan telapak tangan itu benar-benar membuatkan dia tidak keruan. Ada debar yang cuba dihalau. Kalau selalu begini tindakan Miasarah nampaknya dia akan tewas.

“Bengkak sikit pipi tu nampak lebam nanti tuam dengan air suam lepas tu letak ubat.” Senyuman diberikan kepada Razlan yang masih memandangnya. Dia tidak kisah pun apa yang ada dalam fikiran Razlan bukannya dia mahu mengambil kesempatan tapi sebagai rakan serumah dia patut mengambil berat. Sekadar itu.  

 Razlan sengih. Sempat tangannya menggosok kepala Miasarah walaupun tubuh itu tidak sihat tetapi mulutnya masih lagi laju menceceh. 

 

Lampu bilik tidur ditutup. Gelap. Dia pernah terbaca Seorang ahli biolagi telah melakukan percubaan ke atas haiwan. Ketika haiwan itu diberi cahaya buatan pada malam hari melantoninya (salah satu hormone dalam system kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai segala penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostart) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah rupanya, cahaya lampu seperti tv menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam berkerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan benar-benar gelap tubuh mampu menghasilkan melantonin. Malah Rasulullah sendiri telah memaklumkan kepada kita 1400 tahun dahulu dari Jabir Bin Abdullah nabi bersabda:-

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim). 


Selimut ditarik hingga ke dada. Rasa sejuk membuatkan dia langsung tidak memasang penyejuk udara. Matanya dipejam sambil mulut terkumat kamit membaca doa tidur dan surah tiga Qul. Baru sahaja hendak melelapkan mata tiba-tiba satu WhatsApp masuk menganggu istirehatnya. Dengan malas Miasarah mencapainya lalu dibukakan pesanan tidak diundang itu.


“Mia..”


Pejam celik pejam celik matanya melihat nama yang tertera pada WhatsApp kiriman Razlan itu. Apa hal lagi mamat ini hendak mengacaunya. Duduk serumah kut apa kes pulak main WhatsApp. Fikirnya Razlan tidak sempat menulis ayat penuh dan tertekan butang hantar sebab itulah namanya sahaja yang kelihatan. iPhonenya kembali diletakkan diatas meja kecil disebelah katilnya. Malas mahu melayan kerenah Razlan tapi belum pun sempat dia hilangkan rasa geramnnya satu lagi peasanan masuk membuatkan dia bertambah-tambah geram. Bibir diketap kuat manakala tangan tetap juga mencapai iPhone miliknya. Melihat nama Razlan lagi masuk ke peti pesanannya Miasarah menarik nafas panjang. Hairan pula bila Razlan rajin menghantar pesanan kepadanya.

“Mia.”.

Perkataan itu juga yang diulang dan tidak mahu terus diganggu dengan pantas dia menaip laju. Orang tengah sakit boleh pula dia main-main. Gerutu Miasarah sakit hati dengan perangai pelik Razlan.

“Apa!!!!!!!!!..” butang send ditekan..


Sejurus itu laju balasannya masuk.


“Hahaha..hidup pun kau. Saja nak pastikan kau tak apa-apa, kalau dah tanda seru tu macam peluru tabur sah-sah kau masih sihat lagi kan..jom tidur..”


Miasarah campak iPhonenya jauh  ke hujung katil. Marah pada Razlan tak semena-mena pula gajet itu yang menjadi mangsa. Boleh pula Razlan mahu bergurau senda saat matanya kian memberat. Memang hendak kena luku kepala Razlan kali ini. Ditarik selimut hingga ke kepala menutupi tubuhnya yang mula kesejukan.


Mata Razlan masih menumpu pada sepatah perkataan yang dihantar Miasarah tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Entah kenapa rasa seronok pula menyakat Miasarah. Razlan yang masih berbaring dia atas sofa ruang tamu membetulkan posisi baringannya. Tuala yang telah dibasahkan dengan air suam diletakkan ke pipi terasa hangat namun tidak sehangat telapak tangan Miasarah menyentuh pipinya dimeja makan tadi. Lembut dan mendamaikan. 

Baru saja mahu bangkit dari sofa iPhonenya tiba-tiba berdering. Sebaik menatap nama pemanggilnya satu keluhan kecil terluah. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia merasa ada kelainan dalam hubungan mereka atau cintanya mula beralih arah. Punggungnya dilabuhkan kembali ke sofa. Kain bersih itu masih melekat dipipi. Sesekali wajahnya berkerut menahan kesakitan. 

“You.. kenapa tak balas WhatsApp I, call pun tak. Kenapa you ni masih marahkan I sebab tak bagitahu you I ke Seremban. I pergi pun sebab daddy yang minta tolong gantikan dia. Ok I minta maaf, I tahu I salah tapi tak payah la nak merajuk bagai. Macam lah you tak pernah buat salah” suara Erina dihujung talian mohon simpati namun dalam masa yang sama membakar hatinya. Memang dia sengaja abaikan WhatsApp Erina ingin lihat sejauh mana Erina akan memujuknya. Malah dia ingin melihat sejauh mana pentingnya dia kepada Erina. Esok-esok kalau dah kahwin Erina buat perangai begitu memang perang besarlah jawabnya. Sekurang-kurangnya maklum lah sepatah. Bukannya Razlan minta dilapor setiap inci pergerakan Erina.

“I tak kisah pun.” Balas Razlan acuh. Badan sudah letih malas mahu bersembang lama-lama takut nanti jadi gaduh pula. Mata pun sudah layu. Sempat dikerling jam didinding. Pukul 10.00 terasa bagaikan pukul 12 malam. Kalau dulu dia boleh bersembang berjam-jam dengan Erina tanpa rasa jemu namun sekarang dia mahu segera menamatkan. Dia malas mahu berperang sebenarnya. Sikap cemburu Erina juga semakin menjadi-jadi. 


“Kalau you tak kisah kenapa you tak jawab call I, whatsApp pun you abaikan.”

“I penatlah Erina, I nak rest. You ada apa-apa lagi nak cakap.” Soal Razlan menyentuh pipinya yang masih terasa sakitnya. Esok pasti ada yang bertanya apa jadi dengan pipinya. 

“You dengan Mia ke?” Erina mula rasa curiga mendengar suara bersahaja Razlan. Siapa tidak curiga apabila lelaki dan perempuan tinggal serumah dengan ikatan perkahwinan pula tu. Kekasih mana yang tidak cemburu teman lelakinya bersama isteri kut. Miasarah pun bukannya tiada rupa malah wajah yang langsung tidak tercalit makeup itu kadang-kadang membuatkan dia tidak senang duduk. 

“Cemburu.” Soal Razlan sepatah. Pelipisnya dielus perlahan. Kepala terasa berat apabila Erina membangkitkan nama Miasarah. Sepatutnya nama Miasarah tidak perlu disebut dalam perbualan mereka. 

“Siapa yang tak cemburu you tinggal sebumbung dengan perempuan okay bukan lelaki! Kalau jadi apa-apa you dengan Mia, I ni macam mana?” Laju Erina melepas geram. Dia tidak mahu menyanggah rasa cemburu yang semakin membuak-buak. Razlan hanya miliknya dan sampai bila-bila pun Razlan tetap akan jadi miliknya. 

“You tak percayakan I.” soal Razlan ingin menduga. Erina sedia maklum keadaan yang mereka. Cinta memerlukan pengorbanan dan kerana ingin memiliki Erina lah dia berkorban diri dengan mengahwini Miasarah teman baiknya sendiri.

Kain putih yang dituam ke pipinya diletakkan ke dalam bekas. Badan disandarkan ke sofa. Cuba melakukan beberapa kali senaman pipi terasa kurang sedikit sakitnya. Patutnya awal-awal lagi Miasarah suruh dia buat.

“Mia dah tidur.” Jelasnya senada apabila Erina masih sepi ditalian. 

“I bukan tak percayakan you tapi I masih sangsi dengan Miasarah. I tak percaya dia kahwin dengan you semata-mata nak tolong kita.”

“Erina kan I dah cakap, kami kahwin sebab I nak elak daripada kena kahwin dengan pilihan mak dan nak selamatkan hubungan kita dan dia kahwin sebab tak nak didesak kakak dia kan. You pun tahu kan masalah kami dan you pun setuju. Adilkan?” luah Razlan cuba mengawal suara bagi mengelak pertengkaran. Erina sendiri tahu mengapa hubungan mereka sampai sekarang tidak pernah maju setapak hanya kekal ditakuk lama. Tidak seharusnya Erina meletakkan kecurigaan dalam perhubungannya dengan Miasarah.

“You memang sengaja nak menangkan Mia kan. You memang ada apa-apa dengan dia ke? Atau you memang mula sukakan Mia.” Suara dihujung talian sudah nyaring menaikkan amarahnya. Razlan jauhkan dari telinga. Dia rimas dengan perlakuan syak wasangka Erina. Tidak cukupkah selama ini dia berkorban jiwa dan raga menunggu sehingga papa Erina merestui hubungan mereka. Semak kepalanya dengan sikap cemburu Erina. Lantas belum sempat mendengar bebelan seterusnya telefon itu terus dimatikan. Jika Erina menghubunginya hanya untuk menghemburkan rasa cemburunya lebih baik dia masuk tidur.







Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.