“Adik
makanlah..” pujuk Nurin dengan sepenuh hati. Tangan kanak-kanak itu masih
tergengam nasi untuk disuapkan kepada si adik. Puas dipujuk namun adiknya tetap
tidak mahu makan. Nasi putih yang hanya berlaukkan garam didalam pingan itu
dipandang sayu. Sejak seminggu yang lalu hanya itu yang mengisi perut mereka
tiga beradik.
Amar
adik lelakinya yang berusi enam tahun tidak kelihatan. Terteleng-teleng
kepalanya menjengah ke luar mencari bayang si Amar. Senyap dan sunyi. Entah ke
mana pula adiknya yang seorang itu menghilang.
“Amar..Amar..”
Laung Nurin menjejak susuk tubuh Amar yang selalu tidak berbaju dari jauh.
“Makanlah
dik nanti mak balik mak belikan aiskerim.” Umpan Nurin memujuk sepenuh hati. Diribanya
adik itu. Selagi adiknya tidak mahu menjamah makanan dan berhenti menangis dia
tidak mampu untuk meneruskan kerja-kerjanya. Usianya yang baru mencecah sembilan
tahun bukanlah satu alasan untuk dia bersenang lenang. Segala kerja rumah yang
sepatutnya dilakukan oleh seorang ibu telah lama menjadi tugasnya. Dia, kanak-kanak
yang terpaksa menjadi matang sebelum usia. Dikala rakan sebayanya sedang enak
mengulit anak patung dia sudah pandai mengasuh si kecil. Dikala teman-teman
sedang enak mengusung Ipad dan gajet-gajet terkini dia sedang bertungkus lumus
meniupkan bara api untuk mengenyangkan perut mereka sekeluarga.
Tangan
Nurin masih lagi disuakan ke mulut sikecil yang masih berteriak dan meragam. Tangan
kecil itu menepis-nepis tidak mahu makan. Entah apa yang tidak kenanya selepas
emaknya meninggalkan mereka untuk ke tempat kerja adiknya menangis dan masih
belum berhenti. Hati Nurin semakin gelisah, masih banyak lagi tugas yang belum
selesai gara-gara si adik meragam pelik. Nasi didalam gengamannya kembali
diletakkan ke dalam pingan yang sudah berdaki. Dia membasuh tangannya sebelum
mendukung si kecil yang sudah kebasahan dengan airmata dan air hingus yang
masih meleleh.
Kain
batik yang sudah lusuh itu dijadikan sapu tangan mengesat lelehan air mata dan
hingus yang mencurah. Dalam dukungan si adik tetap juga meragam dan tidak mahu
diam. Nurin kebingungan.
“Shh..diam
ya dik, akak bawa adik jalan-jalan ya.” Nurin masih lagi berusaha memujuk.
Takkan mampu dia terus membiarkan si adik yang baru belajar bertatih berterusan
menangis tanpa henti. Dia yang masih mentah untuk menguruskan sia adik yang
masih kecil itu semakin tidak keruan. Dipandang sayu wajah si adik yang kembali
lenjun dengan airmata.
Selipar
jepun yang sudah berlubang ditengah-tengah akibat haus dimamah jalan
disarungkan ke kaki. Terasa batu-batu kecil menggigit telapak kaki namun Nurin
tetap Nurin ditahan segala rasa yang ada demi untuk si adik yang masih kecil.
kedaifan hidup mereka sekeluarga hanya dipendam sedalam rasa biarpun dia sering
diejak rakan-rakan sekolahnya dengan gelaran ‘si anak miskin’ dia tetap
tersenyum. Biarpun setiap kali diejek tibanya waktu rehat dengan hanya berbekalkan
nasi putih dan berlaukkan garam dia tetap bersyukur seakan-akan semua itu tidak
memberi bekas kepadanya.
“Wei
kawan-kawan tengok ni Nurin bawak nasi putih lauk garam! Fatihah si anak berada
yang sering mencari hal dengannya. Entah apa yang tidak kena dengan Nurin, Fatihan
sering mengejek dan mempersedakan dirinya. Nurin tetap sabar. Wajah mulus itu
tercari-cari teman yang sering membela dirinya tiap kali diejek namun hampa
wajah itu tidak kelihatan sejak dua hari yang lalu.
“Mana..mana..”
keriuhan suara rakan sekelas sedikit mengusarkan hati Nurin bimbang andai ada
teman yang terlepas laku dengan mengambil dan mencurahkan nasinya sedangkan
hanya itulah bekalan yang dia ada untuk mengenyangkan perutnya seharian. Sikap
nakal itulah yang meresahkannya, dia tidak kisah untuk diejek, dihamun namun
janganlah direntap rezekinya itu.
“Itu..”
jari Fatihah lurus ke arah Nurin yang sedang sendirian menjamah rezekinya
ditepi longkang dewan sekolah. Sengaja dia memecilkan diri sejauh itu demi
mengelak diri dari Fatihah yang senjaga mencari balah. Mereka semakin mendekat.
Nurin senyum sekali ke arah mereka sebelum nasi putih itu masuk ke mulutnya
dengan lafaz Bismillah.
“Ah!
kesian..anak orang miskin mana ada duit nak beli lauk sedap-sedap, dalam mimpi
je dia boleh dapat.” Ejek Fatihah lagi sengaja menyakiti hati Nurin yang tidak
pernah membalas setiap kata. Kata-kata itu bagikan lawak ditelinga teman-teman
sekelasnya. Mereka yang tidak pernah merasa bertapa peritnya kehidupan yang
dilaluinya tidak akan pernah faham penderitaan yang ditanggungnya.
“Ha.ha..ha..
betul apa yang awak cakap tu Fatihah. Tak pun kalau dia nak makan lauk
sedap-sedap tentu mak dia pergi kutip lauk-lauk orang yang tak habis makan kat restoran
mana-mana kan.” Ujar si montel bernama Kiki. Terteleng kepala Nurin apabila
ditonyah si montel. Kiki yang paling besar badannya, yang paling kuat makan dan
yang paling tajam kata-katanya. Nurin tetap menjamah rezekinya yang masih
berbaki. Katalah apa saja tentangnya, dia tetap tuli dan tidak peduli asalkan
perutnya tidak berbunyi ketika dia sedang melengkapkan diri dengan ilmu duniawi.
“Patutlah
belajar tak pandai bila cikgu soal tak tahu nak jawab sebab dia selalu makan
nasi lauk garam sampai jadi bengap.”
“Ha..ha..ha..”
Serentak itu suara ketawa bergema lagi sehinggalah suapan terakhir masuk ke
mulut Nurin dan loceng menandakan waktu rehat telah berakhir berbunyi nyaring.
“Kakak!”
Jeritan Amar mengejutkan lamunanya. Entah bila si kecil diam dan tertidur
didalam dukungannya dia tidak sedar. Baru terasa lenguhnya bahu yang memikul
jasad si adik yang semakin membesar. Si kecil agaknya keletihan menangis
seharian hinggakan tertidur. Perlahan-lahan diletakkan adiknya itu diatas
bangku usang berlapikkan kain lusuh.
“Kakak
tengok ni Amar dapat ikan” Jerit Amar sambil menunjukkan ikan yang dikailnya
sepagi tadi. Jelas terpamer kepuasan di wajah adik lelaki yang semakin kusam
dan gelap dimamah mentari. Tubuh tidak berbaju itu dipandang sayu terlihat akan
bintik-bintik merah yang timbul dua tiga biji pada badan itu. Mungkin terdesak
mencari rezeki sendiri apabila perut Amar tidak mampu lagi diisi nasi
berlaukkan garam. Melihat adiknya berdiri dengan hasil tangkapan airmata Nurin
bergenang. Dia memahami kesempitan hidup mereka sekeluarga namun dia tidak
mampu menahan kesedihan melihat adik-adiknya kelaparan.
“Mana
Amar dapat ikan ni?” soal Nurin matanya tidak lepas memandang ke arah ikan
haruan yang mengelupur diatas tanah dan masih melekat pada mata kail. Amar
terjerit-jerit ketawa kepuasan langsung tidak menghiraukan soalan Nurin
sehinggakan si kakak sendiri terlupa dengan soalannya.
“Amar
nak tunjuk ikan yang Amar dapat ni dekat mak bila mak balik nanti.” Beritahu Amar
dengan rasa teruja sambil berlari ke bilik air yang hampir roboh itu. Sekembalinya
ditangan kecil itu terdapat satu bekas berisi air. Haruan yang masih
menggelupur itu cepat-cepat dimasukkan ke dalam bekas. Amar masih tersenyum.
Rezeki yang tidak disangka-sangka walhal dia hanya mencuba nasib.
“Amar
ke parit tangkap ikan ni” Nurin juga turut tersenyum melihat haruan yang bakal
menjadi santapan mereka sekeluarga untuk hari ini tidak perlu lagi mereka makan
nasi berlaukkan garam. Tentu emak turut berbangga Amar sudah pandai menangkap
ikan.
“Ada
pancing orang tinggal Amar cari cacing letakkan dekat mata kail, lepas tu amar
tunggu ikan ni makan.” Polos Amar menerangkan sambil mata tidak lari dari
memandang haruan sebesar tapak tangan emak.
“Amar
kan mak dah banyak kali pesan dekat Amar jangan main dekat parit tu bahaya.
Kalau Amar jatuh dalam parit tu takde siapa yang tahu. Nanti mak marahkan kakak
sebab tak jaga Amar dengan adik.”
“Amar
pandai jaga diri Amar” balas Amar tersengih-sengih sambil tangannya berada didalam
bekas bermain-main dengan haruan pancingannya.
“Biar
kakak goreng ikan Amar ni”
“Tapi..
Amar nak tunggu mak balik. amar nak tunjukkan pada mak”
“Macam
ni, kakak masak ikan Amar nanti mak balik mesti mak lapar kan bila mak nampak
ikan Amar yang dah masak mesti mak suka lepas tu kita boleh makan sama-sama.”
“Ayah
pun makan sama dengan kita juga ke?”
Nurin
diam. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Ayah yang tidak serupa ayah
terasa menakutkan bila nama itu menjadi sebutan. Dia sering melihat ayah memukul
emak tiap kali emak tidak dapat memberikan wang kepada ayah. emak tetap sabar
dengan perangai ayah. sayang emak kepada ayah tidak pernah berbelah bahagi.
“Cepat
bawakan ke sana sebelum adik bangun kakak nak siang ikan ni.” Bekas itu dibawa
Amar ke hujung dapur. Ikan yang masih bertenaga itu beberapa kali memercikkan
air ke muka dua beradik itu namun mereka
tetap gembira dan ketawa tanpa sedikitpun terasa sempit dengan kesempitan hidup
yang dilalui mereka.
Lauk
terhidang didepan mata. Bau haruan goreng meresahkan mereka bertiga perut bagai
dicakar-cakar minta diisi. Sejak dari tadi Amar bertanyakannya mengapa emak
belum pulang-pulang sedangkan waktu kerja emak mereka sudah lama berakhir.
Terkelip-kelip matanya menoleh ikan didalam pingan. Rasa teruja untuk memperlihatkan hasil
tangkapan yang pertama semakin pudar dari wajahnya. Mampukah dia menunggu lagi
sedangkan bayang-bayang emak masih lagi tidak kelihatan. Nurin yang sedari tadi
resah dan kasihan melihar Amar yang sedang upaya menahan lapar itu mula
mendekat.
“Amar
kalau Amar lapar tak payahlah tunggu mak, kita makan dulu separuh ikan ni kita
simpan kan untuk mak.” pujuk Nurin bahu
Amar dipeluk erat. Mata si adik sudah berair mendengar kata si kakak. Terhapus
sepenuhnya rasa teruja itu. Lambat-lambat Amar mengangguk sambil memandang
haruan goreng yang sudah sejuk terhidang.
“Nanti
kita ceritalah dekat mak macam mana Amar dapat ikan ni, kalau mak tak dapat
tengok seekor ikan Amar pun tentu mak bangga sebab mak dapat merasa ikan yang Amar
pancing.” Pujuk Nurin sambil menyapu air jernih yang mula bergenang dikelopak
mata Amar. Terpujuk si adik dengan kata-kata hikmah si kakak. Sebaik nasi diisi
ke dalam pingan tiba-tiba muncul ayah dengan wajah keletihan terhenti tindak
tanduk Nurin jadinya.
“Ooo..mentekedarah
ya. Mana nasi aku! Kasar suara itu meminta. Cepat-cepat Nurin berkalih dan
menghulurkan pingan nasinya kepada ayah yang nampak kelaparan. Amar berensot
kebelakang takut melihat wajah bengis ayah mereka. Entah dari hutan mana keluarnya.
Semalaman ayah tidak pulang ke rumah tiba-tiba muncul pula ketika mereka sedang
mahu mengisi perut. Baju yang sudah berbau hapak itu dilemparkan hingga ke
celah dinding.
“Ini
aje lauknya! Huh.” Sambil membebel sambil tangan itu laju menyuap nasi ke
mulut. Nasi berlaukkan ikan haruan goreng benar-benar menambat seleranya yang
kebulur seharian bermain judi. Habis duitnya melayang kalah bermain judi dengan
Seman. Natijahnya dia tidak punyai wang untuk membeli makanan malah sebatang
rokok yang disedut tadi pun hasil dari mengemis dengan Seman.
Terkelip-kelip
dua beradik itu sambil berpelukan melihat haruan menjadi santapan orang yang
tidak disangka-sangka. Amar menelan liur, meleleh airmatanya melihat lelaki
dihadapannya rakus merobek -robek ikan yang putih isinya yang diimpikna untuk
dinikmati bersama ibu tercinta. Nurin semakin gelisah apabila ayah mereka
langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari menikmati haruan
Amar.
“Ayah,
boleh tak ayah tinggalkan sikit ikan tu untuk Amar.” Nurin berhati-hati meminta.
Dia tidak kisah jika bahagiannya tiada tetapi janganlah diambil hak si Amar.
Mata yang mencerlung kepadanya itu dibalas dengan tundukan. Dia tidak berani
bertentang mata dengan lelaki dipanggil ayah itu. Melihat lelaki dihadapannya
itu bagaikan orang yang tidak pernah menjamah makanan Nurin tidak berani lagi
meminta-minta. Perut yang semakin pedih tidak terisi apa-apa ditekan kuat bagi
mengurangkan rasa sakitnya.
Nurin
mengambil nasi putih untuk Amar, dia tahu Amar juga sepertinya sedang menahan
lapar dan menahan rasa hati.
“Amar
makan nasi ya, nanti sakit perut” pujuk Nurin tidak mahu adiknya berlama lagi
menahan rasa lapar. Perlahan-lahan nasi itu digengam memaksa Amar membuka mulut
perlahan-lahan sambil mata si adik menjeling ke arah ikan yang hampir tinggal
tulang itu.
“Nah!”
Tergolek kepala ikan haruan jatuh ke dalam pinggan yang dipegang Nurin. Masih
ada sisa-sisa isi yang melekat dihujung kepala ikan dan tulang yang tinggal
separuh itu. Setitik airmata Nurin jatuh melihat wajah Amar sedikit bercahaya.
Amar mendongak memandang wajah kakaknya dengan senyuman. Nurin berusaha untuk
senyum walaupun dia hampir menangis melihat adiknya diperlakukan begitu.
Sisa-sisa
isi yang tinggal dapat juga membunuh rasa terkilan Amar. Dia puas walaupun
tidak dapat merasa sepenuhnya ikan yang dikailnya sekurang-kurannya hasilnya
itu dapat dinikmati juga walau hanya sisa.
Mana
mak kamu tak balik-balik lagi ni, dah mampus agaknya! Jerkah Kadir separuh
geram. Sudah lama dia menunggu untuk meminta duit daripada isterinya. Panas
pungungnya duduk berlama-lama dirumah yang boleh dianggap sebagai reban ayam
itu. Dia perlu berjudi untuk mendapatkan kembali wang yang telah menjadi milik
Samad kelmarin lagipun dia sudah berjanji dengan Samad malam ini mereka akan
gandakan wang perjudian. Dia yakin malam ini nasib akan menyebelahinya namun
keyakinannya sedikit goyah apabila Gayah masih masih tidak pulang-pulang.
Telinganya sudah bernanah mendengar si kecil menangis tidak berhenti. Kalau
diikutkan rasa hatinya yang panas mahu mati budak itu dikerjakannya.
Menyusahkan!
Hah!
Balik juga ke rumah. Mana kau pergi sekarang baru nampak muka. Kau pergi
menyundal?” Tengking Kadir tidak sempat Gayah menjejak kaki ke rumah. Jelas
kelihatan wajah Gayah yang keletihan seharian mengerah tenaga berkerja sebagai
pencuci kereta. Suami yang tidak pernah sedar tangungjawab yang perlu dipikul
itu menanti kepulangan dia rupanya. Tuduhan yang dilemparkan sungguh
menyesakkan dada.
“Apa
awak cakap ni, saya menyundal apa? Tak nampak ke saya penat kerja cari duit nak
sara anak-anak.” Bela Gayah tidak betah dituduh yang bukan-bukan sedangkan dia
terlalu penat berkerja mencuci kereta dari pagi sampai ke malam hanya untuk
menyuapkan ke mulut mereka anak beranak.
“Oo
cari duit.. mana duitnya. Aku nak pakai duit malam ni.” Tangan dihulur. Ada senyuman
yang tersunging dihujung bibir yang kehitaman itu.
Gayah
diam. Wajah suaminya itu dipandang dengan geram. Dia yang penat berkerja
senang-senang suaminya meminta. Duit hasil cuci kereta berapa sangat yang dia
dapat. Gaji hari yang diterimanya itu manalah cukup untuk menampung makan
mereka lima beranak. Si bongsu sudah lama tidak minum susu hanya air sungai
yang dimasak buat mengalas perut. Dia tidak sempat singgah untuk membeli susu
untuk anaknya apabila kedai runcit dihujung jalan sudah tutup. Tidak sesekali
dia memberikan hasil titik peluhnya untuk Kadir berjudi.
“Aku
tanya ni mana duit tu. Aku nak pakai nanti aku ada duit aku gantilah balik.”
Ulang Kadir lagi dengan suara sudah meninggi. Dirampasnya beg lusuh yang
dikelek Gayah ke sana ke mari. Bukan ada barang berharga pun yang ada hanya telekung
sembahyang yang sudah kelabu warnanya. Kadir rakus menyelongkar isi perut beg
Gayah. Disepak dan ditendangnya telekung milik Gayah apabila barang yang dicari
tidak dijumpai.
“Mana
kau sembunyikan duit kau! Mana gayah jangan sampai aku naik hantu untuk
dapatkan duit tu.” ugut Kadir sambil mengengam kemas tangan Gayah. Si isteri
meronta-ronta minta dilepaskan. Airmata yang menitis dengan rayuan sayu juga
tidak mampu melembutkan hati manusia yang sudah legam dengan dosa-dosa.
“Tolonglah
jangan ambil duit tu, saya nak belikan susu untuk adik barang dapur pun dah
takde.” Pujuk Gayah dengan linangan airmata.
Pang!
Satu
tamparan kuat menjamah pipi yang teramat letih itu. Gayah masih juga berkeras
untuk tidak memberikan wang gajinya. Dia sudah nekad apa pun yang terjadi dia
tetap mahu membelikan susu untuk anaknya.
“Kau
jangan degil Gayah aku cakap bagi..bagilah! Kadir semakin naik gila. Dia nekad
apa yang terjadi sekalipun dia tetap mahukan wang untuk berjudi dengan Samad. Dia
mahu gandakan duit yang dia telah leburkan kepada Samad pagi kelmarin.
“Tolonglah.”
Rayu Gayah. Suara rayuan Gayah semakin menyemarakkan api kemarahan Kadir lalu
tubuh itu diseret ke tanah dengan sekuat hati, kasar dan tanpa belas kasihan. Nurin
dan adik-adiknya hanya melihat dalam ketakutan. Si kecil semakin kuat menangis
memaksa Nurin memujuk agar tidak menimbulkan kemarahan ayah mereka. Amar erat
memeluk tubuh Nurin mencari perlindungan sambil teresak-esak dan cuba
menyembunyikan wajah disebalik tubuh kecil kakaknya.
“Allah!”
Suara
jeritan Gayah bergema namun selepas itu tiada lagi perkelahian dan
pertelingkahan kedengaran. Tiada lagi suara Gayah menangis dan merayu minta
dikasihani dan tiada lagi suara kadir yang meminta dengan bengis. Alam sunyi
seperti tidak pernah ternoda dengan pertelingkahan keluarga yang sedang diuji
ini.
Mak!
Mak!
Bismillahirahmannirrahim…
Maha Suci Tuhan yang bersifat
dengan Baqa’ dan Qidam. Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan
yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadikan iktibar
kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih
hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makluk Allah akan jahanam dan binasa melainkan
zat Allah Taala iaitu Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita
sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala…
Usai
talkin dibaca tiga bersaudara yang masih kecil yang masih mentah untuk
mengharungi liku-liku hidup tetap berteleku disebelah nisan si ibu. Sekelip
mata kebahagian direntap oleh lelaki bergelar ayah. Mata si kakak masih bengkak menangis
sepanjang malam, menemani sekujur tubuh yang tidak bergerak lagi. Siapakah yang
akan membela nasib mereka selepas ini. Ayah durjana sedang menjadi buruan polis
lalu kepada siapa mereka mahu bergantung harap. Nurin mengesat air mata yang
merembes. Dia benar-benar sedang dewasa menjadi seorang ibu.
Nurin
melangkah bersama adik-adiknya meninggalkan si ibu yang sedang berehat menemui
Sang Pencipta bertemankan sekuntum kemboja putih diatas pusara.