Home Novel Cinta Tak Ku Mampu..
Tak Ku Mampu..
hijratul
6/9/2018 12:38:32
9,571
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Telefon yang berdering dijawab. Tersunging senyumannya apabila telinga menyapa lembut suara di hujung sana. Razlan bersandar tenang di kerusi empuknya.

“Hai sayang.” Suara disana menyapa sebagai pembuka kata. Semakin lebar senyumannya tatkala perkataan sayang itu menyapa. Begitulah tiap kali dia menerima panggilan dari kekasih hati. Fikiran yang sesak boleh jadi lapang. 

“Sayang boleh tak you balik dengan Mia petang nanti. I rasa tak sempat nak ambil you. I  minta maaf okey”

“Why?”

“I masih di Seremban lagi ni.”

“I tak tahu pun you pergi Seremban. You tak bagitahu I kan. You pergi dengan siapa, buat apa?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Razlan. Badan yang sedap bersandar tadi berdiri tegak. Dia bukan jenis lelaki yang suka menyibuk bagai tapi kerana dia sayangkan Erina sebab itulah dia perlu mengambil tahu. Satu keluhan berat dilepaskan. Razlan mahu Erina tahu, dia kecewa dengan sikap Erina tidak lagi seperti dulu. Sudah beberapa kali Erina membatalkan pertemuan mereka. Rasanya sudah hampir tiga minggu mereka tidak bertemu. Satu jangka yang agak lama tapi hendak buat macam mana ada sahaja alasan yang diberikan. Akhirnya Razlan ikutkan sahaja rentak Erina dan sekali lagi dia dikecewakan. Bukan hanya kerana minta diambil namun lebih dari itu. Dia mahu suprisekan Erina dengan makan malam yang ditempahnya nampaknya sia-sia saja rancangannya.

“I lupa nak bagitahu you dady yang suruh I…” belumpun habis ayat itu sepetah perkataan keluar dari mulut Razlan terus mendiamkan Erina.

“Okay.” 

Hanya satu perkataan yang mengakhiri perbualan antara Razlan dan Erina. Tiada lagi I miss you atau I love you seperti kebiasaan. Jawapan yang diterima sangatlah menyakitkan hati. Dia malas mahu bersembang lama-lama takut jadi pergaduhan pula. Sikap acuh Erina memaklumkan kepadanya seolah-olah dia tidak penting bagi gadis itu. Pelipis di gosok perlahan. Serabut pula fikirannya memikirkan perhubungan mereka.

Aplikasi galeri dibuka. Disitulah tersimpan gambar-gambar kenangan mereka bersama. Senyuman Erina cukup manis dirasakan. Gambarnya yang sedang memandang Erina ketika sama-sama pergi bercuti bersama di genting Highlands Therm Park ditatap lama. Waktu itu dia memang gila menikmati permainan outdoor Theme Park terutamanya Rollercoster Space Shot. Satu permainan yang sangat menaikkan adrenalin. Dinaikkan ke atas udara dan kemudiannya dilepaskan dari ketinggian 56 meter secara jatuhan bebas dan akan melantun dua tiga kali boleh membuatkan sesiapa yang gayat akan pengsan. Puas dipujuk Erina supaya dia membatalkan hasratnya untuk menaiki permainan yang cukup extream bagi gadis itu namun dia tidak endahkan. Akhirnya dia sendirian menikmati kegilaan space shot dan sudahnya Erina merajuk dengan tindakannya. Dengarnya permainan Space Shot telah diharamkan.

Dibelek lagi sepertinya dia sedang menjalani hari ini dalam sejarah. Menjejaki kenangan-kenangan lama antara dia dan Erina. Gambar ini semakin membuatkan senyuman Razlan semakin melebar. Wajah Erina yang ditimpa salji ketika sedang giat mengepal salji untuk dijadikan snowman. Erina duduk diatas litupan salji sambil Razlan melihat dari sisi. Mata itu terus tidak lekang memandang Erina yang bersunguh-sungguh untuk menyiapkan snowmannya.

“Sayang tahu, masa I kecil-kecil dulu I pernah bina snowman besar..Erina mula bercerita tentang kisah masa kecilnya. Waktu itu dia mengikuti keluarganya bercuti ke Edinburgh. Dia senyum sambil tangan mengemaskan binaan orang salji itu. 

“Sampaikan I pernah terfikir nak cari pakwe pun macam snowman juga.” Ujar Erina sambil ketawa. Lucu pula mengenangkan impiannya waktu itu. Razlan menjuih tetapi mata tetap juga ralit melihat kecekapan Erina membinanya.

“Yang ni nampak cute.” Razlan memuji orang salji yang dibina Erina. Berbakat juga kekasihnya.

“Masa kecil dulu I nak sangat bina snowman besar, kalau nampak ada orang lain bina yang lebih besar daripada I..I akan usahakan juga bina yang lebih besar sebabnya I nak snowman I nampak gagah daripada yang lain lebih besar dan lebih berani sampaikan I menangis kalau tak dapat buat. Pening dady dengan kerenah I masa tu” ujar Erina menyudahkan kemasannya.

Razlan mengangguk. Pantang mengalah juga Erina. 

Melihat Erina yang sedang leka menilik snowman kecil dengan sengaja Razlan telah mencucuk sebatang kayu ke dada snowman itu. Tusukan itu menyebabkan kepala snowman yang tidak seimbang jatuh tersembam dan berderai.  Bersusah payah Erina membina snowmannya dan akhirnya ia mati ditangan Razlan. 

“Razlan!!” jerit Erina geram dengan perbuatan Razlan. Salji putih didalam gengamannya terus dilemparkan ke badan Razlan. Sakit hatinya melihat orang salji yang dibina ranap dek perbuatan khianat Razlan. Razlan ketawa puas dia terus melarikan diri apabila melihat Erina bersedia dengan salji yang lebih besar digengaman. 

“You kejam. Sanggup you buat snowman I macam tu?” dalam tercungap-cungap Erina melepas kemarahan. Cantik. Wajah kemerah-merahan itu cukup cantik dimata Razlan. 

“I tak nak bila snowman tu dah besar dia rampas you daripada I. Dia tak patut hidup, I takut kasih you akan beralih arah. I sayang you Erina..hanya you..” Erina ketawa besar apabila Razlan memberi asalan begitu. Memang gila punya cemburu. Dan mereka sama-sama ketawa.

Usai menikmati percutian singkat itu ketika menghantar Erina pulang ke rumah satu susuk tubuh tegap menanti mereka dimuka pintu. Rupanya datuk Haris sedang menunggu kepulangan anaknya. Sebagai seorang lelaki dia harus bertanggungjawab. Dengan berani dia menemui datuk Haris yang sedang mencerlung garang ke arahnya. Menyalami tangan itu walaupun sambutannya terasa kedinginan lebih dingin lagi dari suhu ketika bermain salji. Setelah diminta Erina masuk ke dalam rumah, dia pula diminta duduk dibangku putih di laman yang terjaga rapi. 

“I tahu you memang sayangkan Erina dan I tahu kamu berdua dah lama bercinta.” Datuk Haris memulakan bicara dengan tenang. Duduk dihadapan Razlan yang kelihatan tenang namun dia yakin anak muda dihadapannya itu gementar.  Wajah tenang itu ditatap biar lelaki berbicara dari hati lelaki ke lelaki. Dari sinar mata itu dia percaya cinta Razlan untuk anaknya ikhlas tetapi hidup dizaman sekarang bukan hanya dengan cinta. Wang ringgit adalah segala-galanya. Dia lebih kenal anaknya. Erina yang tidak boleh tidak ditunaikan setiap kemahuannya. Dia tidak mahu anak muda dihadapannya terbeban dengan kehendak Erina nanti. Jadi untuk itu dia akan memberi nasihat sebelum keputusannya diambil.

“I pun tahu you kerja apa. Macam nilah I nak nasihatkan you kalau boleh lupakan Erina, I tak rasa cinta tanpa wang akan bahagia.” Tutur datuk Haris bersahaja. Biarlah dia berterus terang dari terus meletakkan harapan kepada Razlan.

Razlan pandang wajah datuk Haris. Tipikal orang kaya memang selalu mahukan kekayaan tanpa memandang hati dan keihklasan.

“Datuk saya tahu saya tak setaraf tapi saya cintakan Erina dan saya sayang dia.” Bersungguh Razlan menyatakan cinta dan sayangnya. Mana mungkin dia boleh melupakan Erina begitu saja. Cinta pertamanya. Dia mahu kekal hingga ke hujung usia.

“Cinta dan sayang tak ke mana anak muda. You ingat Erina akan hidup dengan cinta dan sayang saja. Erina tak pernah merasa hidup susah. You rasa berapa lama Erina boleh bertahan dengan cinta dan sayang you tanpa ada kemewahan. I bercakap sebagai seorang bapa I kenal anak I macam mana. I rasa lebih baik you cari kerja bagus-bagus kumpul kekayaan  dulu usia you pun masih muda kan. Tak payah la fikirkan sangat fasal kahwin ni Erina pun I tak rasa dia dah bersedia. Nanti bila you dah mampu nak sara Erina you datang jumpa I tapi pastikan masa tu you dah mampu jadi ‘seseorang’ maybe masa tu kita boleh bincang.” Ujar datuk Haris terus mendiamkan Razlan. Cara datuk Haris sangat berbeza dia tidak perlu menengking biar anak muda ini berfikir dengan kata-katanya. Kalau dia seorang yang berusaha jadi kata-katanya tadi bukanlan satu halangan.  Bahu Razlan ditepuk beberapa kali seolah-olah memberitahu Razlan supaya menyahut cabarannya.

Dan sekarang kerana datuk Haris jugalah dia sampai ke tahap ini tapi sayangnya sampai ke hari ini cerita cinta mereka masih lagi tergantung. 

Pandangan Razlan merayap ke segenap ruang wajah Erina, jari jemarinya bermain dibibir yang tersenyum manis itu. Akhirnya iPhone itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Razlan berdiri dan berjalan menuju ke tingkap. Pemandangan diluar pejabatnya yang terletak di tingkat 10 memperlihatkan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Dia sudah terbiasa menghadap jalan yang sesak setiap kali pergi dan balik dari kerja. Disinilah tempat dia mencari rezeki. Jalan raya yang semakin sesak dan bertali arus sekarang sesesak hatinya. 


Telefon yang dicampakkan ke atas katil selepas menelefon Razlan sebentar tadi berdering. Erina melabuhkan pungungnya di atas katil bersedia untuk menjawab panggilan yang dinanti-nantikan. Sejak sejam yang lalu dia sudah bersiap-siap untuk menemui Hadi. Dan disebabkan itulah dia tidak menghubungi Razlan walaupun dia tahu Razlan merajuk dengannya kerana sememangnya dia menunggu panggilan dari Hadi. Jejaka itu yang boleh memberi perhatian dan tumpuan kepadanya. Dia tahu Razlan masih mencintainya namun Erina bosan dengan sikap Razlan. Sejak akhir-akhir ini dia sering diabaikan. Walaupun Razlan sudah memaklumkan kepadanya sepanjang tiga bulan pertama Razlan sedikit sibuk untuk menguruskan satu projek baru. Dan sejak dady memperkenalkan anak rakan perniagaannya hidup Erina kembali bernyawa. Bukan kerana dia tidak lagi mencintai Razlan namun perhatian yang diberikan oleh lelaki itu membuatkan dia sangsi dengan cinta Razlan apatah lagi sekarang Razlan sudah menjadi suami Miasarah. Walaupun perkahwinan itu cumalah untuk mengelak Razlan dari berkahwin dengan pilihan keluarga. 

“Erina”  suara Hadi yang garau menyapa telinga.

“Hadiii” Erina membalas manja.

“Hadi rindu sangat nak jumpa Rina” 

“Rina pun…” ucap Erina dengan perasaan bersalah. Bersalah dengan perasaanya yang mudah rapuh. 

“You dah siap” 

“Dah. I tunggu you kat lobi. Lepas lunch nanti temankan I nak bawa you pergi shopping ya.” 

“Okay” mood Erina mula berubah. Dengan Hadi jiwanya sentiasa teruja. Hadi tahu bagaimana mahu membeli jiwanya. Hadi sentiasa peka dengan kehendak Erina. Tahu apabila dia memerlukan seseorang. Bagaimana dia tidak rapuh kalau Hadi selalu memberi perhatian hinggakan dia kadang terlupa dengan siapa dia bercinta. Hadi itu Hadi ini dan nama Hadi terus mengisi ruang kosong hidupnya.    


Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.