Home Novelet Seram/Misteri Chalet
Chalet
NaimTamdjis
19/7/2017 21:05:14
22,652
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Fattah ternampak sebuah rumah kayu usang. Dia perasan seorang wanita berbaju putih berambut panjang sedang duduk bersimpuh di beranda. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya yang panjang mengurai.

“Assalaimualaikum!” sapa Fattah.

Wanita yang menunduk itu segera menoleh ke arah Fattah. Berderau darah Fattah apabila melihat hanya mata kanannya sahaja yang kelihatan. Mata kirinya ditutup oleh rambutnya. Wajahnya terlalu pucat.

“Kau nak apa?” soal wanita tersebut dengan nada marah.

“Maaflah saya menganggu. Saya hanya nak menyapa sahaja. Saya hendak pergi ke chalet tu sahaja,” jelas Fattah.

“Dhujung?” soal wanita tersebut.

Fattah mengangguk. Wanita itu menyeringai.

“Chalet itu sudah lama tidak ada tetamu. Hihihi,” kata wanita tersebut.

Seram pula mendengar wanita itu menyengih. Sudahlah hari semakin gelap. Fattah meminta diri untuk ke chalet. Dia takut wanita tersebut orang gila. Baru 4-5 langkah dia menoleh semula ke arah beranda. Wanita tersebut telah menghilangkan diri. Fattah mencari-cari di manakah wanita tersebut. Dia nampak wanita tersebut berdiri di salah satu tingkap memandangnya tajam. Apa lagi berlarilah Fattah menuju ke chalet.

Apabila sudah sampai di pintu chalet Fattah berhenti berlari. Dia mengambil nafas.

“Fuh! Fuh! Fuh! Seram seh. Apa bendalah tadi tu.”

Fattah melihat ke arah chalet. Pintu pagar yang uzur terbuka. Ada pintu gerbang yang agak kusam warnanya. Tulisannya juga tidak beberapa jelas lagi. Malah tiang pintu gerbang diselimuti oleh tumbuhan yang menjalar.

“Bapak rare. Natural chaletnya.”

Fattah mula melangkah masuk. Dia melihat kawasan sekitar dipenuhi daun daun kering. Angin laut sejuk mula menyapanya. Dia melihat pantai yang betul-betul berada di hadapan chalet. Fattah melihat bangunan Chalet. Diperbuat daripada papan. Warnanya sudahpun luntur. Kesemua unit gelap. Tidak ada kenderaan yang diparkir.

“Seram seh! Eloklah akupun penulis seram. Dapat rasa feel tu bro,” kata Fattah sendiri menyedapkan hati.

Dia melihat ada cahaya terang di tengah-tengah chalet. Dia berasakan tentu itu kaunter pendaftaran. Dia segera melangkah menuju ke arah kaunter. Tangga kayu segera didaki. Berkeriut bunyinya apabila melangkah. Di kaunter seorang tua sedang duduk di kaunter sambil mendengar dari radio. Radio yang sangat klasik. Fattah teringatkan radio dalam cerita ibu mertuaku. Begitulah lebih kurang bentuknya. Lagu yang berkumandang saya perlahan.

“Assalaimualaikum,” Fattah memberikan salam.

Lelaki tua itu memandang Fattah lalu tersenyum.

“Fattah?”

“Ya pakcik. Fattah. Saya yang telefon semalam. Pakcik Joharkan?” jawab Fattah.

Kini dia sudah berdiri di hadapan kaunter. Meja kaunter terlalu usang dan sangat klasik. Di dinding belakang kaunter penuh dengan gambar hitam putih. Ada juga iklan yang sangat klasik.

“Ya nak. Pakcik Johar. Itu semua gambar keluarga pakcik. Isteri pakcik dan anak-anak semasa mereka kecil,” jawab pakcik Johar.

Dia mengeluarkan satu lembaran kertas dan diberikan kepada Fattah. Fattah mengambil dan membacanya sepintas lalu. Dahinya berkerut.

“Jawi?” soal Fattah lalu memandang tepat ke arah pakcik Johar.

“Saja nak mengimbau kegemilangan jawi. Zaman sekarang jawi dipinggirkan. Anak boleh baca? Boleh tulis jawi?”

“Saya boleh baca. Tapi menulis memang merangkak. Dah lupa,” jawab Fattah jujur.

“Tidak mengapa. Tulis dalam bahasa Melayupun boleh.”

Johari mengangguk. Dia menulis menggunakan pen yang nampaknya juga klasik. Pada pendapat Fattah, pemilik chalet ini sukakan barangan klasik. Malah lagu berkumandang juga adalah lagu-lagu lama. Setelah selesai mengisi butir peribadi Fattah menyerahkan borang. Tanpa melihat borang yang diberikan pakcik Johar mengambil kunci dan menyerahkan kepada Fattah. Kunci yang sudah berkarat.. agak panjang dan klasik bentuknya.

“Bilik Kemboja. 102. dua dari kanan,” kata pakcik Johar lalu duduk di kerusi malas di belakangnya.

Fattah mengangguk lalu dia beredar ke biliknya. Cahaya suram lampu koridor menerangi. Dia sampai biliknya dan segera memasukkan kunci ke tombol. Kunci dipulas.

Pintu berkeriut bunyinya apabila dibuka. Haruman bunga Kemboja segera menyerpa. Suis lampu dibuka. Fattah terperanjat dengan susun atur biliknya. Moden dan perabutnya masih baru. Dinding juga dicat baru. Malah ada TV LCD. Dalaman chalet tidak seperti di luar yang buruk dan usang. Fattah menutup pintu. Dia meletakkan beg dan terus tidur di atas katil.

“Fuh lega!” gumamnya.

Memang dia berasa lega apabila dapat berbaring dan melepaskan penat setelah berjalan kaki agak jauh. Suis penghawa dingin diambil dan ditekan butang. Hawa penghawa dingin mula menyejukkan bilik. Fattah teringatkan sesuatu. Segera dia mengambil telefon bimbit di dalam poket. Dia melihat paparan skrin.

“Siot. Line tidak ada. Kosong. Tentu Novila tertunggu-tunggu mesej dari aku sudah sampai ke belum. Mesti risau dia,” katanya.

Bella adalah teman wanitanya. Gadis suku Kenyah Iban berasal dari Sarawak yang telah berjaya mencuri hatinya.

“Apa aku nak buat ni? Kalau tak telefon… Novy cemas pulak nanti. Tertunggu-tunggu. Mungkin chalet ini ada telefon. Pinjam kejaplah,” lantas Fattah bangun dari pembaringan menuju ke pintu lalu keluar menuju ke kaunter.

Sampai di kaunter, kedengaran muzik dari radio usang. Tetapi pakcik Johar tidak kelihatan.

“Aik! Mana pula pergi orang tua ni. Pakcik! Pakcik!” laung Fattah.

“Ya nak,” jawab pakcik Johar dari belakang.

Hampir melompat Fattah mendengar sahutan di belakangnya.

“Fuh semangat pakcik. Tiba-tiba pakcik di belakang saya. Terkejut saya,” kata Fattah.

Pakcik Johar hanya tersenyum.

“Pakcik pergi bilik pakcik. Isteri pakcik panggil. Pakcik menginap di sini.”

“Pakcik Johar. Ada telefon? Boleh saya pinjam?” Fattah menyuarakan hajatnya.

Pakcik Johar mengangguk lalu ke kaunter mengambil telefon yang begitu antik. Telefon yang pernah dilihat Fattah di dalam filem P Ramlee. Fattah terkedu.

“Kamu tak pernah guna ya? Ini telefon antik. Cara pakainya senang sahaja. Angkat kedua-dua gagang. Dail pusing. Satu gagang letak di telinga. Satu letak di mulut. Bercakaplah macam biasa. Cuma kena pakai 2 tangan,” jelas pakcik Johar.

Fattah mengangguk. Dia mengambil kedua gagang dan mula mendail nombor kekasih hatinya. Pakcik Johar beredar ke bilik belakang. Mungkin memberi ruang privasi kepada Fattah. Kedengaran deringan. Sebentar sahaja panggilan dijawab. Si gadis seperti biasa memberi salam dahulu. Dan terjadi perbualan di antara dua insan yang sedang hangat bercinta. Dari jauh, pakcik Johar memandangnya jengkel. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.