Home Novelet Seram/Misteri Chalet
Chalet
NaimTamdjis
19/7/2017 21:05:14
22,656
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Selepas solat dan menukar pakaian, Fattah keluar dari chaletnya. Angin laut yang sejuk menyapa tubuhnya. Dia mahu berjalan-jalan di sekitar pantai mengambil angin. Sekejap lagi dia mahu keluar mencari sarapan dan menelefon Bella. Entah kenapa rindunya kepada gadis itu semakin kuat sejak 2-3 hari ini. Fattah melakukan senaman ringan bagi memanaskan badannya. Pantai itu walaupun tidak secantik di Port Dickson mahupun pantai Cenang yang pernah dia menginap, tetapi suasana di situ amat mendamaikan.

Fattah terdengar seseorang melangkah menghampirinya, dia segera menoleh. Dia melihat pakcik Johar berjalan ke arahnya dengan membawa penyapu. Wajahnya serius.

“Nak sapu sampah ke pakcik?” tegur Fattah.

Pakcik Johar mengangguk. Nampaknya pakcik Johar tidak begitu mesra dengannya hari ini. Tentu ada sesuatu yang berlaku.  Pakcik Johar hanya berjalan di hadapan Fattah tanpa memandangnya. Fattah hanya membiarkannya. Kalau ditegur takut dimarah. Pakcik Johar menuju ke arah pintu masuk dan mula menyapu sampah. Gaya menyapunya agak kasar seolah-olah marah dengan seseorang.

“Aku salah tegur ke?” soal Fattah sendiri.

Fattah berjalan menuju ke gigi pantai. Langkahnya terhenti apabila melihat seekor bangkai ikan yang seperti telah disiat di pantai. Fattah menghampiri bangkai ikan tersebut.

“Bukankah ikan ini semalam dalam mimpi aku?” soal Fattah.

Dia mengamati bangkai ikan tersebut. Darah di pasir nampak basah dan baru.

“Takkanlah? Tapi aku mimpi. Terjaga dalam bilik. Tapi ikan ini sama macam semalam,” gumamnya.

“Kau tengok apa tu!” jerkah seseorang.

Melompat dan terus tercebur Fattah ke dalam air. Fattah melihat siapa yang menegurnya tadi.

“La. Pakcik Johar!” marah Fattah.

“Hahaha! Kenapa yang macam nampak hantu je ni?” pakcik Johar terus ketawa besar.

Terhibur dengan ulah Fattah. Fattah keluar air yang mana ombaknya galak menghempas pantai. Terasa sejuk badannya terkena air laut pagi pagi buta.

“Bila masa pakcik datang? Tak dengarpun?”

“Ada. Saja nak tengok apa kamu buat. Kamu tengok apa?” ulang pakcik Johar.

“Saya tengok ikan. Ikan ni… eh!”

Fattah terkejut kerana bangkai ikan tadi telahpun hilang. Mana hilangnya bangkai tadi?

“Apa yang kamu tunjuk? Takde apapun kata pasir ni?” kata pakcik Johar apabila melihat tempat yang ditunjukkan oleh Fattah tidak ada apa yang pelik.

“Tak apa-apalah pakcik. Saya mahu ke pekan. Pakcik ada motor? Nak pinjam?” Fattah cuba menukar topik.

“Motor takde. Basikal adalah,” jawab pakcik Johar.

“Boleh saya pinjam? Saya nak ke pekan. Kemudian nak sewa kereta.”

“Boleh. Ada di belakang bangunan chalet ni. Ambillah,” kata pakcik Johar lalu berlalu ke laman untuk menyambung kerjanya.

Fattah kembali ke chalet untuk mandi dan bersiap.

 

 

Selepas mandi dan bersiap Fattah keluar dari chaletnya. Di ke kaunter tetapi tidak kelihatan pakcik Johar. Ada koridor ke arah belakang yang agak gelap.

“Pakcik? O pakcik? Mana pulak orang tua ni? Ah! Ambil jelah basikal tu. Mungkin koridor ini menuju ke tempat basikal,” putus Fattah.

Fattah berjalan ke koridor yang agak gelap. Gelap dan seram. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang melintas di belakangnya dengan laju. Fattah menoleh ke belakang. Tidak nampak bayang sesiapa. Dadanya berdebar-debar.

“Abang… abang…” kedengaran sayup-sayup suara wanita tua memanggil sayu.

Fattah mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Dia ternampak satu pintu bilik.

“Abang… abang. Tolong Yah abang,” panggil suara itu sayu.

Fattah segera ke pintu bilik. Fattah melekapkan telinganya di pintu bilik.

“Abang… abang,” jelas kedengaran suara wanita di sebalik pintu.

Eh! Siapa pula yang memanggil? Kata hati Fattah.

Tangan kanan Fattah telah memegang tombol. Dia masih berbelah bagi untuk menyahut panggilan tersebut. Malah masih berbelah bagi untuk membuka tombol.

“Kau buat apa tu?” tegur seseorang.

Melompat Fattah ditegur sebegitu. Dia memegang jantungnya yang berdegup kencang.

“Pakcik!” kata Fattah lalu beristifar.

“Kamu buat apa?” soal pakcik Johar dengan wajah serius.

“Pakcik jangan tegur saya begitu lagi. Lama-lama jem jantung saya. Asyik terkejut sahaja. Tadi saya ada dengar suara wanita memanggil.”

“Itu bilik pakcik. Isteri pakcik ada di dalam. Lain kali jangan buka pintu sebarangan. Takut terjumpa benda yang tidak sepatutnya. Faham?” tegas pakcik Johar.

Fattah mengangguk.

“Basikal ada di sana. Pergilah ambil,” arah pakcik Johar.

Bagai soldadu yang patuh kepada arahan ketua, Fattah beredar. Baru 4-5 langkah dia memandang semula ke belakang. Pakcik Johar telah ghaib. Fattah berasa kehairanan kerana tidak mendengar bunyi pintu dibuka. Lalu dia segera melangkah menuju ke laman belakang. Apabila sampai Fattah ternampak basikal tua yang disandarkan pada pokok.

“Bapak lama basikal ni. Sudahlah besar. Tinggi pula tu. Basikal zaman Jepun ni!” kata Fattah lalu mendapatkan basikal.

Basikal itu masih baik. Tayarnya juga masih berbunga. Kerusinya juga seperti sudah ditukar baru. Cuma ada beberapa bahagian yang berkarat. Fattah memegang basikal. Dia mengetuk-ngetuk besi basikal. Setelah yakin basikal itu kukuh Fattah menaiki basikal.

“Hanat! Basikal takde brek!” kata Fattah yang baru menyedari basikal tersebut tidak ada brek.

“Aku nak brek pakai apa ni? Brek kaki?” katanya lagi.

Perlahan-lahan Fattah mula mengayuh. Dia mengayuh dengan berhati-hati. Dia terpaksa menggunakan basikal tersebut kerana itulah alternatif yang ada. Perlahan-lahan basikal dikayuh menuju ke pintu utama. Fattah mengayuh dengan berhati-hati. Kemudian dia melalui rumah di mana perempuan misteri yang ditegur semalam tinggal.

Fattah hanya memandang tepat di hadapan. Tidak mahu memandang ke arah rumah. Tidak mahu melihat benda yang sepatutnya dilihat. Malah dikayuh laju sedikit. Dia mahu segera beredar. Tanpa disedari Fattah, lembaga putih berdiri di tepi tingkap memandangnya tajam.

 

 

Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.