Home Novelet Keluarga Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
ummu bilal
19/2/2016 22:58:02
27,425
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 15

Din membanding-bandingkan telefon bimbityang baru dibelinya tadi dengan telefon bimbit yang hanya tinggal rangka tidakberfungsi itu. Nampaknya mahu tidak mahu Din terpaksa juga membeli telefonbimbit yang baru lagipun sebelum ini lagi telefon lamanya itu sudah meragam danminta ditukar baru cuma Din sahaja yang bertangguh-tangguh. Bila kerosakannyabertambah teruk, Din sudah tiada pilihan lain lagi. Mujur dia masih adasimpanan, boleh juga dia keluarkan sedikit untuk membeli telefon baru itupunmodel telefon yang biasa-biasa sahaja. Sekadar boleh membuat panggilan sudahcukup, bukan dia mahu berselfie tidak mengira tempat dan waktu.

            “Yabang, nak cari apa?” tegur seorang budak lelaki yang kira-kira lepasan SPMdatang menyambut kedatangannya dengan senyuman.

            Dinjuga membalas senyuman budak lelaki itu yang memang sudah biasa dia lihatkebelakanagan ini setiap kali dia ingin membeli kad prabayar. Sebelum ini yangmenjaga kedai ialah budak perempuan yang juga seorang yang ramah melayanpelanggan. Kini agaknya budak perempuan itu sudah berhenti dan diganti puladengan budak lelaki yang berada di hadapannya sekarang.

            “Naktengok-tengok handphone sekejap.” Jawab Din lalu mengintai-ngintai beberapamodel handphone yang berada di dalam almari kaca yang boleh dilihat dari luar.Ada pelbagai model dan harga.

            Din mengira-ngira budget yang beradadi dalam poketnya sekarang sambil matanya melilau-lilau melihat harga yangsesuai. Dalam poketnya kini ada dalam rm250, dia perlu membuat pilihan yangbijak. Lama juga Din berfikir untuk membuat pilihan dan budak lelaki itu tetapsetia melayan setiap pertanyaan Din sehinggalah dia bertemu juga dengan modelyang sesuai. Budak lelaki itu nampaknya gembira apabila Din akhirnya membuatkeputusan membeli handphone di kedainya. Setelah membuat sesi tawar menawar,akhirnya dapat juga Din handphone baru dengan harga kurang dari RM500. Model yangbiasa-biasa sahaja. 


“Adik sorang je ke yang jaga kedai hariini?” Tanya Din setelah selesai membuat pembayaran.

            Budaklelaki itu sekadar mengangguk, mungkin dia sendiri tidak menyangka soalan ituakan ditanya oleh Din.

            “Dik,kat sini ada kerja kosong tak?” sekali lagi terpacul soalan dari mulut Din yangmembuatkan budak lelaki itu menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

            “Sayatak tahu la bang, saya pun baru je kerja kat sini. Kerja sambilan nak cari duitlebih. Tapi kalau abang nak tahu, abang boleh tanya bos saya tapi bos saya takada hari ni.” Jawab budak lelaki itu dengan jujur.

            Dinberfikir sejenak. Sejak dia sudah tidak bekerja di bengkel, dia perlumemikirkan cara untuk mencari kerja baru. Dia tidak boleh hanya goyang kaki dirumah dan yang paling penting buat masa sekarang ibunya tidak boleh mengetahuikeadaannya kini. Din tidak mahu ibunya bersedih dan menyalahkan diri sendiriyang menjadi punca dia tidak bekerja lagi di situ. Oleh itu, mahu tidak mahuDin perlu berusaha keras untuk mendapatkan kerja tidak kira kerja sebagai apa sekalipun.

            Dinsedar dia bukanlah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tetapi Din tidak mahuberhenti mengalah. Din tetap mempunyai cita-cita yang tersendiri dan Din akanberusaha juga sehingga cita-citanya itu akan tercapai suatu hari nanti. Sebabitu lah buat masa sekarang dia perlu bekerja keras dan tidak boleh mengharapkankepada nasib semata-mata.

            “Takapa lah dik. Abang balik dulu.” Akhirnya Din meminta diri dan seperti biasabudak lelaki yang menjaga kaunter itu tersenyum sambil menganggukkan kepala.

            Selepasini ke mana pula dia mahu pergi? Teringat pula tentang Mamat, mungkin Mamatsekarang sedang bertanyakan tentang dirinya. Malas pula dia mahu menjejakkankaki di situ, lebih baik menelefon sahaja lagipun inilah masanya untuk diamenggunakan handphone baru.

            Tidakjauh dari situ nampaknya ada bangku kosong. Bolehlah Din menelefon Mamatsebentar tetapi sebelum itu Din melihat jam terlebih dahulu supaya tidakmengganggu kerja Mamat pula. Sudah hampir tiga tahun mereka bekerja di situ danDin sudah faham benar rutin kerja di situ dan waktu bila Tauke Ong ada dantiada. Mereka sama-sama masuk kerja di situ untuk mencari pengalaman baru.Sebelum ini pelbagai jenis kerja yang dilakukan oleh Din termasuk bekerja dikedai makan tetapi kebanyakannya tidak kekal lama. Sehinggalah apabila diabekerja di bengkel itu, dan merasakan keserasian di situ. Tetapi kini sekalilagi dia perlu menghadapi situasi yang sama seperti dulu. Mungkin benar jugadia yang terlau mengikut emosi tetapi kadang kala dia geram juga dengankata-kata Tauke Ong tempoh hari. Dia juga sehabis daya sudah berlaku jujur danmenceritakan hal yang sebenar tetapi nampaknya Tauke Ong masih juga tidakberpuas hati.

            “Youyang malas. Jangan nak cipta alasan lagi. Alasan perempuan gila tu pun lagi takboleh pakai. Mana ada orang tak pergi kerja bagi alasan sebab perempuan gila.” KataTauke Ong yang menggeleng-geleng kepala. Nampak sangat dia memang tidakmempercayai kata-kata Din.

            “Pasalmak you pun, you kerap sangat bagi alasan yang sama. Bukan kali ini sahaja youbagi alasan hantar mak you pergi hospital. Dah banyak kali. Senang-senang youletak je la mak you tu kat hospital lagi senang."

            Ayat-ayatterakhir yang keluar dari mulut Tauke Ong itu benar-benar membuatkan hati Dinmendidih lebih-lebih lagi melihatkan muka Tauke Ong yang bersahaja. Mamat pulaketika itu sudah pun melakukan kerjanya atas arahan Tauke Ong dan perbualan ituhanya mereka berdua sahaja yang dengar.

            Inisudah melampau. Tauke Ong boleh menghina atau tidak mempercayai dirinya tetapijangan pula sehingga membabitkan ibunya yang nyata tidak bersalah. Nampaknyakali ini Tauke Ong sengaja menyalakan api kemarahannya.

            “Taukejangan lebih-lebih, saya tak suka tauke cakap macam tu pada mak saya. Sekarangjugak saya keluar dari bengkel ni. Lepas ni tauke dah tak akan jumpa dan tengokmuka saya lagi!”

            Tanpamembuang masa lagi Din terus keluar dari bengkel itu yang sememangnya tidakmemerlukan perkhidmatannya lagi. Biar puas hati Tauke Ong, lagipun memang ituyang dia inginkan.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.