Home Novelet Keluarga Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
ummu bilal
19/2/2016 22:58:02
27,428
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 14

“Tulahh, degil!” Hana memarahi Azlin yangmasih lagi merintih kesakitan apabila Hana menyapukan ubat di kaki Azlin yangcedera.

            Dalamkeadaan seperti ini, Azlin tidak mampu untuk membalas kata-kata Hana melainkanredha dengan apa sahaja tindakan Hana kepadanya. Azlin tahu Hana amatrisaukannya, jelas kelihatan Hana yang kelam kabut menahan teksi untukmembawanya ke klinik. Mujur juga kedudukan rumah sewa mereka tidak terlalu jauhdengan jalan utama. Tidak berapa lama kemudian kelihatan sebuah teksi menungguuntuk membawa Azlin ke klinik.Hana dengan keadaan yang bersusah payah memapahAzlin yang ketika itu sudah lembik.

            “Lepasni kau kena pantang, jangan degil-degil lagi. Jangan makan sembarangan. Ais-aisjangan minum. Kalau kau degil, lambat la kau nak sembuh. Aku dah tak naktolong.” Azlin memandang Hana yang tidak sudah-sudah bercakap seperti maknenek.

            AlahHana ni, cakap sahaja di mulut tak nak tolong, tapi tengoklah sekarang siapayang bersusah payah menjaganya? Hana juga. Sama juga dengan peristiwa Azlindemam panas sebelum ini. Bukan main risau Hana dengan keadaan Azlin sehinggakansanggup Hana memasak untuknya, membuatkan bubur dan menjaganya sehingga diasembuh. Sebab tu kadangkala Azlin tidak terlalu mengambil kisah dengankata-kata Hana yang kononnya kata tidak mahu tolong itu. Dalam diam Azlinbersyukur dikurniakan kawan sebaik Hana yang sanggup bersusah senang dengannya.

            “Hana,aku haus. Tolong ambikkan air.” Pinta Azlin setelah keadaannya semakin membaik.Mana tidaknya sejak tadi Azlin asyik merintih sahaja melayan sakitnya.

            Mendengarkanpermintaan Azlin, Hana terus bangun dan menuju ke dapur. Azlin melihat sahajalangkah Hana sehinggalah Hana berada di dapur. Azlin melihat luka di kakinya.Belum sembuh luka akibat jatuh motor, sekarang muncul pula luka baru. Tapi kiniapa yang Azlin rasa ialah sakit di pinggang. Azlin menggosok-gosok perlahanpinggangnya yang masih sakit.

            “Nah.”Hana menghulurkan segelas air seperti yang dipinta Azlin sebentar tadi laludisambut Azlin dengan senyuman.

            Hanani dah layak betul jadi mak orang memandangkan sikapnya yang penyayang danmengambil berat ini. Azlin juga tahu Hana sukakan kanak-kanak kerana apabilamereka berjalan berdua dan berselisih dengan mana-mana kanak-kanak yang comel,Hana begitu teruja menyatakan kecomelan kanak-kanak tersebut. Azlin pula sekadarmengangguk-angguk seolah-olah tiada perasaan. Bukanlah dia langsung tidakmenyukai kanak-kanak tetapi entahlah. Mungkin dia tidaklah terlalu terujaseperti Hana. Atau mungkin dia hanya akan geram dengan anaknya sendiri danbukan anak orang lain tapi bila saat itu tiba Azlin sendiri tidak tahu. Manakantidak, calon pun masih tidak nampak bayang.

            “Ala,tak sejuk.” Keluh Azlin sengaja ingin melihat reaksi Hana.

            Azlinketawa kecil apabila melihat Hana yang sudah pun menjegilkan mata. Baru sahajaHana memberitahu pantang larang yang perlu Azlin patuhi buat masa sekarang.

            “Gurauje la.” Kata Azlin sambil terus meneguk air suam yang diberikan Hana sehinggahabis. Lega sedikit kerongkongnya.

            “Kauada bagitahu ayah dengan adik kau tak pasal kau jatuh ni?” Tanya Hana sambilmeletakkan gelas di atas meja.

            “Tak.”Jawab Azlin ringkas. “Aku tak nak la ayah dengan adik aku tu risau.” SambungAzlin sambil terfikirkan sesuatu.

            Azlintidak sedar Hana sejak tadi memerhatikan tingkah laku Azlin yang nampaknyakelihatan risaukan sesuatu.

“Alah, pasalhal kerja sekolah tu janganlah kau fikirkan sangat. Nanti bertambah sakitpulak. Tak pun kalau kau risau sangat, biar aku sendiri yang pergi jumpapengetua kesayangan kau tu untuk bagitahu keadaan sebenar kau.” Terus Hanaberkata begitu sedangkan Azlin masih tidak bercakap apa-apa.

“Tapi..”

“Tak payahtapi tapi, sekarang ni kau kena rehat. Tu je.” Pintas Hana segera. Azlinmengeluh.

Sebenarnyabanyak yang Azlin fikirkan termasuk perihal kerjanya yang bertimbun di sekolahdan juga kerenah Cikgu Sara yang agak tegas itu. Cikgu Sara merupakan pengetuadi sekolah tempat Azlin bekerja dan boleh dikatakan Cikgu Sara mementingkankesempurnaan di dalam pekerjaan. Staf-staf dan guru-guru lain juga berpendapatyang sama. Bukan Azlin sengaja ingin mereka cerita. Bagaimana jika tiba-tibadirinya dipecat? Aduh, tak dapat Azlin bayangkan lebih-lebih lagi dia barusahaja ingin membina kerjaya. Zaman sekarang bukan semudah memetik jari untukmendapatkan pekerjaan. Kena berusaha lebih dan tidak boleh terlalu memilihpekerjaan. Zaman siapa yang cepat dia yang dapat, bukan zaman untuk menunggutuah datang bergolek.

“Dahlahmengeluh tu. Kau rehat la. Aku pun nak tidur ni. Dah lewat ni. Jangan fikirapa-apa lagi.” Pesan Hana sebelum meninggalkan Azlin untuk berehat.

Hm, lepassatu, satu masalah yang menimpa Azlin. Dia sendiri pening kepala. Apa bolehbuat? Sudah nasib badan. Mata Azlin masih lagi terkebil-kebil memandang siling.Payah benar untuk dia melelapkan mata kali ini. Kebiasaaannya waktu-waktubegini dia sudah lama dibuai alam mimpi. Serba tidak kena jadinya. Mahumengiring  tidak selesa, menelentang punsama.

Nasib baikHana ada dan boleh diharap. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya jikaHana ketika itu tiada di rumah. Mahu dia terkontang kanting seorang dirimenahan sakit. Tentang solat Isyak pula, dia sudah pun melaksanakannya secararukhsah, juga atas bantuan Hana yang tolong mengambilkan air untuknya. Terharujuga dia dengan pertolongan Hana. Zaman sekarang bukan mudah untuk mencarisahabat yang betul-betul baik. Ada sesetengahnya jenis kawan makan kawan danpentingkan diri sendiri. Jenis yang tikam belakang tu yang agak bahaya. Depan kitabaik, di belakang kita macam-macam perkara buruk tentang kita akan dicanangnya.Nauzubillah min zalik.

SeketikaAzlin tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa di klinik tadi. Bagaimana Hanayang lebih kurus darinya itu cuba memapahnya sehingga senget benget jadinyajalan mereka. Nasib baik mereka berdua tidak terjunam ke dalam longkang. Kalautidak bertambah haru biru la jadinya nanti. Itu belum lagi mengenangkan mukanyayang serabai dengan tudung  berkedut yangdipakainya bersama t shirt yang nyata sekali tidak sedondon warnanya. Itu belumlagi dengan seluar tidur bergambar kartun bulan bintang. Tapi dalam keadaankesakitan tadi hal seperti itu sudah tidak dihiraukan Azlin, cuma  ketika mereka sedang menunggu giliran sebelumnamanya dipanggil sahaja baru dia terfikirkan keadaan itu. Ditambah pula bukandia sahaja pesakit yang menunggu di situ, ada lagi beberapa orang yang datangdengan pelbagai keadaan.

“ Hana, jombalik. “ Azlin berbisik kepada Hana yang duduk di sebelahnya.

“ Kau nikenapa tiba-tiba nak balik?” Sudah dapat dijangka, Hana terkejut denganpermintaan Azlin itu.

“Malu la akudengan keadaan macam ni.” Azlin memberi bahasa isyarat menunjukkan penampilandirinya yang agak selekeh itu.

“Ni tengokmuka aku ni yang fresh baru bangun tidur ni.” Sambung Azlin lagi.

Azlin lihatreaksi Hana yang ada ura-ura mahu tergelak tetapi cuba di tahan.

“Haa,tengok. Kau pun nak gelakkan aku kan.” Azlin masih lagi dapat mengawal nadasuaranya.

“Tak adalah.Ala, bukan orang lain kisah pun. Kau bukannya artis popular yang bahan ceritakau masuk tv pun.” Jawapan Hana itu membuatkan Azlin terdiam.

Betul jugakata-kata Hana itu tetapi walaubagaimanapun dia tetap berasa malu. Ah,pedulikanlah. Dalam keadaan darurat seperti ini apa-apa pun boleh jadi. NasibAzlin agak baik kerana dia tidak perlu menunggu lama untuk masuk ke dalam bilikdoktor dan Azlin berasa amat-amat lega. Mana tidaknya, MC pun dapat. Hehe..

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.