Home Novelet Cinta THE UNFORGIVEN
THE UNFORGIVEN
Bey AdAv
9/7/2018 15:34:55
15,160
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 5

Part 5


The unforgiven


" Jadi, maksud kedatangan kamu adalah ingin mempercepatkan pertunangan antara anak-anak kita? " soal Encik Hazizi, ayah kepada Farish.

" Begitulah lagaknya Hazizi. Saya bukan apa, kalau dah ada ikatan yang sah, senanglah Farish nak jaga Riana tu di kampus. " ujar Encik Khalid berbasa basi.


Encik Hazizi berdiam diri. Entah apa yang harus dia perkatakan kepada bakal besannya kalau Farish tidak bersetuju akan perancangan mereka itu.


" Saya ni bukan apa Hazizi.. Riana tu banyak sangat laki-laki yang nak usha dia katanya. Kalau Farish ada, tidaklah dia di ganggu lagi. Saya risaukan keselamatan anak saya. " ujar Encik Khalid lagi.

" Saya kena bincangkan hal ini dengan Farish. Lagipun perjanjian awal kita adalah mengikat mereka setelah mereka tamat belajar. "

" Benda baik tak elok kita tangguh-tangguhkan. Cepat atau lambat, mereka tetap akan di nikahkan! " ujar Encik Khalid sedikit mendesak.


Encik Hazizi mengangguk tanda setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Encik Khalid. Setelah berbual hampir sejam, Encik Khalid meminta izin untuk berlalu.


Encik Hazizi cuba untuk menyampaikan hajat Encik Khalid kepada anak bongsunya itu ketika mereka selesai makan malam.


" Farish.. " tegur Encik Hazizi.


Farish yang sedang menonton Discovery channel memperlahankan volume dan beralih memandang ayahnya.


" Ayah Riana datang ke sini tadi. " Encik Hazizi memulakan bicara.


Isterinya Puan Adinda turut menghentikan pekerjaan tangannya yang sibuk dengan benang kait. 


" Kenapa, bang? " soal Puan Adinda.

" Mereka nak percepatkan tarikh pernikahan anak-anak! " jawab Encik Hazizi.


" Apa ni ayah? " Farish mulai bersuara dengan nada tidak puas hati.


" Farish.. " Puan Adinda bersuara.


" Bonda, kan Farish dah cakap? Farish tak setuju nak kahwin dengan Riana. Come on lah ayah..bonda.. Ni bukan zaman 60-an 70-an lagi dah nak kena kahwin paksa! " Farish bersuara geram.

" Farish, Riana tu baik budaknya. Kita kenal dengan keluarganya. Apa lagi yang kurang? " Encik Hazizi bersuara.

" Cinta, ayah! Farish tak cintakan Riana. Macamana Farish nak hidup dengan perempuan yang Farish tak cinta? " ujar Farish.

" Bonda dengan ayah dulu pun saling tak kenal sebelum kahwin. Dan perkahwinan bonda dengan ayah berkekalan hingga ke hari ini. "

" Ayah, itu dulu. Zaman sekarang dah berubah dah ayah! "


" Farish.. " Puan Adinda ingin bersuara namun pantas Farish memotong.

" Dah lah bonda! Farish malas nak cakap tentang hal-hal kahwin ni. Kalau bonda dan ayah nak kan jawapan Farish, the answer is no! Farish tak setuju! " ujar Farish dan langsung berdiri setelah menekan butang off pada remote dekoder astro.


" Farish.. " Puan Adinda memanggil anaknya namun di abaikan oleh Farish.


Puan Adinda dan Encik Hazizi saling berpandangan.


Farish terus sahaja melangkah menuju ke biliknya lalu berbaring di atas tilam beralaskan tangannya. Fikirannya terbayang akan kelembutan bibir Queenie.


Entah apa yang merasuknya malam itu selepas Queenie di nobatkan sebagai Ratu Kampus. Wajah Queenie yang merona merah setelah Farish melingkarkan tangannya ke bahu Queenie menyebabkan Farish teringin melumat bibir mungil milik Queenie.


Hajatnya tercapai ketika Queenie di hujani pelbagai soalan dan ketika Queenie memandang ke arahnya, Farish terus sahaja membenamkan bibirnya ke bibir Queenie.


Arghh!! Kelembutan bibir Queenie terus membayangi diri Farish. Tidurnya malam itu kurang lena kerana wajah Queenie mengetuk mimpinya membuatkan Farish tidak keruan. Yang akhirnya membuatkan Farish tidak cukup tidur ketika pagi mulai menjelma.


" Morning bonda! " sapa Farish sambil menutup mulutnya yang menguap.

" Morning! Amboi anak teruna bonda buat apa je semalam sampai tak lena tidur ni? " soal Datin Adinda.


Farish menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengambil tempat duduk di hadapan meja makan untuk bersarapan.


" Bonda.. "

" Hurmm? "

" Pasal Riana.. "

" Farish.. " Puan Adinda memandang tepat ke wajah anak bongsunya itu.

" Bonda, Farish tak cintakan Riana. Tak ada sekelumit pun rasa cinta atau sayang buat Riana. Macamana Farish nak hidup dengan dia? " ujar Farish.


Puan Adinda mengeluh.


" Tolonglah bonda! Jangan buat Farish macam ni. " rayu Farish.

" Bonda pun tak tahu nak kata apa, Farish. "

" Bonda, please pujuk ayah? "

" Ayah pun bingung Farish. Ayah takut kalau hubungan persahabatannya dengan Datuk Khalid akan renggang! Mereka dah lama bersahabat. " jelas Puan Adinda.

" Takkan bonda dan ayah sanggup pertaruhkan hidup Farish demi sebuah persahabatan? Tak masuk akallah bonda! "


Puan Adinda mengeluh. Dia tahu apa yang sedang cuba Farish sampaikan cuma dia tidak tega kalau hubungan persahabatan suaminya akan terjejas di sebabkan perkahwinan di antara anak mereka terbatal.


" Bonda.. " Farish bersuara lagi.

" Dah! Sarapan cepat. Nanti kita bincangkan hal ini kemudian. Farish tumpukan perhatian dengan pelajaran Farish. " ujar Puan Adinda.


Farish mengeluh dan menghabiskan sarapan paginya. Setelah itu, dia berlalu ke biliknya dan mempersiapkan diri untuk ke kampus.


Queenie melangkah penuh ragu pagi itu. Apatah lagi insiden beberapa malam yang lepas masih lagi hangat di perkatakan. Entah kenapa dia menjadi takut tiba-tiba.


Ketika melihat kelibat Queenie, para penuntut mulai berbisik antara satu sama lain. Queenie yang menyedari akan hal itu menundukkan kepala menyebabkan dia terlanggar tubuh seseorang. Pantas Queenie mengangkat wajahnya.


Riana?!


" Ma..maaf! " ujar Queenie sambil menundukkan kepala sedikit.

" Lain kali, kalau jalan tu pakailah mata! Rugikan Tuhan bagi mata tapi tak pakai. " herdik Riana.

" Maaf, saya tidak sengaja! "

" Oh tak sengaja! Yang sengajanya apa? Sengaja nak goda Farish? "

" Saya tidak pernah simpan niat begitu. "

" I malaslah nak berbasa basi dengan budak kampung macam you ni! Ehh ingat I tak tahu taktik kampungan you tu? Lapuklah! Dah-dah lah berangan nak rampas Farish. I dengan dia akan bertunang tak lama lagi. "

" Tahniah tapi saya tiada niat mau rampas hak orang. Lagi pun saya tidak kenal dia siapa. "


Riana memandang Queenie tidak puas hati. Queenie kemudian melangkah meninggalkan Riana namun Riana menahannya.


" I ingatkan you.. Anggap ini first and last warning! Kalau tak.. "


" Riana! "


Kata-kata Riana mati begitu sahaja apabila suara keras milik Farish kedengaran. Farish mendekati Riana dan Queenie.


" You buat apa ni Riana? " soal Farish. Matanya tajam memandang ke arah lengan Queenie yang di pegang Riana.


" You rasa I buat apa Farish? " soal Riana kembali.

" Jangan nak tunjuk lagak Riana! " ujar Farish kemudian menarik tubuh Queenie.


Pegangan Riana pada lengan Queenie terlepas.


" Auchh! " Queenie mengerang kecil apabila kulit lengannya terasa pedih.


Farish dengan pantas menyentuh lengan Queenie dan terdapat kesan cakaran yang memanjang pada kulit gadis itu. Farish memandang Riana tajam.


" You better behave yourself! " ujar Farish pada Riana.

" Rasanya kata-kata itu sesuai di tujukan buat you! Kita akan menikah tak lama lagi. " ujar Riana.


Farish yang mendengar kata-kata Riana langsung sahaja tertawa.


" In your dreams baby! " ujar Farish seraya mengenyitkan matanya pada Riana lalu melingkarkan tangannya ke bahu Queenie dan membawa gadis itu berlalu.


" Farish! Hei Farish! Farish!! " Riana menjerit memanggil nama Farish namun Farish terus sahaja melangkah bersama Queenie.



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.