Home Cerpen Cinta kontrak 3 bulan
kontrak 3 bulan
Bey AdAv
23/2/2014 09:51:58
8,394
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Apa pandang-pandang?!” herdikku pada salah satu lelaki pelatih plkn.

Dia hanya tersengih memandangku membuatkan aku bertambah sakit hati dengan kelakuannya itu.Hampir sebulan selepas kemasukkan aku ke Kem Latihan Khidmat Negara,lelaki itu asyik merenungku.Pada mulanya dia cuba untuk mengorat teman ku cuma dia terpaksa melupakan niatnya kerana teman ku itu telah pun bertunang sebelum menyertai PLKN.Mungkin itu sebabnya dia mengalihkan perhatiannya padaku.Tapi dari apa yang ku dengar dari teman yang lain,lelaki itu sudah ada teman wanita dan aku turut mengenali gadis itu dan ternyata ianya bukan sekadar khabar angin semata-mata.Ku akui kalau aku juga terpesona padanya.Aku terpesona pada sepasang mata coklat bersinar miliknya namun aku hanya memendam perasaan kerana dia sudah berpunya.

“Hei,janganlah marah-marah.” Dia ketawa besar.Semua mata tertumpu kepada kami akibat daripada tawanya itu.

“Jangan kacau saya,ok?!” aku memberikan amaran.

“Sebab?” dia membalas dalam bentuk soalan.

“Sebabnya saya tidak suka!Lagipun kalau girlfriend kau nampak,aku yang sia-sia kena maki kan?”

Dia yang asyik menulis nama teman wanitanya pada telapak tangannya terhenti sejenak.Kedengaran suara keluhan.

“Hmm dia ada di sini,satu kelas dengan kita tapi dia sibuk dengan Alex!” ujarnya.

“Alex yang kepala dia botak licin tu?Yang kena tangkap keluar kem?” soal ku.

“Ya!Dia terus-terang dengan saya yang dia suka dengan Alex.Saya mahu break dengan dia tapi saya sayang dia.”

“Sayang betul atau setakat kontrak 3 bulan?”soal ku lagi dalam nada yang sinis.

Dia terdiam.Petang itu kami bertemu lagi ketika minum petang.Niat di hati hendak membuat tahi mata tapi teman ku,Fieza memaksa untuk ke dewan dengan alasan perutnya lapar.

“Hai!” sapa lelaki itu.

Aku hanya tersenyum kecil.

“Takkan kita tidak boleh berbaik?” soalnya dalam nada yang agak perlahan.

“Entah lah!Macamana mahu berbaik kalau dari awal lagi kau memang benci dengan saya kan?”

“Ofcourse no!” jawabnya pantas.

“Habis yang dulu-dulu kau tengok saya macam mahu makan saya kenapa?”

“Janganlah salah faham!Saya memang tertarik dengan kau sejak kali pertama saya nampak kau mendaftar.”

“Tapi kan kau mengorat Jubaidah?Setiap kali saya perasaan kau tengok dia.”

“Saya tengok kaulah!Kau kan selalu berkepit dengan dia.”

“Macam tidak pula!Kan aku selalu dengan Fieza.”

“Kan kamu 3 orang sentiasa bersama?Erm kita selalu berbual tapi saya masih tidak tahu nama kau?”

“Seriously kau tidak tahu?” soalku sinis.

“Yang saya dengar dari kawan-kawan saya nama kau Jacinta kan?” tekanya.

“Kawan kau yang mana?” soalku.

“Bukan saya saja yang terpikat dengan kau.Masih ada yang lain.”

“Yalah tu.”

“Betul!Saya tidak bohong.”

Aku sekadar tersengih. “Kau Shah kan?” teka ku.

“Macamana kau tahu?”

“Fieza tanya dengan Ryoko,girlfriend kau tu!” aku tersenyum nakal.

“Hmm kami sudah putus!Dia balik-balik cerita pasal Alex.Saya sakit hati,so terpaksa lah…” Shah tidak menghabiskan kata-katanya.Mungkin dia mengandaikan aku faham.

Aku terdiam.

******************************************************************************

Aktiviti hari ini sungguh mengujakan dan amat memenatkan namun apa yang di tunggu-tunggu ialah hari esok di mana kami di benarkan mengambil telefon bimbit dan menggunakannya hanya untuk sehari.Begitu lah rutin mingguan penggunaan telefon bimbit.Di dalam kem PLKN ini sudah boleh ku anggap seperti bersekolah.Mana taknya,seawal jam 5 setengah pagi kami mesti berada di padang kawad untuk senaman yang akan berakhir pada jam 7 pagi.Setelah itu sarapan pagi di nikmati dari jam 7 hingga 8 pagi namun aku akan makan dengan cepat kerana harus berebut kamar rmandi dengan pelatih yang lain.Aku enggan mandi beramai-ramai kerana aku harus berkemban.Walaupun kami semua perempuan,aku lebih selesa mandi di dalam kamar mandi.Kelas kami akan bermula pada jam 8 setengah pagi hingga lah jam 12 tengahari tetapi kami akan di berikan rehat selama setengah jam pada jam 10 setengah untuk menikmati minum pagi.Di sebelah petang pula aktiviti lasak dan kurang lasak akan bermula pada jam 2 hingga 4 petang.Makan malam disediakan pada jam 7 malam dan setelah itu kami akan kembali ke dorm masing-masing menanti di panggil ke dewan sekiranya ada aktiviti.Sekiranya tidak ada,kami hanya berada di dorm masing-masing.

“Fieza,siapa meronda malam ini?” soal ku sambil berbaring malas di atas katil.

“Tika dengan Miera!” balas Fieza.

“Oo!Fieza,Miera tu macam pelik ja kan?” soalku lagi.

“Pelik?”

“Pelik lah!Dia diam ja.Ingat lagi yang dia tiada waktu malam row call?Ingatkan dia hilang.” Ujarku.

“Ya.Cinta,kau ada dengar cerita budak dorm 7?”

“Tiada.Kenapa?Ada apa?”

“Ada satu pelatih ni terpaksa kena hantar pulang!” Fieza membuka cerita.

“Kenapa pula?Dia sakit?”

“Mana ada sakit!Dari hari pertama sampai lah dia pulang,dorm diorang tidak pernah tutup lampu.”

“Pasal apa?”

“Setiap kali lampu kena tutup dia mesti teriak-teriak macam orang kena rasuk!”

“Histeria?”

“Lebih kurang lah!Dengar cerita selalu sudah so pihak kem ambil keputusan untuk hantar dia pulang!Takut nanti dia bertambah teruk.Lagi-lagi nanti kita ada aktiviti tidur dalam hutam!”

“Wau bestnya!Mahu juga testing tidur dalam hutan kan?Minta-minta lah aku tidak datang bulan waktu tu.Nanti payah!Bukannya ada tandas.Tapi kan,kesian juga yang budak dorm 7 tu kan?” aku menyatakan rasa kasihan ku.Yalah peluang mentertai PLKN bukannya ada kali ke-2.

“Apa boleh buatkan.” Ujar Fieza pula. “Kau dengan Shah ada apa-apa kah?” soal Fieza tiba-tiba.

“Kawan ja lah!Kenapa kau tanya?”

“Bukan dia couple dengan Ryoko?”

“Sudah break!Dia minat dengan Alex yang botak licin tu jadi Shah pun break dengan dia.” Jelas ku.

“So ada harapan lah kau dengan dia?” usik Fieza.

“Jangan sembarangan!Kan aku dengan Wan?Og lagi aku mahu letak mana?”

“Letak dalam poket!” Fieza ketawa besar.

“Gila kau!So siapa yang patut aku letak dalam hati?” aku cuba menguji Fieza.

“Shah lah!Dia ja yang hensem antara wan dengan Og.” Ujar Fieza selamba.

“Sedapnya mulut!Dia tu muslim lah.”

“So,apa masalahnya kalau dia tu muslim?!Alah Cinta,kontrak 3 bulan ja pun,buat apa mahu setia?Lelaki sini pun sama ja semua.Kau tengok Og?Dia hantar surat dengan kau dia cakap kontrak 3 bulan kan?Tapi kau terima juga terus yang gila-gila otak kau pula kau couple dengan Wan yang berbestfriend sejak kecil dengan Og!”

“Mana lah tau lepas habis PLKN kami akan bercinta serius?Family aku takkan setuju aku tukar agama tau?!Hmm bukannya aku tahu yang dorang tu bestfriend!Tapi sekarang diorang tidak berlayan kan?Bertegur pun tidak!”

“Tu lah!”

“Fieza,jom tidur aku ngantuk!Kejap lagi yang tukang ronda datang,kita kena tangkap belum tidur sia-sia berkawad besok!Nanti lambat bangun,lambat lah dapat handphone.” aku ketawa.

“Betul juga kan.Good night Cinta.” Fieza ikut ketawa.

“Night babe!”

Tidur kami lena hingga lah keesokan harinya.Sabtu dan ahad tidak perlu lah kami bangun awal kerana ia merupakan hari cuti buat kami.Selesai menjamu sarapan kami bergegas menuju ke pejabat penyimpanan telefon bimbit.Setelah itu kami kembali ke dorm dengan agenda masing-masing.Aku seperti biasa akan berbaring di atas katil membalas mesej-mesej yang masuk dan tidak lupa juga menghubungi keluarga ku.Entah bila aku terlelap,aku hanya merasakan tubuh ku di goncang kuat oleh Fieza.

“Cinta,bangun!Jam 12 sudah ni.Jom p dewan,aku lapar sudah.Lauk hari ni sedap,ayam goreng!”

“Mana kau tahu?” soalku sambil menggosok mata.

“Tadi aku beli reload di kantin!”

“Bagi aku 5minit!Cuci muka dulu.”

“Okay!”

Kurang dari 5minit,Fieza dan Jacinta sudah pun berada di barisan untuk menunggu giliran mengambil makanan.Setelah selesai mengambil makanan mereka memilih tempat duduk yang biasa mereka tempati ketika berada di dewan.Pada waktu yang sama Shah yang duduk di bahagian lelaki duduk berhadapan dengan Jacinta.Itu adalah salah satu peraturan di kem tersebut di mana lelaki dan perempuan tidak di benarkan sama sekali duduk semeja.Malangnya peraturan tersebut sering sahaja di langgar ketika tidak ada jurulatih yang memantau.

Sedang asyik menjamu selera,kedengaran bunyi sms pada telefon bimbit Jacinta.Suapannya terhenti.Dia kemudiannya membaca sms yang masuk.

‘sy terpikat tengok kau makan pakai tangan’

Pantas Jacinta mengangkat kepalanya mencari kelibat Shah.Sebaik sahaja mengangkat kepala mata mereka bertaut dan Shah tersenyum memndangnya.Begitu juga dengan Jacinta.Mungkinkah mereka telah jatuh cinta?

“Siapa yang sms?” soal Fieza.

“Shah!” balas Jacinta pendek.

“Apa dia cakap?”

“Adakah dia cakap yang dia terpikat tengok aku makan pakai tangan?Lagipun kadang-kadang kami sekeluarga lebih suka makan pakai tangan?Bukannya muslim saja yang boleh makan pakai tangan kan?” soal Jacinta.

Fieza sekadar mengangguk kerana mulutnya penuh dengan makanan.

Hari demi hari berlalu kini hanya tinggal menghitung hari untuk mereka meninggalkan kem PLKN.Masa 3 bulan kini makin mencemburui mereka.Hubungan Shah dan Jacinta makin akrab tetapi mereka masih lagi berstatus teman.Hubungan Jacinta dengan Wan dan Og juga telah putus apabila Wan meminta untuk memutuskan hubungan mereka manakala Og pula terpaksa akur dengan permintaan Jacinta yang mahu menamatkan hubungan mereka setelah Jacinta di serang oleh gadis yang mengaku teman wanita Og dan juga gadis yang mengaku teman merangkap saksi percintaan Og dan gadis itu.Memang pedih rasanya kerana Jacinta berharap hubungannya dengan Og akan berkekalan.Namun bak kata Fieza,sekadar kontrak 3 bulan!

******************************************************************************

Malam itu adalah malam terakhir di mana mereka akan mempersembahkan persembahan dari setiap kumpulan.Kumpulan Jacinta iaitu Charlie akan membuat persembahan yang bertemakan cat walk.Jacinta turut mengambil bahagian dan di gandingkan dengan Og kerana mereka berada dalam kumpulan yang sama.Selesai sahaja 4 kumpulan membuat persembahan iaitu kumpulan Alpha,Bravo,Charlie dan Delta kini kesemua pelatih di berikan peluang untuk menari di hadapan dengan lagu yang di mainkan adalah lagu kadazandusun.Dan pastinya tema tarian adalah tarian sumazau yang amat popular di kalangan masyarakat suku kaum dusun di Sabah.Jacinta yang duduk di bahagian hadapan sekali hanya mendiamkan diri walaupun aktiviti tersebut tidak memerlukan pasangan.

Shah yang sedari tadi memandang Jacinta berdiri lalu menuju ke hadapan dan menyertai teman-teman yang lain.jacinta yang asyik bercerita tidak menyedarinya agak terkejut sedikit apabila secara tiba-tiba Shah menghampiri dan menarik tangannya agar dia turut serta dalam aktiviti itu.

Sambil menarik mereka bercerita. “Besok kita tidak akan lagi berjumpa selalu seperti ini.” Shah membuka bicara.

Jacinta sekadar tersenyum dan mengangguk tanpa berkata apa-apa.

“So?”

“So apa?Apa yang boleh kita buat?” Jacinta bersuara.

“I will miss you!”

Jacinta tersenyum.

“I really do!”

“Saya penat!” ujar Jacinta dan terus berlalu ke tempat duduknya.

“Tunggu!” pantas Shah menyambar pergelangan tangan Jacinta.

“I love you!” Shah berterus-terang pada Jacinta.

“Shah, persahabatan kita ibarat kontrak 3 bulan.Lagipun belum tentu lagi kita akan bertemu selepas kita keluar dari sini.Segalanya bermula di sini dan biar lah segalanya berakhir di sini juga!Saya tidak mahu kecewa Shah.Ya,saya mengaku yang saya juga ada perasaan yang sama tapi…”

“Jangan bagi banyak alasan Jacinta!Kita tinggal di negeri yang sama.Jarak KK dan Tuaran tidak mengambil masa berjam-jam.” Shah memotong kata-kata Jacinta.

“Saya tahu tapi…”

“Banyak sangat tapi-tapi!” Shah memintas lagi.

Jacinta ketawa.

“Saya akan rindukan tawa kau!”

“Shah,please!”

“Saya serius!” ujar Shah tegas.

“Saya akan bagi jawapan esok atau mungkin selepas kita keluar dari sini!” Jacinta berlalu pantas tanpa menunggu reaksi dari Shah.

******************************************************************************

Sebulan telah berlalu sejak mereka tamat PLKN.Jacinta dan Shah masih lagi berhubung walaupun Jacinta masih lagi belum memberikan jawapannya pada Shah.Jacinta tidak pernah mengelak tetapi Shah juga tidak lagi mengungkit atau bertanya jawapannya.

‘bila nak bagi jawapan?’soal Shah ketika mereka sedang berbalas sms.

‘jawapan apa?’jacinta berpura-pura lupa.

‘kalau keluarga sy masuk meminang,kau akan terima?’

‘Jgn mengada-ngada!’

‘sdh sebulan sy tunggu.’

‘bkn waktu yg lama sy rasa.’

‘sy takut ada yg cuba potong jalan.’

‘siapa?’

‘Cinta,bkn sy seorg yg menaruh perasaan dgn kau!’

Ada betulnya apa yang di katakan oleh Shah.Semenjak tamatnya PLKN berpuluh-puluh sms yang masuk.Entah dari mana mereka mendapatkan nombor telefonnya juga dia tidak tahu.Belum di kira lagi yang berulang-ulang kali menelefonnya.Bermacam-macam alasan yang di berikan Jacinta agar dia tidak di ganggu namun sia-sia.Ada yang sanggup mengisi kredit telefon bimbitnya sehingga RM50.Kadang-kala Jacinta terpaksa mematikan telefon.

‘knpa diam?’

Telefon bimbit Jacinta bordering.Tertera di skrin nama Shah.Jacinta menekan punat hijau.

“Would you be my ‘friends forever’?” Shah melamar Jacinta untuk menjadi kekasihnya.

Agak lama Jacinta mendiamkan diri sebelum menjawab.Cuba untuk mencari ayat yang sesuai.

“Saya akan berusaha untuk menjadi ‘sahabat’ yang terbaik!” Jacinta menyatakan persetujuannya.

“Thank you!Saya akan berusaha untuk membahagiakan kau sehingga lah hari kita di satukan menjadi satu!”

Jacinta terdiam.Dia sendiri tidak tahu adakah Shah bakal menjadi suaminya satu hari nanti atau mereka akan mengikut haluan masing-masing suatu hari nanti.Namun Jacinta membiarkan sahaja soalan itu berlalu di kotak fikirannya.Apa yang pasti,dia bahagia kerana yakin cintanya pada Shah berbalas dan dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.