Aku
tak pernah kesah pun kalau masyarakat luar tuduh aku yang bukan-bukan.Mahu
cakap aku ni perampas laki orang,perempuan tak tahu malu atau apa saja,I don’t
care at all.Aku tahu kedudukan aku.Aku tahu apa yang aku lakukan dan apa yang
aku mahukan.Danish!
“Hei,perempuan!” bahu ku di tolak.
Aku
merenung tajam.
“Kau
tahu kan Danish suami aku?!Kenapa kau masih kejar-kejar dia lagi?”
“Apa
masalah dengan kau kalau aku kejar Danish?Hmm…” soal ku dengan nada yang sinis.
“Kau
tanya aku apa masalah aku?Danish suami aku!Kau sedar atau tidak apa yang kau
cakap?”
“Bukan
setakat sedar Puan Farina,aku tahu kalau Danish suami kau.Jadi,cuba bagi aku
alasan kenapa aku perlu berhenti kejar Danish?”
“Tolong
lah Qistina,jangan hancurkan perkahwinan aku dengan Danish!Aku cintakan dia.”
Farina merayu.
“Ow
jadi kau datang sini cuma untuk itu?” soal ku sinis.
Farina
mengangguk kecil.Matanya mulai berkaca.
“My
answer is NO!”
“Kenapa
Qis?!Banyak lagi lelaki di luar sana yang mahukan kau tapi kenapa Danish juga?”
“Kau
tanya aku kenapa?” suara ku mulai meninggi. “Sebelum kau kenal dia kau tahu apa
hubungan kami?Sebelum kau muncul tiba-tiba kau tahu apa yang telah kami
lalui?Sebelum kau rancang untuk rampas dia dari aku dan sebelum kau kahwin
dengan dia kau tahu apa yang telah kami rancang?Kau tak pernah tahu!” marah ku.
Farina tunduk memandang lantai.Dia mengusap
perutnya perlahan.Kandungannya kini mencecah 8 bulan.
“Kenapa
diam?Sekarang kau sudah ada jawapan untuk soalan-soalan aku kan?” soal ku.
“Pergi
lah Qis!Pergi jauh dari kehidupan kami.Aku merayu.Aku tak nak anak ni lahir
tanpa seorang bapa.” Farina cuba untuk meraih simpati dari ku.
“Kau
tahu jawapan aku!” bentak ku.
“Kembali kan Danish!” keras suara Farina.
“Danish
hak aku!Kau rampas dia dari aku dan aku tidak akan berhenti selagi aku tak
dapat hak aku kembali.Kau yang seharusnya kembalikan Danish pada aku!”
Farina
diam.Otaknya berserabut.Semua ini berlaku 5 bulan yang lalu.
7 bulan yang lalu…
Farina
menoleh kiri dan kanan sambil matanya melilau mencari kelibat Qistina.Walaupun
mereka bukannya sahabat yang berkongsi segala rahsia,namun keduanya agak
rapat.Ini Karana,Qistina seorang gadis yang lincah dan periang.Mudah di bawa
bercerita,kaki shopping,tempatnya meluahkan perasaan dan pendek kata Qistina
lah calon sesuai untuk di jadikan sahabat sejati.Tak pernah sekali pun dia
meninggalkan sahabatnya.
Perlahan-lahan Qistina mengatur langkah agar tidak di sedari oleh
Farina.Qistina tersenyum nakal.Sebaik sahaja kedudukannya rapat dengan
Farina,Qistina lantasmencucuk pinggangnya.
“Hoi
Mak engkau jatuh!” Farina melatah.Pantas dia menoleh. “Qistina!” Panggilnya
geram.Wajahnya merona merah apabila tiba-tiba sahaja terpandang wajah seorang lelaki
tampan yang berada di sisi Qistina sambil memaut pinggang Qistina.
Qistina
masih lagi ketawa.”Jangan lah marah!” usik Qistina.Masih lagi kedengaran
tawanya.
“Apasal
kau lambat?Berjanggut aku tunggu kau.” Ujar Farina dalam nada merajuk.
“Sorry
lah!Kami dating kejap berdua…” Qistina ketawa kecil. “Ow by the way,sayang ini
Farina and Farina ini Danish my lovely darling!” Qistina memperkenalkan mereka.
Farina
tersenyum kecil.Danish membalasnya hambar.Enggan berlebih-lebihan.Takut nanti
si jantung hati tarik muncung,merana lah hati memujuk Qistina yang cukup di
fahaminya akan sifatnya yang kuat merajuk itu.
“Baby,I
kena balik ofis sekarang.Takut nanti papa cari.” Danish meminta izin.
“Erm
nanti jam berapa habis kerja?” soal Qistina manja.Tidak mengendahkan kewujudan
Farina.
“As
usual Baby.Nanti kita dinner sama-sama,okay?” Danish mengusap rambut Qistina
lagak seorang ayah mengusap kepala anaknya.
“Okay
but don’t be late.” Ujar Qistina dengan manja.
Danish
mengangguk kecil sambil tersenyum memandang kekasihnya itu.Walaupun Qistina
agak manja namun dia pandai mengambil hati orang tua.Pada mulanya hubungan
mereka tidak di restui oleh ibu Danish namun setelah beberapa kali Qistina
datang ke rumah Danish dengan membawa makanan hasil air tangannya,luluh juga hati
ibu Danish menerima Qistina.Sesekali Qistina akan membantu ibu Danish memasak.
“I’ve
to go now!Take care and don’t be naughty.” Pesan Danish.
“Tengok
lah dulu.” Ujar Qistina nakal.
Pantas
Danish menarik hidung Qistina. “Apa dia?”
“Okay,sorry-sorry..janji,tak akan nakal!”
Danish
tersenyum lalu melepaskan jarinya.Qistina menggosok hidungnya yang sakit.
“Jahat!” Qistina menjeling.
Danish
tersenyum lagi.Lantas dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanan Qistina
sebagai tanda permohonan maaf. “Take care!” Danish lantas berlalu.Dia sempat
mencuit pipi Qistina.
“Amboi
bermesra-mesraan sampai tidak ingat dunia!Aku yang di sini pun macam tunggul kau buat.” Sindir Farina.
“Jeles
lah tu!”
“Tolong
sikit!” ujar Farina.
Qistina ketawa kecil. “Kau bawa aku keluar ni untuk apa?” soal Qistina
setelah tawanya reda.
“Aku
boring lah di rumah.Temankan aku shopping?” pinta Farina.
“Okay!”
Qistina membalas pendek.
Sejak
pertemuan Farina dengan Danish,Farina sering menelefon Qistina untuk
mengajaknya keluar dengan harapan Danish akan ada bersama Qistina.Beberapa kali
juga mereka bertiga makan bersama dan ada kalanya Farina akan mengambil
kesempatan jika Qistina ke bilik air atau berjauhan sedikit dari Danish.
Kehidupan Farina agak bebas.Sikapnya bertambah liar apabila orang tuanya
berpindah ke Australia untuk menguruskan perniagaan di sana.Tiap-tiap malam
Farina akan mengunjungi kelab-kelab malam dan sering turun naik hotel dengan
pasangan yang berlainan setiap malam.Sudah dua kali Farina menggugurkan
kandungannya hasil persetubuhan dengan lelaki yang menidurinya.Dan
sekarang,Farina hamil lagi.Dia takut untuk menjalankan proses pengguguran buat
kali ketiga di sebabkan risikonya yang terlalu tinggi.Farina mulai mengatur
rancangan.
“Karl.aku perlukan pertolongan kau!”
“Pertolongan apa?”
Farina
membisikkan sesuatu pada Karl.
“Aku
faham!Tapi mesti ada fulus.” Ujar Karl.
“Aku
akan bayar kau!” Farina mengeluarkan
sampul surat yang berisi tebal lalu menghulurkannya pada Karl. “Ini first
payment!Di dalam ada lima ribu ringgit.Kalau kerja kau beres dan berjalan
sesuai rancangan tadi,aku akan bagi kau 10 ribu!”
“Jangan
risau.Aku pergi dulu!” Karl berlalu pergi.
Farina
tersenyum puas.Bertambah lebar senyumannya apabila jeratnya mengena.Kelihatan
dari jauh kelibat Qistina dan Danish yang sedang berpimpin tangan menuju ke
arahnya.Dia mengusai rambutnya sedikit biar tampak kemas.
“Dah lama
tunggu?” soal Qistina.
“Dah dua
gelas jus lemon aku order.Yang ketiga baru ja pelayan tu ambil pesanan and aku
pesan minuman untuk kamu sekali!Tak kesah kan?”
Qistina
menggeleng. “Sorry lah lambat sikit ja!Tadi kami singgah rumah Danish and you
know what..” dengan gembiranya Qistina menhulurkan tangannya pada Farina.
Terlihat
di jari manis Qistina sebentuk cincin emas. “Wow!Dah nak kahwin?” Farina
membelek cincin tersebut.
“Yup!Danish lamar aku depan family dia tadi.Hampir aku pengsan.” Qistina
membuka cerita.Wajahnya jelas mempamerkan reaksi yang sungguh gembira sekali.
“Romantiknya!” Farina menunjukkan reaksi teruja.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang untuk menghantarkan
minuman mereka.Farina tersenyum jahat.
“Minum
lah!Hari ni aku belanja.Kebetulan hari ni hari bahagia untuk kamu berdua.” Ujar
Farina yang tersenyum penuh makna..
Qistina
tersenyum manis.Tanpa sebarang syak wasangka,Qistina dan Danish menghirup
minuman yang ada di hadapan mereka.Selang beberapa minit,keduanya mulai sakit
kepala dan berasa pening.Hanya beberapa saat sahaja,mereka tidak sedarkan diri
lagi.Farina tersenyum puas.
Dengan
pantas Farina dan Karl memapah Qistina dan Danish menuju ke arah kereta milik
Farina.Kereta di pandu menuju ke arah
rumah Karl bagi mengelakkan Farina di syaki oleh sesiapa.Sebaik sahaja
tiba,mereka memulakan aksi mereka.Beberapa aksi di rakam dan gambar di ambil.
Datin Raani
terkejut sebaik sahaja isi sampul surat yang bertulis namanya terkeluar.Hampir
sahaja dia pitam melihat aksi lucah anak dan juga bakal menantunya itu pada
gambar yang berlainan.
“Danish!Qistina!” jerit Datin Raani kepada mereka berdua yang ketika itu
sedang begelak tawa bersama suaminya Datuk Fakir.
Tawa
mereka terhenti.Serentak mereka menoleh ke arah Datin Raani.
“Kenapa
Raani?” soal Datuk Fakir.Nadanya kedengaran cemas.
“Kenapa
ma,apa yang berlaku?” soal Danish pula.
Datin Raani
menuju ke arah mereka bertiga dengan perasaan yang marah sambil merenung tajam
ke arah Qistina.
“Apa
semua ini?!” Datin Raani melemparkan beberapa keping gambar Qistina kepada
Qistina.
Qistina
terkejut.Dia mengutip gambar tersebut.Wajahnya langsung pucat apabila melihat
aksi ghairah dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya.
“Sekarang jelaskan apa maksud gambar tu!” perintah Datin Raani.
“Sa..saya..” Qistina gagap.Tidak tahu apa yang harus dia katakan kerana
di sendiri tidak tahu dari mana gambar itu muncul dan siapa lelaki itu.
“Gambar
apa?” soal Danish.Pantas dia menyambar gambar yang ada pada Qistina.Danish
terkejut. “Apa semua ni Qistina?” Soal Danish pada Qistina.Tidak ada lagi
panggilan manja.
“Saya
tidak tahu!I don’t even know him!” Qistina cuba membela diri.
“Tidah
tahu?Kalau tidak kenal takkan gambar sebegini boleh ada!” ujar Danish sinis.
“I
swear!”
“Jangan
bersumpah Qistina!Tell me who’s that guy?”
“Sayang..Danish,saya betul-betul tidak kenal dengan dia!”
“Don’t
lie!”
“I’m
not lying!Please!You kenal I Danish.Kita bercinta sudah lama dan mustahil saya
akan melakukan perkara begitu.”
“Putuskan hubungan kamu!” Datuk Fakir yang mendiamkan diri dari tadi
bersuara.
“No!Saya tidak bersalah.”Bentak Qistina.
“Ini
buktinya!” ujar Danish pula.
“Danish
no!You can’t do this to me?I love you.”
“Leave!” Pinta Danish.
“No!I
won’t.I’m not guilty.”
“Yes
you are!” kedengaran satu suara perempuan menyalahkan Qistina.
Mereka
bertiga menoleh.
“Farina?Kau buat apa di sini?” soal Qistina.
“Untuk
menyatakan kebenaran pada mereka semua!” Ujar Farina angkuh.
“Kebenaran tentang apa?” soal Datuk Fakir.
“Tentang Qistina dan gambar itu.Saya buktinya.Saya melihat
segalanya.Malam kejadian,Qistina mengajak saya ke kelab malam.Dia bersama
dengan lelaki itu.Mereka minum dan bermesraan kemudian tanpa memaklumkan pada
saya,mereka berdua meninggalkan kelab malam itu.Nasib baik saya terlihat
kelibat mereka lalu saya mengekori mereka.”
“Tipu!”
jerit Qistina.
“I’m
not!Terserah kepada Datuk dan Datin untuk percaya atau tidak.”
“Apa
yang kau harapkan Farina?Apa yang kau dapat setelah kau menganiaya aku?Kau tahu
sendiri aku tidak pernah menginjakkan kaki ke kelab malam.”
Farina
terdiam.”Saya mahukan hak saya Datuk..Datin.” Farina menayang muka sedih.
“Hak
apa?” soal Datin Raani.
Farina
menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan sekeping kertas lalu menyerahkannya
kepada Datin Raani.
Datin
Raani menyambutnya.Perlahan-lahan isi kandungan surat di baca.Sekali lagi Datin
Raani terkejut.Datin Raani menyerahkan surat itu kepada Datuk Fakir.
“Hamil?!”
Datuk Fakir turut terkejut.
Qistina
dan Danish juga terkejut.
“Ya,Datuk.Saya hamil anak Danish.” Farina tunduk.
“No
way!” Danish enggan mempercayainya.
Qistina
memandang Danish. “You..” Qistina mengalirkan air mata. “..Ini pasti
akal-akalan kamu berdua kan?Kamu mengambil gambar saya dengan lelaki lain agar
kamu berdua boleh bersatu.” Ujar Qistina dalam tangisan.
“Hei
Farina!Saya baru kenal kau tidak sampai sebulan.Mana mungkin saya hamilkan
kau.Qistina pun saya tidak pernah sentuh!Apatah lagi kau?”
“Saya
tahu kau pasti akan menafikannya.Saya ada bukti!” Farina mengeluarkan beberapa
keping gambar lalu menyerahkannya pada Danish. “Itu gambar kita bersama.Belum
cukup lagi bukti itu?” soal Farina.
Buat kali
ketiga Danish terkejut lagi melihat aksinya bersama Farina.Danish menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
“Kalau
kau tidak mahu bertanggungjawab,saya akan buat laporan polis dan gambar itu
akan jadi buktinya.” Farina mengugut.
“Tidak
perlu.Malam ini juga kamu akan nikah dengan Danish!” Datuk Fakir memberi kata
putus.
“What?!” serentak Qistina dan Danish bersuara.
Masa kini…
“Selagi aku tak dapat Danish,aku takkan
berhenti Farina!” Qistina bersuara.
“Kau memang perempuan tak tahu malu
kan?” sinis Farina bersuara.
“Kau boleh panggil aku apa saja.”
Qistina membalas.
Farina mengangkat tangan untuk di
layangkan pada Qistina namun sempat disambar.
“Jangan pernah angkat tangan pada
aku!Kau perempuan jijik dan hina.Kau tidak layak sentuh aku.” Qistina
melepaskan pegangan tangannya.
Farina menggosok pergelangan tangannya.
“Kau dah kalah dalam permainan kau
sendiri Farina.Buktinya,Danish jarang balik rumah kan?Kau rasa dia berada di
mana?Perkahwinan kamu cuma perjanjian di atas sekeping kertas putih!Jangan
ingat bila kau dah tutup aurat orang akan percaya kau jadi baik.Kau silap!”
“Apa yang kau cakapkan ni?” soal Farina
sedikit gementar suaranya.
“Mesti kau kenal dengan Karl kan?Lelaki
yang kau upah untuk ambil gambar aku dan gambar kau dengan Danish!”
Farina tergamam. ‘Macamana semuanya
boleh terbongkar?’ getusnya.
“Tertanya-tanya macamana aku tahu?” Qistina
bersuara sinis.
Farina terdiam.Lidahnya kelu.Tidak tahu
apa yang harus di katakan.
“Aku bukan bodoh lah Farina!Aku simpan
gambar aku hari tu.Aku cari lelaki yang ada dalam gambar.Dan kau nak tahu apa
yang jadi?Dia dah ceritakan semuanya pada kami!” Qistina ketawa sinis.Puas
hatinya.
“Siapa yang kau maksudkan dengan
‘kami’?” soal Farina ingin tahu.Hatinya berdegup laju.
Qistina ketawa lagi. “Rasanya tak perlu
aku cakap.”
“Kau tipu!” herdik Farina.
“Aku tak minta kau percayakan aku.Kau
boleh pergi dari sini dan nikmati hari terakhir kau sebagai isteri Danish!”
“Aku akan cakap dekat mama dan papa!Aku
akan buatkan kau di masukkan penjara!” Farina mulai menjerit.
“Mama dan papa siapa yang kau
maksudkan?Ow Datuk Fakir dan Datin Rianna.So sad.” Qistina masih lagi sinis.
“Kau jahat Qistina!”
“Siapa yang jahat sebenarnya?!Kau rampas
cinta aku!Kau rampas Danish dari aku!Kau yang jahat sebenarnya.”
“Tolong lah Qis.Aku minta maaf atas apa
yang sudah aku buat sebelum ini.Maafkan aku!Biar lah aku hidup dengan
Danish.Cuma ini saja caranya untuk aku bertaubat.” Farina merayu.
“Bertaubat?Perempuan macam kau tidak
akan pernah bertaubat lah!Jangan fikir aku jenis yang manja bererti aku lemah.Aku
akan pertahankan hak aku.Aku akan berjuang demi Danish.Demi cinta kami!Jangan
pernah pandang rendah pada aku.” Panjang lebar Qistina bersuara.
Farina tertunduk.
“Pergi jauh dari sini!Pergi jauh dari
kehidupan Danish dan aku atau ayat yang lebih sesuai jauh dari kehidupan kami!’
Farina mengangkat mukanya memandang
Qistina sambil mengerutkan dahinya kehairanan.
Qistina mengunjukkan jarinya di hadapan
Farina.Pada jari manisnya tersarung sebentuk cincin yang amat di kenali
Farina.Itu lah cincin yang pernah tersarung di jari manis Qistina dulu.
“Kau..” Farina tidak menghabiskan
kata-katanya.
“Ya!Aku dan Danish sudah bernikah secara
sah.Danish sudah memfailkan perceraian kamu di mahkamah.”
Ucapan dari Qistina ternyata menyakitkan
hati Farina.
“Sakitkan dengar semua itu?Nak tahu satu
perkara lagi?Aku hamil 2 bulan.Hamil anak Danish.Anak yang sah!” Qistina
menambah lagi.
“Penipu!” Farina menjerit.
“Aku akan tetap berjuang sampai Danish
jadi milik aku seorang!Aku tak macam kau?Kau rampas Danish dari aku dengan cara
kotor tapi aku rebut kembali hak aku dengan cara bersih.Dalam perjuangan
ini,aku menang dan kau kalah!” Qistina tersenyum puas.
Farina terus berlalu tanpa sepatah kata.
Qistina terus membelakangkan
Farina.Enggan menghantar kepergian Farina walaupun hanya dengan pandangan mata.Qistina
mulai mengatur langkah.Selang beberapa langkah,kedengaran bunyi dentuman yang
kuat.Qistina menoleh.Sekujur tubuh milik Farina dilumuri darah.Orang ramai
mulai mengerumuni tempat kejadian.Farina di langgar oleh kenderaan pacuan empat
roda.Dia meninggal di tempat kejadian.Qistina tergamam.