Home Novel Cinta Cinta yang ku duga
Cinta yang ku duga
Bey AdAv
10/8/2016 11:45:57
6,647
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 10

   Vinna menunggu dengan sabar.Fikirannya agak terganggu.Banyak perkara yang berlegar dalam fikirannya sehinggakan kedatangan Fabian tidak di sedarinya.

   “Vinn..” Fabian menyapa.

   Vinna menoleh.Lantas raut wajah Fabian ditenung lama.Betapa dia merindukan wajah itu.Kalau dulu wajah itu lah yang menyerikan hidupnya,yang sentiasa membuatkan hidupnya indah dan di penuhi gelak tawa.Matanya mulai berkaca apabila kenangan bersama mengetuk minda.

   “Kenapa?” soal Fabian apabila melihat mata Vinna di genangi air mata.

   Vinna memeluk tubuh Fabian. “I really miss you.I miss you so much!” Vinna menangis dalam pelukan jejaka yang di kasihinya.Dia langsung melupakan Eric,tunangannya.

   “I miss you too.More than you know!Tapi,saya sentiasa ingatkan diri saya kalau kau bukan milik saya lagi!” Fabian meleraikan pelukan Vinna.

   “Saya tahu!Tapi,saya manusia biasa.Tidak mudah untuk saya lupakan kau dan buang semua kenangan kita bersama.” Vinna mengesat air mata.

   “Apa hal penting yang harus saya tahu?” Soal Fabian.

   “Saya perlu tahu hal sebenar!Saya mahukan penjelasan.” Tegas Vinna.

   “Tapi,kau sendiri yang tidak mahu dengar penjelasan saya kan?”

   “Saya mahu tahu kebenarannya!Saya sedang terluka Fabian!Tidak ada bezanya lagi kalau kebenaran itu sesungguhnya menyakitkan atau tidak!?Please tell me the truth.I want to know everything!Everything that happen between you and Jenny.” Tegas Vinna.

   Fabian mengeluh berat.Pandangan di halakan kearah Vinna.Fabian memulakan bicara.Vinna mendengar dengan tenang.Tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun mencelah.

   “Itu lah yang berlaku sebenarnya.Saya tidak bercakap bohong Vinn!Saya tahu dulu saya pernah lukakan hati kau tapi kali ini saya jujur.” Ujar Fabian.

   Vinna diam.Tidak tahu apa yang harus di perkatakan lagi.

   “Jangan lah membisu!Hati saya terseksa.” Fabian bersuara.

   “Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan!Saya sendiri bingung.Apa yang harus saya buat?” balas Vinna.

   Fabian mengeluh lagi.Dia meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.Kedua-duanya membisu.Hanya kedengaran bunyi kicauan burung,deruan ombak dan desiran angin.

   “Saya tidak boleh tipu diri sendiri kalau saya sebenarnya masih cintakan kau!Saya bertunang dengan Eric sedangkan hati saya bukan untuk dia.Saya rasa bersalah padanya!” Vinna bersuara.

   “Situasi kita sama Vinna!Saya juga harus berkahwin dengan perempuan lain sedangkan hati saya hanya untuk kau.Saya sendiri bingung bila Jenny menuduh saya sebagai bapa kepada anak di dalam kandungannya.Itu semua tidak benar!”

   “Ini kah takdir buat kita?” soal Vinna sambil memandang jauh ke dalam mata Fabian.Cuba mencari kekuatan cinta mereka yang hilang entah ke mana.

   Fabian terdiam seribu bahasa.Tidak tahu apa lagi yang harus di perkatakannya.Dia benar-benar buntu.

   “Kenapa semua ni harus terjadi kepada kita?” soal Vinna lagi.

   “Saya minta maaf!Ini semua salah saya.Kalau lah malam itu saya tidak keluar ke mana-mana,ini semua tidak akan terjadi!Saya akui ini salah saya.” Fabian tunduk,menyesali tindakan bodoh yang di lakukannya.

   Vinna diam.Tidak tahu apa yang harus di perkatakannya.

   “Tunggu saya Vinn!Saya yakin kita pasti akan bersama akhirnya.” Fabian bersuara setelah masing-masing berdiam diri.

   Vinna tetap diam.Menunggu Fabian bermakna dia harus meninggalkan Eric.Mana mungkin dia melakukan perkara itu sedangkan dia sudah menjadi tunang Eric.Tegakah Vinna melukakan hati Eric?

                    ******************************************************************************

   Eric keluar dari perut kereta.Vincent memandang dengan hati berdebar.Otaknya bekerja keras mencari ayat yang sesuai untuk menjawab soalan yang bakal di tanyakan oleh Eric.

   Eric melemparkan senyuman pada Vincent sambil langkah kaki di hayun menuju kearah Vincent.Eric menghulurkan tangan untuk bersalaman.Vincent menyambut salamnya.

   “Duduk lah dulu.Saya masuk dalam ambil minuman.” Ujar Vincent.

   “Tak apa.Saya datang cuma mahu tahu kalau Vinna ada di sini.Sudah beberapa hari saya try call dia tapi tak dapat.Dia ada datang sini?” soal Eric.

   Vincent diam sebentar. “Sebenarnya,dia..” Vincent diam lagi.Dia tidak tahu sama ada dia harus meneruskan kata-katanya atau tidak.

   “Kenapa dengan Vinna?Apa yang terjadi dengan dia?” Eric bersuara dalam nada yang panik.

   “She’s fine!Cuma awal pagi tadi dia sudah berangkat pulang kk.” Ujar Vincent.

   “Maksudnya,selama beberapa hari Vinna ada di sini?”

   Vincent hanya mengangguk.Eric melepaskan keluhan.

   “Apa yang terjadi antara kamu?”

   “Saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak buat apa-apa pada dia!”

   Vincent hanya mendiamkan diri.Enggan bertanya lebih lanjut.Dia takut akan terlepas cakap perkara yang tidak harus di ketahui oleh Eric.

   “Kalau macam itu,saya balik dulu.” Eric meminta diri.

   “Eh,tidak mahu tunggu mama dan bapa pulang dari kebun?” soal Vincent.

   Eric tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. “Saya jalan dulu.Kirim salam dengan semua.”

   “Eric,tolong jaga Vinna dengan baik!” Vincent bersuara.

   “I will!”ujar Eric dengan nada suara yang penuh kepastian.

   Eric masuk ke dalam perut kereta dengan perasaan yang bercampur baur.Berfikir apakah kesalahannnya pada Vinna sehinggakan tunangnya itu pergi membawa diri tanpa sebarang berita.Perlahan-lahan kereta jenis D-max berwarna kelabu itu mula meninggalkan perkarangan rumah keluarga tunangannya itu.

   Dalam perjalanan,tidak berhenti-henti Eric mendail nombor telefon bimbit Vinna.Sudah berkali-kali mencuba tetapi sahaja hanya suara daripada mesin operator sahaja yang menjawab.Untuk yang kesekian kalinya Eric mendail.Kali ini telefon bimbit Vinna berjaya di tembusi.Eric menanti penuh sabar.

   “Eric..” Vinna bersuara di sebelah sana.

   “What happen to you?” soal Eric.

   “Tidak ada apa-apa.Why?” balas vinna.

   “Kalau tidak ada apa-apa kenapa tinggalkan saya macam tu saja?Tanpa pesan..tanpa khabar.” Eric ingin tahu.

   “Saya..Eric,sebenarnya saya..” kedengaran suara Vinna mengeluh.

   “Kita jumpa malam ni.Nanti saya jemput awak di rumah.” Ujar Eric.

   “Ok!Saya tunggu.” Ujar Vinna pula.

   Lantas talian di matikan.Vinna mengeluh berat.

   “Apa yang tak kena dengan kau ni Vinna?” soal Fieza.

   “Kenapa apa?” soal Vinna pula.

   “Yala!Berapa hari kau pergi,Eric dah macam orang kematian bini di office tau?!Duduk berdiri duduk berdiri tanpa sebarang tujuan.Nasib baik saja dia tak naik angin dengan kami.” Ujar Fieza.

   Vinna diam memikirkan tentang keadaan Eric yang di perkatakan oleh Fieza sepanjang ketiadaannya.

   “Apa yang dah jadi,Vinn?” soal Fieza apabila Vinna mendiamkan diri.

   “Nothing!” bala Vinna pendek.

   “Nothing kau cakap?Kau ingat aku ni budak darjah 1 yang kau boleh kelentong!?Come on la Vinna.Atau ni semua ada kena mengena dengan Fabian?”

   Vinna memandang Fieza.

   “Jadi betullah ni semua ada kena mengena dengan Fabian?”

   Vinna masih diam.

   “Sampai bila Vinna?Sampai bila kau akan terus mengingati Fabian?Sudah jelas yang kau dengan dia..”

   “Dia minta aku tunggu!” Vinna memintas kata-kata Fieza.

   Fieza terlopong.

   “Are you out of your mind?!Tunggu?Sampai bila?Sampai si Jenny tu deliver baby dia and then buat DNA test untuk buktikan anak tu anak Fabian atau bukan,macam tu?Pernah tak Vinna kau terfikir,kalau lah anak tu ternyata anak kandung Fabian,kau sanggup jadi isteri nombor 2?Sanggup bermadu?” sinis Fieza bersuara.

   “Tapi,Fabian tidak bersalah!Dia sudah ceritakan semuanya.Jenny yang perangkap dia.” Vinna cuba membela Fabian.

   “Jangan jadi bodohlah Vinna!Aku tahu siapa Fabian sebenarnya.Kau yang tidak kenal dengan dia sepenuhnya.Ya,memang betul kalau dia cintakan kau tapi dia tetap main kayu tiga di belakang kau kan?Salah satunya ialah Jenny!”

   Vinna diam.

3 tahun yang lalu

   Vinna mendail nombor telefon Fabian.Dengan hati yang berdebar-debar Vinna menanti panggilannya di jawab namun hampa.Vinna tidak berputus asa.Berkali-kali panggilannya tidak di jawab.Entah buat kali yang keberapa Vinna mendail barulah Fabian menjawabnya.

   “Ada apa sayang?” soal Fabian di hujung sana.

   “Kau masih ada hati kan panggil-panggil aku sayang?!” bentak Vinna.

   “Kenapa marah-marah ni?Nanti hilang pula comel tu.” balas Fabian di ikuti ketawa kecil.

   “Fabian,saya tidak main-main lah!” tegas Vinna.

   “Ok..ok!I’m sorry.” Masih kedengaran ketawa kecil Fabian.

   Vinna merengus geram.

   “Kenapa Vinn?” soal Fabian apabila mendengar rengusan Vinna di hujung sana.Dia tahu Vinna sedang marah dan hidupnya pasti tunggang terbalik apabila gadis itu mula menunjukkan tanda-tanda merajuk.

   “Jenny tu siapa?” soal Vinna

   “Dia kan bekas cashier tempat kita kerja dulu.” jawab Fabian berhati-hati.

   “Jadi apa hubungan kamu?” soal Vinna lagi.

   “Nothing!” balas Fabian pendek.

   “Nothing?!I’m not stupid!” nada suara Vinna meninggi.

   Fabian tahu tidak ada gunanya bertegang urat dengan kekasihnya itu.Dia arif akan sikap kekasihnya yang enggan mengalah.Dia harus memikirkan ayat yang sesuai agar dapat menenangkan hati gadis itu agar tidak berprasangka buruk terhadapnya.

   “Vinn,tiada orang boleh rebut saya daripada kau sebab saya milik kau seorang dan kau milik saya!”

   “Tapi saya tetap takut!” ujar Vinna.

   “I’m yours,baby!I love you so much!”

   Vinna terdiam mendengar kata-kata yang di ucapkan Fabian.

   “Apa lagi yang kau menungkan Vinna?” soal Fieza tiba-tiba menyebabkan minda Vinna kembali ke alam nyata.

   Vinna sekadar memberikan tatapan kosong.

   “Sudah-sudahlah Vinna!Kau pernah dengar peribahasa nasi sudah jadi bubur?Berhenti berharap!” nada suara Fieza sedikit tinggi dengan harapan sahabatnya itu akan sedar.

   “Tapi..”

   “Tapi apa lagi Vinn?Kau sanggup lukakan hati Eric?Tinggalkan dia demi janji Fabian yang entah betul entah tidak!Buka mata kau Vinna.Jangan jadi bodoh dengan sebuah janji dari lelaki yang tidak pasti!”

   Vinna terdiam.Otaknya memikirkan kata-kata Fieza sebentar tadi.Sanggupkah dia bermadu sekiranya benar anak yang di kandung Jenny adalah anak Fabian?Tegakah dia melukakan hati Eric dan memalukan kedua buah keluarga?Vinna buntu.

   Fieza melabuhkan punggung bersebelahan Vinna.Lantas menggenggam erat tangan sahabatnya itu.

   “Apa pun keputusan yang kau ambil,saya akan sokong.Tapi bukan dengan sikap pentingkan diri!Kau sahabat saya dan akan sentiasa menjadi sahabat sampai bila-bila!Saya akan sentiasa ada sewaktu kau susah mahupun senang.Tolong fikir masak-masak akan keputusan yang bakal kau ambil!” Fieza merenung jauh ke dalam mata sahabatnya itu.

   Vinna mengeluh. “Terima kasih,Fieza!” Vinna memeluk Fieza.

   Jam di dinding ruang tamu menunjukkan angka tepat 6.30 petang.Bila-bila masa sahaja,Eric akan tiba menjemput Vinna.Dia harus bersiap sebelumnya.

   “Aku bersiap dulu.Kejap lagi Eric datang jemput.” Ujar Vinna pada Fieza.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.