Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,213
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 13

“Irsyad, apa semua ini?” Soal Kyra, marah bercampur kecewa. Beberapa kepingan foto aksi mesra tunangannya bersama seorang wanita yang tersebar di medial sosial ditunjukkan Kyra pada Irsyad.

            Sejurus tiba di tanah air dari New York, Kyra terus menghubungi Irsyad untuk ketemu dengannya. Dia perlukan penjelasan yang kukuh daripada Irsyad. Sudah beberapa minggu, lelaki itu gagal dihubunginya. Dan sepanjang dia berada di New York,macam-macam berita kurang enak mengenai Irsyad yang sampai ke telinganya.

            Kyra sudah tidak betah untuk berdiam diri lagi. Dia perlu bersua empat mata, mendengar segala-galanya daripada mulut Irsyad sendiri. Hanya sepi antara mereka sebelum Irsyad membuka bicara.

“Hei…you tak ada hak nak marah-marah I.” Ujar Irsyad yang kelihatan kusut.

“What? Tak ada hak? I tunang you tahu tak.” Balas Kyra, kecewa dengan apa yang diucapkan Irsyad.

“Tunang? You tak payah bercakap soal status kalau you sendiri pun tak hargai status yang you pegang.” Sindir Irsyad, memulangkan paku buah keras.

“Just so you know, I tak suka dikongkong…macam you.Selagi kita belum ada sebarang ikatan yang sah, I berhak berkawan dengan sesiapa sahaja yang I suka.” Sambung Irsyad lagi.

            Makanan yang dipesan langsung tidak dijamah oleh keduanya. Masing-masing diamuk rasa amarah dan kecewa. Kyra mengetap bibir geram, merasa terpukul dengan kata-kata Irsyad. Lelaki itu semakin jauh dengannya. Usahkan mengajaknya keluar makan, bertanya khabar pun sudah jarang.

            Hanya Datin Heliza yang rajin menziarah papa dan mamanya. Malah, selama dia berada di New York, Irsyad langsung tidak menghubunginya. Dan yang lebih membuatkan Kyra berjauh hati, Irsyad hanya menghantar kiriman whatsapp sewaktu dia hendak berangkat ke sana. Irsyad yang prihatin, romantis dan penuh dengan kejutan sudah semakin menjauh daripada Kyra.

“So, pertunangan kita ini tak bawa apa-apa makna bagi you? Macam tu?” Soal Kyra, kecewa dengan Irsyad.

“Come on Kyra. Don’t shift the blame on me. You..ask yourself first.” Balas Irsyad yang turut kecewa dengan sikap Kyra kebelakangan ini.

“You masih tak boleh lupakan Fathul Amri kan? You jangan ingat I tak tahu Kyra. I know every inch about you. You yang paksa I jadi macam ini.” Sambung Irsyad lagi.

“I think, we better postponed our marriage. Saya tak rasa yang awak dah bersedia. Saya perlukan masa, dan awak juga perlukan masa untuk betul-betul kenal erti cinta. I nak balik. I’m so tired with all these things.” Ujar Irsyad sebelum mencapai kunci kereta dan berlalu pergi.

            Kyra tertunduk memandang makanan yang langsung tidak dijamah Irsyad. Air minumannya pun disedut tidak sampai separuh. Ya, jauh disudut hati dia masih mengharapkan Fathul Amri. Tapi, itu semua salah Irsyad yang terlalu sibuk dengan urusan bisnes hingga dia merasa terabai. Tidak seperti Fathul Amri, lelaki itu terlalu menghormatinya dalam segala hal. Perlahan, air matanya tumpah…dia rindukan Fathul Amri.


……………


“Ok…kita break kejap. Sambung lagi 15 minit.” Arah Johan kepada semua kru dan para pelakon yang berada di lokasi penggambaran.

            Fathul Amri melabukan punggungnya bersebelahan Nuha Farieha di atas kerusi panjang yang menghadap tasik. Hari ini, lokasi penggambaran mereka terletak di TamanTasik Titiwangsa. Mujur sahaja cuaca pada petang tersebut redup sahaja. Sebotol air mineral disuakan oleh Nuha kepada temannya itu.

            Huluran Nuha bersambut disertakan senyuman manis dibibir Fathul Amri. Sejak pulang dari penggambaran mereka di Kundasang, hubungan Fathul Amri dan Nuha Farieha semakin akrab. Fathul sendiri sudah semakin selesa untuk bercerita itu dan ini dengan Nuha. Kerjasama antara mereka juga bertambah mudah. Hari demi hari, keserasian yang amat sukar dicari pada awalnya sudah tidak menjadi masalah buat mereka.

            Mereka sering sahaja diusik oleh teman-teman kru produksi begitu juga para pelakon yang turut sama terlibat sepanjang penggambaran dijalankan. Segala usikan nakal itu diterima keduanya dengan terbuka walaupun kadang-kadang Nuha pasti diserbu darah merah menahan malu, tidak terkecuali Fathul Amri.

            Fathul Amri mengalihkan pandangannya menghadap Nuha. Daun kering yang melekat pada rambut Nuha diambil dan dibuang oleh Fathul Amri. Nuha yang sedikit terkejut dengan refleksi spontan Fathul Amri hanya mampu tersenyum sambil menahan getaran yang maha hebat dalam dada.

“Ada daun melekat…so, I tolong buang.” Ujar Fathul Amri bersama senyuman. Pandangan mereka berlaga, menghantar satu rasa dalam dada keduanya.

“Abang Jo kata you cuti dua minggu pergi umrah.” Tutur Nuha, cuba menghilangkan rasa canggung antara mereka.

“Betul tu. Esok I bertolak.” Balas Fathul Amri.

“Pergi satu family ke?” Soal Nuha pula.

“Tak…pergi dengan management. Kawan I mutawwif, dia ajak last months…so I on sahaja sementara jadual tak padat. Maybe next time pergi dengan family. Mana tahu, ada rezeki dapat bawak jodoh sekali pergi ke.” Seloroh Fathul Amri diiringi tawa kecil.

Hari ini jadual penggambaran mereka dijangka tamat pada pukul 7.00 malam. Sekurang-kurangnya Fathul Amri masih punya masa untuk berehat sebelum memulakan perjalanan yang jauh menuju ke bumi suci, Mekah al-Mukarramah.

“Amin! Doa yang baik, insyaallah makbul.” Ujar Nuha.

“Oh ya, flight you pukul berapa esok?” Soal Nuha lagi.

“Early morning, dalam 8.30 pagi macam tu.” Jawab Fathul Amri.

“My bad…tak dapat nak hantar you pergi airport sekali. Esok I ada sesi fotografi. Sorry ya Fath. I doakan you dapat umrah yang mabrur, selamat pergi dan balik.” Ucap Nuha Farieha, memaksudkan apa yang dikata.

“Tak apa, you doa macam ini pun I dan cukup terharu. So, ada nak kirim apa-apa tak? Abaya ke? Shawl ke?” Tutur Fathul Amri.

“Nak kirim…kirim salam I pada Rasulullah. Ha…kalau jumpa pak arab yang handsome, bolehlah tolong kirim salam sekali.” Seloroh Nuha dengan tawa nakalnya.

“Nak buat apa kirim salam dengan pak arab. Yang dekat sebelah dah ada.” Usik Fathul Amri pula. Masing-masing melampiaskan tawa.

            Berada dekat dengan Nuha sedikit sebanyak memulihkan rasa sakit yang pernah dia alami. Wanita itu bagaikan hadir memberi semangat baharu untuk Fathul Amri. Hari demi hari, parut luka itu semakin diubati dengan kata-kata semangat daripada Nuha.


………….


            Troli bagasi ditolak Fathul Amri menuju ke balai pelepasan Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia yang ditemani Syahir serta beberapa temannya yang lain tiba satu jam lebih awal daripada tempoh pelepasan yang dijadualkan. Fathul Amri memeluk erat sahabat merangkap mutawwifnya, Hariz.

            Keduanya saling berjabat tangan dan bertanya khabar. Selain daripada Fathul Amri, ada beberapa lagi jemaah umrah yang dikendalikan oleh Hariz. Sahabat lamanya yang sudah bertahun berkhidmat dengan agensi pelancongan, terutama sekali yang melibatkan umrah serta haji.

“Syah, aku nak pergi beli air mineral sekejap dekat bawah.” Bisik Fathul Amri pada Syahir. Tekaknya yang kering perlu dibasahkan. Syahir hanya menganggukkan kepala.

            Pantas Fathul Amri mengatur langkah menuju ke kedai Seven Eleven yang berada ditingkat bawah. Tiba sahaja pada anak tangga terakhir, lengannya ditarik. Fathul Amri yang terkejut hanya mampu beristighfar, nasib baik dia pantas mengimbangi badannya. Kaca mata hitam ditanggalkan, bibir Fathul Amri diketap geram.

“Astaghfirullah hal’azim! Apa ni Kyra?” Marah FathulAmri.

“Fath, can we have a talk?” Ujar Kyra dengan nada merayu.

“Put your hand off from me.” Arah Fathul. Masih kurang percaya dengan kehadiran Kyra di sini.

“Ok…I minta maaf. Fath, can we get back together? I rindu you. I rindukan momen yang kita pernah lalui dahulu.” Pujuk Kyra dengan suara manjanya.

            Fathul Amri menghela nafas, masih kurang percaya dengan tindakan spontan Kyra. Kepalanya digelengkan beberapa kali, menahan rasa amarah dalam dada. Senangnya wanita itu mengungkap kata maaf setelah hatinya dihancurkan tanpa pamitan.

“What? Nonsense…you yang pilih haluan sendiri Kyra. Bear in your mind, antara kita dah tak ada apa-apa bila you buat keputusan untuk bersama dengan lelaki lain. Baliklah Kyra, you tunangan orang.” Ucap Fathul Amri.

“Jangan tamak dengan perasaan sendiri. Hargailah apa yang ada di hadapan mata. I pergi dahulu…Assalamualaikum.” Sambung Fathul Amri lagi dan melangkah meninggalkan Kyra.

            Kaca mata hitamnya dipakai semula, niat yang pada awalnya mahu membasahkan tekak yang haus dibatalkan sahaja. Dia tidak mahu perjalanan ke tanah suci diiringi dengan amukan rasa marah. Dibisik pada hati agar imannya terus kuat menempuh pelbagai godaan dan hambatan nafsu. Dia mahu mengikhlaskan hati memaafkan segala perbuatan Kyra terhadapnya.

            Bunyi kiriman whatsaap yang masuk melalui telefon bimbitnya mengusir pergi lamunan Fathul Amri. Telefon pintar jenama Iphone 7 dicapai Fathul Amri. Melihat nama pengirim sahaja sudah mampu membuatkan lelaki itu tersenyum.

 

Have a safeflight

Semoga Allah rahmati perjalananmu

Jumpa nanti bila balik

(Nuha)

 

            Bibir mengoyak senyum untuk kali ke berapa Fathul Amri sendiri tidak pasti. Doanya ,moga dia masih diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan wanita itu sekembalinya ke tanah air. Bibir terus mengalunkan zikrullah agar dilapangkan dada, ditetapkan niatnya. Fathul Amri mahu melupakan seketika segala hal duniawi. Rombongannya bergerak menuju ke pintu pelepasan antarabangsa. Syahir,Hariz dan Fathul Amri berjalan seiringan.

 

Hatiyang pernah pecah berkeping-keping

Mencari serpihan dibalik doa

Lalu dicantum Allah pada waktu tepat

Dan Suatu yang indah mula tumbuh dan merekah


……………..


“Suzy, what the hell are you doing?” Marah Kyra, tangan mengepal geram.

            Beberapa minit yang lalu Suzy dipanggil ke biliknya. Mujur sahaja butik baharu dibuka, masih tiada pelanggan yang berkunjung. Nada Kyra naik lagi seoktaf melihat Suzy yang diam membisu seolah langsung tidak ada rasa kesal terhadap apa yang dilakukan. Dalam diam dia tahu Suzy telah mengkhianatinya.

“Apa salah saya sampai Cik Kyra nak tengking saya macam ini?” Soal Suzy, berjauh hati dengan tindakan Kyra.

“Awak tanya saya apa salah awak? Hey, awak jangan ingat saya tak tahu yang awak senyap-senyap berjumpa dengan Syahir dan burukkan saya sampai Fath dah tak nak pandang muka saya lagi.” Ujar Kyra dengan hati yang menggelegak.

Cubaannya untuk meraih kembali cinta Fathul Amri gagal. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berbaik semula dengannya. Dia sudah kehilangan cinta Fathul Amri yang pernah menjadi miliknya suatu ketika.

“Memang saya jumpa Syahir. Dan memang saya ada ceritakan pasal Cik Kyra, tapi semuanya fakta. Apa yang dua biji mata saya saksikan saban hari. Cukuplah Cik Kyra berselindung disebalik penampilan Cik Kyra macam ini.” Luah Suzy akhirnya.

            Sudah lama Suzy menantikan saat ini. Sudah tiba masanya untuk dia memuntahkan segala. Dia sudah tidak sanggup melihat sandiwara Kyra saban hari. Hilang seluruh rasa hormatnya pada wanita yang pernah diangkat sebagai idolanya suatu ketika kerana pencapaian yang diperoleh Kyra pada usia muda.

            Namun makin lama, makin Suzy tawar hati dengan sikap Kyra yang tidak jujur dalam mencintai. Berbuat dusta pada dua orang lelaki dalam satu masa. Demi memenangi hati Irsyad, Fathul Amri digantung sepi hati dan perasaannya. Dan kini, wanita itu kembali mendambakan cinta daripada seorang lelaki yang pernah dibuangnya.

“Cukuplah dengan drama Cik Kyra selama ini. Saya dah tak sanggup jadi saksi bisu segala skrip sampah yang Cik Kyra cipta. Jangan tamak dengan perasaan sendiri Cik Kyra. Berhentilah kejar cinta kalau Cik Kyra sendiri tak tahu nak hargai dengan apa yang pernah ada di depan mata.” Ujar Suzy, melampiaskan segala rasa yang terbuku dihatinya selama ini.

“I’m quit. Terima kasih sebab izinkan saya menumpang sedikit rezeki Cik Kyra selama ini. Saya dah tak boleh berkhidmat untuk Cik Kyra lagi. Assalamualaikum.” Kata terakhir Suzy sebelum melangkah meninggalkan Kyra sendirian.

            Tag nama yang dipakai dipulangkan Suzy, beg tangannya yang terletak di atas meja kerja dicapai. Dia sudah nekad untuk pergi jauh dari pandangan Kyra. Hatinya sudah terlalu tawar untuk menyumbang khidmat dan bakti pada wanita itu. Bukan dia tidak tahu, dalam diam Kyra sering merancang untuk menganaiya Nuha Farieha, aktres cantik yang dikhabarkan semakin akrab dengan Fathul Amri.
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru