Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,193
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 7

Don’t get attached to moments
Good or bad, they all pass
~Yasmin Mogahed~

 

 

Bayangan peristiwa lalu terlayar dalam ruangan minda. Pepasir pantai yang putih dikuis-kuis perlahan. Matanya masih ralit memerhatikan ragam manusia di hadapan mata. Ada yang berlari-lari anak penuh tawa dan ria di pesisir pantai. Dan tak kurang juga beberapa pasangan yang sekadar berjalan berpimpin tangan di gigi air, membiarkan kaki diterpa ombak yang sesekali datang menghempas pantai.

            Bayu laut yang lembut dan mendamaikan. Siang bakal melabuhkan tirainya. Senja merah pada kaki langit mula mengintai seakan memberi ‘peringatan’ malam bakal berlabuh. Bumi jawa yang mendamaikan. Bali…destinasi pelancongan yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran manusia. Rata-rata yang datang pasti punya tujuan yang sama…mahu berehat dan menenangkan diri.

            Nuha Farieha mendongakkan wajahnya,menatap langit tuhan yang tak terjangkau luasnya. Terbit rasa syukur dalam hati wanita berusia awal 30-an itu. Allah masih memanjangkan usianya pada hari ini. Untuk esok yang dia sendiri tidak pasti, segalanya diserahkan pada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

            Sudah dua tahun dia bermastautin di bumi Jakarta atas urusan kerja. Dalam masa yang sama mencari kembali kekuatan diri, mengejar semula impian yang tertinggal kerana mimpi yang tak pasti. Bukan dia merajuk mahupun melarikan diri dari dunia seni tanah air sendiri, cuma dia mahu semuanya kembali reda. Dia mahu kembali dengan semangat baharu dan impianyang baharu.

            Dalam dua tahun kebelakangan ini, Nuha Farieha lebih banyak menumpukan perhatian pada bisnes fesyennya. Impian dan cita-cita yang sudah lama menjadi anganannya sejak di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah, berkat pertolongan teman-teman rapatnya dalam bidang yang sama banyak membantu mengukuhkan bidang yang baharu diterokainya. Kerana itu, dia perlu berulang-alik dari Malaysia ke Jakarta saban waktu atas urusan bisnes dan kerjayanya sebagai pelakon yang kian mendapat tempat di bumi jawa.

            Tidak pernah dia mengeluh apa lagi merungut dengan kesibukannya bergerak ke sana ke mari. Bagi Nuha Farieha, selagi mana seorang manusia itu masih diberi pinjaman nafas…selagi itu usaha mengejar impian menjadi realiti itu perlu.

            Dahlia melabuhkan punggungnya disisi Nuha. Waffle dengan filling coklat disuakan pada sahabatnya. Nuha menyambutnya dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Itulah Nuha Farieha yang dia kenal bertahun-tahun lamanya. Makanan adalah mood booster yang paling utama. Sualah apa sahaja yang didefinisikan sebagai makanan, pasti ceria seolah dunia ini dia yang punya.

“Beb…you dah fikir masak-masak ke pasal projek baharu you nanti?” Soal Dahlia,memecah sepi antara mereka.

“Hmm…I think this is the right time to make a comeback. Sekurang-kurangnya, ini hadiah untuk peminat-peminat di luar sana yang masih setia dengan perjalanan seni I despite of my ups and downs before”. Jelas Nuha Farieha ringkas.

“Yang tu I setuju. Anyway…you tahu tak bakal hero you ni bukan calang-calang tau. Hot stuff right now. Semua orang bercakap pasal dia”.

“Sekarang ni semua nak muka dia, name it..iklan minuman ke, pakaian ke asal ada muka dia mesti laku keras beb. And the most part that you should know is…be careful, you might be dragged with those naughty gossip later”. Bicara Dahlia panjang lebar.

“Well, you know me very well right. I lebih suka untuk tidak judge orang selagi I tak duduk bersemuka, bersembang dari hati ke hati dengan dia”. Balas Nuha.

“Lebih baik kita kenal hati budi daripada menghakimi membuta tuli. And I’m always committed with my passion. Once I dah decide untuk terjun dalam bidang ni…I’ll always ready with  what gonna happen in the future”. Bicara Nuha lagi, menegaskan prinsip yang dipakainya sejak dari dahulu lagi.

 “You pun tahu kan, manusia ni memang suka bercakap…betul atau salah dah jatuh nombor dua. Yang penting, kita ni kena ikhlas bekerja…” Sambung Nuha.

“Sampai bila-bila pun akan sentiasa ada orang yang tak puas hati dengan kita. You tell me, I ni apa je yang tak pernah hadap? To be honest, lepas apa yang jadi…I’m more ready now. Or to be exact, a wiser person than before”. Jawab Nuha Farieha penuh yakin dengan keputusan dibuatnya.

            Dahlia mengangguk mendengar penjelasan Nuha Farieha. Ya, sudah bermacam ragam dunia hiburan yang ditempuh sahabatnya itu untuk sampai ke tahap ini. Tohmahan, sindiran, berita-berita palsu…semua itu sudah lali bagi seorang Nuha. Dahlia yakin sahabatnya itu sudah kuat untuk menempuh segalanya pada hari-hari mendatang. Kisah semalam biarlah ianya berkubur bersama berlalunya detik waktu. Time always heal everything.

            Orang kata, kalau hati tak kuat…jiwa tak kental, jangan pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki dalam bidang ini.Terlalu banyak putar belit yang kadang-kadang boleh mematikan langkah untuk menuju ke puncak. Jujur..itu kunci utama untuk terus bertahan lama. “Kejujuran sesaat itu boleh mematikan 1001 kepalsuan yang tak terduga akal waras manusia”.

“Just to remind you, next week kita ada meeting dengan pihak produksi for that tv series. Once touch down, kita akan terus gerak ke sana. Tony akan jemput dekat airport nanti”. Dahlia mengingatkan Nuha Farieha tentang jadual mereka esok pagi.

            Kali ini dia mahu pulang ke tanahair dengan semangat baharu, harapan baharu dan impian yang baharu. Biarlah segala cerita luka itu dia tinggalkan tanpa jejak di bumi jawa ini. Harapannya hanya satu, semoga Allah berkati setiap langkah kakinya dalam mencari rezeki.Segala kisah yang pernah terjadi, biarlah kekal dalam memori ingatannya sahaja. Tidak perlu untuk dijaja. Noktah.

…………….


            Subhanallah! Itu kalimah yang terbit dari bibir Nuha Farieha saat pertama kali menjejakkan kaki di kawasan perbukitan desa Jatiluwih. Lereng hijau yang terbentuk hasil tanaman padi bukit menjadi tatapan syurga mata. Sisa waktu yang tinggal diguna sebaiknya, meneroka bumi Bali bertemankan Dahlia. Dan hari ini, mereka dibawa melewati desa Jatiluwih nan hijau mendamaikan.

            Pak Karman, lelaki awal lingkungan50-an yang menjadi pemandu peribadi Nuha Farieha sejak dia bermastautin di bumi Jakarta memandang gadis itu dengan senyuman. Hari ini, atas permintaan…dia membawa dua anak gadis tersebut meneroka desa Jatiluwih. Desa yang mengajarnya erti mendekatkan diri pada Sang Pencipta.

“Nyaman sekali udaranya Pak Karman.” Puji Nuha saat pandangannya dilontarkan kesekeliling desa.

            Hembusan angin perbukitan, diselang-seli dengan kicauan burung seakan menyatukan irama memuji kebesaran Yang Esa. Nuha memusingkan badannya ke kiri dan kanan, begitu juga Dahlia bagi menghilangkan lenguh setelah menempuh perjalanan yang agak panjang. Keadaan jalan yang berbengkang-bengkong juga agak mencabar perjalanan mereka, mujur sahaja Pak Karman sudah biasa dengan keadaan jalan di sini.

            Dahlia dan Nuha menyusuri lereng-lereng sawah, menghirup tenangnya udara perbukitan Jatiluwih yang jauh dari kesibukan kota Jakarta. Nuha mengalihkan pandangannya lalu melambaikan tangan sambal tersenyum melihat Pak Karman yang selesa memerhatikan mereka dari jauh. Untung mereka dikenalkan kepada Pak Karman, lelaki itulah yang banyak membantu urusan mereka untuk bergerak ke sana ke mari sepanjang berada di bumi Jawa ini.

            Dahlia sudah jauh menapak meninggalkan Nuha Farieha. Selangkah demi selangkah Nuha atur diiringi senyumanyang tidak lekang dari bibir. Habis penduduk setempat yang dijumpainya disapa mesra tanda hormat sebagai tuan rumah. Langkahnya terhenti saat terpandang seorang wanita yang kelihatan agak pucat rautnya dan termengah-mengah mengatur nafas. Perlahan, wanita itu didekati Nuha dengan niat murninya untuk membantu mana yang termampu.

“Assalamualaikum embak…kelihatannya capek bangat. Ayuh, saya bantu embak istirehat.” Sapa Nuha pada wanita tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk membantu.

“Waalaikumsalam…Terima kasih.” Balas wanita tersebut, menyambut huluran tangan Nuha Farieha. Mereka menapak sedikit ke ruang yang lebih lapang.

            Wanita tempatan itu melabuhkan punggungnya, mujur sahaja ada insan yang sudi membantu dalam keadaan sebegini. Kepalanya dipicit lembut Nuha Farieha. Ternyata sentuhan lembut Nuha Farieha sedikit sebanyak menghilangkan sedikit kesakitan yang dialami.

“Namaku Aisyah…nama kamu siapa?” Soal Aisyah pada Nuha setelah peningnya beransur reda.

“Saya Nuha…dari Malaysia.” Jawab Nuha dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Ternyata bidadari itu wujud ya?” Seloroh Aisyah pada Nuha.

“Aku bertuah, bisa ketemu bidadari cantik dari Malaysia. Senyum kamu aja udah bisa ngusir denyut kepala. Senyum mu nyaman sekali Nuha…menenangkan.” Sambung Aisyah lagi, memuji kecantikan paras rupa yang dimiliki Nuha Farieha.

            Sesiapa sahaja yang melihat raut wajah berserta senyuman itu pasti punya pendapat yang sama dengan Aisyah. Ya,Nuha punya senyuman manis yang menghantar rasa tenang pada tiap mata yang memandang. Wajah tanpa secalit make up itu tidak pernah kering senyumnya dari bibir. Tanpa make up dari jenama mewah pun kecantikan Nuha Farieha tetap terserlah. Less is more…itulah sifir diguna pakai Nuha Farieha. Dia sentiasa menjadi dirinya, bersederhana dalam segala.

“Terima kasih pada Allah yang menciptakan. Kamu lebih cantik Aisyah, lebih sempurna dibanding aku.” Balas Nuha, semakin mesra dengan wanita yang baharu dikenali di desa Jatiluwih ini.

            Nuha melilaukan pandangan, mencari sosok tubuh milik Dahlia. Tangannya dilambai, menggamit Dahlia dari jauh. Dia perlukan bantuan Dahlia untuk sama-sama memapah Aisyah yang masih lemah dan kepenatan. Dahlia mengatur langkahnya, laju menuju ke tempat Nuha berada. Dari jauh dia melihat sahabatnya itu sedang menemani seorang wanita.

“Aisyah, kenalkan…ini sahabatku, juga dari Malaysia. Namanya Dahlia. Dahlia…ini Aisyah.” Bicara Nuha pada Dahlia. Aisyah dan Dahlia saling berjabat tangan dan bertukar senyuman.

“Beb, we need to help her. Tadi…I nampak dia macam nak pitam. Mungkin kita boleh minta tolong Pak Karman hantar dia balik rumah.” Jelas Nuha pada Dahlia. Sahabatnya itu mengangguk, setuju dengan cadangan yang diutarakan Nuha Farieha.

            Dahlia serta Nuha membantu Aisyah untuk bangkit dari duduknya. Perlahan ketiga-tiganya menapak penuh hati-hati mendaki lereng-lereng sawah perbukitan desa Jatiluwih. Mujur sahaja cuaca di Jatiluwih masih dingin walaupun jam dipergelangan tangan sudah menginjak ke angka 12 tengah hari. Aisyah menghembus nafas berat, menahan kesakitan yang masih menyucuk di kepala.

            Walaupun cuaca redup di sekitar perbukitan, namun peluh-peluh kecil masih terbentuk pada dahi Aisyah…lelah menahan kesakitan barangkali. Mujur sahaja dia bisa berpaut pada lengan Nuha dan Dahlia, kalau tidak mungkin tubuh kecilnya itu boleh tumbang bila-bila masa. Langkah demi langkah diteruskan sehingga ketiganya tiba di puncak.

            Pak Karman yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi terus meluru mendapatkan Nuha dan Dahlia sebaik sahaja melihat mereka sedang memapah seorang wanita. Saat terpandangkan wanita yang dipapah Nuha, hatinya terdetik…bagai menggamit memori bertahun-tahun di desa Jatiluwih. Mana mungkin dia lupa pada desa yang telah mengajarnya tentang hidu pberlandaskan cinta pada Yang Esa.

            Lama seraut wajah pucat Aisyah ditenung dan diamati Pak Karman. Akhirnya, lelaki berusia awal 50-an itu mengukir senyum. Biar bertahun dia meninggalkan desa Jatiluwih, namun daya penglihatan dan peringatannya masih belum pudar. Aisyah, dia kenal benar dengan wanita solehah itu. Anak gadis yang menjadi sebutan kerana sifat sabar yang tinggi.

“Aisyah…kamu masih ingat sama bapak.” Soal Pak Karman, meminta kepastian.

Perlahan Aisyah mendongakkan wajahnya. Tubuh lemah itu masih mampu tersenyum, tanda memorinya masih kuat tentang Pak Karman.

“Subhanallah Pak Karman! Mana bisa saya lupa pada orang yang udah menemukan jodoh saya. Sayasenang sekali Pak bisa ketemu bapak.” Balas Aisyah, gembira. Kesakitan yang dialaminya kian beransur hilang.

“Pak Karman, bisa enggak kita antarin Aisyah ke rumah? Dia lagi butuh istirehat.

            Aisyah dipapah masuk ke dalamkereta. Dahlia menemani Aisyah pada tempat duduk belakang, manakala Nuha selesa menemani Pak Karman di sebelah tempat duduk pemandu. Kereta dipandu Pak Karman penuh hati-hati kerana keadaan jalan yang agak berliku-liku dan sempit.

“Sepertinya…Pak Karman udah saling kenal sama Aisyah.” Tutur Nuha, memecah sepi sepanjang perjalanan.

“Beberapa tahun sebelumnya, bapak ke sini. Menetap di pesantren Jatiluwih. Belajar tadarrus, langsung mendalami hal-hal agama sama orang tuanya Aisyah, Haji Roshid.” Jelas Pak Karman serba sedikit pada Nuha.

            Nuha mengangguk laju. Tidak hairanlah pakaian Aisyah terletak sempurna sebagai muslimah sejati. Memandang seraut wajah itu sahaja sudah cukup untuk menghantar rasa tenang dan damai dihati. Pasti wanita itu dididik dengan roh islam yang sebenar. Terasa kerdilnyadia dibanding Aisyah yang kelihatan cukup segalanya sebagai seorang mukmin.

“Haji Roshid itu imam di Jatiluwih. Tokoh yang dihormati kerana ilmu agamanya. Cukup disegani kerana luhur budinya. Mereka itu keluarga bayangan syurga.” Puji Pak Karman lagi, mengagumi keluarga Aisyah.

            Kereta yang dipandu Pak Karman terus menyusur memasuki halaman sebuah rumah. Dari jauh kelihatan seorang tua berserban putih sedang menapak ke arah mereka, barangkali curiga dengan gerangan yang memasuki halaman rumahnya. Enjin kereta dimatikan. Pak Karman terlebih dahulu menapak mendekati Haji Roshid.

“Assalamualaikum Haji…masih ingat sama saya?” Soal Pak Karman sebaik tangan dihulur untuk berjabat mesra dengan orang tua Aisyah.

“Waalaikumsalam…Karman ya? Mana bisa sih saya lupa sama kamu. Insan yang udah membawa sebahagian cahaya dalam kehidupan anakandaku.” Balas Haji Roshid, lantas memeluk erat Pak Karman. Dahlia serta Nuha selesa menjadi pemerhati.

            Nuha dan Dahlia membantu Aisyahuntuk mengatur langkah. Sebaik sahaja wanita itu keluar dari perut kereta, Haji Roshid meluru mendapatkan anaknya. Jelas sekali riak kerisauan pada wajah tua itu.

“Ya Allah…anakku. Kamu kenapa Aisyah?” Soal Haji Roshid sambil menyentuh lembut wajah anak gadisnya.

“Anak-anak ini menemukan dia di perbukitan sana. Kelihatannya sedang pusing, lemah sekali.” Jelas Pak Karman, merujuk kepada Dahlia dan Nuha yang membantu Aisyah sebentar tadi.

“Subhanallah…syukran wahai anak muda. Terima kasih kerana udah berbuat ihsan pada anakku. Dia ini sedang berbadan dua, mungkin aja kecapekan.” Tutur Haji Roshid pada Nuha dan Dahlia.

“Enggak apa-apa Pak Haji. Udah menjadi tanggungjawab kami sesama saudara muslim itu harus saling mendukung.” Balas Nuha, ramah.

            Haji Roshid mempersilakan Nuha, Dahlia dan Pak Karman untuk melepaskan lelah pada sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Sementara dia memapah Aisyah untuk terus berehat di bilik. Kopi panas yang dihidangkan oleh Haji Roshid diteguk Nuha sebagai pelepas dahaga. Harum aroma kopi ditambah dengan angin dingin Jatiluwih meniup damainya suasana.

            Nuha bangkit dari duduknya, kepala dijengah sedikit ke luar jendela, melihat sekitar laman rumah Haji Roshid. Kemas dan tersusun, cukup untuk menggambarkan Haji Roshid sekeluarga mengamalkan nilai islam itu sendiri…bersih dan suci, telah Nuha dalam hati. Dari jauh kelihatan ramai anak-anak kecil yang lengkap berserban, sepertinya sudah bersedia untuk menunaikan solat. Timbul damai dihati saat menatap bersihnya wajah si kecil di desa ini.

“Nuha, Dahlia dan Karman…Bapak ingin mengucapkan terima kasih buat kali keduanya kerana udah membantu Aisyah.” Ujar Haji Roshid.

            Nuha yang masih ralit memerhati gelagat anak-anak kecil mengalihkan pandangannya. Tersenyum dan mengangguk mendengar pengucapan ikhlas daripada Haji Roshid.

“Ya udah Pak Roshid…kami senang sekali bisa membantu Aisyah. Kami pulang dulu ya pak. Lagi pula, kami udah mahu pulang ke Malaysia besok. Mohon bapak titip doanya, agar perjalanan kami selamat.” Balas Nuha Farieha.

“Sayang sekali kalian enggak bisa bermalam di rumah bapak. Mudah-mudahan kita bisa ketemu lagi ya nak. Insyaallah…bapak doakan perjalanan kalian itu dilindungi Allah.” Ujar Haji Roshid.

            Sekeping nota rona biru disuakan Haji Roshid kepada Nuha. Lipatan nota dibuka, segaris senyuman terbentuk padabibir Nuha Farieha. 

“Itu e-mailnya Aisyah. Senang-senang kalian bisa berhubungan, katanya.” Ujar Haji Roshid, menjelaskan tentang isi nota yang diberikan oleh Aisyah buat Nuha.

            Usai mengucapkan salam…Nuha, Dahlia dan Pak Karman saling berpamitan dengan Haji Roshid. Kereta dipandu Pak Karman perlahan meninggalkan perkarangan rumah Haji Roshid, menelusuri jalan kecil desa Jatiluwih menuju ke kota Jakarta. Nuha membuang pandang ke luar tingkap, menatap damainya desa kecil yang bakal ditinggalkan. Semoga suatu hari…Allah menjemputnya ke desa nan damai ini lagi.

            Pada esok yang masih belum pasti, Nuha Farieha serahkan segalanya pada Illahi. Dia mahu kembali dengan semangatdan visi yang baharu. Nuha yang sudah ‘bangun’ dari kekecewaan yang panjang. Nuha yang tidak mahu lagi terlena dengan mainan perasaan. Masih ramai yang menanti dan merindui, dan dia mahu lebih menghargai mereka yang tidak berhenti menyayanginya selama ini. Kota metropolis Kuala Lumpur akan dia jejak kembali.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru