Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,214
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 11

Terkadang…
Air mata mampu menghapus kesakitan
Tawa mampu merawat sisa luka yang dalam
Dan kecintaan bisa menghapuskan kebencian
~Tinta Biru~

 

Hari pertama dia kembali ke layar kecil, bagai hari baru dan harapan baharu. Dan dia membawa semangat baharu untuk memulakan hari-harinya yang mendatang. Mahu mengejar segala impian yang tertangguh kerana terlalu sibuk menjaga hati orang hingga akhirnya sendiri terluka. Kepulangannya adalah tanda cinta buat peminatnya yang tidak pernah rebah untuk memberi sokongan.

            Semua kru produksi disapa Nuha Farieha mesra. Begitulah sikapnya yang disenangi sesiapa sahaja, mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman. Satu nilai yang dia tidak pernah lupa walau dimana sahaja dia berada, ‘respect is to be gained, not to be earned’. Yang tua harus dihomati dan yang muda harus dirai.

            Jam ditangannya dikerling sekilas. Nampaknya dia sampai di set penggambaran lebih awal satu jam dari masa yang dijadualkan untuknya. Dalam soal kerja, Nuha mementingkan masa. Dia tidak suka untuk jadi penyebab kerja-kerja tertangguh kerana sikapnya. Itu adalah prinsip yang dipegang sejak dia serius berkecimpung dalam bidang seni.

            Tangannya dilambaikan kepada pengarah drama yang bakal dia bintangi, Johan. Siapa sangka pengarah yang mula mencuri tumpuan ramai itu sudi melamarnya untuk membuat penampilan semula pada layar kecil. Setidak-tidaknya dia tahu, kehadirannya dalam dunia seni masih relevan walaupun sudah hampir dua tahun dia menyepi.

“Hai Nuha, are you ready for today?” Soal Johan, memulakan bicara.

“Insyaallah…I will. But I can’t deny that I’m so nervous yet excited.” Jawab Nuha sambil tersenyum.

“Kenapa nak nervous? You’re award winning actress kot, patut I lagi nervous nak kerja dengan you.” Balas Johan.

“Maybe sebab dah lama tak buat job drama…I guess.” Jelas Nuha.

“Jo, award winning actress was just an appreciation. Itu bukan tiket untuk I act as I’m the best. You should scold me if I’m not doing the right thing.” Sambung Nuha lagi.

            Itulah Nuha Farieha. Baginya, setiap hari adalah hari baharu untuk proses pembelajaran. Menunjuk-nunjuk kelebihan yang dia ada bukan sikapnya. Kerana tiap kejayaan manusia itu ada pasang surutnya. Tatkala di atas jangan pernah lupa saat berada di bawah, agar diri lebih sedar tentang kepayahan untuk sampai ke puncak.

            Bidang seni adalah punca rezeki. Oleh kerana itu, setiap apa yang dia lakukan…pasti akan disusuli keikhlasan. Ikhlas bekerja, ikhlas dengan bidang kerjayanya. Supaya apa sahaja karya yang dia hasilkan bisa menyentuh hati ramai orang.


……………


Laungan azan memecah sepi hening senja, menandakan sudah masuk waktu solat fardhu Maghrib. Mereka masih berada di set penggambaran, kerana tinggal beberapa babak pada waktu malam yang perlu diselesaikan. Kebetulan pula makan malam yang dipesan untuk semua kru baharu sahaja tiba. Masing-masing berebut mencedok nasi panas dan lauk-pauk yang ada. Alkmaklumlah, seharian kepenatan dan kini perut sudah mula berdendang minta diisi.

“Aku pergi solat dahulu, korang makan lah.” Ujar Fathul Amri kepada kru produksi yang lain.

            Nuha hanya memerhati Fathul Amri melangkah meninggalkan yang lain demi menyahut seruan yang lebih utama. Terdetik dalam hati Nuha, rasa kagum dengan akhlak yang dimiliki lelaki itu. Ketika yang lain sibuk menjamah hidangan mengisi perut, dia memilih untuk tunduk sujud pada Yang Esa. Satu perkara yang sukar ditemui pada lelaki zaman ini, apatah lagi dalam kalangan selebriti seperti mereka.

“Eh, Kak Nuha tak nak makan sekali ke?” Tegur Shanty, jurumekap artis. Nuha yang baharu sahaja mencapai pinggan kosong, meletakkannya semula.

“Ada kerja sedikit nak buat. Sekejap lagi Nuha makan.” Balas Nuha. Dia memutuskan untuk menunggu Fathul Amri sehingga usai solat.

            Nuha kembali semula ke ruang tamu rumah yang menjadi lokasi penggambaran mereka.Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa empuk, skrip dicapai. Fikirannya menerawang kepada apa yang berlaku sepanjang penggambaran beberapa babak antara dia denganFathul Amri pagi tadi. Lelaki itu kelihatan sedikit terganggu, wajah Fathul Amri juga sedikit sugul. Beberapa babak terpaksa diulang beberapa kali.

            Entah apa yang menghantui fikiran lelaki itu pun dia sendiri tidak pasti. Cuma sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualiti keserasian mereka. Sudah dua hari dia berada di set penggambaran, namun Fathul Amri masih kelihatan kekok dengannya. Kadang-kadang lelaki itu kelihatan seolah-olah cuba menjauhkan diri. Mungkin sahaja lelaki itu belum dapat menyesuaikan diri dengannya, telah Nuha dalam hati.

“Beb, I nak pergi solat sekejap. You nak ikut sekali ke?” Soal Dahlia pada Nuha yang kelihatan sedang larut dalam dunianya sendiri.

“Sorry beb, I…ABC, Allah Bagi Cuti.” Jawab Nuha.

“Then, kenapa tak join ramai-ramai makan tadi?” Soal Dahlia kembali.

“It’s okay. I tunggu Fath. Lagipun, ada benda nak discuss dengan dia.” Balas Nuha.

“Ohh…Okay then.” Ujar Dahlia dan berlalu pergi untuk menunaikan solat.


…………..


            Usai menunaikan solat fardhu Maghrib, Fathul Amri melangkah menuju ke meja makan. Hanya Nuha yang tinggal bersendirian, manakala kru-kru yang lain sedang melepaskan lelah di ruang tamu sebelum menyambung semula penggambaran. Kerusi yang terletak di hadapan Nuha ditarik, Fathul Amri melabuhkan punggungnya.

“Eh, you tak makan lagi ke?” Soal Fathul Amri pada Nuha.

“Belum, ada kerja sedikit tadi.” Balas Nuha sambil tangan laju mencedok nasi ke dalam pinggan Fathul Amri juga pinggannya.

            Fathul Amri menguak sedikit rambutnya yang masih basah dengan air wudhuk. Seraut wajah tenang itu dicuri pandang oleh Nuha. Wajah yang masih basah dengan wudhuk tetapi masih jelas ada sisi suram yang disembunyikan. Keduanya menikmati makan malam tanpa banyak soal, hanya sesekali mata mereka berlaga.

“Fath, can we have a talk after this?” Ujar Nuha padaFathul Amri, memecah sepi antara keduanya.

“Oh…boleh.” Balas Fathul Amri sepatah.

            Nuha meneruskan suapannya. Benarlah seperti apa yang disampaikan oleh beberapa orang kru produksi serta Abang Johan sendiri, Fathul Amri adalah jenis yang suka menyendiri serta buat hal sendiri dekat set. Namun, dia tetap komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelakon. Lain pula dengan pembantu peribadinya, Syahir yang cepat mesra.

            Masih segar dalam ingatan Nuha Farieha semasa hari pertama mereka di set penggambaran. Dia lah yang ambil inisiatif mendekati Fathul Amri walaupun kalau hendak diikutkan timbul juga rasa segan. Bak kata orang tua-tua, sudah seperti ‘perigi cari timba’. Dan Nuha dengan sikap rendah dirinya, lebih suka mengambil pendekatan untuk kenal hati budi rakan sekerja agar dapat mencipta keserasian.

            Selesai mengisi perut, Fathul Amri membawa diri ke sebuah pangkin kayu yang terletak ditepi kolam renang. Membuang pandang ke dalam kolam, cuba mengusir pergi segala perkara yang mengganggu emosi. Dia ada lebih kurang setengah jam lagi untuk rehat sementara menunggu pelakon-pelakon lain menyelesaikan babak mereka.

“Hai, boleh berkenalan? Nama saya Nuha Farieha. Nama awak siapa?” Usik Nuha sambil melabuhkan punggung di sebelah Fathul Amri. Fathul Amri tersenyum mendengar usikan Nuha.

“Nuha, Fath nak minta maaf pasal pagi tadi. Sebab Fath, kita terpaksa retake banyak kali.” Ujar Fathul Amri.

“Look, Fath still fikir Nuha ni macam diva-diva ke?” Teka Nuha, mata memandang tepat wajah Fathul Amri.

“Macam mana Nuha tahu Fath fikir macam tu?” Soal Fathul Amri sambil tergelak kecil. Memang itulah telahannya terhadap Nuha Farieha pada hari pertama mereka bersua.

“Nuha bukan siapa-siapa pun Fath. I’m not even consider myself as the best actress. Cuma, kalau boleh Nuha nak berikan yang terbaik untuk setiap hasil kerja yang Nuha terima.” Jelas Nuha, agar Fathul Amri tidak lagi salah menafsir akan sikapnya.

“Again, I’m really really sorry for today.” Pohon Fathul Amri lagi sekali.

“Don’t say that. Fath ada masalah ke?” Soal Nuha, cuba menarik Fathul Amri untuk terus berbual dengannya agar hilang rasa canggung antara mereka. Fathul Amri menanti jawapan seterusnya daripada Nuha Farieha.

“Personal maybe? Gaduh dengan awek?” Sambung Nuha lagi sekadar berseloroh.

“No, she’s not my girlfriend. Not now and not forever.” Jawab Fathul Amri merujuk kepada bekas kekasihnya, Kyra. Sebut sahaja nama wanita itu, pasti hatinya merasa pedih.

            Nuha hanya diam mendengar jawapan daripada Fathul Amri. Sedikit sebanyak dia tahu mengenai kisah hubungan Fathul Amri dengan Kyra, pereka fesyen muda yang terputus ditengah jalan. Wanita itu baharu sahaja melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini. Jadi, tidak hairanlah kalau Fathul Amri menahan sebuah rasa. Malah, lelaki itu kerap termenung di set.

“Fath tahu tak kenapa jadi macam itu tadi? Kena retake banyak kali.” Soal Nuha lagi, cuba menyelami sikap Fathul Amri.

“Sebab kita susah nak dapatkan keserasian. You look so reserved. Kita kena cari jalan penyelesaian. Why don’t we come up with something?” Sambung Nuha lagi, mencari buah pandangan agar mereka dapat membina keserasian.

“Good idea. You ada cadangan apa-apa? I bab-bab nak bagi idea on the spot memang susah.” Balas Fathul Amri, setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Nuha Farieha.

“Hmmm…From now on, kita kena date.” Cadang Nuha, walaupun dalam hatinya hanya Allah yang tahu maha hebat degupannya.

“On or off set?” Soal Fathul Amri, agak terkejut dengan cadangan Nuha.

“You can have both. Well, it’s your task to ask me for a date.” Jawab Nuha sambil tersenyum. Perlahan bibir Fathul Amri turut mengoyak senyum. Mereka makin selesa.

“So…Nuha, Nuha…Esok, lepas shoot you free tak?” Soal Fathul Amri, memulakan langkahnya yang pertama.

“Tengoklah macam mana…” Jawab Nuha berseloroh. Mereka melampiaskan tawa. Kedua-duanya perlahan-lahan sedang membina keserasian.

            Nuha percaya, keserasian itu akan wujud andai mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Keserasian amat penting terutama antara hero dan heroin, jika tidak apa yang dipersembahkan pada penonton hanya wayang bisu tanpa lontaran rasa dan jiwa. Sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, Nuha mahu memberikan yang terbaik pada para penonton.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru