Home Novel Thriller/Aksi IMPLISIT
IMPLISIT
#mystrill
21/11/2019 14:07:07
25,297
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

Kuala Lumpur

Dataran Merdeka

Sudah puas Faiz berjalan. Tertoleh-toleh dia dari tadi, nama Andy tidak larat dipanggil. Entah mana lelaki itu. Salahnya juga. Dia sekadar berjalan tanpa mempedulikan adiknya kerana teruja. Dan sekarang Andy tiada. Ayahnya sudah berpesan siang tadi agar tidak terpisah

Faiz duduk di dataran, di atas tembok batu. Melihat ramai lagi manusia yang masih tidak tidur. Dia tersenyum sendiri.

Seronok!Ya dia seronok sangat. Waktu remajanya tidak dapat dihabiskan dengan perkara seperti ni, mana tidaknya, duduk di makmal sahaja membantu ayahnya, Jabar.

“ManaAndy ni...” Faiz mula rimas, baju dipakai dari pagi tadi sudah berpeluh. Dia tidak pernah datang ke Kuala Lumpur, sudah tentu sahajadia tidak tahu jalan dan bagaimana mahu pulang, alamat pun tidak tahu.

Dia berjalan ke arah beberapa orang wanita yang berkumpul, nampak macam lepasan sekolah. Berpakaian tidak cukup kain, rambut keperangan dan bersolek tebal di malam hari.

“Assalamualaikum cik.”

Salam itu tidak disambut, hanya senyuman dan lenggokan badan gedik sebagai jawapan. Masing-masing melirik mata, menoleh ke arah Faiz.

“Errr...saya nak balik nak ambik teksi, dekat mana ya?”

“Saya boleh hantar abang,” jawab seorang gadis lincah, berjalan mengelilingi tubuh lelaki itu.

“Err...saya memang kena balik,” ujar Faiz sopan.

“Saya boleh hantar.” Gadis itu berhenti di sebelah memegang lengan lelaki itu. Dan sebaik itu juga Faiz beralih, dia nampak sedikit segan,menunduk sambil tersenyum. Gadis tadi menjeling, duduk di sebelah motor sambil menonggeng.

“Tak apalah kalau macam tu...” Faiz tidak mahu berlama.

“Naiklah uber, bersepah sini bro.”

“Uber?Apa tu?” tanya Faiz jujur. Dan soalan itu disambut dengan hilai tawa. Berkerut wajah Faiz ketika ini.

“Aduii...abang ni buat lawak pula.”

“Tak...uber tu apa? kereta ke bas ke... motor?” tanya Faiz

Berdekah kesemua gadis itu tadi. Ada yang terduduk menahan geli hati. Faiz tidak suka dilayan begitu. Dia mahu beralih, namun tangannya ditarik oleh gadis lain, berpakaian skirt atas lutut, berwarna merah dengan tindikan di bibir dan hidung.

“Abang rajin pergi gym ke? Sado...” lengan Faiz diramas mesra.

Faiz menggeleng, melepaskan tangan. Melihat keadaan lelaki itu yang agak janggal, salah seorang mengeluarkan telefon bimbit. Dihulur agar lelaki itu dapat menelefon rakan untuk mengambil.

“Nah!”

Faiz membelek-belek telefon tadi, kejap belakang, kejap depan. Tidak tahu apa perlu dibuat.

“Saya dah unlocktu, call jelah..” gadis itu memerhati sambil mengenyit mata.

“Mana nombornya?” Faiz mendongak.

“Nombor apa?”

“Macam mana nak cari nombor.... mana nombornya?” padahalnya Faiz pun tidak tahu berapa nombor telefon adik mahu pun ayahnya. Dan sekali lagi gadis-gadis tadi ketawa lantang. Malas melayan, Faiz memulangkan kembali telefon tadi dan berjalan jauh meninggalkan, tidak peduli dengan panggilan dan ejekan gadis itu lagi.

Dia malu!

.

.

.

JABAR bertukar tempat, kali ini Andy yang memandu. Dia pergi ke arah belakang, menarik kolar baju Faiz kasar. “Kau cakap apa dengan dia?”

“Tak ada apa ayah...” jawab Faiz sedikit gugup.

“Kau jangan tipu!!!” Satu penumbuk hinggap di wajah, mukanya terpaling menghentak cermin kereta.

“Tak,saya tak bercakap apa-apa,” rayu Faiz perlahan sebaik kolarnya ditarik kembali. Wajah mereka rapat. Sangat rapat!

“Kau tahu siapa dia?”

Faiz menggeleng, terpaksa menipu!

“Dia Norman, aku kenal dia. Dia kerja dengan Dato’ Azri yang kau bunuh malam tu!!!” sekali lagi wajah anaknya ditumbuk. Sepucuk revolver dikeluarkan, diletak tepat di tengah dahi.

“Ayah...jangan buat macam ni...” Hatinya berdebar. Tersekat nafasnya seketika. Wajah Jabar beriak tegas, bengis, dia memang marah.

“Sebab kau tak pernah dengar cakap aku Faiz!!” Senjata itu dihentak kuat,melukakan kulit kepala anaknya.

“Saya tak cakap apa-apa!” Faiz beralih, dia membuka pintu kereta yang sedang bergerak menyebabkan pemanduan Andy terhuyung hayang. Sedikit sahaja lagi mereka tercampak keluar.

“Kau nak pergi mana!!” rambut anaknya ditarik menyebabkan Faiz terbaring ke belakang. Faiz menepis pistol tersebut sehingga tercampak. Berebut mereka mendapatkan semula. Jabar menyiku wajah anaknya menyebabkan Faiz mengerang sakit. Kedua tangannya menutup wajah.

Pistol tadi dicapai dan Jabar mengacukan kearah anaknya. Cepat Faiz menepis dan sekali lagi mereka bergelut. Terhuyung hayang mereka menghempas dinding kenderaan setiap kali Andy membelok.

Pintu kereta yang terbuka, ditutup kasar semula. Faiz menahan senjata itudari merapati wajahnya. Pergaduhan kecil berlaku. Namun dalam kekasaran, Faiz lebih banyak mengalah. Dia tidak akan mencederakan lelaki itu langsung! Apa pun Jabar tetap ayahnya. Dia banyak menghalang namun banyak juga dia terkena.

“Biadap!!”wajah Faiz ditumbuk sekali lagi sehingga dia tergolek ke bawah kerusi. Tidak sampai beberapa saat, Faiz menjerit menakup kepalanya. Bunyi bingit itu terdengar lagi. Berdesing telinganya. Dia cuba untuk bangun namun dadanya ditendang. Faiz tersandar di kerusi bersebelahan.

Jabar menghela nafas, memandang ke arah Andy yang tersenyum di depan. Dia mengesat mulutnya yang berdarah akibat pergelutan tadi. Faiz berteriak kuat. Kali ini dia tidak melawan. Sekadar duduk di tepi kerusi tadi. Kepalanya sakit mendengar bunyi bingit itu.

“Kau tak akan kemana-mana lagi lepas ni!” Jabar menghentak kepala anaknya dengan belakang senjata. Faiz terpaling tidak sedarkan diri.Kereta mereka kemudian berlalu meninggalkan kawasan tersebut.


Previous: BAB 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill