Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,862
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 4

Malam ini mereka makan di luar dan tempat makan yang menjadi pilihan malam ini adalah di Leezo, Western Food. Terletak di tengah bandaraya kota Johor Bahru.

    “Herm, lain macam je kan hari ni kita di belanja oleh cik penulis Nisa’ ni kan...” Kryl bersuara sementara menunggu makanan mereka sampai.

    “A’ah. Pelik aku. Apasal malam ni belanja makan jauh-jauh? Ada apa-apa ke Nis?” Tanya Maya pula yang duduk bersebelahan dengan Ilya.

    “Mana da. Aku saja je nak belanja kawan-kawan aku makan. Lagipun manuskrip aku yang lepas dah di terima. Hah... tak lama lagi bakal di terbitkan, jadi ni lah masanya aku nak spend time dengan kawan-kawan aku sebelum aku mem busy lagi.”

    “Uh... ni good news ni. Patutlah jauh dia bawa kita makan malam ni...” Ilya yang tadi ralit dengan telefon bimbitnya menyampuk perbualan antara kawan-kawannya yang lain.

    “Alah, bukan selalu pun. Sekali sekala je. Apa salahnya.” Nisa’ merendah diri.

    Betul tu. Rasanya itu bukanlah kali ke seratus mereka berempat berkumpul seperti malam ni. Selalunya mereka bertiga aja yang ada di rumah mahupun dapur kecuali Nisa’ yang selalu balik lewat malam. Tu pun kalau balik, kalau tak balik lain pula ceritanya.

    Di antara mereka berempat yang sedang menyiapkan manuskrip terbaru, Nisa’ lah orang yang akan membantu mereka bertiga kalau mereka di landa writer’s block. Nisa’ cukup-cukup di senangi oleh teman serumah yang lain.

    Setiap mereka ada genre dan minat yang tersendiri dalam menyiapkan manuskrip. Nisa’ lebih kepada cerita thriller dan misteri, Ilya lebih terjerumus dalam genre seram dan kelakar, Maya pula cinta dan romantik komedi manakala Kryl fantasi cinta.

    Walupun hidup di bumi Johor ini sebenarnya memisahkan jarak dan perjalanan pulang ke kampung masing-masing, mereka berempat begitu komited dalam kerjaya yang di ceburi.
    “Lepas ni kau dah mula busy lah kan?” Tanya Kryl.

    Dua orang pelayan lelaki datang ke meja mereka membawa makanan yang di pesan. Perbualan mereka terhenti seketika. Mereka memberi ruang dan laluan kepada dua pelayan lelaki itu untuk menyediakan makanan mereka di atas meja segi empat ini.

    “Terima kasih...” Hampir serentak mereka berempat mengucapkannya.

    “Sama-sama...” Pelayan lelaki itu juga menyahutnya dan senyum sebelum beredar meninggalkan mereka berempat untuk menjamu selera.

    “Hah, sambung balik. Lepas ni mesti kau dah sibuk dengan promosi novel kau yang terbaru ni kan?” Kryl menyoal soalan yang sama.

    “Biasalah tu...” Jawab Nisa’ mendatar.

    “Herm, makan bertiga lagilah kita...” Kryl berkata seakan sedih.

    “Alah, macam tak biasa pulak kau ni kan. Sebelum-sebelum ni Ilya tak ada pun kita bertiga, kalau Maya tak ada pun kita tetap betiga. Cuma nak bereepat je kadang-kadang. Relax lah Kryl...” Nisa’ cuba memujuk walaupun dia tahu yang Kryl hanya bergurau dan tidak memaksudkan kata-katanya.

    “Eleh, kau nak tahu Nis, Kryl ni pun tak lama lagi jadi novelis...” Berita yang baru di sampaikan sedikit mengejutkan Nisa’ yang baru meyedut air jus tembikainya. Nasib tak tersedak.

    “Iya? Alhamdulillah... tahniah Kryl...” Nisa’ menyentuh tangan Kryl. Ada linangan air mata di tubir mata Kryl.

    “Kenapa ni...” Tanya Nisa’. Kryl sudah tersedu sedan menahan tangis.

    “Aku sedih, terharu...” kata Kryl.

    “Lah, apasal ni Kryl?” Tanya Maya. Bahu Kryl di peluk.


    “Yelah... Aku sedih sebab selama dua tahun ni aku cuba siapkan beberapa manuskrip aku, baru kali ni di terima dan di terbitkan. Aku fikir bila manuskrip aku kena reject dulu, selamanya aku tak boleh siapkan yang lain... Thanks korang sebab ada dan sokong aku dalam siapkan cerita tu.” Kryl bercerita. Suasana malam ini tiba-tiba menjadi hening. Sayu je dengar cerita dari Kryl.

    Betul cakap Kryl. Itu juga pernah di lalui oleh mereka bertiga sebelum ini bila karya mereka mendapat tentangan dan di reject. Ketika itu usah di kata sedih, rasa putus asa nak menulis turun naik. Hati kadang kala ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri untuk menulis. Apatahlagi kini, ramai penulis yang hebat-hebat dan mereka yang masih baru perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam dunia penulisan ini.

    “Herm... dahlah. Jangan cakap benda sedih-sedih macam ni. Apa yang jadi sekarang ni adalah usaha kau sendiri, Kryl. Minat kau yang mendorong kau untuk berusaha dan terus berusaha tanpa kenal erti kalah dan mengalah. Kan?” Maya memujuk dengan memberikan kata-kata semanngat kepada Kryl.

    Ilya menghukurkan sebungkus tisu yang berharga lima puluh sen kepada Kryl yang mula berhingus.

    “Kalau tak kerana dorongan dan sokongan korang, tak mungkin aku akan terus menulis. Ada agaknya aku buat kerja lama aku balik.” Kryl berkata lagi.

    “Hah, kau nk buat kerja lama kau? Boleh lagi ke tangan kau tu mendeko kek? Rasanya dah lama jugaklah kau tak membuat kek, apatahlagi nak mendeko? Aku rasa ada jugak nanti customer kau makan kek perisa kertas A4. Hahaha!”
    Meledek ketawa Nisa’ dan yang lain-lain. Terhibur hati Kryl dari kesedihan mengenang perjalanannya untuk menjadi penulis novel.

    Mereka berempat menikmati makan malam dengan suasana yang nyaman apatahlagi ditambahkan pula dengan angin yang sepoi-sepoi meniup di udara. Ilya memandang makanan yang ada di depan matanya. Hatinya girang.

    Rasanya itulah kali pertama dia dapat makan makanan yang di idam-idamkannya sejak sekian lamanya. Rasanya juga sama, cuma saiz burger di sini dua kali ganda besar dari burger yang pernah di makan tujuh belas tahun yang lepas.

    Ketika itu dia baru berusia enam tahun. Ayah dan ibunya membawanya makan di satu restoran yang jauhnya terletak berhampiran dengan Senibong Cove. Kalau tak silap, mereka semua baru pulang dari makan angin jumpa nenek dekat kampung.

    Dan Ilya memberitahu kepada ibunya yang dia nak makan burger yang macam dalam gambar yang tergantung di dinding restoran itu. Bila pesanannya sampai, Ilya melihat burger yang dia nakkan tu sudah ada di depan mata. Warnanya hijau. rasanya memang sedap.

    Dan itulah untuk kali terkahir mereka bersama sebelum ayah dan ibunya meninggal dunia. Kata neneknya, ibu dan ayah meinggal kerana kemalangan jalanraya sewaktu hendak datang ke kampung jemput nenek tinggal sekali. Kemudian, dia di asuh dan di jaga oleh neneknya sehinggalah ke hari ini.

    “Bila kau kena gerak ke sana?” Tanya Maya.

    Lamunan Ilya terhenti bila dia mendengar persoalan Maya. Entah kepada siapa yang di tujukan, dia masih samar.

    “Mungkin lagi dua bulan. Aku dekat sana pun bukannya lama mana, seminggu. Lepas tu, aku balik sinilah.” Nisa’ memberitahu.

    “Seminggu je?! Mak datuk... lama wei.” Ilya menyampuk.

    “Lama apanya. Standard lah tu.” Nisa’ menyangkal.

    Kalau ikutkan jadual yang sebenar, dia perlu stay dekat sana dalam dua tiga minggu. Oleh kerana kekangan waktu dan dia perlu rushing kejar jadual promosi novel terbarunya, dia terpaksa cari jalan lain. Dan dia hanya ada seminggu free sebelum sibuk semula. So, apa pilihan dia ada? Seminggu jelah...

    “Alah... kalau aku ikut kau tak boleh ke? Aku ni dah lah ketandusan idea nak siapkan manuskrip tu.” Maya meminta simpati dari Nisa’.

    Bukannya tak biasa pun balik kampung Nisa’ tu. Alah, dekat Johor juga kan. Apa salahnya kalau ikut sekali. Lagipun, dia dekat sini tak dapat nak kembangkan cerita. Mungkin dia perlu mencari udara segar untuk otak dia sebelum menulis.

    “Aku tak kisah. Tapi kau kena faham, aku dekat sana macam bisalah tidur kena kongsi bilik dengan yang lain.” Nisa’ memberitahu.

    Dia tak mahu Maya terasa janggal kalau dengan ahli keluarga dia. Dia faham, ni bukan pertama kali Maya ikut dia balik ke rumah mak ayah dia. Cuma dia je yang rasa kurang selesa bila Maya terpaksa tinggal sebilik dengan adik-adiknya yang lain. Dia malu!

    “Amboi, kau ni bukannya nak ikut sebab tak ada idea nak kembangkan cerita kan? Mesti ada agenda lain.” Ilya menyangkal bila dia dapat membaca gerak geri ekspresi wajah Maya yang lain macam je memujuk ikut si Nisa’.
    “Mana ada! Aku memang nak tenangkan kepala otak aku ni. Perlu udara segar dan tempat yang boleh memberikan inspirasi. Salah ke?” Soal Maya tak puas hati.

    “Iyelah tu. Macam lah kita orang tak tahu, ada kumbang yang menunggu kan kat sana?” Tebak Kryl.

    “Kembang? Amboi Maya... dalam diam kau simpan rahsia ea? Siapa lelaki bertuah tu...? Bagitahulah... kalau tak jangan harap aku bagi kau ikut aku.” Sengaja Nisa’ nak perangkap Maya.

‘Nisa’ mula main kasar ni.’ Bisik hati Kryl.

Ilya dan Kryl hanya ketawakan Maya. Dia sudah terperangkap kali ini. Kalau dia tak nak bagitahu Nisa’ siapa lelaki itu, jangan haraplah dapat jumpa kekasih hati. Huhuhu...

“Ish, mana ada kekasihnya. Kau percayalah cakap dia orang ni.” Satu cubitan berbisa hinggap di lengan Ilya. Kryl sudah mengekek ketawa. Dia juga terima cubitan berbisa Maya. Meledak ketawa mereka berempat. Dah tak peduli lagi sekeliling alam yang memandang mereka di sini.


Previous: BAB 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.